02 June 2010

1Tahun Stadium Runtuh, 1Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Setahun sudah berlalu. Hari ini genap setahun. Kini 'mayat' Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin belum diuruskan. Walaupun tidak berbau busuk menusuk hidung, tetapi baunya menjengah cuping telinga dengan 'Darul Runtuh'. Tidak cukup dengan bau ke cuping telinga, memualkan pandangan selain turut meloyakan mulut untuk bercakap dan terus bercakap tentang keruntuhan demi keruntuhan yang berlaku di Terengganu.



Siasatan sudah selesai. Dengar khabar tender pembersihan juga sudah dibuka. Namun, bangkai sebesar dinosour ini tidak juga diusik-usik. Memalukan, memang memalukan. Tetapi entah di mana silapnya sehingga kini tiada tanda-tanda bangkai ini akan ditanam.

Stadium ini besar maknanya kepada rakyat. Amat besar kepada pasukan Bola Sepak Terengganu. Amat besar maknanya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai minat dan bergantung harap padanya.

Cukuplah sudah setahun ianya menjadi bangkai. Tanamlah, agar ia selamat bersemadi. Ada cadangan mengadakan Acara Memasang Lilin sempena memperingati setahun runtuhnya stadium ini. Namun, mungkin juga lebih baik diadakan acara membakar bendera Israel dan Amerika di sana. Wallahua'lam.

1 comment:

SearchForHeaven said...

buat bakar bendera YAHUDI berlatar belakang stadium runtuh..

pergh... cun tuuuuuuu..
satu acara..

dua tujuannnnnnnnnn..

ALLAHUAKBAR