01 January 2000

About Me

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt dan Salam Perkenalan.

Aku senang dipanggil di alam maya ini dengan nama Amdang sahaja. Ada juga yang memanggil aku Medang. Amdang tu asalnya singkatan nama manja aku di rumah iaitu Abang Dang. Tetapi bila disebut berulang-ulang kali, bunyi Abang Dang sudah menjadi Am Dang. Nama ini sudah digunakan sejak 1999 iaitu semasa kakak aku mendaftarkan email hotmail untuk aku ketika itu. Akaun hotmail berkenaan sudah lama tamat riwayatnya.

Alhamdulillah, sekarang ini aku sudah berkeluarga dengan diberikan Allah seorang isteri yang baik dan dikurniakan seorang anak yang comel dan istimewa. Anak comel itu aku namakan Balqis. Banyak juga catatan aku di blog ini tentang Balqis.

- Nanti ada masa aku sambung lagi-

2 comments:

amdang81 said...

Assalamualaikum.. percubaan

narumi hayashida said...

Assalamualaikum...

Rasa cam nak makan buah epal pulok
tengok blog ni..hihi