Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

04 August 2009

Travelog Demonstrasi Himpunan MANSUH ISA - Pemuda Gombak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Nota: Catatan ini adalah pengalaman seorang sahabat bernama Afyan yang merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak..

BEBERAPA HARI SEBELUM HARI KEJADIAN…

Selasa, 28 Julai. 5 hari sebelum kejadian.

Saya bersama-sama Sdra Khairulfahmi (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor- DPPNS) menghadiri mesyuarat Lajnah Penerangan DPPNS yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Beliau memberi kata-kata peransang dan semangat untuk ketua-ketua Lajnah Penerangan seluruh pemuda PAS negeri Selangor untuk mengembeling tenaga muda di setiap kawasan.

Selepas mesyuarat, poster dan handbill demonstrasi dibahagi-bahagikan utnuk diedarkan ke setiap kawasan. Selepas mesyuarat berkenaan, kami bergeges untuk kembali ke Gombak untuk menghadiri mesyuarat Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) yang kebetulan berlansung pada malam yang sama.

Selepas mesyuarat tersebut, poster dan handbill iklan demonstrasi MANSUH ISA dibahagi-bahagikan kepada pada pemuda untuk diedarkan di tempat masing-masing.

Rabu dan Khamis, 29-30 Julai. Tiga empat hari sebelum kejadian.

Gerak gempur menampal poster untuk turun berdemonstrasi dijalankan.

Siap bawa bouncer daripada Silat Cekak tuu!!
Para pemuda Gombak di ketiga-tiga DUN; Gombak Setia, Hulu Klang dan Batu Caves dikerahkan untuk menampal poster demonstrasi MANSUH ISA.
Antara yang menjadi sasaran penampalan, tiang eletrik, tiang lampu, dan sebagainya. Operasi subersif ini dijalankan pada waktu malam. :)

Jumaat, 31 Julai. Sehari sebelum kejadian.

Handbill-handbill diedarkan di setiap masjid di seluruh Gombak.

Pada malamnya, para pemuda Gombak berkumpul di Markaz Tarbiyah Taman Melewar untuk persediaan program qiyamullail keesokan paginya. Program ini diaturkan oleh Lajnah Tarbiyah DPPG yang diketuai oleh Ustaz Tarmizi. Pada malam sebelum tidur, kami diisi dengan kata-kata semangat dan tazkirah untuk demonstrasi esok.

Di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, anggaran saya kira-kira 1000 orang berkampung di situ dari seluruh pelosok tanah air yang akan menyertai demonstrasi esok.

HARI KEJADIAN…

Jam 1 Pagi. Kira-kira 13 jam sebelum kejadian.

Cerita lanjut di SINI... (panjang sangat nak copy n paste sini)

01 July 2009

Iklan: Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Ini sahutan dari ketua pemuda yang baru. Cuma ditulis 100 000 pemuda PR. Manek Urai tu bukan besar sangat. Kalu betul-betul turun 100 000, mahu jam tahap gaban la Manek Urai tu. Dah la jalan-jalan kampung kecik je. Apapun, itu hanya 'gimik' nak tunjuk SEMUA kena turun!!

Apa lagi? pakat-pakat standby la turun!

16 April 2009

Menjawab Tag!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Terkena Tag! lagi. Sebenarnya ini kali ke tiga. Kali kedua belum jawab lagi sebab panjang sangat arahan dia. Yang Baity punya ni simple jer. Kebetulan pula memang tengah niat nak upload gambar Balqis.

Mulanya nak ikut arahan, tapi bila buka laptop, tak jumpa folder keenam. Jadi aku ambik gambar-gambar baru Balqis dan masukkan jadi satu folder baru. Jadilah folder keenam. Bagaimanapun gambar ini bukanlah gambar keenam seperti yang diharapkan. Bagaimanapun gambar ini adalah selepas enam bulan umur Balqis. Kira enam jugak la.

Apa lebih baik dan bagus adalah, aku tidak akan tag sesiapa selepas ini. Biarlah ianya tamat di sini sahaja. ;)

Instructions:
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Gambar 1.

Lokasi: Dalam rumah.
Gaya / Mood: Kepanasan.
Nota Balqis: Jangan ingat saya bogel tau! Pampers ada, cuma tak nampak jer.

Gambar 2.
Lokasi: Klinik Desa
Gaya / Mood: Menanti nama dipanggil
Nota Balqis: Apa la misi ni, panggil la nama kite cepat skit. Orang nak balik tengok wonder pet lak ni.

Gambar 3.
Lokasi: Dalam bilik
Gaya / Mood: Kumpul Daya
Nota Balqis: Zzzzzzz..

Gambar 4.
Lokasi: Dalam rumah.
Gaya / Mood: Main dengan bantal peluk Doraemon
Nota Balqis: Inilah kawan saya kalu Ubi (umi+abi) tak nak layan saya.

Gambar 5.
Lokasi: Ruang Tamu.
Gaya / Mood: Main sorang-sorang je.
Nota Balqis: Meh la Ubi main dengan adik..

Gambar 6
Lokasi: Dalam bilik di rumah Tok.
Gaya / Mood: Gelekek suka selepas mandi.
Nota Balqis: Kalu pakai topi ni, mesti nak gi kuar jalan-jalan. Yea yea..

Gambar 7 & 8.
Lokasi: Di sebuah lokasi Peranginan di Setiu. (Aku tak reti nak eja nama tempat ni)
Gaya / Mood: Sejuk sampai terangkat-angkat kaki bila kena air.
Nota Balqis: Apalah Abi ni, Balqis dah mandi la pagi tadi. Abi tu yang belum mandi lagi.

Gambar 9.
Lokasi: Bahagian Pediatrik, HSNZ
Gaya / Mood: Ngantuk sebab lama tunggu giliran.
Nota Balqis: Mana Dr Syarifah Huda ngan Dr Jun ni. Ubi nak masuk opis lak nanti.

Nota Aku:

Dua hari lalu aku membawa Balqis ke bahagian Pediatrik HSNZ. Balqis ada temujanji untuk pemeriksaan jantung. Temujanji ini sudah dilakukan sejak 6 bulan yang lalu. Alhamdulillah, menurut Dr Syarifah Huda jantung Balqis tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Namun, Balqis tetap perlu datang semula untuk pemeriksaan demi pemeriksaan selanjutnya.

Mengikut Dr Syarifah, individu yang mengalami Sindrom Down mempunyai keberangkalian tinggi untuk mengalami masalah jantung, usus dan beberapa penyakit lagi. Dia kelihatan berpuas hati dengan kesihatan Balqis cuma berpesan supaya Balqis perlu diberi lebih makan.

Aku dan isteri senyum. Kami tahu bagaimana kuatnya Balqis makan sekarang ini. Minggu lalu ketika ditimbang di klinik desa, berat Balqis hanya 5.3kg. Tapi, pada 2 hari lalu berat Balqis dah bertambah kepada 5.8 kg! Dalam masa seminggu kenaikan 0.5kg adalah suatu peningkatan yang sangat besar.

Wallahua'lam.

p/s: Semoga Cik Baity puas hati dengan gambar-gambar Balqis ni. Kalu nak lagi puas hati, meh la jalan umah dukung Balqis.

12 November 2008

Wajah-wajah Balqis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Saje nak post imej-imej pengubat rindu kepada Pak Sedara dan Mak Sedara Balqis, mahupun kepada semua sepupu-sepupu Balqis di seluruh dunia. Kepada yang nak ngaku anak sedara pun, aku tak kisah.

Gaya manja ala-ala Gadis Kecil Tudung Merah. Tapi yang ni kuning.

Sukanya dia! Mesti ada yang puji Abi dia sebab pandai layan Balqis. Terima Kasih.

Ini antara gaya terbaru Balqis. Akhir-akhir ni inilah gaya yang biasa dilakukan. Isap ibu jari!!

