29 April 2009

Re: Isu Agama Anak mengikut agama asal ibubapa - Kabinet

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apa yang aku nampak:

1. Kata Nazri Aziz - Klik. Agaknya ini semangat 1Malaysia agenda Najib dan Rosmah. Apa plak agama anak Nazri Aziz? (bawah sekali)

2. Kata Mufti Perak - Kabinet mesti rujuk mufti. Korang jangan la tanya aku kenapa Harussani tak persoalkan MB Perak dengan Konsert Sure Heboh di Lumut baru-baru ni. Itu kita KIV jap. Juga di sini.

3. Kata Jakim - Perlu lihat hukum syarak. Antara isi kenyataan Jakim tu adalah:

"Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

4. Apa kata NGO Islam? - Kaji semula!.

5. Apa kata MCA dan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) ? - Sambut baik!

6. Apa kata Mahfuz (PAS) - Agenda Politik Kerajaan je nih! -Aku setuju, tetapi tidak setuju kenyataan ini dikeluarkan.

7. Apa kata Pemuda PAS Wilayah - JOM DEMO! Nyatakan bantahan anda secara terbuka!

8. Apa kata ANAK NAZRI AZIZ? - Anak dia ada buat statement ke pasal status agama anak ni? Tak ada, tapi Nazri Aziz patut tahu apakah agama anak dia! Klik dan klik.

9. Apa kata aku? - Najib memang tidak boleh diharap untuk perjuangkan agama! Bayangkan bagaimana isu sepenting ini (isu agama) pengerusi mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Apakah tiada dalam kabinet Najib yang lebih layak mempengerusikan mesyuarat terbabit? Datuk Jamil Khir Baharom tidak layakkah?

Jika keputusan mesyuarat dibuat berdasarkan undian, kita lihat pula siapa yang menghadiri mesyuarat terbabit. Sumber SINI.

1. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam;
2. Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom,
3. Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
4. Presiden Malaysian Hindu Sangam (MHS), Datuk A Vaithilingam
5. Pemimpin MHS Perak, Encik Vijayalingam,
6. Dan ..bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari beberapa jabatan yang berkenaan.

Wallahua'lam.

27 April 2009

Ke Arah Merealisasikan Blogawan Terengganu 2

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, beberapa malam lalu aku telah mengadakan satu perjumpaan dengan beberapa orang blogger. Hasilnya, insyaAllah akan diadakan satu pertemuan dalam masa terdekat. Kepada sesiapa yang tidak dapat jemputan, sila tinggalkan komen / email: amdang81@yahoo.com / sms : 014-tekan-tekan tak dapat / Y!M : amdang81.

Susahnya nak menubuhkan Komuniti sebegini bukannya apa, kena jelas matlamat, tujuan, visi, misi, agenda, perancangan dan sebagainya. Lebih susah lagi bilamana masing-masing berharap siapa nak mulakan. Oleh kerana ada yang berharap kepada aku yang tidak boleh diharap ini, maka inilah jadinya.

Apapun, aku tunggu respon dari semua yang bernama bloggers. Maaf, bloggers Terengganu sahaja.

26 April 2009

Apa tindakan anda jika...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Jika anda sedang memandu kereta, tiba-tiba sebuah kenderaan hitam sebegini berada di hadapan anda. Adakah anda segera memotong, atau perlahankan kenderaan anda dan terus mengekori kenderaan tersebut dengan kelajuan yang sama?

Atau...

Ya Allah, tamatkanlah ajalku dengan mendapat kebaikan..

25 April 2009

Ahmad Said sewajarnya berasa terhina...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Biar apapun alasan yang diberikan Najib, Ahmad Said sepatutnya terasa terhina dengan perlantikan Hishamudin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Apatah lagi pada masa sama, rakan sejawatnya Mohd Isa Sabu di Perlis telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Walaupun dilihat Ahmad memegang jawatan nombor 2 dalam UMNO Terengganu mengatasi Idris Jusoh, namun jawatan Idris sebagai seorang ahli MT sudah tentu memberi banyak kelebihan kepada Idris. Ahmad sendiri akan terbatas urusan partinya kerana terpaksa merujuk kepada orang nombor 1 terlebih dahulu.

Bilamana menjadi orang nombor 2 dalam parti, Ahmad sebagai orang nombor 1 dalam kerajaan negeri akan bermasalah dengan urusan kerajaan yang biasanya turut dipengaruhi faktor politik. Ahmad akan dilihat bermasalah untuk menguruskan kerajaan dengan dirinya berada di nombor 2 dalam politik.

Idris Jusoh akan dilihat lebih mampu mempengaruhi Hishamuddin berbanding Ahmad Said. Ini seakan memberi suatu tekanan yang hebat kepada kepimpinan Kerajaan Terengganu di bawah Ahmad Said. Tidak mustahil Ahmad Said akan meletak jawatan sebagai MB dalam masa terdekat.

Kenyataan Idris Jusoh yang dilihat gembira dengan perlantikan Hishamudin menunjukkan kemenangan puak Idris terhadap Ahmad Said. Pelik juga setelah Ahmad Said dijatuhkan, barulah keluar kenyataan Idris sedia bekerjasama dengan Ahmad. Walhal sebelum ini tidak berlaku sebegitu. Sudah tentu maksud kerjasama itu adalah Ahmad mesti bekerjasama dengan Idris yang dibayangi Hishamuddin.

