11 January 2006

Bila Kota Selamat Tidak Lagi Selamat...

Angkuhnya manusia bila tidak mahu mengikut telunjuk ALLAH!
begitulah yg terbit dlm kepala aku bila terderngar berita kat TV pasal
Bandar Putrajaya tidak lagi selamat seperti yang dikehendaki semasa
pembinaannya.. kononnya Putrajaya akan jadi bandar pintar dengan
bangunan yang 'baik-baik' dan diisi pula dengan insan yang 'baik-baik'
di dalamnya...sesuatu yang MENGKAGUMKAN bila itu semua dapat
berjalan dengan baik.. tapi realiti pada hari ini mula melihat perkara
sebaliknya.. berita pada malam tu bukanlah kejadian jenayah
pertama yang berlaku di Putrajaya, tapi dah masuk ke SEJUTA ENAM
kot! (Istilah bg menunjukkan BANYAK bagi seorang kawan lama..)

Dulu riuh dengan kes PECAH RUMAH semasa kakitangan yang tinggal
di perumahan Putrajaya ke pejabat.. tangkapan yang dilakukan
banyak jugak melibatkan pelajar sekolah yang melakukan perbuatan
itu.. selepas itu terdengar jugak isu VANDALISME terhadap beberapa
kemudahan awam yang disediakan termasuk di sekitar MASJID
PUTRA sendiri.. berita terbaru yang didengar KECURIAN TAYAR
kenderaan yang semakin berleluasa.. kalu tak salah dengar, satu hari
mencecah BERATUS kes seumpama itu... agaknya kalu curi kereta,
mungkin alarm berbunyi.. tapi kalu curi tayar ni x bunyi kot.. tu yg
bersungguh sangat si pencuri mencuri tayar-tayar kat situ.. agaknya
laa... tapi, kalu tengok harga pasaran tayar pun agak mahal.. kalu
kereta biasa-biasa ni leh tahan jugak harganya.. kalu kereta mcm
merc & BWM tu mahu ribu2 jugak kalu dah hilang 4 biji tuu... fuhhh..
nasib baik tak pakai kereta.. :)

Bila sebuah bandar yang dikatakan selamat pun tidak selamat, maka
bayangkanlah bandar lain yang tiada pengiktirafan seumpama itu..
agaknya sejauh mana kes jenayah dan mungkar yang berlaku...
mungkin dah ditahap tiada lagi kawalan dan amatlah berleluasa...
terfikir jugak dari mana datang idea nak IKTIRAF Putrajaya sebagai
bandar selamat?? agaknya sebab bandar ni dibuat dengan agak
canggih, diisi dengan CCTV yang banyak dan penduduknya
kebanyakan kakitangan kerajaan (KERAjaan??) yg kebanyakkannya
agak bertamadun skit dari buruh2 kasar?? jika ini je eleman yang ada
sebagai penyebab pengiktirafan bandar selamat, maka pada aku satu
kesilapan yg amat silap dan BODOH! satu usaha yang amat
terburu-buru dan tidak melihat kepada realiti yang ada..

Putrajaya bukan pulau bagi menghalang kemasukan orang luar..
itupun jika jenayah dilakukan oleh org luar...Bukan kakitangan
kerajaan saja yang tinggal di situ... sedangkan berlambak pekerja AM
dan sebagainya yang tinggal di situ bagi menjalankan tugas
masing-masing (tu pun kalu bukan kakitangan kerajaan tu punya
kerja laa..) dan kalu kakitangan kerajaan sahaja pun yang tinggal di
situ (mmg mustahil! sape nak jual nasi dsbnya??) pun jenayah masih
boleh lagi berlaku dalam pelbagai aspek dan ruang...

Mungkin di sinilah PAK LAH melihat kepada kekurangan yg ada dalam
negara kita hari ini..maka ditekankan pula MODAL INSAN sebagai
pelengkap kepada segala infrastruktur yang moden dan canggih yang
sedia ada... maka berjajalah istilah MODAL INSAN di segenap ceruk
negara.. semua media turut memainkan peranan bagi menyampaikan
maklumat betapa pentingnya MODAL INSAN bagi menambah nilai
kepada apa yang telah ada pada kita... setelah masyarakat rosak dengan teruk dan hancur, barulah istilah ini diwujudkan oleh cucu ulamak terkenal dengan harapan akan berlaku BALANCE antara pembangunan FIZIKAL dan ROHANI...

TERLAMBATKAH PAK LAH??

10 January 2006

RAYA KORBAN @ RAYA HAJI = AILDILADHA..

