Alhamdulillah berjaya ke stesyen minyak untuk isi minyak Van.. tak
sangka tul walaupun dalam debar, tetap berjaya... tapi, mati gak van
depan stesyen minyak.. mmg aku dah pilih waktu tak sibuk... tapi still
silap sebab hari tu ada pasar tani.. agak ramai gak org lain.. susah
nak parking kat pasar..
mula dengan susah.. lama kelamaan mula mudah... mula rasa ingin
terus berusaha dan mencuba.. walaupun pelbagai perasaan timbul, tp
rasa sayang sekiranya usaha yg sudah dimulakan dikuburkan begitu
saja...sebab tu laa khamis lepas aku terus melakar kejayaan buat
diriku walaupun mungkin terasa TAK BEST nak kongsi kat sini.. aku
dah berjaya bawak van masuk bandar KUALA TERENGGANU!
hahhaha.. sape sangka dari penakut jd berani abis! aku dah mula
jalan2 bawak adik2 aku ke hulu setiu (kawasan yg teruk dilanda banjir
baru2 ni)... kelihatan tugas2 selepas ini akan jd lebih mudah selepas
pandai van ni..cuma dah xleh nak ngelat g masjid sebab dah pandai
van! x ada laa lagi alasan hujan.. sepatutnya laa..:)
Jalan-jalan kat pasar, perasan satu perkara baru.. pelik bila lihat
ramai penjual baju jual baju batik... bila selisih dengan orang ramai
yg lalu lalang, baru perasan baju batik dah mula diterima untuk
digayakan semula... tapi bukan baju batik yg biasa mcm dulu-dulu...
yang diorang pakai ni kain MAWI kata adik aku.. coraknya besar2..
kain kilat... warna terang dan menarik... MAIL punya batik, MAWI
dapat nama... hehhehe..
dah jadi lumrah dunia... kalu yang baik, semua mahu tumpang
nama.. kalu yang tak elok atau buruk, semua jauhkan diri... silap-silap
sanggup x ngaku saudara... ambik contoh MAWI je mudahnya.. bila
dia dah terkenal, semua ngaku pernah jumpa, pernah kawan, pernah
satu sekolah, pernah itu dan pernah ini.. agaknya penjaga tandas
awam pun nak ngaku yang MAWI pernah masuk bilik air kat situ...
malang skit jika dia kata MAWI keluar toilet dan lupa nak zipkan
seluar dia... hehehhe...bukan aku nak SOKONG MAWI kat sini, tapi
sekadar contoh je.. aku dan MAWI tak ada kena mengena langsung!
apatah lagi mendapat royalti dari ape yang aku taip ini.. :)
bila lihat batik mawi ni, teringat kat sorang awek kecik.. kecik sebab
dia kecik lagi laa.. awek sebab dia pompuan.. bukan awek aku pun..
seingat aku, baru darjah 4 / 5 gitu laa.. lama x jumpa dia.. suka
tengok dia sebab cara dia berpakaian jarang dapat dilihat oleh anak2
kecil yg lain...dia ada ramai lg adik beradik, tp 2 beradik je pompuan
kot?? . sorang lg akak dah skolah menengah, so jrg tengok laa...
bukan laa dia pakai batik berkemban, tp dia pakai tudung, baju
kurung sepasang sama warna.. maksud aku, sama kain laa.. kadang2
dia buat seluar ngan jubah labuh.. cute sangat! tengok dia, cepat2 je
rasa mau ada anak.. mau je pakaikan gitu kat anak2 aku... walaupun
org lain ramai lg bertudung sejak kecil, tp gaya dia tu tetap menarik
hati aku... yg paling penting, sikap mak ayah dia yg tekankan
pemakaian yg menutup aurat sejak kecil aku rasa amat memberi
kesan bila dia besar nanti...semoga dia menjadi muslimah yang
sejati...
No comments:
Post a Comment