Wallahua'lam.

23 April 2009

Suspek 'SMS Ugut Bunuh' Pengendali ‘GanuLening’?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berita dari Buletinonline.

KUALA TERENGGANU - Kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan ‘SMS ugutan bunuh’ kepada tiga ADUN BN dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’.


Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis Kuala Terengganu, semalam, untuk ditahan selama empat hari bagi membantu polis Terengganu menjalankan siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas. berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Laman GanuLening.net, yang menggunakan IP 202.71.107.4, sebuah laman yang mengulas isu-isu semasa Terengganu, kini tidak boleh diakses

IP tersebut dikesan berpusat di Cyberjaya, berhampiran dengan Seri Kembangan, dimana lelaki yang disyakki tinggal disana.

Laman tersebut yang menggunakan motto 'membongkar dosa-dosa parti ajaran sesat' mempunyai kaitan dengan UMNO dengan carian internet menunjukkan ia mempunyai rujukan kepada laman-laman kendalian UMNO seperti UMNO TV, ahliumno.com, ganukita dan lain-lain.

Perkahwinan Rita - Aidil Sah!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku sengaja menjadikan kisah Rita Rudaini dan Aidil ni sebagai suatu contoh. Walaupun mungkin bukan contoh terbaik, tetapi masih merupakan contoh dari yang langsung tidak baik dan tidak dapat dijadikan contoh.

Gambar dari Mstar. Berita di SINI.

Lupakan masalah yang sedang dilalui mereka bilamana berkahwin di luar negara dan gagal mendaftar. Lupakan juga perkahwinan mereka yang lambat diketahui keluarga. Lupakan seketika.

Aku cuma mahu mengambil satu kebaikan bilamana mereka berkahwin. Alhamdulillah, segalanya menjadi halal. Pergaulan, perhubungan dan sebagainya.

Melihat kepada segala masalah sosial yang ada pada hari ini, perkahwinan merupakan suatu jalan penyelesaian walaupun ada yang gagal melaluinya. Namun, dari dibiarkan pergaulan tanpa batas dan perlakuan sumbang yang menyumbang dosa, perkahwinan tetap keutamaan penyelesai masalah.

Imam al-Ghazali ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan perkahwinan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:
i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir." - Surah Al-Rum, 21.


Wallahua'lam.


p/s: Ramai lagi nih tak kawin. Cepat-cepat la oooii. ;)

22 April 2009

Apa Orang UMNO kata kepada MB UMNO Terengganu?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah satu laporan dari orang-orang UMNO terhadap MB UMNO Terengganu, Dato' Ahmad Said.

Muka 1. Klik gambar untuk besarkan.


Muka 2. Klik gambar untuk besarkan.


Muka 3. Klik gambar untuk besarkan.


Muka 4. Takkan nak kena ajar lagi. Dah 3 kali bagitau. Klik je la untuk besarkan.

Kesimpulannya, tiada Adun dari BN yang layak dilantik menjadi MB Terengganu.

sumber: Blog Mampat.

Muktamar PAS: Siapa yang patut dipilih?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Amdang, apa komen dengan pemilihan dalam muktamar akan datang ni? Nampak gaya tahun ni ada pertembungan hebat" Tegur seorang sahabat siber yang aktif dengan PAS.

"Ana sedang cula la ni. Nak tengok siapa yang punya potensi." Aku menjawab semacam bergurau. Namun tidak bergurau.

"Rasa-rasa, siapa menang?" Satu soalan lagi yang cuba menguji.

"Ikut tradisi, siapa yang tidak melobi akan menang. Siapa yang bersih, akan terpilih. Siapa yang pandai ceramah akan diminati. Soal buat kerja atau tidak orang tidak berapa nampak. Soal komitmen dengan jemaah pula umum sangat." Aku cuba membuat jawapan secara umum.

"Kalu mung diberi pilihan?" Soal lagi.

"Kalu aku, aku pilih pimpinan yang layak menjadi pimpinan PAS. Layak jadi pimpinan PAS mestilah dia bekerja bersama PAS, bekerja untuk PAS dan segala laku dia melambangkan dia layak menjadi pimpinan PAS".

"Bahasa mudahnya, jangan pilih pemimpin PAS yang tidak tahu dia itu PAS ataupun PKR. Bercakap dari pentas PAS, tapi wala'nya tidak bersama PAS. Pimpinan PAS dikomennya macam-macam, tapi pimpinan PKR dilambungnya menjulang". Aku mula bersikap tegas.

"Hmmm. Dengar kata PAS perlukan perubahan. Tajdid. Barulah lebih ke depan. Seolah-olah istilah tajdid itu sendiri akan menarik perwakilan untuk melakukan perubahan. Ke guane?". Soalan makin panas.

"Pada aku, pimpinan PAS yang ada ni cukup bersedia untuk menerima perubahan. Aku ambil contoh Tok Guru Presiden, apa perubahan dalam PAS yang ditolak Tok Guru? Jika Tok Guru Presiden bukan seorang yang sedia menerima perubahan, PAS tidak akan ke tahap ini".

