28 April 2007

Akhirnya BN Menang lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhirnya BN menang lagi di Ijok, satu pekan kecil di Kuala Selangor. Sebelum ini pun BN telah lama menduduki kerusi Ijok ini. Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, K. Parthiban menerima 5884 undi manakala calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima 4034 undi. Majoriti ialah 1850 dan undi rosak ialah 122.

Tiada apa yang pelik sebenarnya dengan kemenangan ini. Aku sendiri memang menjangka BN akan menang, namun sedikit harapan yang diletakkan pada Tan Sri Khalid membuat aku tidak mahu menyatakan demikian. Bukanlah tiada harapan langsung untuk Tan Sri Khalid menang, namun aku lihat banyak petanda yang menunjukkan BN tetap mendahului PKR dalam tempoh berkempen itu.

Melihat sahaja jentera yang turut membantu BN mampu membuat lemah longlai tubuh mahu melawan. Bayangkan segala macam kementerian dan badan / persatuan turun dan sama-sama menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN. Ini tidak termasuk jentera jentolak dan jengkaut yang siang malam bekerja membangunkan pekan Ijok.

Memang penat. Aku nak rehat. :)


No comments: