06 April 2008

Boikot Belanda: Tahniah Sabasun

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam aku ke Sabasun lagi. Cari sedikit barang dapur. Terkejut aku bila lihat semua barang yang dipercayai keluaran Belanda diboikot dengan sungguh-sungguh!! Hampir semua barang keluaran Belanda tidak dikeluarkan untuk dipamerkan. Rak kelihatan kosong tanpa barang dan hanya kelihatan muka Shahrir Samad dengan sedikit kenyataan dari pihak Sabasun atas boikot yang dilakukan.

Hajat di hati nak ambik gambar, tapi rasanya memang etika mereka tak benarkan penggunaan kamera dalam kedai mereka. Kan tak pasal-pasal kena marah. So, tak jadi nak tunjuk sini. Ingatkan dekat website Sabasun ada la gambar mereka boikot tu, rupa-rupanya poster boikot je yang dipamerkan.
Apapun, tahniah Sabasun!! Selamat ulangtahun ke 13!! Aku akan terus menyokong kalian.

03 April 2008

Senarai Barangan Belanda dan Alternatifnya

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Bahan kat bawah ni aku copy n paste dari blog mampat (http://mampat.blogspot.com). Tapi oleh kerana nak sesuaikan dengan blog aku, maka aku ubah skit. Maklumat asal leh la rujuk ke sana.

Bil

Barangan / Jenama Belanda

Barangan / Jenama Alternatif

1

Shell

Petronas

2

Barangan Eletrik/Mentol Philips

Panasonic, khind

3

Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady

FernLeaf

4

Restoran Windmill

Banyak warung / restoren melayu. Mamak? Pilih-pilih la yang mana patut.

5

Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’


6

Barangan penajaan Christian Albers


7

Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 5


8

coklat Forrero Roche, Van Houtan

Coklat Nisan, gula batu

9

Insurans ING

Takaful Ikhlas, Etika, Takaful Malaysia, Takaful Kifalah leh?

10

Teh Lipton

Teh HPA, Teh Boh, teh2 keluaran Malaysia

11

perisa makanan Knor

Perencah Hilal

12

Produk mandian Dove

HPA,

13

Produk Unilever

Produk HPA, Produk lain-lain

14

Susu Frisolac

Fernleaf, Everyday

15

Susu Pekat jenama Omega

Minum air ’O’ je

16

Susu Pekat Jenama Comple

Minum air ’O’ je

17

Jem dan Mayonis jenama Lady’s Choise

Jem tempatan banyak. Macam-macam ada.

18

Aiskrim jenama Wall’s

Aiskrim asam masin je (asam boi)

19

Pencuci Pinggan jenama Sunlight

Wahdah - HPA

20

Shampu jenama Clear

Syampu HPA-Betik, Pegaga dll

21

Shampu jenama Sunsilk

Syampu HPA-Betik, Pegaga dll

22

Kosmetik jenama Rexona

Pakai HIBKA – Anti Keringat Bau

23

Kosmetik jenama Fair & Lovely

Pakai bedak sejuk. Kulit Rambai ke

24

Sabun Ekonomi Handalan

HPA pun ada sabun basuh. Aku lupa nama.

25

Ubat gigi jenama Sparkle

Ubat gigi herba HPA. Budak-budak punya pun dah ada

26

Sabun jenama Breeze

Sabun basuh HPA

27

Sabun jenama Lux

Sabun susu kambing HPA

28

Marjerin Planta

Marjerin FELDA

29

Marjerin Dorina

Marjerin FELDA

30

Minyak Sapi jenama Windmill


31

Minyak Mazola

Minyak Sawit je

32

Tepung jagung jenama Maizena


33

Ponds

HPA ada produk penjagaan kulit dari Pegaga. Centella White ke apa nama dia.

34

Danone

Biskut jagung biasa je. Takpun, roti kering.

35

Radiant


36

Lego

Kawada- pernah dengar?

37

Nutricia - lihat komen**


38

Dumex - lihat komen**


39

Pekembar (UMNO) – gula-gula, kain pelekat, baja, baju T, payung dan lain-lain.