Bangun pagi, hujan.. semalam hujan jugak.. petang esok pun hujan lagi kot...alhamdulillah banjir dah berlalu walaupun musim hujan masih berterusan... banjir 5 kali dalam jangkamasa yg singkat mungkin menjadi satu sejarah dalam kehidupan sesiapa yg mengalaminya... tiada siapa sukakan banjir jika banjir itu mendatangkan kecelakaan.. tapi, andai banjir itu datang membawa RAHMAT, mungkin ada yang menyukainya... namun, sebagai muslim seharusnya kita menerima segala setiap ketentuanNya sebagai UJIAN.. baik UJIAN susah, mahupun UJIAN senang.. UJIAN tetap UJIAN! COBAAANNNN.... kata Pendekar Bujang Lapok..

Buat Azrul, maaf sebab masih belum bersedia untuk menulis pasal POLITIK KAMPUS.. bukan belum bersedia kerana tiada masa / kesempatan, tetapi kerana tiada bahan yg sesuai untuk ditulis..

Alhamdulillah sebab berjaya menyempurnakan 'raya' walaupun tanpa membuat korban... ayat sepatutnya "berjaya mendapatkan daging walaupun tanpa berkorban".. :) Raya arini kat rumah bapak sedara belah mak.. dia aje ambik 3 bahagian.. kebanyakkan yg join situ sedara mara.. jadi ada laa yg hulur daging utk aku n adik beradik... ASIAH awal-awal lagi plan nak buat satey... sesampai je umah tadi, terus dia potong dan perap daging2 yg diberi utk buat satey.. maknanya esok aku akan makan satey daging... slurrppp... ;)

Esok Raya lagi.. lusa pun.. dan tulat tu last.. sekolah cuti panjang kebanyakkan belah terengganu dan kelantan.. x tau laa kot2 ada skolah tak ambik cuti Khamis ni... cuti panjang skit ni, ingatkan nak g raya umah sedara mara, tapi VAN plak mcm uzur je.. agaknya teruk kena belasah kot.. ye laa.. baru mula naik, mesti ada byk silap.. salah sentuh, salah tekan, salah cuit...yang pasti, semput2 van tuu buat aku rasa kurang yakin jer.. mungkin esok kena servis skit...

ermm.. k dulu..nak mimpi indah.. ;)

08 January 2006

Gadis kecil tudung bunga

Alhamdulillah berjaya ke stesyen minyak untuk isi minyak Van.. tak
sangka tul walaupun dalam debar, tetap berjaya... tapi, mati gak van
depan stesyen minyak.. mmg aku dah pilih waktu tak sibuk... tapi still
silap sebab hari tu ada pasar tani.. agak ramai gak org lain.. susah
nak parking kat pasar..

mula dengan susah.. lama kelamaan mula mudah... mula rasa ingin
terus berusaha dan mencuba.. walaupun pelbagai perasaan timbul, tp
rasa sayang sekiranya usaha yg sudah dimulakan dikuburkan begitu
saja...sebab tu laa khamis lepas aku terus melakar kejayaan buat
diriku walaupun mungkin terasa TAK BEST nak kongsi kat sini.. aku
dah berjaya bawak van masuk bandar KUALA TERENGGANU!

hahhaha.. sape sangka dari penakut jd berani abis! aku dah mula
jalan2 bawak adik2 aku ke hulu setiu (kawasan yg teruk dilanda banjir
baru2 ni)... kelihatan tugas2 selepas ini akan jd lebih mudah selepas
pandai van ni..cuma dah xleh nak ngelat g masjid sebab dah pandai
van! x ada laa lagi alasan hujan.. sepatutnya laa..:)

Jalan-jalan kat pasar, perasan satu perkara baru.. pelik bila lihat
ramai penjual baju jual baju batik... bila selisih dengan orang ramai
yg lalu lalang, baru perasan baju batik dah mula diterima untuk
digayakan semula... tapi bukan baju batik yg biasa mcm dulu-dulu...
yang diorang pakai ni kain MAWI kata adik aku.. coraknya besar2..
kain kilat... warna terang dan menarik... MAIL punya batik, MAWI
dapat nama... hehhehe..

dah jadi lumrah dunia... kalu yang baik, semua mahu tumpang
nama.. kalu yang tak elok atau buruk, semua jauhkan diri... silap-silap
sanggup x ngaku saudara... ambik contoh MAWI je mudahnya.. bila
dia dah terkenal, semua ngaku pernah jumpa, pernah kawan, pernah
satu sekolah, pernah itu dan pernah ini.. agaknya penjaga tandas
awam pun nak ngaku yang MAWI pernah masuk bilik air kat situ...
malang skit jika dia kata MAWI keluar toilet dan lupa nak zipkan
seluar dia... hehehhe...bukan aku nak SOKONG MAWI kat sini, tapi
sekadar contoh je.. aku dan MAWI tak ada kena mengena langsung!
apatah lagi mendapat royalti dari ape yang aku taip ini.. :)

