17 October 2005

Cerita: Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seoarang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatiinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga amat menyukai budak lelaki tersebut.



Masa berlalu.....
Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal tersbut. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau" jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.



Lalu pokok epal itu berkata, "kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan. Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal pada pokok itu dan prgi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu.....
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-main di sekitarku.", ajak pokok epal itu. "Aku sudah tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira sekali tetapi kemudiannya berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi.



Masa berlalu......
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-main di sekitarku.", ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan budak lelaki yang suka bermain-main disekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira" cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira sekali dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak kembali lagi selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang telah dimamah usia, datang menemui pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain-main di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku, aku tidak ada apa-apa lagi yang hendak diberikan kepada engkau. Aku telah memberi buahku untuk dijual, dahan untuk dibuatkan rumah, batangku untuk dibuatkan bot. Aku hanya tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi. Aku merasa penat dan ingin berehat." Jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku, cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itupun duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan tersebut ialah ibu bapa kita. Tatkala kita masih kanak-kanak, kita sering bermain bersamanya. Apabila kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan. Namun mereka tetap membantu kita. Mereka tetap membantu kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan. Anda mungkin terfikir bahawa lelaki itu bersikap kejam. Tetapi fikirkanlah, itulah hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita.

16 October 2005

Sepetang ditepi Longkang

Ada seorang tua yang selalu berseluar pendek, berkemeja-T, berstokin panjang sampai ke lutut, bersepatu kulit hitam yang tak berkilat, berkaca mata ada bingkai tapi tak ada kacanya. Seringkali dia ni bertenggong di tepi longkang yang cetek kawasan perumahan dekat rumahku, mengail tanpa umpan. Manalah ada ikan di situ, tapi dia tetap tak jemu memancing.

Bila ditanya: "Wak dapat ikan?"

"Apa, kamu ni gila? Kail aku mana ada umpan, jadi tak le dapat ikan."

"Ngapa tak bubuh umpan, Wak?"

"Lagi gila, dah tau tak ada ikan dalam longkang ni, nak bubuh umpan apa?Tak sekolah ke?"

Sebenarnya aku sengaja nak mengusik. Nak menguji tahap kegilaannya. Tak sangka di masih mempu menjawab dengan betul. Sah dia masih normal.Jawapannya macam orang siuman, tapi perbuatannya macam orang tak siuman. Memang semua orang kata dia gila.
Dia tak marah kalau budak-budak gelar dia orang gila. Malahan diatersengih dan kadang-kadang ketawa. Tapi kalau orang dewasa yang gelar dia gila, dia akan melenting marah.

"Siapa gila, kamu atau aku?" tanya Wak semula. Kadang-kadang dia tunjuk penumbuk. Tapi dia tak kacau orang.

"Susahnya zaman sekarang ni terlalu ramai orang yang gila sampaikan kita tak kenal lagi siapa yang tak gila," terang Wak pada aku suatu hari. Sengaja aku duduk di sisinya, tumpang berborak sambil menyelidik isihatinya sebab aku tengok dia ni pelik sikit. Aku ingin tahu asal-usulnya, darimana dia datang, mengapa dia jadi begitu. Tapi Wak seorang yang sensitif. Aku mesti bijak mengeluarkan pertanyaan supaya dia tak tersinggung.

"Siapa yang gila, Wak?" Aku buat-buat ingin tahu.

"Dunia dah gila. Orang di muka bumi ni buat dunia gila. Tengoklah, pokok berbuah dah tak ikut musim, sebabnya banyak sangat pokok yang dah dikahwinkan. Manusia sendiri tak mau kahwin tapi beranak-pinak luar nikah, dia orang anggap biasa. Cuaca pun dah tak dapat diramalkan.Ramalan kaji cuaca selalu buat silap. Ini menunjukkan manusia yang menganggap diri dia orang tu pandai sebab belajar tinggi sebenarnya lebih bodoh dari mereka yang tak sekolah. Sebabnya, yang tak sekolah tinggi tu tak sibuk-sibuk mengkaji cuaca sebab tak mahu buang masa dandigelar bodoh kut-kut ramalan tak tepat. Bila tak nampak kelemahan mereka, tak berlaku kesilapan, tak le nampak kebodohan mereka. Kan gitu? Kan? Kan? Heh! Heh!"
Logik! Logik!

