11 January 2006

Bila Kota Selamat Tidak Lagi Selamat...

Angkuhnya manusia bila tidak mahu mengikut telunjuk ALLAH!
begitulah yg terbit dlm kepala aku bila terderngar berita kat TV pasal
Bandar Putrajaya tidak lagi selamat seperti yang dikehendaki semasa
pembinaannya.. kononnya Putrajaya akan jadi bandar pintar dengan
bangunan yang 'baik-baik' dan diisi pula dengan insan yang 'baik-baik'
di dalamnya...sesuatu yang MENGKAGUMKAN bila itu semua dapat
berjalan dengan baik.. tapi realiti pada hari ini mula melihat perkara
sebaliknya.. berita pada malam tu bukanlah kejadian jenayah
pertama yang berlaku di Putrajaya, tapi dah masuk ke SEJUTA ENAM
kot! (Istilah bg menunjukkan BANYAK bagi seorang kawan lama..)

Dulu riuh dengan kes PECAH RUMAH semasa kakitangan yang tinggal
di perumahan Putrajaya ke pejabat.. tangkapan yang dilakukan
banyak jugak melibatkan pelajar sekolah yang melakukan perbuatan
itu.. selepas itu terdengar jugak isu VANDALISME terhadap beberapa
kemudahan awam yang disediakan termasuk di sekitar MASJID
PUTRA sendiri.. berita terbaru yang didengar KECURIAN TAYAR
kenderaan yang semakin berleluasa.. kalu tak salah dengar, satu hari
mencecah BERATUS kes seumpama itu... agaknya kalu curi kereta,
mungkin alarm berbunyi.. tapi kalu curi tayar ni x bunyi kot.. tu yg
bersungguh sangat si pencuri mencuri tayar-tayar kat situ.. agaknya
laa... tapi, kalu tengok harga pasaran tayar pun agak mahal.. kalu
kereta biasa-biasa ni leh tahan jugak harganya.. kalu kereta mcm
merc & BWM tu mahu ribu2 jugak kalu dah hilang 4 biji tuu... fuhhh..
nasib baik tak pakai kereta.. :)

Bila sebuah bandar yang dikatakan selamat pun tidak selamat, maka
bayangkanlah bandar lain yang tiada pengiktirafan seumpama itu..
agaknya sejauh mana kes jenayah dan mungkar yang berlaku...
mungkin dah ditahap tiada lagi kawalan dan amatlah berleluasa...
terfikir jugak dari mana datang idea nak IKTIRAF Putrajaya sebagai
bandar selamat?? agaknya sebab bandar ni dibuat dengan agak
canggih, diisi dengan CCTV yang banyak dan penduduknya
kebanyakan kakitangan kerajaan (KERAjaan??) yg kebanyakkannya
agak bertamadun skit dari buruh2 kasar?? jika ini je eleman yang ada
sebagai penyebab pengiktirafan bandar selamat, maka pada aku satu
kesilapan yg amat silap dan BODOH! satu usaha yang amat
terburu-buru dan tidak melihat kepada realiti yang ada..

Putrajaya bukan pulau bagi menghalang kemasukan orang luar..
itupun jika jenayah dilakukan oleh org luar...Bukan kakitangan
kerajaan saja yang tinggal di situ... sedangkan berlambak pekerja AM
dan sebagainya yang tinggal di situ bagi menjalankan tugas
masing-masing (tu pun kalu bukan kakitangan kerajaan tu punya
kerja laa..) dan kalu kakitangan kerajaan sahaja pun yang tinggal di
situ (mmg mustahil! sape nak jual nasi dsbnya??) pun jenayah masih
boleh lagi berlaku dalam pelbagai aspek dan ruang...

Mungkin di sinilah PAK LAH melihat kepada kekurangan yg ada dalam
negara kita hari ini..maka ditekankan pula MODAL INSAN sebagai
pelengkap kepada segala infrastruktur yang moden dan canggih yang
sedia ada... maka berjajalah istilah MODAL INSAN di segenap ceruk
negara.. semua media turut memainkan peranan bagi menyampaikan
maklumat betapa pentingnya MODAL INSAN bagi menambah nilai
kepada apa yang telah ada pada kita... setelah masyarakat rosak dengan teruk dan hancur, barulah istilah ini diwujudkan oleh cucu ulamak terkenal dengan harapan akan berlaku BALANCE antara pembangunan FIZIKAL dan ROHANI...

TERLAMBATKAH PAK LAH??

No comments: