23 August 2009

Salam Ramadhan, Salam Permatang Pasir

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa, dan selamat menjalani ibadah. Itu antara SMS yang diterima dengan tibanya Ramadhan kali ini. Tidak banyak sebenarnya ucapan SMS yang diterima tahun ini, entah kerana diri ini sendiri tidak mengucapkan pada sahabat-sahabat lain, atau sememangnya masing-masing sibuk dengan urusan dan ibadah sendiri sahaja. Apapun, Selamat berpuasa dan menjalani ibadah.

Salam Permatang Pasir. Hari ini genap seminggu aku di Permatang Pasir. Sekejapnya masa berlalu. Hari ini juga sempat bertemu muka dan bersalaman dengan blogger Al-Hussien. Entah di mana datangnya Al-Hussien kerana namanya tidak pula terdapat Hussien.

Hari ini juga mendengar cerita bagaimana marahnya Shahrizat terhadap calon BN yang mengabaikan isteri keduanya. Kelakar pun ada.

Diberitakan pihak polis dengan segera ke Jengka apabila didedahkan Rohaizat mempunyai isteri kedua. Selepas bertemu dengan ibubapa Rafizah, segera laporan sampai kepada Kem BN. Maka mengamuklah Shahrizat apabila mendapat tahu kebenaran cerita tersebut. Apatah lagi Rohaizat menafikan berita itu sebelum ini.

"Muka nampak alim, tak sangka I Rohaizat tu macam tuu"

Itulah lebih kurang kata-kata Shahrizat kepada Rohaizat. Kata-kata kecewa yang tidak dapat disembunyikan lagi. Aku tidak pasti kekecewaan itu lahir kerana peribadi calon BN bakal 'menggelapkan' harapan BN, atau kerana sikap calon BN terhadap seorang wanita.

Dikhabarkan juga hari ini isteri pertama Rohaizat tidak lagi mahu mengikutnya dari berjalan menemui pengundi. Entah kecewa, geram, marah, tertipu dan apa lagi yang bersarang di hati wanita itu. Sebelum ini digambarkan mereka pasangan yang romantik apabila berjalan beriringan tangan.

Apabila terbaca tulisan Ustaz Nasrudin Tantawi, lebih terkejut besar dengan apa sebenarnya yang berlaku. Tidaklah dapat aku selami sejauh mana perasaan wanita apabila berjauhan dengan suami, namun berada seminggu di sini sudah membuat si isteri ternanti-nanti kepulangan.

Semoga Ramadhan ini memberkati, memberi kebaikan yang banyak dan mengampuni kita semua.

Wassalam.

P/s: Nota sebelum sahur selepas hampir 2 minggu tanpa posting...

Sahaja aku puasa esok hari kerana Allah Taala...

06 August 2009

Lagi keruntuhan projek di Terengganu...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apalah nasib projek di Terengganu...


Selepas setahun siap dibina, ia runtuh atau mengalami masalah.

Jika sebelum ini keruntuhan dan kebocoran membabitkan bumbung stadium, pusat akuatik, stadium tertutup dan lapangan terbang, kali ini ia berjangkit ke menara projek jalur lebar di Besut pula.

Menara Mobile Mast projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.


Banyak pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.

Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).

Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi

Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.

Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.


Persoalannya di sini, berapakah anggaran kerosakan kali ini kerana menara ini khabarnya menelan berjuta-juta ringgit?

Punca keruntuhannya belum diketahui dan siapa bertanggungjawab mengawasinya?

Apakah Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan negeri?

dipetik dari teganuku.blogspot.com

04 August 2009

Travelog Demonstrasi Himpunan MANSUH ISA - Pemuda Gombak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Nota: Catatan ini adalah pengalaman seorang sahabat bernama Afyan yang merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak..

BEBERAPA HARI SEBELUM HARI KEJADIAN…

Selasa, 28 Julai. 5 hari sebelum kejadian.

Saya bersama-sama Sdra Khairulfahmi (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor- DPPNS) menghadiri mesyuarat Lajnah Penerangan DPPNS yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Beliau memberi kata-kata peransang dan semangat untuk ketua-ketua Lajnah Penerangan seluruh pemuda PAS negeri Selangor untuk mengembeling tenaga muda di setiap kawasan.

Selepas mesyuarat, poster dan handbill demonstrasi dibahagi-bahagikan utnuk diedarkan ke setiap kawasan. Selepas mesyuarat berkenaan, kami bergeges untuk kembali ke Gombak untuk menghadiri mesyuarat Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) yang kebetulan berlansung pada malam yang sama.

