06 May 2007

Comot, Hitam atau Oren?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Wah bestnya balik kampung! Memang best pun sebab sampai rumah je dah ada nasi minyak atas meja. Makan dulu laa. Sesambil ceduk nasi, mak dah tanya, "ada meeting ke?" Aku angguk mengiyakan. "Malam ni" tambah aku.

Itulah antara perbualan yang biasa aku perbualkan jika sampai di rumah. Seolah-olah sudah menjadi skrip setiap kali sampai ke rumah. Cuma kadangkala aku jawab ada program di situ dan sini. Usik seorang adik, kalu aku balik ni memang sebab ada program. Kalu tak ada program atau meeting, susah la nak tengok aku balik ke rumah. Aku hanya senyum. Tak mampu nak membalas kerana ada juga kebenarannya.

Akhir-akhir ni kepulangan aku disambut Ciko dan anak-anak. Dulu anak Ciko 4 ekor. Sekarang dah tinggal 3. Kesiannya yang mati tu yang punya bulu macam Ciko. Adik aku panggil Cicak. Kata adik sebab warna dia macam cicak. Ntah la. Maka tinggallah Ciko dengan Comot, Black dan Oren. Aku paling suka Comot sebab montel n bulat je. Bulu pun lebat. Pelik betul tengok dia ni berbanding Black yang kurus je.

Sepanjang 2 hari di rumah, aku banyak menghabiskan masa melayan anak-anak Ciko. Seronok lihat telatah anak kucing ni. Bebas dalam ertikata mereka. Banyak bermain. Berkejaran sambil berguling-guling bergurau senda mengingatkan zaman kanak-kanak dulu. Kami bukan bergurau, tetapi bergaduh adik-beradik. Kalu mula dengan bermain pun akan berakhir dengan pergaduhan. Kata mak, aku ni angin, abang aku api. Maka jika bertemu angin akan memarakkan api. Akulah puncanya kot? Tapi ada juga api padam kerana angin. Kan?

Itu cerita zaman budak-budak. Kenakalan di tahap yang tinggi. Fikiran selalu dibelakangkan. Apa yang aku tahu, lawan tetap lawan. Walaupun aku selalu menjadi abu dan arang sekaligus!. Kadang-kadang arang itu digunakan untuk membuat isyarat SOS kepada mak. Kesannya sama-sama kena pukul (debik). Walau aku kena, aku puas sebab abang aku pun kena. Berbanding kalu kami bergaduh, asyik aku je yang kalah. Hehehhe. Kira taktik jugalah tu.

Bila dah besar ni kalu ingat cerita lama memang terasa kebodohan tu. Maklum je la apa-apa tindakan tiada diplomasi. Semua menggunakan kaedah provokasi. Serang dan menyerang je yang ada. Dah lama zaman budak-budak berlalu. Tapi bila diingat mampu buat tersenyum dan bermonolog kembali..

p/s: klik Ciko untuk melihat gambar anak-anak Ciko.

No comments: