13 November 2005

Sesekali merenung ke dalam diri...

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat
Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek,
"Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin
menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,
hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka
hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan
dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu,
maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang
dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang
biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.
Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan
menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku
perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita
daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila
seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya
daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke
arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak,
menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat
kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah
sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah
bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka
isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya
suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami
akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki
begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan
serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak
menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha
sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji
Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami
bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin
beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia,
berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan
seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kesengsaraan hidup.

sumber ini diperolehi dr:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=179250&extra=page%3D1

No comments: