11 January 2009

'Gencatan senjata' PAS-BN demi Palestin - Malaysiakini

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan Malaysiakini

Dua parti utama PAS dan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu diseru mengadakan "gencatan senjata" sehari Khamis depan demi menyedarkan rakyat tentang kekejaman Israel kini.

"Gencatan" itu termasuklah memberhentikan kempen selama 24 jam dan mengadakan solat hajat serta tahlil bagi menunjukkan simpati kepada nasib penduduk Palestin, kata penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir.

"Kita bukan berperang tetapi saya guna analogi 'gencatan senjata' itu bagi kita menangguhkan kempen sekejap selama 24 jam dan guna hari itu untuk menyedarkan rakyat tentang apa yang berlaku di Palestin.

"Mungkin kita boleh buat solat hajat pada Khamis malam Jumaat, buat tahlil dan tak payah kempen pada hari itu. Cuma buat apa yang patut untuk tunjukkan rasa simpati kepada saudara seagama di Palestin," katanya, lapor Bernama.

Mukhriz, yang juga calon ketua Pemuda Umno, berkata demikian semalam selepas pelancaran Tabung Bantuan Palestin kawasan Bukit Payung, di pinggir kawasan pilihanraya kecil itu.

Tambahnya, satu tribunal perang juga perlu diwujudkan segera di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membicarakan pemimpin-pemimpin Israel yang terlibat secara langsung dengan jenayah perang tersebut seperti yang pernah dilakukan terhadap Yugoslavia.

Tindakan itu satu cara terbaik untuk memberi amaran kepada Israel supaya mengelak daripada terus melakukan keganasan kepada rakyat Palestin sehingga mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa terutama kanak-kanak, katanya lagi.

Mukhriz berkata, seramai 10 orang doktor dari Aman Malaysia telah bersedia pada bila-bila masa untuk ke Palestin bagi membantu mangsa kekejaman Israel.

Selain itu, beliau turut kesal apabila ada pihak yang cuba perlekehkan saranan supaya rakyat Malaysia memboikot barangan keluaran Amerika dan Israel kerana ia dikatakan tidak akan menjejaskan kuasa besar ekonomi dunia itu.
---------------------------------------------------------------------

Macam menarik je idea Mukhriz ni. Pada aku kalu yang baik, apa salahnya terima. Lagipun aku percaya ini suatu perkembangan yang menarik dalam politik Malaysia. Nak lebih baik, 'Fatah' serah sahaja kerusi Kuala Terengganu kepada 'Hamas'.

1 comment:

Yanaam said...

Genjatan senjata macam mana kalau Ahmad Said dan Che Mat Jusoh pakat sabotaj Ahmad Farid ?

Lihat http://bnkterengganu.blogspot.com/2009/01/dato-che-mat-apa-sudah-jadi.html

Lepas tu ada juga senarai ketua UPU Umno yang sedih sebab duit tak turun.

Sama-sama dia pun dok genjatan senjata lagi.