"Tok Guru Presiden juga sebenarnya sentiasa menunjukkan contoh yang jauh lebih baik dari pimpinan-pimpinan PAS yang ada, malah di antara pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri."

Aku berikan contoh bagaimana Tok Guru mampu memimpin pengikutnya dalam ibadah samada sebagai imam solat, memberi tazkirah dan kuliah. Tok Guru juga senantiasa turun padang dalam demonstrasi rakyat dan memimpin perarakan. Demo Royalti Terengganu, demo BERSIH, dan terbaru demo Bantah PPSMI. Tok Guru Presiden bukan setakat aktif di Malaysia, malah kepimpinan Tok Guru hingga ke peringkat antarabangsa.

"Ada sesetengah pimpinan PAS hari ini hanya akan turun padang bilamana ada pimpinan PKR yang turun". Aku sedikit menyindir. Sindiran aku bukan kosong. Tapi itu yang dapat dilihat dan telah ditunjukkan oleh pimpinan terbabit.

"Itu bab Presiden, ni pasal Timbalan dengan Naib ni". Dia cuba kembali kepada topik perbincangan. Sebetulnya lebih kepada terjah pendapat aku.

"Aku secara peribadi tidak kenal sangat dengan Ustaz Nasharudin. Tapi perlu diingat Ustaz Nasa ni dibawa masuk ke peringkat pusat oleh almarhum Ustaz Fahdil Noor. Ustaz Fadhil terkenal sebagai pimpinan yang berpandangan jauh. Paling tidak, Ustaz Fadhil mesti tahu kelebihan dan punya strategi memasukkan Ustaz Nasa ke peringkat Pusat."

"Lagipun Ustaz Nasa punya reputasi baik apa. Dua pilihanraya kecil PAS menang yang mana Ustaz Nasa selaku Pengarah Pilihanraya Induk". Aku memberi pendapat.

"Jadi, tak setuju lah sekiranya Ustaz Nasa dicabar? Ustaz Nasa kan dilihat sebagai 'pemecah PR'" Soalan yang aku dah agak, soalan yang aku cukup benci.

"Mana datang fitnah sebegini? Kenapa perlu difitnah sebegitu rupa?". Aku menyoal kembali.

"Kita sepatutnya percaya dengan pimpinan. Setiap langkah dan tindakan yang diambil ada strateginya sendiri. Sudah tentu strategi yang diambil itu akan memberi banyak kebaikan kepada parti. Namun, sayangnya ramai yang 'buta strategi". Aku melontarkan pandangan balas.

Aku mengakhirkan perbincangan dengan mencadangkan tiada pertandingan untuk kerusi Presiden dan Timbalan. Bukan soal menolak demokrasi, tetapi aku percaya kombinasi sekarang masih baik dan diperlukan. Namun ianya bukan keputusan aku. Jika kombinasi ini tidak baik, apakah PAS mampu berada pada tahap ini? Bekerja bukan sekadar mengeluarkan kenyataan media!

Wallahua'lam.

Nota: Perbincangan berlangsung dalam suasana harmoni. Jangan lupa untuk memahami dan melihat politik Tok Guru Presiden di SINI. Walaupun isu Kerajaan Perpaduan sudah ditangguhkan, aku tetap percaya strategi dan ilmu politik yang dicurahkan itu sebenarnya memberi kesan politik yang sangat hebat untuk PAS.

p/s: aku sebenarnya tidak suka menulis isu-isu sebegini, tetapi memandangkan aku rasa terpaksa bersuara maka aku menulis juga di sini. Apapun, pilihan para perwakilan jugalah adalah lebih baik dan tepat.

21 April 2009

Berapa ramai anak Ketua Puteri UMNO Terengganu?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mungkin ramai tertanya-tanya, apa kes tiba-tiba aku bertanyakan berapa ramai anak Ketua Puteri UMNO Terengganu, Nordiana Shafie. Mungkin ada juga yang pelik dalam pergaduhan Ahmad Said dan Idris Jusoh yang hebat diperkatakan, aku memilih untuk bercerita tentang anak Ketua Puteri UMNO Terengganu, Nordiana Shafie.

Apa kes sebenarnya dengan anak Nordiana Shafie?

Sebelum pergi lebih jauh, aku mohon kemaafan sekiranya persoalan aku ini mengguris hati Nordiana. Aku bukan mahu mengguris hati seorang ibu sekiranya perkara dibangkitkan ini boleh mengguris hati. Namun aku lebih suka persoalkan individu yang membuat kenyataan berkenaan Nordiana Shafie.

Malaysiakini pada hari ini melalui wartawan Muda Mohd Noor menulis begini terhadap Nordiana Shafie:

Bagaimanapun, katanya, ketua Puteri Kuala Terengganu, Nordiana Shafie tidak hadir dalam perjumpaan tersebut kerana baru bersalin. “Manakala kesemua mereka yang hadir pada hari itu telah menyatakan sokongan kepada Datuk Ahmad sebagai menteri besar.

Pada 15 Disember 2008 lalu pula, ketika mana isu siapa calon BN di kerusi Parlimen Kual a Terengganu, wartawan yang sama menulis:

Ditanya sama ada ketua Puteri Umno negeri, Senator Nordiana Shafie sesuai bertanding di Kuala Terengganu, Ibrahim berkata, belum masanya lagi meletakkan calon wanita di kerusi tersebut..