**Nota: UMNO bukan produk Belanda, tetapi merupakan produk British yang turut menyokong Zionis. So, wajar la boikot ek!

PAS























































































Sebagai pengguna HPA yang agak tegar, maka aku syorkan kalian guna produk HPA. Selain buatan Malaysia, HPA juga merupakan produk Muslim yang dipercayai kesuciannya.

Maklumat di atas adalah benar dan tepat mengikut tafsiran aku. BOIKOT barangan di atas turut dengan sama-sama BOIKOT barangan dari Yahudi / penyokong kuat mereka. Macam Nestle, coca-cola, dan sewaktu dengannya.

p/s: Sorry mengarut skit. Demam. Huhuhu.

Apa bisikan Deris pada Mat Said?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Rata-rata akhbar 30 Mac lalu menunjukkan gambar Mat Said dan Deris Jusoh berpelukan. Deris dilihat tersenyum, manakala Mat Said dilihat sedikit gementar dan gugup. Terharu mungkin. Sedikit pucat.

Ramai pemberita mengulas dengan mengatakan pelukan itu membuktikan Mat Said tidak pernah berdendam dan telah memaafkan Deris dan semua yang terlibat. Mat Said juga berkata demikian.

Mungkin ada kebenaran sekiranya Mat Said telah memaafkan Deris dan konco-konconya. Ini kerana dengan memaafkan merekalah Mat Said boleh lebih lama kekal sebagai MB seterusnya memerintah Terengganu. Sekiranya Mat Said tidak bergabung dengan 23 Adun BN yang lain, sudah tentu dia menghadapi kesukaran dan terpaksa berdepan dengan undi tidak percaya. Jika bergabung dengan 8 wakil PAS tidak memungkinkan Mat Said membentuk kerajaan yang kuat.

Namun, apakah Deris dan konco-konconya juga sudah memaafkan Mat Said yang 'merampas' takhta MB Terengganu itu? Apakah Deris tidak terasa malu dihalau sebegitu rupa sedangkan ketika itu semua YB BN menyokongnya? Apakah Deris sanggup hilang kuasa pembahagian tender yang selama ini menjadi miliknya? Sejak bila Deris menjadi seorang yang pemaaf?

Seorang kawan secara bergurau berkata "Mung tahu tak apa bisikan Deris kepada Mat Said semasa berpelukan tu? Deris kata, siap la mung Mat Said!"

Aku tergelak. Namun, jika dilihat pada gambar tersebut mungkin ada kebarangkalian kata-kata itu diungkapkan oleh Deris. Jika tidak, masakan rupa Mat Said tidak ceria, manakala rupa Deris senyum penuh makna.

Perang Mat Said dan Deris sebenarnya baru sahaja bermula dengan majlis angkat sumpah tersebut. Mat Said dalam kenyataannya telah memaklumkan barisan exco pilihannya nanti adalah muka-muka baru. Maknanya, ramai penyokong Deris akan tercantas. Deris sendiri sudah tentu tidak akan dilantik exco. Rosol wahid? Batu api sewajarnya dipendam di dasar laut. Biar sejuk.

Sebagai bekas MB yang dikira banyak membawa 'pembangunan' di Terengganu, sudah tentu Deris akan cuba menenggelamkan nama Mat Said supaya tidak 'seharum' namanya. Sudah tentu ada gangguan dan kacau mengacau dalam pentadbiran Mat Said ini. Jika Deris tidak melakukan demikian, namanya akan tenggelam dan rakyat akan melupakannya. Paling tidak, Deris mahu rakyat akan berkata "Masa Deris jadi MB dulu lagi baik dari sekarang."

Kepada Mat Said, perlu lebih hati-hati. Jangan pula cuba mengusik PAS ketika mana kedudukannya sebagai MB itu masih tidak senang duduk sebenarnya. Bukan apa, takut-takut Mat Said keseorangan dalam melawan Deris dan PAS.