30 December 2007

Sah! Logo MBKT Diarah Tukar

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Di bawah ini disertakan logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu MBKT) yang dilaporkan diarah tukar oleh Tuanku Sultan Mizan. Aku juga mengambil sedikit masa untuk 'merayap' sekitar bandar Kuala Terengganu bagi melihat kerja-kerja pengubahsuaian logo dan 'pembaikian' yang dilakukan.

Pengubahsuaian itu mungkin tidak banyak pada logo, iaitu dari bunga padi kepada bunga tulip (ya ke? Aku nampak macam bunga kertas je), tetapi bayangkan kos yang diperlukan bila mahu menukar semua logo yang sudah dipasang.

Ntah apa-apa la Deris nih. Buat apa-apa sukati dia je!!

Logo Baru MBKT. Bunga 'kertas' menggantikan Bunga Padi.

Logo lama masih kekal di Bangunan Pentadbiran MBKT. Tinggal sehari sahaja lagi.

Kerja pengubahsuaian dilakukan di Pintu Gerbang di hadapan Stadium yang menghala Wisma Darul Iman. Gambar diambil selepas waktu pejabat.

Logo baru mula digunakan.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Saya bukan dari Terengganu,
Harap dapat diperjelaskan berbezaan logo lama (yg dibatalkan oleh Al-Sultan) dgn (logo baru).

Yg benar

Nani,
Cheras, Kuala Lumpur

amdang81 said...

'alaikumussalam..

Perbezaan logo bandaraya Kuala Terengganu ini adalah pada BUNGA PADI (logo asal) yang mengelilingi lambang Terengganu disertai BULAN dan BINTANG pada atas penjuru BUNGA PADI tersebut..

Sedangkan logo baru menggunakan BUNGA TULIP(pada saya macam BUNGA KERTAS)yang hanya melingkari sebahagian besar tepi lambang.. tidak penuh sampai ke atas...

PERHATIKAN BETUL-BETUL perbezaan tersebut.. insyaAllah jumpa lah tu perbezaannya..

Wallahua'lam