“Lagipun beliau sudah bertanding di DUN Batu Burok dalam pilihanraya umum lalu dan kalah pula.

“Seperkara lagi, Nordiana juga masih dalam pantang bersalin,” katanya.


Aku tidak pasti samada silap wartawan yang tidak cukup untuk bertanya, atau yang menjadikan Nordiana beranak sebagai suatu alasan. Jika dilihat secara umum cuti bersalin 'wajib' hanya 2 bulan. Takkanlah selepas 4 bulan alasan baru lepas bersalin masih digunakan.

Wallahua'lam.


p/s: Aku harap Ahmad Said kekal sebagai MB Terengganu untuk penggal ini. Alasan aku? Aku punya alasan.

16 April 2009

Pilihan raya kecil pulak dah!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Fairus lepas jawatan ADUN Penanti - Malaysiakini

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya melepas jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

p/s: Aku rasa macam dah penat dah nak layan PRK nih. Huhuhuh.

Menjawab Tag!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Terkena Tag! lagi. Sebenarnya ini kali ke tiga. Kali kedua belum jawab lagi sebab panjang sangat arahan dia. Yang Baity punya ni simple jer. Kebetulan pula memang tengah niat nak upload gambar Balqis.

Mulanya nak ikut arahan, tapi bila buka laptop, tak jumpa folder keenam. Jadi aku ambik gambar-gambar baru Balqis dan masukkan jadi satu folder baru. Jadilah folder keenam. Bagaimanapun gambar ini bukanlah gambar keenam seperti yang diharapkan. Bagaimanapun gambar ini adalah selepas enam bulan umur Balqis. Kira enam jugak la.

Apa lebih baik dan bagus adalah, aku tidak akan tag sesiapa selepas ini. Biarlah ianya tamat di sini sahaja. ;)

Instructions:
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Gambar 1.

Lokasi: Dalam rumah.
Gaya / Mood: Kepanasan.
Nota Balqis: Jangan ingat saya bogel tau! Pampers ada, cuma tak nampak jer.

Gambar 2.
Lokasi: Klinik Desa
Gaya / Mood: Menanti nama dipanggil
Nota Balqis: Apa la misi ni, panggil la nama kite cepat skit. Orang nak balik tengok wonder pet lak ni.

Gambar 3.
Lokasi: Dalam bilik
Gaya / Mood: Kumpul Daya
Nota Balqis: Zzzzzzz..

Gambar 4.
Lokasi: Dalam rumah.
Gaya / Mood: Main dengan bantal peluk Doraemon
Nota Balqis: Inilah kawan saya kalu Ubi (umi+abi) tak nak layan saya.

Gambar 5.
Lokasi: Ruang Tamu.
Gaya / Mood: Main sorang-sorang je.
Nota Balqis: Meh la Ubi main dengan adik..

Gambar 6
Lokasi: Dalam bilik di rumah Tok.
Gaya / Mood: Gelekek suka selepas mandi.
Nota Balqis: Kalu pakai topi ni, mesti nak gi kuar jalan-jalan. Yea yea..

Gambar 7 & 8.
Lokasi: Di sebuah lokasi Peranginan di Setiu. (Aku tak reti nak eja nama tempat ni)
Gaya / Mood: Sejuk sampai terangkat-angkat kaki bila kena air.
Nota Balqis: Apalah Abi ni, Balqis dah mandi la pagi tadi. Abi tu yang belum mandi lagi.

Gambar 9.
Lokasi: Bahagian Pediatrik, HSNZ
Gaya / Mood: Ngantuk sebab lama tunggu giliran.
Nota Balqis: Mana Dr Syarifah Huda ngan Dr Jun ni. Ubi nak masuk opis lak nanti.

Nota Aku:

Dua hari lalu aku membawa Balqis ke bahagian Pediatrik HSNZ. Balqis ada temujanji untuk pemeriksaan jantung. Temujanji ini sudah dilakukan sejak 6 bulan yang lalu. Alhamdulillah, menurut Dr Syarifah Huda jantung Balqis tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Namun, Balqis tetap perlu datang semula untuk pemeriksaan demi pemeriksaan selanjutnya.

Mengikut Dr Syarifah, individu yang mengalami Sindrom Down mempunyai keberangkalian tinggi untuk mengalami masalah jantung, usus dan beberapa penyakit lagi. Dia kelihatan berpuas hati dengan kesihatan Balqis cuma berpesan supaya Balqis perlu diberi lebih makan.

Aku dan isteri senyum. Kami tahu bagaimana kuatnya Balqis makan sekarang ini. Minggu lalu ketika ditimbang di klinik desa, berat Balqis hanya 5.3kg. Tapi, pada 2 hari lalu berat Balqis dah bertambah kepada 5.8 kg! Dalam masa seminggu kenaikan 0.5kg adalah suatu peningkatan yang sangat besar.

Wallahua'lam.

p/s: Semoga Cik Baity puas hati dengan gambar-gambar Balqis ni. Kalu nak lagi puas hati, meh la jalan umah dukung Balqis.

15 April 2009

Kerajaan Perpaduan di Terengganu?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada Jumaat, 14 April lalu memutuskan tiada lagi perbincangan Kerajaan Perpaduan selepas Najib dilantik menjadi PM. Perkara ini dimaklumkan Siasah versi internet dalam satu postingnya semalam.