Selepas mesyuarat tersebut, poster dan handbill iklan demonstrasi MANSUH ISA dibahagi-bahagikan kepada pada pemuda untuk diedarkan di tempat masing-masing.

Rabu dan Khamis, 29-30 Julai. Tiga empat hari sebelum kejadian.

Gerak gempur menampal poster untuk turun berdemonstrasi dijalankan.

Siap bawa bouncer daripada Silat Cekak tuu!!
Para pemuda Gombak di ketiga-tiga DUN; Gombak Setia, Hulu Klang dan Batu Caves dikerahkan untuk menampal poster demonstrasi MANSUH ISA.
Antara yang menjadi sasaran penampalan, tiang eletrik, tiang lampu, dan sebagainya. Operasi subersif ini dijalankan pada waktu malam. :)

Jumaat, 31 Julai. Sehari sebelum kejadian.

Handbill-handbill diedarkan di setiap masjid di seluruh Gombak.

Pada malamnya, para pemuda Gombak berkumpul di Markaz Tarbiyah Taman Melewar untuk persediaan program qiyamullail keesokan paginya. Program ini diaturkan oleh Lajnah Tarbiyah DPPG yang diketuai oleh Ustaz Tarmizi. Pada malam sebelum tidur, kami diisi dengan kata-kata semangat dan tazkirah untuk demonstrasi esok.

Di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, anggaran saya kira-kira 1000 orang berkampung di situ dari seluruh pelosok tanah air yang akan menyertai demonstrasi esok.

HARI KEJADIAN…

Jam 1 Pagi. Kira-kira 13 jam sebelum kejadian.

Cerita lanjut di SINI... (panjang sangat nak copy n paste sini)

Antara Selesema Babi dan Gila Babi di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Selesainya Himpunan MANSUH ISA, Malaysia semacam gila jadinya. Gila yang dibuat-buat dan semacam makin menjadi-jadi gilanya. Gila bermula dari kepala dan turun ke kaki pemerintahan Malaysia. Sungguh gila jadinya. Mahu sahaja disebut gila babi, tetapi takut pula dengan isu selsema babi yang makin menjadi-jadi. Apa mungkin selsema babi menyebabkan sindrom gila ini makin menjadi-jadi.

Gila Satu

Kerugian yang dianggarkan kerana kesan demonstrasi himpunan MANSUH ISA sebanyak RM200 juta kata Nong Chik, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan. Apakah ini suatu kegilaan? Ini terbit dari mulut seorang menteri! Entah apa penilaian himpunan rakyat itu disalahkan dengan kerugian sejumlah itu? Nak dikatakan ada bangunan runtuh kerana himpunan, tiada. Jika ada hanyalah bangunan PAS yang basah kuyup disiram air asid FRU.

Gila Dua

Ada pihak yang beria-ria mengatakan mahu menghimpunakan kira-kira 70 000 orang yang kononnya bagi mempertahankan akta zalim ISA yang menamakan mereka sebagai PEKIDA. Golongan ini sehingga akhir tempoh himpunan ISA (Sabtu, Jam 2 petang) bertegas mahu berhimpun sama menunjukkan sokongan kepada ISA sekiranya GMI meneruskan himpunan.

Apabila tiba hari himpunan, hanya segelintir kecil sahaja yang hadir. Dijangkakan tidak sampai 500 orang pun. Kumpulan ini kemudiannya mengumumkan mereka berjaya menyerahkan Memorandum kepada pihak Istana Negara.

Akhirnya pihak polis mendedahkan kumpulan PEKIDA terbabit gagal menyerahkan memorandum tersebut apabila Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz telah ditahan polis kira-kira 7 petang kelmarin ketika mendekati kawasan Istana Negara.

Tidak cukup dengan kegilaan itu, pihak PEKIDA yang gagal menyaingi pihak GMI mengadu kepada SUHAKAM kononnya himpunan MANSUH ISA anjuran GMI itu mencabul hak asasi. Kegilaan itu ditambah dengan kumpulan tersebut mengarahkan polis menahan pimpinan Pakatan Rakyat. Gila!

Gila Tiga

Media tempatan seakan gila dengan perkataan demo yang merujuk kepada demonstrasi. Demo ditonjolkan sebagai ganas, merbahayakan awam dan perlu disembur dengan air asid dan gas pemedih mata. Dalam isu demo ISA diperkatakan ramai, pihak media turut menceritakan perihal demo di hadapan rumah Khir Toyo.

Kelakarnya walaupun disebut berlaku demo, tetapi gambar dan pemberitaan yang ditunjukkan tidak menunjukkan berlakunya demo di hadapan rumah Khir Toyo tersebut. Adalah kebiasaan lawatan, kembara, mahupun apa-apa aktiviti berhimpun sambil bergambar dengan banner program. Ini suatu yang biasa. Jangan digila-gilakan perkataan demo.

Gila Empat

Kelakar tahap gila mendengar kenyataan Dr Rais Yatim apabila memaklumkan peserta himpunan MANSUH ISA diupah bagi menjayakan himpunan. Selaku peserta himpunan, dan sebagai seorang yang waras aku percaya tiada siapa yang sanggup dibayar untuk disimbah air asid dan dihidangkan gas pemedih mata. Aku tidak sanggup dibayar untuk itu.

Pengalaman terkena gas pemedih mata dan terkena air asid, hanya mereka yang pernah terkena sahaja yang tahu. Badan pedih, panas terasa semacam terbakar dan sebagainya terkena air asid FRU. Jika terkena gas pula, akan mengalami pedih mata gila, sesak nafas yang teramat, tekak tetiba kering... Susah nak bayangkan jika sendiri tidak merasa. Itu belum termasuk yang dipukul, disepak terajang oleh polis yang merusuh.

Gila Lima

Daripada 589 yang ditangkap, hanya 29 orang sahaja yang akan didakwa. Daripada 29 tersebut, 13 daripadanya didakwa kerana membawa baju T Unit Amal Malaysia. Dakwaan kepada 13 orang tersebut di bawah akta pertubuhan. Apakah tiada alasan lain untuk mendakwa? Macam kerja gila sahaja layaknya.

Aku mahu mencadangkan kepada pihak polis supaya membuat suatu pengumuman supaya semua peserta yang hadir himpunan ISA pada 1 Ogos tersebut tampil untuk menyerah diri. Tidak kira mereka itu pro-ISA mahupun yang mahukan ISA dimansuhkan. Biar penuh mahkamah. Baru seronok.

Gila Enam

Semua orang bercakap tentang ISA. Tentang demo ISA. Tentang polis dan ISA. Tentang gambar-gambar menarik Himpunan MANSUH ISA. Semuanya tentang ISA. Gila ISA jadinya. Apapun, jangan sampai ada yang gila mahu meneruskan ISA. Gila mahu ada yang ditangkap bawah ISA dan pelbagai kegilaan-gilaan yang lain. Nanti gila jadinya. Benamkan ISA. Tamatkan ISA. Isu ISA akan selesai. Jahanamlah ISA. Harapnya tiada lagi yang gila dan tergila-gilakan ISA.

Wallahua'lam.

p/s: Apa lagi yang gila disebabkan ISA?

ISA: Rakyat mahu diMANSUHKAN, bukan Tempat Demo

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semacam baik sahaja Najib apabila memberi cadangan kepada peserta demo apabila mencadangkan supaya digunakan stadium bagi diadakan himpunan atau sebarang demonstrasi. Kebaikan itu sebenarnya tidak wujud langsung apabila cadangan tersebut keluar apabila demonstrasi telah selesai dan ratusan yang ditahan dan ribuan yang serang dengan air asid dan gas pemedih mata.

Sebenarnya tiada kewajaran cadangan tersebut keluar melainkan ketakutan Najib melihat kebangkitan rakyat dalam menyuarakan bantahan. Najib takut apabila rakyat berhimpun. Najib takut kejahatan Malaysia terbongkar keluar negara. Najiib penakut!.

Rakyat berhimpun menuntut ISA dimansuhkan. Rakyat tidak berhimpun meminta satu tempat himpunan yang lebih besar disediakan. Tidak sama sekali. Rakyat yang berhimpun mahu membuka mata rakyat-rakyat yang tidar sedar kezaliman dan kekejaman ISA. Rakyat yang berhimpun mahu membuka mata pemimpin yang zalim supaya sedar kezalimannya. Itu sahaja.

Tuntutan peserta himpunan ISA hanyalah 3 perkara. Pertamanya mansuhkan ISA. Keduanya, tutup Kem Kamunting dan ketiganya adalah bebaskan tahanan. Tahanan tersebut sekiranya mahu terus ditahan, bicarakan sewajarnya. Itu sahaja.

Jangan ada yang mahu melihat kebaikan Najib dalam menawarkan tempat. Kerana tempat berhimpun tidak menjanjikan apa-apa kepada keputusan ISA dimansuhkan. Melainkan Najib berjanji untuk dimansuhkan ISA dan bukan berjanji meminda ISA.

Wallahua'lam.

p/s: Kalu Najib sebut berhimpun di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu macam ok jer rasanya. ;)
 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks