27 September 2006

jiwang...



thanks dayah

20 atau 8 rakaat??

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong sembahyang sunat tarawih dibuat sebanyak 20 rakaat, diselangi tazkirah atau kuliah pendek selepas 10 rakaat pertama.

Yang Dipertua PUM, Ustaz Salleh Ahmad berkata, memandangkan bulan Ramadan disambut hanya sekali setahun, umat Islam hendaklah mengambil kesempatan mengerjakan ibadat sebanyak mungkin termasuklah menunaikan tarawih 20 rakaat.

"Saya tidak menyokong amalan sembahyang tarawih lapan rakaat, kenapa kita nak kurangkan sepatutnya kita perbanyakkan rakaat sebab tawarih dibuat sekali setahun," katanya semasa dihubungi.

Beliau juga menjelaskan, mengikut kitab fikh keempat-empat mazhab mensyaratkan kepada pengikutnya mengerjakan tarawih sebanyak 20 rakaat malahan di Masjidilharam sekali pun tidak melaksanakan solat lapan rakaat.

Jelasnya, tazkirah juga perlu dibuat selepas 10 rakaat pertama bagi memberi amanat kepada para jemaah.

"Apa salahnya buat tazkirah, benda baik dan setakat memberi nasihat kepada jemaah takkan tak boleh," katanya.

Baru-baru ini dilaporkan kerajaan Selangor meminta semua masjid dan surau di negeri ini tidak membenarkan tazkirah atau kuliah pendek diadakan sewaktu sembahyang sunat tarawih.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Dato' Abdul Rahman Palil berkata, ia bertujuan mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyusun aktiviti tazkirah sekiranya solat tarawih dilakukan hanya lapan rakaat.

Abdul Rahman juga berkata, larangan menganjurkan tazkirah bertujuan mengelakkan pihak-pihak bertanggungjawab daripada menggunakannya untuk kepentingan peribadi atau politik masing-masing. - lanh

26 September 2006

Dialog Diri & Iman

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)
Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


******
Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

poser jgn x poser!



Salam Ramadhan...

sempena Ramadhan ni, nak ucap selamat berpuasa n jgn nakal2... :)
bersamalah kita meningkatkan amal dibulan mulia ini..

'Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar ajwa setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu.' (HR Bukhari & Muslim)

'Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.' (HR Muslim)

'Mungkin hasil yang diraih seorang shoim (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang shalat malam (qiyamul lail) hanyalah berjaga.' (HR Ahmad dan Hakim)

'Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun.' (HR Tirmidzi)

09 September 2006

Hampirkah Kemenangan?

Oleh Subky Abdul Latif
artikel asal bertajuk: "Yahudi tak alah selagi Subuh tak seperti Jumaat"

MELIHAT kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.

Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hinggaberatus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan danBaitul Maqdis dapat dibebaskan.

Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak pedulu langsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.

Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap keranaia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.

Iman dan jihad

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah sepertibuih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.

Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

Ibadat sunat

Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; merekacipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.

Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.

Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.

Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu eluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.

Mesir hanya bertahan enam hari, satu tempoh yang amat singkat dibandingkan dengan ketahanan Hizbullah di Lubnan yang mampu menghadapi serangan Israel lebih dari sebulan. Senjata yang dikumpulkan umat Islam Arab untuk menghadapi Israel tidak terkira banyak. Jika besi-besi itu digugurkan saja ke bumi Israel tanpa perlu meletupkannya, nescaya bumi Israel itu tertimbus menjadi bukit dihempap senjata-senjata itu.

Tetapi semua senjata itu meletup di bumi dan perairan sendiri. Hanya Scud yang dilepaskan Saddam Husein dan roket yang dilepaskan oleh Hizbullah yang dapat diletupkan di wilayah Israel. Yang dapat diletupkan di Israel itu hanya amat sedikit dibandingkan dengan jumlah senjata yang dimiliki negara Arab sepanjang 50 tahun lalu.

Senjata canggih

Bantuan Allah tidak datang kepada umat Islam kerana masing-masing tidak membina senjata iman. Yang dibina hanya senjata canggih.

Pengalaman saya dalam perjalanan pulang dari Madinah di pinggir Jeddah selepas mengerjakan haji. Rombongan kami singgah solat Subuh di sebuah masjid di pinggir Jeddah. Yang azan itu yang menjadi imam. Dia bilal, dia imam dan dia saja makmum. Untung bas kami singgah di situ. Kami sekalian menjadi makmum.

Bagaimana bantuan Allah hendak turun dalam keadaan demikian. Maka tidak hairanlah ulama Arab membuat fatwa tidak wajar Lubnan dibantu dalam serangan Israel itu. Sudah 50 tahun lebih umat Islam menunggu untuk menundukkan Yahudi Israel. Tidak nampak Israel dapat ditundukkan. Yang tunduk satu demi satu regim umat Islam. Dalam bentuk yang ada, tunggu 100 tahun lagi pun, tidak mungkin negara Yahudi itu boleh ditundukkan.

Saranan Ahmedineejad dengan puluhan ribu demonstrator untuk memadamkan peta Israel dari buku atlas, akan tinggal sebutan tak bermakna. Langsung ia tidak digeruni Yahudi di mana-mana saja.

Tetapi jika Presiden Ahmedineejad boleh memulakan tindakan menggesa setiap laki-laki mukallaf Iran turun setiap solat Subuh seperti solat Jumaat, dan ia diikuti oleh umat Islam yang lain, maka akan datang bantuan Allah dan bungkuslah Israel dan penyokong-penyokongnya dalam sedekad dua akan datang.

Tiada nas yang jelas tentang alahnya Israel apabila solat Subuh sudah seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh seperti solat Jumaat.

Inilah yang guru-guru kuliah Maghrib beritahu dalam setiap kuliahnya dan inilah khatib patut utarakan dalam setiap khutbahnya. Dan inilah yang Pengerusi OIC kena beritahu negara-negara anggotanya supaya menyeru setiap laki-laki Muslim yang mukallaf jangan mis menjadikan Subuh seperti solat Jumaat.

Apabila semuanya sudah turun ke masjid dan surau di waktu Subuh, maka Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut-perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi atau menjadi orang yang diredai oleh Yahudi. /tajdid

Mudahkah Islam?

Sewaktu darjah 3 dulu, aku terkial2 membaca lafaz niat solat maghrib.. dari kecik, aku hanya tau lafaz "sahaja aku sembahyang fardhu maghrib 3 rakaat (mengikut imam) kerana Allah Taala"... dalam surau aritu ustaz suruh aku buat amali solat maghrib... ok je aku berdiri n angkat tangan sambil 'niat dlm hati'...

ustaz tegur.. kenapa x baca niat?
oooo rupa2nya ustaz nak aku lafazkan niat.. aku pun lafazkan dalam bahasa melayu mcm yang aku tau... kata ustaz, lafazkan dalam bahasa arab.. aku pun mula laa... usolli fardol maghribi... senyap.. aku x tau 3 tu apa dalam bahasa arab... kawan2 sekelas mula mengajar sambil berbisik..."salasa" 2 3 kali kawan2 mengajar.. aku cuba sebut tapi tak tahu macamana nak sambung dengan kalimah "rakaat" selepas itu... akhirnya berpeluh laa aku nak mulakan solat maghrib pd tengahri tuu... aku rasa ada dekat 20 kali aku cuba... ustaz menunggu dengan sabar.. akhirnya ustaz sebut satu persatu sampai habis... ustaz yang tolong lafaz niat, tapi aku yang solat... aku sempurnakan solat maghrib tengahari itu dengan sesempurna yang boleh...

kenapa mesti diajar lafaz niat dengan sempurna dan penuh? siap dengan dalam bahasa arab? mungkin masa kecik laa perlu diajar dengan lengkap... supaya bila besar nanti tak perlu diajar lagi... agaknya itulah yang aku terima dulu...

bila meningkat skit usia.. bila ikuti kuliah dan kelas agama baru tau lafaz niat tu tak perlu pun.. yang perlu hanya niat semasa angkat takbir... dan niat tu pun x perlu lengkap mcm lafaz niat... cukup sekadar lintasan di hati... itu niat! kalu dah panjang berjela-jela, tentulah takbiratul ihramnya susah nak dapat! terkial-kial nak samakan takbir dengan 'niat yg panjang' tuu.. hasilnya dapat laa dilihat pada insan-insan yang takbiratulihramnya selalu tak menjadi...

Mudahnya Islam.. apatah lagi dalam mengamalkan ibadah... cuma kdg2 kita terlalu memberatkan dengan pelbagai persoalan dan alasan... kadang2 memberatkan perkara sunat turut memberi kesan dalam mudahnya beramal... yang paling sedih memberatkan adat hingga menyusahkan untuk beramal...

wallahua'lam

Cerita: Babi dan Ayam

Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. mereka berkata: "umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan modern dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi".

Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam M. Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, " Untuk apa ?, beliau menjawab, " Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!!!".

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian Imam M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.

Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk elaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah' (cemburu) orang yang memakannya. Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanyamembiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda... .

Moral:Jangan Makan BABI & Unsur-unsur BABI!!