28 April 2007

Akhirnya BN Menang lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhirnya BN menang lagi di Ijok, satu pekan kecil di Kuala Selangor. Sebelum ini pun BN telah lama menduduki kerusi Ijok ini. Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, K. Parthiban menerima 5884 undi manakala calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima 4034 undi. Majoriti ialah 1850 dan undi rosak ialah 122.

Tiada apa yang pelik sebenarnya dengan kemenangan ini. Aku sendiri memang menjangka BN akan menang, namun sedikit harapan yang diletakkan pada Tan Sri Khalid membuat aku tidak mahu menyatakan demikian. Bukanlah tiada harapan langsung untuk Tan Sri Khalid menang, namun aku lihat banyak petanda yang menunjukkan BN tetap mendahului PKR dalam tempoh berkempen itu.

Melihat sahaja jentera yang turut membantu BN mampu membuat lemah longlai tubuh mahu melawan. Bayangkan segala macam kementerian dan badan / persatuan turun dan sama-sama menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN. Ini tidak termasuk jentera jentolak dan jengkaut yang siang malam bekerja membangunkan pekan Ijok.

Memang penat. Aku nak rehat. :)


24 April 2007

BERCUTI DI IJOK

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku akan bercuti di Ijok buat beberapa hari. Blog ini akan diam dan sunyi buat seketika. InsyaAllah kalu panjang umur dan masih punya kesempatan aku akan mencoret kata dari sana. Wallahua'lam dan Jumpa lagi!

p/s: HoneyMOON!

Lagi Kekalutan Islam Hadhari.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam baru aku copy n paste artikel "Islam Hadhari = Islam Palsu" tulisan ustaz Nasrudin Hj Hassan ke dalam blog aku. Tetiba terbaca akhbar hari ini Perkampungan Islam Hadhari (sebelum ni Perkampungan Hadhari je kan??) boleh dipengerusikan oleh mereka yang tidak beragama Islam. Alasan yang diberikan hanyalah kerana tidak akan menimbulkan kontroversi.

Memang tidak akan timbul kontroversi pun. Islam Hadhari adalah agama baru. Sesiapa pun boleh bercakap pasal Islam Hadhari asalkan berpandukan Rukun Islam Hadhari yang 10 itu. Ini sudah terang lagi bersuluh bilamana semua yang sedang dilakukan kerajaan pemerintah hari ini menjurus kepada semua prinsip Islam Hadhari itu. Mana-mana rakyat walau apa agama sekalipun sebelum ini MESTI memahami dan menganut fahaman Islam Hadhari ini. Agaknya sebab itu kerajaan tidak kecoh soal murtadnya puluhan ribu umat Islam kerana mereka itu sedang menuju kepada anutan Islam Hadhari!

Agaknya sejauh manalah toleransi yang ada pada kerajaan hari ini dalam melaksanakan sesuatu dasar yang berkaitan dengan agama? Jika konsep Islam Hadhari pun diserahkan kepada Kristian (Hadhari?) @ Hindu (Hadhari?) , maka apakah selepas ini jawatan Pengerusi Masjid Hadhari pun boleh dipengerusikan oleh seorang yang beragama Kristian (Hadhari)? Pada aku, biarlah penganut Islam Hadhari sahaja yang memegang jawatan berkaitan Islam Hadhari. Usah terlalu bertoleransi, kelak agama kalian akan tergadai sedikit demi sedikit. Aku takut jika ada sebilangan kecil penganut Islam Hadhari pun memberontak.

Pada aku, hanya penganut Islam Hadhari sahaja yang memahami Islam Hadhari, jadi kenapa perlu diserah konsep Islam Hadhari kepada penganut Kristian / Hindu / Buddha?. Umpama seorang tukang kayu akan bercerita soal rumah kerana hanya dia yang arif soal rumah. Tukang paip hanya boleh bercerita soal kerja-kerja paip sahaja. Mungkin sesekali tukang paip boleh buat pandai dengan mengajar tukang rumah, namun perlu melihat skop mana yang boleh dicampuri. Umpamanya jika melibatkan bilik air, tentu tukang paip boleh mencadangkan struktur dan apa yang perlu dilakukan untuk memudahkan kerja pemasangan paip kelak. Namun kuasa membina tetap ada pada tukang rumah. Cuma toleransi yang ada akan menambahbaik dan memudahkan urusan pembinaan.

Maaf jika aku turut masuk campur ke dalam urusan agama Islam Hadhari. Bukan niat mahu mencampuri urusan agama lain. Namun, sebagai orang awam aku menyatakan ini bagi pihak 'sahabat-sahabatku' yang berada dalam Islam Hadhari. Kerana aku kenal kebanyakan penganut Islam Hadhari ini senyap sahaja walau apa pun perlakuan yang dikenakan ke atas mereka. Penganut Islam Hadhari adalah penganut agama paling lemah dan paling tiada sensitiviti terhadap agama mereka sendiri!. Lakukanlah apa jua terhadap mereka, maka mereka akan meredhai malah menghalalkan apa jua yang dilakukan terhadap mereka. Pantang mereka cuma satu; jangan kutuk imam mereka. Selain itu, lakukanlah apa sahaja. Percayalah merekalah penganut agama yang paling bertoleransi dan berdiplomasi.

Aku tak tahu apa respon penganut Islam Hadhari terhadap tulisan ini. Cuma kegeramanku bangkit selepas melihat Islam terus dipersenda, sedangkan Islam Hadhari terus mendapat tempat. Bilangan Umat Islam makin berkurang, penganut Islam Hadhari makin bertambah. Percayalah tulisan ini tidak akan merangsang langsung penganut Islam Hadhari. Kerana mereka adalah golongan yang tidak terasa apa-apa...


-------------------------------------------------------------------------------
artikel asal dr Utusan:

Bukan Islam pengerusi perkampungan Islam Hadhari

KUALA LUMPUR 23 April – Ahli Parlimen bukan beragama Islam akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perkampungan Islam Hadhari di peringkat Parlimen yang mereka wakili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, perkara tersebut diputuskan setelah kerajaan meluluskan perbelanjaan sebanyak RM11.25 juta untuk mengadakan perkampungan Islam Hadhari di semua Parlimen.

‘‘Setiap Parlimen akan mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 untuk mewujudkan Majlis Perkampungan itu yang bertujuan memberi penjelasan mengenai konsep Islam Hadhari kepada penduduk.

“Kerajaan tidak nampak perkara ini boleh menimbulkan kontroversi kerana dengan pelantikan itu menjelaskan lagi kepada semua pihak mengenai Islam Hadhari yang begitu menekankan soal sederhana, tidak ekstremis dan boleh diterima oleh semua tanpa sebarang masalah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek sebanyak RM50,000 Perkampungan Hadhari Peringkat Parlimen kepada 199 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Legend di sini, hari ini.

----------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Keras sangat ke? Siapa yang makan cili je akan terasa...