Itu realiti di peringkat Pusat. Namun, tiadakah kemungkinan berlaku Kerajaan Perpaduan di Negeri Terengganu? Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang dalam mesyuarat Agung Tahunannya baru-baru ini telah membuat suatu usul yang dilihat menyokong Kerajaan Perpaduan.

Jika dilihat suasana politik Terengganu, sikap Ahmad Said dengan PAS Terengganu dan beberapa petunjuk lain, mungkin ramai yang akan angguk setuju.

Wallahua'lam.

12 April 2009

DUN Perak akan dibubarkan!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Perbualan akhir sebelum meninggalkan bumi Perak pada 7 April lalu memperlihatkan betapa positifnya untuk DUN Perak dibubarkan. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, sekiranya DUN Perak tidak bersidang selepas 6 bulan selepas Sidang DUN sebelum ini, maka DUN akan secara sendirinya terbubar. Jika dihitung, tempoh yang ada adalah kira-kira sebulan sahaja lagi.

Namun, jika Sidang DUN di bawah pokok diambil kira, usul yang dikemukakan dalam Sidang DUN tersebut juga perlu dikira. Antaranya adalah usul pembubaran DUN sendiri. Lagi pening mahu memikirkannya.

Di sini kesilapan UMNO dan BN dalam melakukan rampasan kuasa. Selain sepatutnya speaker yang mereka 'beli', mereka sepatutnya melakukan undi tidak percaya kepada Nizar di dalam dewan. Jika benar mereka sudah mendapat 'simple majority' tersebut, ini sepatutnya yang dilakukan. Ketika itu mereka berkelebihan dengan 3 malaun yang dikatakan bebas tetapi menyokong BN.

Hari ini, 3 Adun terbabit dianggap speaker sebagai sudah meletak jawatan, maka jadinya 28 sama (abaikan apa yang mahkamah putuskan seketika). Ditambah dengan penggantungan MB Haram dan exco-exconya, maka Sidang DUN akan berpihak kepada PR 28-21 (+3 kot). Walaupun kes ini masih di mahkamah, namun jangkamasa sebulan tidak memungkinkan ianya dapat diselesaikan.

Akhirnya, DUN Perak terpaksa dibubarkan!.

Apakah kebarangkalian yang lain? Pertamanya speaker tiba-tiba meninggal dunia. Makanya perlantikan speaker baru akan dibuat. Dalam keadaan sekarang, sudah tentu speaker akan dikuasai BN. Makanya BN akan terus berkuasa dengan menguatkuasakan kuasa yang ada.

Cara lain? Laksanakan darurat di Perak dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) akan mengambil alih pentadbiran di Perak. Inilah yang pernah dan telah menjadi sejarah di Kelantan pada 1977.

Semoga semuanya aman. InsyaAllah Perak dan Malaysia akan aman sekiranya tidak dikucar-kacirkan oleh UMNO dan BN. UMNO dan BN sudah lama memberi amaran. Malaysia akan kucar-kacir sekiranya 'pembangkang' memerintah. Buktinya, dengan beberapa negeri ditadbir PR, UMNO dan BN telah melakukan kucar-kacir di sana.

Wallahua'lam.

Pemuda UMNO Thailand Bantah Najib sebagai PM?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini berita dari Malaysiakini. Tapi aku nak sedapkan tajuknya. Tapi bolehlah dibuat fikir-fikir. Heheheh.

Sidang Asean dibatal, Najib selamat
.

Kerajaan Thailand mengumumkan pembatalan Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Perdana Menteri Thailand pula mengisytiharkan perintah darurat ke atas Pattaya dan Chonburi.

Sebelum itu, beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke pekarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan.

najib in pattaya thailand asean summit 10409Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-14 selamat walaupun hotel penginapannya Royal Cliff Grand Hotel dan Spa di Pattaya cuba diserbu masuk oleh perusuh anti-kerajaan Thailand kira-kira jam 1 tengah hari ini waktu Thailand.

Bagaimanapun, para perusuh itu telah meninggalkan tempat itu setengah jam kemudian setelah mengadakan rundingan dengan pasukan keselamatan.

Hotel itu, yang terletak berhadapan tempat mesyuarat Sidang Kemuncak Asean, Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach) juga turut menempatkan pemimpin negara Asean yang lain termasuk Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, lapor Bernama.

Beberapa helikopter kelihatan berlegar-legar di ruang udara hotel itu.

Thai protesters storm Asean summit in Pattaya, ThailandBerikutan kejadian itu, jurucakap kerajaan Thailand mengumumkan pembatalan Sidang Kemuncak itu dan Perdana Menteri Thailand pula mengisytiharkan perintah darurat ke atas Pattaya dan Chonburi.

Sidang Kemuncak Asean dengan enam rakan dialognya yang sepatutnya bermula pagi ini telah ditangguhkan selepas penunjuk perasaan anti-kerajaan menghalang semua laluan ke tempat mesyuarat dan bertempur dengan penyokong pro-kerajaan.

