26 August 2010

Selamat Hari Lahir ke 2 Balqis!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam aku berhajat untuk mengambil beberapa keping gambar terbaru Balqis untuk posting kali ini. Namun, kerana kesian melihat Balqis masih demam dan selsema, maka aku batalkan sahaja hasrat tersebut. Demam nak besar agaknya.

Alhamdulillah, perkembangan Balqis semakin baik. Sekarang, Balqis dah boleh berjalan walaupun ada kalanya terhuyung-hayang. Mengikut pemerhatian aku, Balqis lebih stabil bila berjalan memakai kasut berbanding berkaki ayam. Tidak pula dia mengkhabarkan kepada aku apa masalahnya.


Video diambil awal bulan lalu.

Kebolehan berjalan ini juga memaksa aku memagar ruang dapur dari dimasuki Balqis. Jika tidak, dia akan membantu dengan kerja-kerja yang tidak diperlukan. Paling disukai Balqis adalah bermain dapur!. Penat juga rasanya mengejar dia sesekali. Ketika mula-mula pagar itu siap, Balqis seakan-akan protes dengan pagar tersebut. Beberapa kali dia bercakap dalam 'bahasanya' yang tidak dapat difahami sambil menunjuk-nunjuk ke arah pagar tersebut. Jelas wajahnya kecewa tidak dapat membantu di dapur.

Sekarang nampaknya kami perlu pula menumpukan kepada kebolehan komunikasi Balqis. Sehingga hari ini kami belum dipanggil Umi dan Abi. Antara perkataan yang pernah diajar yang mampu diikut setakat ini hanyalah perkataan MA MA. Apabila dialih kepada perkataan lain, terus dia tidak ikut. Teringin gak nak dapatkan liptrainer. Mana tahu ianya mampu mempercepatkan proses percakapan Balqis.

Semoga dengan meningkat umur ini, Balqis kena lebih rajin belajar. Fokus dan tidak lagi 'mengemaskan' pakaian di dalam almari. Abi dan Umi juga berjanji akan terus melayan kerenah Balqis, tetap akan sayang dan jaga Balqis sebaiknya walaupun Balqis bakal mendapat adik di akhir Oktober nanti.

Raya nanti jangan lupa salam dengan semua Mak sedara dan Pak sedara dan minta duit raya banyak-banyak tau! ;)

p/s: Cepatnya masa berlalu...

6 comments:

Azma said...

zaidan x beli lg liptrainer tu ye? Try la dptkan, mana tau balqis boleh berkomunikasi lebih baik pas ni. hasif mulutnya riuh sejak guna liptrainer tu tp x berbutir gak.. ada la kdg2 dgr ibu, jaja (kakak dia) tp x berapa jelas. Pasal berjalan ngan kasut lebih elok dari berkaki ayam tu akak ada tulis kat komen di blog akak. Nnt rujuk sana ye..
Anyway, hepi besday Balqis. Smg cepat2 boleh bertutur.. Nama penuh Balqis Insyirah ye? Indahnya...

amdang81 said...

Nama Balqis je kak.

Balqis Insyirah tu nama anak kawan.

Azma said...

oo..ye ke..?? sorry la akak silap.. :)

Azma said...
This comment has been removed by the author.
Ezan said...

Assalamualaikum saudara Amdang.
Selamat Hari Lahir buat Balqis.
Semoga sihat sejahtera dan menyerikan rumahtangga.

Tahniah juga kerana Balqis akan dapat adik. Taklah Balqis kesunyian, ada juga teman untuk dia 'begocoh'.

Salam Ramadhan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Mohd Zulkifli Shafie said...

Alhamdulillah... puji-pujian bagi Allah..

Selamat Hari Lahir untuk Balqis dari kami sekeluarga..

Tahniah untuk anta & ister yang bakal terima anak kedua.. Moga semuanya sihat, selamat dan dirahmati Allah.. amiin..

Zul & Najdah
serta anak-anak