bila lihat batik mawi ni, teringat kat sorang awek kecik.. kecik sebab
dia kecik lagi laa.. awek sebab dia pompuan.. bukan awek aku pun..
seingat aku, baru darjah 4 / 5 gitu laa.. lama x jumpa dia.. suka
tengok dia sebab cara dia berpakaian jarang dapat dilihat oleh anak2
kecil yg lain...dia ada ramai lg adik beradik, tp 2 beradik je pompuan
kot?? . sorang lg akak dah skolah menengah, so jrg tengok laa...
bukan laa dia pakai batik berkemban, tp dia pakai tudung, baju
kurung sepasang sama warna.. maksud aku, sama kain laa.. kadang2
dia buat seluar ngan jubah labuh.. cute sangat! tengok dia, cepat2 je
rasa mau ada anak.. mau je pakaikan gitu kat anak2 aku... walaupun
org lain ramai lg bertudung sejak kecil, tp gaya dia tu tetap menarik
hati aku... yg paling penting, sikap mak ayah dia yg tekankan
pemakaian yg menutup aurat sejak kecil aku rasa amat memberi
kesan bila dia besar nanti...semoga dia menjadi muslimah yang
sejati...

02 January 2006

Kejayaan Tahun Baru 2006

Assalamualaikum...

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga;
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi Yang Baik Dikenang Jua.

saje mulakan tulisan ngan pantun.. duk tercari-cari idea tadi, terlintas
nak mula ngan pantun.. antara pantun yang mula-mula aku tahu..
kalu x silap, kak long yang ajar.. aku darjah satu, dia darjah 6 masa
tuu.. ingat lagi masa tu cikgu minta setiap pelajar tulis pantun dalam
buku.. so, balik tanya kak long pasal pantun.. dia ajar pantun tuu..

Tahun baru datang lagi.. kejap je rasanya.. ingat lagi detik-detik
camni laa dulu aku sibuk nak bisnes kuih SERI MUKA.. baru mula skit,
dah jatuh... tp x pernah rasa sesal x jd bisnes tuu.. sebab memang
rasa satu pengalaman yang cukup menarik... cuma sayang skit sebab
dah tinggalkan bumi GOMBAK.. tp, duk TERENGGANU lagi best ape! ;)

Tahun baru, azam baru.. secara x sedar, tahun ni pun azam nak
bisnes lagi.. dah ada dalam kepala, cuma tunggu masa yang agak
sesuai untuk dikeluarkan... namun, banyak perkara lg nak kena
selesaikan.. biasa laa hidup..kalu nak mudah je, baik mati!

Awal tahun ni menguji tul.. kena gantikan mak yang pergi buat
IBADAH HAJI.. bukan takat jaga adik2 kat rumah, malah buat kerja2
yang sebelum ni mak buat... tertanya-tanya gak.. camne laa mak
dapat POWER utk buat kerja-kerja tu.. buat kerja kat rumah, then
buat kerja-kerja kat kantin.. kalu aku tengok, mmg x mampu AKU nak
buat... baru sari kerja kat kantin tadi dah mula PENAT! bukan b4 ni x
pernah buat kerja-kerja tu semua.. tp x secara sepenuhnya... ada yg
'tuang' skit2... cuma mak kurang skit sbb x pandai bawak VAN..
hehehe..

Mak x der kat umah.. sunyi semacam jadinya.. biasanya, mak laa yg
marah sebab aku tidur lewat.."nanti lewat bangun, x sempat ke
masjid!".. sunyi gak dari dengar mak marah adik-adik bising/gaduh..
sunyi dari dengar mak marah bila kami gurau ngan mak.. selalu buat2
lupa supaya mak terkejut / marah.. :) mak cepat cool! paling sunyi
dari suara mak jemput kami adik-beradik makan.. ;)

Tahun baru ni aku buat kejutan pd diri aku... aku pandai bawak VAN!
bukan aku baru dapat lesen, tp dah lebih 3 tahun dah.. tp, nak bawak
van / kereta mmg takut semacam... b4 ni mmg selalu bg alasan kalu
ada yg mintak aku bawak kereta/van.. tp, peluang mak xder kat
rumah ni jadikan aku 'TERPAKSA' beranikan diri utk bawak van tuu..
kalu ada mak, mau je dia marah2 sbb x percayakan aku... ayah plak
marah sebab dah ada lesen, tp tak berani bawak! hehehe..

Sambil-sambil bawak VAN sari dua ni.. adik2 selalu cakap... bukan tak
boleh buat pun, cuma kena ada sikit self confident laa.. tul gak tuu
kot.. senyum pada diri sebab dah lepas ujian pertama... cuma aku
still tak berani bawak van tu kuar ke jalan utama nak gi isi minyak..
mungkin besok aku TERPAKSA sekali lagi... doakan aku selamat di
jalan raya ek!! :)