Antara sidang kemuncak yang dijadual bermula pagi ini ialah Sidang Kemuncak Asean+China yang telah ditangguhkan apabila Perdana Menteri China Wen Jiabao tidak dapat memasuki tempat mesyuarat di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya itu.

asean summit protesters 110409Adalah difahamkan bahawa anggota delegasi China, yang tinggal di hotel Dusit Thani beberapa kilometer dari situ, enggan bergerak ke tempat mesyuarat walaupun pegawai kerajaan Thailand termasuk Datuk Bandar Pattaya Ittipol Kumpleum, yang menawarkan untuk membawa mereka dengan helikopter atau dengan bot di pusat peranginan tepi pantai itu.

Mengikut jadual awalnya, selain Sidang Kemuncak Asean + China, 10 anggota kumpulan Asean juga dijadual menghadiri sidang kemuncak dengan Korea Selatan, Jepun dan India, Sabtu manakala Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat, yang juga termasuk Australia dan New Zealand, telah dijadualkan pada Ahad.

Sementara itu, perintah darurat ditarik balik malam ini selepas pemimpin negara Asean,termasuk perdana menteri Malaysia, berlepas pulang dan penunjuk perasaan pula telah beredar.

Manakala, Najib selamat tiba di tanahair selepas memendekkan lawatannya ke Pattaya, Thailand, ekoran pembatalan Sidang Kemuncak Asean ke-14 serta sidang kemuncak berkaitan.

Pesawat yang membawa rombongan Perdana Menteri mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang kira-kira pukul 7.30 malam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Utapao.

p/s: Jangan marah Pak Jib. Nanti kena jual!

10 April 2009

Kabinet Malaysia 2009 (Versi Najib)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Crime M
inister - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

08 April 2009

Rakyat Kata UMNO Derhaka!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Itulah suara rakyat di Bukit Gantang. UMNO derhaka! UMNO bukan setakat derhaka kepada Tuanku Sultan, malah menderhaka kepada amanah rakyat. UMNO abaikan keutamaan rakyat keseluruhan selama 62 tahun. Itu derhaka kepada rakyat namanya.

UMNO merampas kerajaan pilihan rakyat iaitu Pakatan Rakyat, itu derhaka kepada rakyat namanya. Tiada restu dari rakyat untuk UMNO dan BN.

Jika suara rakyat dalam PRK Bukit Gantang dinilai sebagai referandum rakyat terhadap rampasan kuasa kerajaan di Perak, bererti MB Zambry dilihat sebagai MB Haram. Jika 2-1 keputusan PRK di 2 bukit dan 1 batang dinilai sebagai referandum rakyat terhadap kepimpinan Najib sebagai PM, maka Najib dilihat turut tertolak.

amdang: Akhirnya rakyat menolak calon yang rajin ke DANOK, Thailand.

05 April 2009

Gambar Ismail Safian di DANOK berharga RM100 000.00?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apa komen anda apabila anda ditawarkan 1 set 15 keping gambar seseorang dengan harga RM 100 000.00? Adakah anda bersedia membeli gambar-gambar berkenaan?

Itulah harga 15 keping gambar Ismail Safian yang diletakkan oleh Encik F yang merupakan seorang ahli UMNO Bukit Gantang. Kenapa gambar-gambar itu sebegitu mahal? Apakah nilai yang terdapat pada gambar-gambar berkenaan?

Akhirnya, tersebar satu risalah yang dipercayai turut dilakukan oleh segelintir ahli UMNO Bukit Gantang. Namun, gambar yang dipercayai super impose ini dilihat cuba menggambarkan siapa Ismail.
Risalah yang disebarkan penetang Ismail Safian.

Aku bukan berniat menuduh, tetapi dimaklumkan seorang saudara rapat Ismail Safian sendiri supaya semua pengundi menolak Ismail. Moralnya terlalu teruk dan tidak layak sama sekali dijadikan pimpinan masyarakat. Antaranya Ismail dikatakan seorang kaki judi. Danok dikatakan memang menjadi destinasi utama Ismail. Apa kejadahnya Ismail ke sana? Wallahua'lam.

Apa kata Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) pasal Bukit Gantang?

bukitgantang1

Orang Bukit Gantang
Jangan salah tatang
Undi bukan sebarang
Jangan ditipu senang

Masuk penjara mudah sahaja
Keluar pun bila-bila suka
Tangis derita dan air mata
Tidak diendah tidak berharga

Nilai jangan sehari dua
Sejarah sesekali jangan dilupa
Adil saksama bukan bahan senda
Sehari buat setahun buat-buat lupa

Manusia dipegang pada janjinya
Parti dinilai pada dasarnya
Manis berkata hanya sandiwara
Kalau ideologi masih serupa

Orang Bukit Gantang
Jangan salah orang
Pangkah terang-terang
Bulan bersinar mengambang

p/s: Jom tutup dulu buku Bukit Gantang. Kita buka buku Gantung BN plak lepas ni..

Taktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

BUKIT GANTANG, 5 April (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN.

"Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam.

Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu.

"Tujuan kita dedahkan ini kepada media agar pihak polis menyelidikinya agar kejadian itu dapat ditegah dan mengenalpasti pihak mana yang melakukannya," katanya.

PAS tidak akan melakukan sesuatu yang ganas dan tidak bertindak mengikut emosi sebaliknya PAS akan mematuhi undang undang dalam berkempen.

