Hidup penuh dugaan
penuh ujian
penuh cabaran
apatah lagi hidup sebagai pejuang
walau yang dijuang hanya tempelan
tapi ujian tetap ujian
dugaan tetap dugaan
kadang-kadang
langkah tak sehaluan
kiri dikata kanan
kanan melangkah tempang
hasilnya cacat berpanjangan
tiada lagi lurus di depan
depan pun dikata belakang
belakang pun tinggal kelam
bila berjuang untuk wang
hidup terasa susah bila tak senang
susah bila tak ber'wang'
mungkin yang memandang kita ke'duitan'
tapi hakikat hidup perlu ke depan
wang juga satu perjuangan
cuma bukan menjadi TUHAN
bila berjuang untuk TUHAN
segala susah menjadi kurang
kerana yakin akan pembalasan
walau sedikit yg menerima ganjaran
apatah lagi pangkat dan jawatan
sebab matlamat bukan keduniaan
kepada yg gagah berjuang
andai diriku dilihat tempang
mahupun mundur ke belakang
walau cuma sekangkang
tegurlah dan berilah bimbingan
agar perjuanganku terus ke depan
langkah ku terus ke medan..
1 april 2006
No comments:
Post a Comment