10 January 2007

Kisah Seorang Puteri


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

TERSEBUTLAH satu kisah di zaman silam, sezaman dengan zaman kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka dan mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kendoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.

Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan negeri beliau akan serangan Negeri Melaka. Baginda risau, risau serisau-risaunya. Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat. Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan. Muka bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki yang dah ada lapan orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.

Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan. Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda. Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi.

Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ketika mereka siap sedia, tiba-tiba seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir-gilir. Dan tiba-tiba kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik rupawan itu.

Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untuk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, dan ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.
Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun..

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama Tuanku, dan mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.

Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.

Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa Puteri tuanku adalah . . . . . . . . . . . .

Sultan : Adalah apa ? ? ? Puteri Bunian?.. Puteri Gunung Ledang?..Putri Buluh Betong?... .CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! ! ! ! ! ! ! !

Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku... ... (Jawap Temenggung terketar-ketar). Anakanda Tuanku adalah... ... PUTERI UMNO tuanku !


p/s: Kalu baca kisah sahaja mungkin agak 'melampau', tapi bila lihat gambar kat atas ni mungkin ada yang mengangguk.. ;)


09 January 2007

Haram Musafir Bagi Perempuan Jika Keseorangan

Dari Abi Hurairah r.a katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w "Tidak halal bagi seseorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, musafir perjalanan sehari dan semalam melainkan ada mahramnya, atau pun suaminya.”

Dimaksudkan disini ialah bagi menjaga aman. Dibenarkan musafir bagi perempuan jika bersamanya adalah mahramnya (orang yang haram dinikahi) dan suaminya atau dengan hamba yang amanah. Sesetengah ulama mangatakan dibolehkan dengan sekumpulan perempuan yang ramai yang dijamin amanah dan dapat mengelak dari sebarang fitnah. Ini kerana dikhuatiri timbul fitnah apabila seorang perempuan itu bermusafir sendirian kerana pada diri wanita itu ada kelemahan dan mudah menimbulkan fitnah.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, bahawasanya dia telah mendengar Nabi s.a.w bersabda “Tidak harus bersembunyi seorang lelaki dan perempuan melainkan bersamanya orang yang haram dinikahinya. Dan tidak harus musafir bagi seorang perempuan melainkan bersama mahramnya atau suaminya". Lalu berkata seorang lelaki di kalangan sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya perempuanku keluar untuk menunaikan haji, dan saya telah dikerah untuk berperang di medan jihad". Lalu sabda Nabi s.a.w "Pergi dan hajilah bersama isterimu". – hadith riwayat bukhari dan muslim

Disini ditunjukkan bagaimana Islam memelihara maruah, menjaga harga diri seseorang, termasuk kaum wanita. Allah menjadikan setiap insan itu bermaruah dan mempunyai harga diri samada lelaki mahupun wanita. Hadis ini bukanlah menunjukkan Islam menyekat kebebasan wanita, menghalang hak wanita. Tetapi menjaga kehormatan wanita dari ditimpa sebarang fitnah, mencegah dari berlakunya perkara yang tidak diingini seperti diganggu, digoda, disihir dan sebagainya yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seorang wanita.

Turut ditekankan di sini dilarang seorang lelaki bersama wanita yang bukan mahramnya berada bersama dalam satu perjalanan tanpa ikatan suami isteri (inikan pula dalam bilik). Ini kerana dikhuatiri timbulnya fitnah kerana bilamana seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu berdua-duaan, maka muncullah syaitan antara keduanya.

Kebenaran ulama terhadap perempuan bermusafir jika bersama dengan kumpulan wanita yang boleh dipercayai dan tidak menimbulkan fitnah hanya tertakluk kepada musafir yang wajib seperti menunaikan haji dan menziarahi ibubapa yang sakit.

nota: kuliah 29 Disember 2006, Masjid Rusila (depan PC sebenarnya)

catatan:
Melihat kepada larangan ini, mmg nampak agak 'terbatas' pergerakan kaum wanita. Tetapi jika dikait dengan masalah semasa dan realiti yang berlaku pada hari ini memang patut difikirkan berkali-kali. Gejala sosial yang berlaku baik pada muda-mudi, mahupun golongan dewasa amat membimbangkan. Ini termasuklah kes-kes khalwat / bersekedudukan dan seumpamanya. Kes-kes rogol, cabul, dan ragut seumpamanya yang melibatkan kaum wanita menjadi mangsa keadaan amat membimbangkan.

Melihat dunia hari ini seolah-olah tidak selamat bagi kaum wanita untuk bersendirian / berjauhan tanpa 'perlindungan' dari suami atau mahram. Apatah lagi jika 'si mahram' pun ada yang mengambil kesempatan terhadap wanita. Nau'zubillah..

p/s: Terasa lak kena cepat2 kawin untuk melindungi wanita. ;)

03 January 2007

Gambar bercerita

gambar: Nakal jugak PM aku

Tak sengaja! Itulah yang aku kira gambar ini dapat menceritakan. Tidak sengaja disiarkan di dalam laman web rasmi Monsooncup dan mungkin juga tidak sengaja Pak Lah mengelus lembut bahu Michelle Yeoh.

Aku tidak pasti apa komen Pak Lah pasal gambar ini. Tapi kehilangan gambar ini di laman web Monsooncup sudah tentu menunjukkan gambar ini salah!. Dikatakan juga Akhbar Harakah yang menunjukkan gambar ini dimuka depan turut dirampas jualannya. Suara Keadilan yang terbaru juga menyiarkan gambar yang sama di muka depan. Namun aku tidak pasti adakah turut berlaku rampasan. Kenapa aku mulakan tahun 2007 dengan gambar ini? Kerana ini adalah suatu yang dikatakan "Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun".

Dua gambar di bawah juga mungkin boleh menjadi sejarah. Sebenarnya terlalu banyak gambar sebegini, tetapi tiada yang ambil peduli kerana merasakan perbuatan ini tidak menjadi satu kesalahan yang besar. Melihat kesalahan (dosa) sebagai perbuatan yang lebih kepada peribadi dan hak asasi, maka semua terpaksa bersetuju dengan perlakuan sebegini tanpa ada yang berani mencegah.



Gambar: Mesra dan harmoni layanan dari Makcik Rosmah kepada Salman Khan (kiri) dan sape ntah (kanan).













p/s: Lama tak tengok Preity Zinta. Aku suka tengok lesung pipit dia je. ;)