Beliau yakin sekiranya kejadian itu berlaku, BN pastinya menuding jari bahawa PAS yang melakukannya, sekaligus BN berharap pengunbdi pengundi di Bukit Gantang tidak akan memberi undi kepada calon PAS.

Mengenainya pembebasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan daripada digantung selama tiga bulan, beliau menyambut baik tetapi pembebasan itu bertujuan politik menjelang hari pembuangan undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Ketika membuat penggantungan tiga bulan kepada Harakah dan Suara Keadilan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan berbau politik, tidak sampai dua minggu sekatan itu ditarik balik juga ianya mempunyai motif politik," jelas Mustafa.

Selain itu, beliau mengalu-alukan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka sudah lama tersiksa ditahan di Kem Tahanan Kamunting tetapi ianya juga disifatkan sebagai kepentingan politik

Beliau mengingatkan seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar jangan tertipu dengan membebaskan Harakah dan Suara Keadilan serta pembebasan 13 tahanan ISA kerana kedua-keduanys mrmiliki kepentingan politik BN bagi meraih sokongan rakyat menjelang hari pengundian 7 April ini.

03 April 2009

Akhirnya Crime Minister yang memerintah Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf kerana menggunakan perkataan Crime Minister. Bukan mahu mempersenda seorang pemimpin negara, tetapi mahu mempersoalkan keperluan perlantikan segera jawatan tersebut kepada Najib.

Aku sempat mengikuti siaran langsung upacara angkat sumpah yang dilakukan oleh Najib semalam di TV1. Walaupun dilihat berjalan lancar, namun aku terperasan dan menjangkakan sebenarnya majlis tersebut dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diperkenan Sultan sepenuhnya.

Wajah Tuanku yang tidak ceria dengan perlantikan Najib.

Aku dari awal melihat majlis berkenaan seolah-olah tidak diperkenan Sultan Mizan. Muka tuanku yang biasanya tenang dan lembut walaupun kurang tersenyum jelas kelihatan mencuka geram dan marah tanda tidak bersedia melantik Najib sebagai PM.

Jika dilihat kepada wajah Najib dan Pak Lah dalam majlis tersebut turut menyokong apa yang aku katakan ini. Ketiga-tiga individu ini begitu bermasam muka. Sesuatu yang pelik di mana ianya sepatutnya menjadi suatu berita gembira dan ceria kepada sesebuah negara. Pada aku, memang ada yang tidak kena.

Mohon Restu Rakyat?

Sehingga hari ini Najib masih 'dilihat berdosa' oleh seluruh dunia berkenaan isu Altantuya. Walaupun Najib pernah bersumpah suatu ketika dahulu menafikan isu Altantuya dengan dirinya, namun bilamana seluruh dunia menunding jari bercerita isu Altantuya, langsung tiada respon dari Najib. Najib tidak menafikan, jauh lagi untuk mengambil tindakan saman dan seumpamanya.

Suatu ketika (1 Mei 2007), Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah difitnah Daily Mirror, sebuah akhbar berpengaruh di Britain. Akhbar tersebut akhirnya disaman kerana menyiarkan artikel kononnya Tuan Guru merupakan pemimpin al-Qaeda yang sedang dipenjara di Guantanamoa Bay. Akhbar terbabit akhirnya meminta maaf dan membayar sejumlah wang sebagai gantirugi.

Selain berdepan dengan isu Altantuya, Najib juga tidak dilupai dikaitkan dengan isu komisyen kapal selam Scorpene dan heli Agusta. Rampasan kuasa di Perak yang terus menjadikan Perak terumbang-ambing, dan juga berdepan dengan masalah isterinya yang boros berbelanja dan mengawal dirinya.


Aku percaya, walaupun Tuanku Sultan 'akhirnya' perkenan juga perlantikan Najib, namun jauh di sudut hati baginda Tuanku perkenan yang diberikan tidak lebih sekadar mahu menjaga suasana yang ada dalam negara. Tuanku memang tiada pilihan ketika itu...

Apa kata jika pengundi diseluruh Bukit dan Batang menjadikan Pilihan Raya Kecil ini sebagai suatu referandum rakyat bagi menolak perlantikan Najib sebagai 'Crime Minister'?

Wallahua'lam.

Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat - Harakahdaily

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

oleh: Mohamad Hanipa Maidin

Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.
Utusan melaporkan seperti berikut:-

IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.

Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.

Laporan di atas khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong" adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat) di atas alasan-alasan berikut:

1. Mahkamah Tinggi Ipoh hanya menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut ke atas beliau.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan saman (sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (juga dikenali sebagai permohonan "to strike out pleading"), hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja. Ini bermakna di dalam kes di Ipoh, hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut.

4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak, Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun Bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 April 2009 ini.

6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut, ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak seperti mana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.

Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.

02 April 2009

Tarian Seksi: Budaya Cina atau Budaya UMNO / BN?


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Aku malas nak komen. Tapi aku rasa Zahid Hamidi menelanjangkan dirinya lebih dari gadis-gadis yang menari di pentas tersebut. Penjelasan Zahid mengenai tarian tersebut yang disifatkan sebagai budaya bagi kaum Cina amatlah memalukan sama sekali.