Gaya apa lak ni?

Muka tak puas hati dengan Umi dia. Lambatnya dapat susu.

Nama saya Balqis. Lawa tak dagu saya? Dagu ni ikut dagu Umi saya.

Inilah gaya yang paling biasa. Zzzzzzzzzzzzzzzz.

Gaya Anak Zirafah? Ini baju yang diberikan oleh Kak Ummi. Topi tu macam besar skit. Tapi cute sangat baju ni. Macam tau-tau je yang Balqis ni tinggi.

27 April 2008

Siapa Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sekali tengok, tiada apa yang pelik dengan banner di atas. Banner ini berada di Simpang Lampu Isyarat Bukit Tunggal, di jalan Jambatan Sultan Mahmud. Seingat aku banner ini terpasang selepas Mat Said mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu lagi. Aku tidak pasti berapa banyak banner seumpama ini dipasang.

Jika diperhatikan, banner ini mewakili Umno Terengganu. Perkataan kami sentiasa bersamamu itu dilihat seolah-olah Umno Terengganu menerima pimpinan Pak Lah, Najib dan Mat Said dan sentiasa menyokong mereka. Siapa Mat Said dalam Umno di Terengganu?

Di situlah aku lihat kesilapan besar banner ini. Sepatutnya mereka gunakan gambar Idris Jusoh bagi menggambarkan sokongan mereka pada pimpinan Umno di Terengganu. Idris tetap Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu walaupun tidak menjadi MB.

Jika mahu meletakkan gambar Mat Said sekalipun, letak la gambar Idris di sebelah Najib diikuti dengan Mat Said. Namun, perlu juga ditambah lambang negeri atau bendera negeri. Ini bagi menggambarkan Umno Terengganu menerima Mat Said sebagai MB Terengganu. Pada masa yang sama Umno Terengganu dilihat menyokong Pak Lah dan Najib sebagai PM dan TPM.

Bukan apa, nampak sangat wujud puak-puak dalam Umno ni. Buang la yang keruh, ambil la yang jernih. Jom sama-sama kita sepakat minta Royalti Petroleum Terengganu dipulangkan semula.

11 April 2008

Anwar ziarah Ayah Chik

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah gambar-gambar Anwar Ibrahim dalam jadualnya menziarahi Ayah Chik. Kiranya Anwar ke Terengganu semalam semata-mata menziarahi Ayah Chik je. Anwar tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sekitar jam 5.30 petang.

Pihak keselamatan Hospital menyambut Dato Seri Anwar. Semalamnya sambutan yang sama diberikan kepada YB Hussam Musa.

Anwar diiringi beberapa pimpinan PAS dan penyokong di Terengganu.

Apa khabar? Senyuman jelas terpancar di wajah kedua-dua pimpinan ini.

Pelukan sahabat seperjuangan.

Bersembang pasal 14 April agaknya.

Kemesraan jelas terpancar.

Mungkin Ayah Chik bercerita tentang penyakitnya.. Anwar serius pula mendengarnya.

Dato' Tg Hassan memberi laluan 2 pimpinan ini berbicara.

Anwar keluar dari bilik rawatan

Silau la plak banyak kamera. Eh, bukan ke hospital tak leh ambik gambar?

Anwar dibawa Dato Tg Hassan ke MTT untuk jamuan makan sebelum berlepas pulang. Dato Tg Hassan ni orang lama Abim. Maybe sebab tu kot Anwar rapat dengan dia.

Dalam lawatan semalam juga, Anwar dan Ayah Chik telah mengadakan pertemuan sulit sekitar 30 minit. Ketika itu, semua pimpinan termasuk ahli keluarga tidak dibenarkan berada dalam bilik tersebut. Mungkin ada beberapa strategi yang sedang diatur bagi melicinkan perjalanan Pakatan Rakyat.

Apapun, sama-sama kita terus mendoakan Ayah Chik berada dalam keadaan sihat dan selamat untuk terus memimpin perjuangan yang masih panjang ini. Wallahua'lam.