13 December 2006

'Ayat-Ayat CInta'

Assalamualaikum wbt...
dah lama sebenarnya aku x mulakan setiap tulisan aku dengan salam... mungkin kalu basmallah, x perlu untuk aku tulis, tetapi elok juga sebab mengingatkan sesama kita penting mendahulukan sebarang pekerjaan dengan basmallah... insyaAllah lepas ni aku cuba tulis jugak... cuma kadang2 nampak mcm formal jer...

sebenarnya aku dah cukup lama tidak membaca novel... apatah lagi novel jiwang... namun, sebab aku nampak ada kekuatan pada novel itu, maka aku mula membaca 'ayat-ayat cinta'... sebuah novel yang pada aku 'maa laa yal zam' bagi penulis yang lain... menulis kisah cinta dengan sopan.. cinta yang kadang2 pada aku jijik dan kotor, tapi diolah supaya dilihat bersih, suci dan tidak memualkan... sebuah kisah USTAZ ROMANTIK!

USTAZ ROMANTIK? agak pelik bunyinya... tapi secara keseluruhan cerita ni mengisahkan seorang anak muda bernama FAHRI yang study di Mesir... diolah cerita ini menggunakan kata ganti nama AKU menyebabkan diri kita terasa dekat dengan watak yang diceritakan.. berlatarbelakangkan suasana mesir, digambarkan secara dekat budaya hidup orang di sana...

aku x suka ceritakan perjalanan kisah... pada aku, x menarik jika terbaca jalan cerita sebelum membaca.. cukuplah gambaran kasar supaya menarik minat untuk membaca dan mencari... apa yang cukup menarik dalam penulisan ini adalah AMALAN yang dilakukan oleh AKU yang hampir merujuk dan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.. menunjukkan ciri-ciri yang patut dan perlu ada pada setiap muslim... pelbagai situasi dan keadaan yang memerlukan tindakan yang waras dan wajar...

seperti kisah lain, CINTA tetap menjadi TEMA di dalam cerita ini... cinta kepada sahabat, cinta kepada saudara, cinta kepada tetangga, cinta kepada keluarga, cinta kepada isteri, cinta kepada Rasulullah.. dan cinta yang UTAMA.. iaitu cinta kepada ALLAH SWT... secara keseluruhan, agak baik olahan dan gambaran yg diberikan... namun, pada aku kekurangan / kecacatan pada watak yang digambarkan adalah kerana terlalu sempurna! suatu yang pada aku amat sukar utk diterima... aku suka sebut hal ini kerana menyempurnakan watak akan menyebabkan banyak kepincangan yang akan dicari... aku lebih suka watak yang melakukan kesilapan, rasa bersalah, memohon maaf dan sebagainya... menggambarkan sifat semula jadi manusia yang serba lemah dan kekurangan... dengan kata lain, melihat kekurangan sebagai kekuatan! melihat pembetulan sebagai kekuatan...

Jalan cerita keseluruhan amat menarik... plot2 yang diwujudkan simple, tapi memberikan perjalanan yang baik dalam penceritaan... suka apabila dapat tahu cerita ini akan diFILEMKAN, namun aku amat mengharapkan watak HERO ini akan diletakkan dengan seseorang yang sifatnya tidak jelik dan jijik... kadang2 sedih bila melihat pelakon yang hanya PANDAI BERLAKON... tetapi tidak menghayati apa yang dilakonkan... sedangkan hasrat Pengarah, dan pelakon itu sendiri supaya kisahnya dijadikan tauladan dan contoh jika yang baik.. dan dijadikan sempadan jika tidak elok dan tidak senonoh.... tapi, itulah realiti LAKONAN... dunia ORANG YANG MUNAFIK! (munafik di sini adalah apabila dia berlakon, maka di situlah letaknya menafik... munafik dr segi bahasa.. bukan hukum..)

lastly... aku enjoy baca cerita ni... jarang sebenarnya aku baca novel dr satu ayat ke satu ayat.. biasanya aku baca 'speed reading' jer... tapi sebab setiap ayat disusun mempunyai makna dan pengisian yang agak berguna, maka terpaksalah aku merangkak untuk menghabiskan novel itu....

try laa.. baru leh bezakan...

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ayat-ayat Cinta….
Jangan terlalu awal mengadili buku ini dari tajuknya, kerana ia bukanlah novel cinta murahan, tapi ia adalah cinta yang bersandarkan cinta terhadapNya.
Pada yang saling bercinta (antara sesama manusia)…..menghayati ayat-ayat cinta akan mendidik anda untuk meletakkan perasaan itu pada tempat yang sepatutnya
Pada yang rasa cintanya tidak disambut……ayat-ayat cinta membimbing anda agar menyedari bahawa cinta pada Allah tidak pernah ditolak malah sentiasa indah

Jika kamu belanjakan seluruh isi bumi (untuk menyatu hati manusia) nescaya kamu tidak akan dapat menyatu hati mereka melainkan Allah jua yang menyatukan mereka.
Al-Anfal, 63