Tanyalah kaum Cina, dan aku percaya budaya sebegini bukan sebahagian dari masyarakat mereka. Menuduh kaum Cina sebegitu bukan sahaja menaikkan amarah kaum Cina, malah menunjukkan Zahid sendiri tidak tahu sejarah. Sejarah sesuatu bangsa, sejarah suatu budaya.

Video dan berita dari Malaysiakini.





01 April 2009

Benarkah Calon BN yang rajin ke DANOK?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Foto: copy n paste dari Bakaq.

"Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?"

Itu antara kata-kata yang tertulis pada kain rentang yang dipasang oleh ahli-ahli UMNO Bukit Gantang untuk calon mereka Ismail Saffian. Dari pemerhatian aku, banner terbabit terpasang sejak awal pagi penamaan calon lagi. Sehingga hari ini masih ada di antara banner terbabit yang belum diturunkan walaupun lokasinya terbuka dan hampir dengan markas BN terutamanya melibatkan DUN Terong.

Situasi ini dilihat sebagai suatu perpecahan dalaman yang agak teruk. Mengikut beberapa maklumat yang diperolehi, perpecahan ini berlaku bilamana Kamalullail tidak terpilih menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang. YB Rosli, ADUN Terong sendiri dilihat menyebelahi Kamalullail yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bukit Gantang.

Tidak cukup dengan banner DANOK, beberapa poster bersaiz A3 yang menceritakan perihal DANOK juga ada disebarkan di beberapa tempat di DUN Terong. Malah, poster besar calon yang diletakkan di tepi jalan dipercayai turut dijatuhkan oleh penyokong Kamalullail dan YB Rosli.

Perpecahan yang sedang berlaku ini hanya dikesan berlaku di DUN Terong. Seorang pemerhati mengatakan kesudahan kepada semua perkara ini adalah akan berlaku pergaduhan di antara mereka. Sehingga ini sudah ada pihak-pihak dari dalam UMNO cuba menyelesaikan segera krisis ini. Namun, Kamalullail dikatakan masih tidak memberikan respon untuk menyelesaikan krisis dalaman ini.

Apabila timbul isu DANOK, timbul persoalan. Adakah benar Ismail rajin betul ke DANOK? Jika benar apakah yang dilakukan Ismail di DANOK? Tempat apakah DANOK tersebut? Pusat sejarahkah, atau pusat membeli-belah? Atau memang Ismail mempunyai ahli keluarga di DANOK?

Secara peribadi, sejak datang ke Bukit Gantang inilah barulah aku tahu wujudnya tempat bernama DANOK di Thailand. Sebelum ini aku hanya tahu Bangkok, Golok, Hadyai, Puket dan beberapa nama yang sinonim dengan pelancongan di sana.

Seorang sahabat meminta aku mendapatkan maklumat dari Jabatan Imigresen. Aku kata, sampai mati pun mereka tak akan bagi. lagipun bukti keluar masuk tidak menggambarkan apa-apa. Tidak menjadi kesalahan nak ke mana-mana pun selagi tempat dan tujuan itu tidak salah. Melainkan, tempat yang dituju itu salah. Tempat apa yang salah ek?

Wallahua'lam.

Ahmad Said beri projek pada Kroni Deris?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berita dari Bernama.

Peruntukan RM100 Juta Indahkan Pekan Kuala Besut

BESUT, 1 April (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM100 juta bagi membangunkan serta menyusun semula pekan Kuala Besut di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK), dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke kawasan itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata pembangunan kawasan itu penting kerana ia menjadi tempat persinggahan pelancong sebelum bertolak ke Pulau Perhentian.

Beliau berkata pekan berkenaan akan diperindahkan, antaranya dengan menambah bangunan baru, rumah kedai dan jeti bagi kemudahan pelancong serta penduduk tempatan.

"Kita dapati Kuala Besut menjadi tumpuan pelancong sebelum mereka pergi ke Pulau Perhentian. Jadi, kita perlu mengindahkan pekan itu yang sebelum ini agak sesak dan tidak diurus seperti pekan koboi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak rumah pangsa Kuala Besut di sini hari ini. Turut hadir, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jertih.

Ahmad berkata di bawah program itu, kerajaan negeri akan membina 150 unit rumah di kawasan seluas 1.4 hektar bagi keperluan penduduk di kawasan berkenaan dan ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Beliau berkata rumah yang akan dibina itu adalah sebahagian daripada 4,500 unit rumah mampu milik yang bakal dibina kerajaan Terengganu di seluruh negeri itu, tahun ini.

"Kita akan bina rumah-rumah untuk keperluan rakyat di setiap daerah yang sudah mempunyai tapak. Tempat-tempat yang ada kawasan (tapak) kita buat (bina) dulu," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengkaji untuk mendalamkan muara sungai Kuala Besut serta mengatasi masalah hakisan yang sering berlaku di kawasan tersebut.

"Kami tidak mahu peruntukan yang besar dikeluarkan, tetapi hakisan tetap berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri membenarkan penduduk melaksanakan projek menyedut pasir bagi mendalamkan muara sungai itu tetapi mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pejabat Daerah Besut.

-- BERNAMA

p/s: Selepas heboh dikatakan Ahmad Said meminggirkan Besut, alih-alih datang plak projek. Aku harap Ahmad Said tak lupakan Setiu yang mana kampung halaman isteri nombor 2 dia.

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks