15 April 2007

Satu Persinggahan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah baru 'terjaga' dari satu siri tidur yang agak panjang. Tidur pukul 7.30 pagi - 9 pagi, Bangun siapkan minit mesyuarat mingguan, dalam bengkak mata meeting dengan beberapa kesalahan pada minit. Sesudah meeting, zohor dan makan, sambung tidur lagi dari jam 3.00 ptg sampai 5.30 ptg. Sudah asar baru ada mood sikit nak jenguk blog ni. Itupun baca komen 'si besam' jerk. Siapa la 'si besam' ni ek. Hehehhe.

Malam tadi mengatur satu aktiviti 'Burung Hantu' buat peserta Kem Perkaderan Pelajar Islam di Wakaf Tengah, Kuala Terengganu. Bahasa mudah, bawa budak-budak ini ke tanah perkuburan sambil tutup mata. Pimpin dan tinggalkan mereka memeluk batu nisan. Setiap orang dapat satu nisan. Dari jam 2.30 pagi hinggalah jam 5 pagi.

Macam-macam reaksi yang dapat dilihat. Ada yang selamba, ada yang takut-takut dan ada yang menangis. Tak kurang yang langsung tidak terasa apa-apa bilamana tidur bertongkatkan nisan. Luaran yang dapat dilihat kebanyakan macam normal (kecuali yang menangis dan lain-lain masalah). Cuma beberapa orang je yang kedengaran berzikir sambil menenangkan diri. Namun, apa perasaan sebenar dalam hati mereka tidak pula dapat dijangka.

Kubur mungkin menakutkan bagi sesetengah orang. Tempat yang sunyi dan sepi. Tiada nilai komersial yang tinggi. Tempat yang tiada 'ong'. Berhantu mungkin. Berpenunggu. Seram dan sejuk bilamana melaluinya. Apa pun label, kita semua akan ke sana. Pergi berteman, tetapi akan ditinggalkan sendirian. Selamat tinggal dunia yang sementara.

Bagi sesetengah makhluk manusia, kubur dipandang sebaliknya. Walau menakutkan, namun punya nilai yang tinggi. Tinggi apabila dapat dipuja dan memberi kekayaan dan kejayaan. Lagi dahsyat cara kematian, dikatakan makin tinggi nilai yang ada. Macam-macam manusia ni.

Apapun, kubur satu persinggahan sahaja. Persinggahan bagi alam hidup ke alam akhirat. Dua nisan sekadar satu tanda seseorang itu telah dikebumikan di situ. Ramai je yang meninggal dunia, tetapi sehingga hari ini tidak dijumpai dan tiada nisan. Tiada kubur tidak bermakna tidak mati. Tiada kubur bukan bermakna tiada azab kubur. Kubur satu alam, tetapi bukan lubang kubur (dalam tanah) itu alam kubur. Sebab itu untuk mendoakan si mati cukup kita berdoa di rumah. Menziarahi kubur satu tazkirah buat diri. Sebagai ingatan kita juga akan ke situ. Wallahua'lam.

Catatan: Buat seorang sahabat nun jauh di Selatan tanah air, Selamat Hari Lahir yang ke 24. Semoga bertambah amal seiring usia. Semoga tazkirah kubur ini membuat diri tidak alpa dan lupa tujuan kita dijadikan sebagai makhlukNya. Semoga hidup ceria sokmo, murah rezeki, dan senantiasa dalam RahmatNya. Juga mohon dipermudah segala urusan dan sabar dan tabah menghadapi segala rintangan dan ujian. Sesungguhnya kita diuji dengan ujian yang mampu kita hadapi. Cuma kesabaran dan masa yang menentukan.

Tulis HM Tuah, 15 April 1983: anda bekerja keras berusaha, tekun sabar & suka bersatu dgn alam. Anda seorg yg peka & traditional. Mampu bekerja sendirian. Selamat Hari Lahir!

No comments: