27 September 2006

jiwang...



thanks dayah

20 atau 8 rakaat??

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong sembahyang sunat tarawih dibuat sebanyak 20 rakaat, diselangi tazkirah atau kuliah pendek selepas 10 rakaat pertama.

Yang Dipertua PUM, Ustaz Salleh Ahmad berkata, memandangkan bulan Ramadan disambut hanya sekali setahun, umat Islam hendaklah mengambil kesempatan mengerjakan ibadat sebanyak mungkin termasuklah menunaikan tarawih 20 rakaat.

"Saya tidak menyokong amalan sembahyang tarawih lapan rakaat, kenapa kita nak kurangkan sepatutnya kita perbanyakkan rakaat sebab tawarih dibuat sekali setahun," katanya semasa dihubungi.

Beliau juga menjelaskan, mengikut kitab fikh keempat-empat mazhab mensyaratkan kepada pengikutnya mengerjakan tarawih sebanyak 20 rakaat malahan di Masjidilharam sekali pun tidak melaksanakan solat lapan rakaat.

Jelasnya, tazkirah juga perlu dibuat selepas 10 rakaat pertama bagi memberi amanat kepada para jemaah.

"Apa salahnya buat tazkirah, benda baik dan setakat memberi nasihat kepada jemaah takkan tak boleh," katanya.

Baru-baru ini dilaporkan kerajaan Selangor meminta semua masjid dan surau di negeri ini tidak membenarkan tazkirah atau kuliah pendek diadakan sewaktu sembahyang sunat tarawih.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Dato' Abdul Rahman Palil berkata, ia bertujuan mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyusun aktiviti tazkirah sekiranya solat tarawih dilakukan hanya lapan rakaat.

Abdul Rahman juga berkata, larangan menganjurkan tazkirah bertujuan mengelakkan pihak-pihak bertanggungjawab daripada menggunakannya untuk kepentingan peribadi atau politik masing-masing. - lanh

26 September 2006

Dialog Diri & Iman

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)
Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


******
Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir