Ketika mana sedang menunggu juadah tengahari di sebuah warung, seorang sahabat bertepuk dahi sambil menyebut yang beliau terlupa untuk mengambil anaknya yang berumur 5 tahun di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Ketika itu, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Kebiasaan PASTI menamatkan persekolahan sekitar jam 12.00 atau 12.30 tengahari.
Kemudian, muncullah cerita-cerita 'sedih' yang dikongsi di warung tersebut.
Cerita 1:
Seorang Ustaz tiba-tiba teringat anaknya yang belum diambil dari sekolah ketika mengangkat takbir solat Isyak! Ketika itu mujurlah beliau menjadi makmum. Sebelum itu, beliau memberikan kuliah Maghrib yang sangat bersemangat kepada jemaah surau. Sebaik selesai solat, beliau terus pergi mencari anaknya di perkarangan sekolah. Namun tiada. Waktu persekolahan tersebut tamat sekitar jam 6.00 petang.
Dengan keyakinan bahawa anaknya sudah diambil oleh bapanya (datuk anak), maka beliau ke rumah bapanya. Alhamdulillah, anaknya sudah berada di rumah datuknya itu. Beliau pula diceramahkan oleh ibunya selepas itu.
Cerita 2:
Seorang bapa tertinggal anaknya di sebuah kedai. Setelah selesai membeli belah, si bapa dan anak-anak terus masuk ke dalam kereta. Sesampai di rumah, sebaik sahaja pintu kereta dibuka dia terkejut kerana anaknya sudah tiada dalam kereta. Dalam fikirannya, cepat betul anaknya. Sekejap sudah masuk ke dalam rumah. Setelah diperiksa, barulah dia sedar salah seorang anaknya tiada.
Kemudian, si bapa dihubungi seseorang mengatakan anaknya tertinggal di sebuah kedai. Mujur sahaja anak tersebut tidak menangis ketika si bapa pergi mengambilnya.
Cerita 3:
3 orang pemuda dalam satu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu melalui lebuhraya Pantai Timur. Kejadian berlaku tengah malam. Penumpang di belakang tertidur semasa kenderaan bergerak. Tiba di satu stesyen minyak, pemandu dan penumpang di depan keluar untuk ke tandas. Setelah kembali ke kenderaan, mereka terus meneruskan perjalanan dengan menyangka penumpang di belakang masih ada. Sedangkan penumpang belakang turut turun ke tandas dan masih belum kembali!
Akhirnya mereka terpaksa melakukan U-Turn di susur keluar berikutnya bagi mendapatkan kembali sahabat mereka yang tertinggal setelah sahabat yang ditinggalkan itu menghubungi mereka melalui telefon bimbit.
Cerita 4:
Seorang ayah terlupa mengambil anaknya di Taska. Apabila petang, si isteri bertanyakan perihal anak-anak yang tidak cukup seorang dengan jangkaan si anak ke taman permainan. Barulah si bapa teringat yang anaknya belum diambil di Taska.
Cerita 5:
Setelah menghantar si isteri membeli belah di sebuah pasaraya, seorang suami terus menguruskan si anak yang mempunyai urusan lain. Apabila urusan si anak selesai, si suami terus pulang ke rumah dengan anak. Apabila mahu diminta si isteri membuatkan air, barulah disedari yang si isteri masih belum diambil di pasaraya yang ditinggalkan pada pagi tadi. Semuanya gara-gara si isteri terlupa membawa telefon.
Cerita 6:
Semalam ketika berehat seketika di sebuah masjid, aku didatangi seorang wanita agak berumur dengan hanya berselipar jepun. Dia mengadu dirinya telah ditinggalkan menantunya dan anak-anaknya ketika mereka berhenti solat. Lebih malang lagi kerana kejadian sebegitu pernah berlaku kepada anaknya yang lain. Apabila ditanya nombor telefon menantu atau anak-anak, makcik tersebut tidak ingat nombor-nombor mereka. Mulut makcik tu dah mula bising.
"Gini la orang muda, hok tua ni dia tak ingat..."
Kemudian, makcik tu semacam tersedar sesuatu. Dia bertanyakan adakah masjid tersebut mempunyai pintu masuk yang lain? Sambil menunjukkan ke satu arah, aku lihat makcik tersebut berjalan dengan satu harapan...
Tamat.
Wallahua'lam

5 comments:
Lawak lah. He He He
Ha ha ha.. saya ingat saya sorang je yang terlupa anak dalam kereta... Saya & keluarga melawat adik saya di Hospital Selayang. Sebelum saya turunkan isteri & anak-anak, mereka semua berpesan pada saya mengenai anak bongsu saya yg sedang tidur dibelakang kereta. Saya terus parking kereta di basemen dan terus naik ke tingkat 9. Sampai ke tingkat 9, anak-anak dan isteri bertanya "Mana Fazil?" Saya pula bertanya "Fazil pergi mana?" Masa tu lah saya terus bergegas ke parking lot. Nasib baik anak saya masih tidur dan terus terjaga bila pintu kereta dibuka. Lepas tu saya di perli oleh isteri, anak-anak dan adik saya..
kenapa org lelaki yg selalu terlupa??
nice
Rupanya org lelaki pun ramai yg pelupa..ingat kan org perempaun je..
Himpunan kisah lucu yg mmg selalu berlaku.. kesian dgn mereka mereka yg ditinggakan..
Post a Comment