"Hobi Wak memancing, ya?" aku berani tanya. Kali ini sensitif sikit.

"Kau bijak. Lebih bijak dari aku. Aku sendiri tak sedar memancing ni hobi aku. Aku memancing sebab suka-suka. Memang tak dapat ikan, sebab bagorang yang hobinya memancing ikan tak penting. Yang penting hobinya tu.Kalau nak ikan, kan baik pergi pasar, lebih mudah, lebih banyak pilihan.Kan? Kan gitu?"

"Ngapa tak memancing kat sungai?"

"Leceh. Sungai jauh. Terpaksa naik kenderaan, kena bayar tambang. Kan rugi bayar duit pada bas? Beli makanan lagi baik, perut boleh kenyang. Kalau tambang ke sungai tu seringgit, dibeli ikan dapat sekordua, tak payah memancing. Silap gaya jatuh sungai, lemas. Lagi susah. Sini tak banyak risiko. Longkang pun ada air jugak. Bila mata kail tersangkut sampah, terasa macam ikan menggigit kail tu. Sedap juga rasanya.Tersentak juga. Itulah nikmat memancing. Ada nikmat, cukuplah syarat.Memancinglah namanya."

"Betul! Betul!" Sengaja aku menyedapkan hatinya. Tak betul pun kata betul.Tak rugi pun.

"Orang yang memancing di lombong, di sungai, di laut tu, orang gila, betul tak?" tanyanya pula.

"Ya, mereka memang gila."

"Sebab apa kau kata mereka tu gila?"

"Sebab Wak kata mereka gila."

"Ei, kau ni tak ada pendirian, suka ikut orang lain. Kau tuduh orang tu gila tapi tak tau sebabnya. Kau pun sama macam orang lain juga, pandai menuduh orang itu ini, tapi tak tau sebabnya. Orang kata si polansi polan itu ini, kau pun turut kata si polan si polan itu ini. Tak adil.Tak ada pendirian. Ini buat aku malas bermasyarakat, banyak yang tak betul dari betul."
Aku terkebil-kebil. Sikit sebanyak malu juga rasanya sebab jadi pak turut.

"Dulu aku ada bini, ada anak lelaki. Bini aku mati. Aku kahwin baru,perempuan muda, cantik. Last-last aku dapat rasa bini baru aku tu kahwin dengan aku sebab aku ada duit, aku tokeh, ada bisnes, ada rumah mewah, kereta mewah. Dalam diam-diam dia mengorat anak aku pulak. Tak guna. Ceh, koman betul peribadi dia orang tu. Fikir le, anak sendiriboleh belot kat bapak. Tak guna. Sia-sia aku bagi kasih sayang dan habiskan duit hantar dia sekolah luar negeri. Sangka aku dia dah dapatijazah tentulah semakin cerdik dan patut direspek, rupa-rupanya sekolah aje tinggi tapi dalam otak tak ada geliga, macam pelita kurang minyak. Rosak!"
Dia mula bukak sejarah. Aku dengar dengan penuh minat.

"Sekarang padan muka dia orang. Harta habis aku jual, duitnya aku derma kat Badan Kebajikan. Dia orang marah, kata aku bodoh, kata aku gila. Sebenarnya dia orang dah jadi gila sebab dah tak dapat kawal perasaan. Aku peduli apa, harta aku, aku boleh buat apa aku suka. Sekarang mereka tinggal berdua di rumah setinggan. Padan muka. Anak aku dah jadi drebar bas mini, bini aku dah jadi amah kerja rumah cina. Jadi amah rumah melayu, malu konon. Heh! Heh!"

"Dalam dunia ni memang banyak orang tak jujur, Wak," kata aku.

"Manusia semuanya dilahirkan tak jujur. Tapi fikiran boleh membentukkejujuran dari masa ke semasa."

"Ngapa Wak kata manusia lahir tak jujur?"

"Sebab bila lahir ke dunia, manusia menangis. Ertinya dia tak suka tengok dunia. Bila dah jadi manusia, membesar, dewasa, dia tak mahu pulak tinggalkan dunia, nak hidup kekal selama-lama!"

Aku angguk-angguk, macam burung belatuk...