28 January 2009

Merayakan Kemenangan P036

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Lamanya aku tak update. Mulanya janji nak update 'keesokan harinya', tapi sehingga hari ini dah menjadi lebih seminggu. Mungkin ada yang melihat sebagai 'cuti rehat' dan sebagainya. Sebenarnya semuanya secara kebetulan sahaja. Kebetulan line internet di rumah agak lemah membuatkan blog aku tidak dapat dibuka. Ditambah dengan cuti CNY yang beberapa hari.

Pagi ini aku sarapan pagi dengan seorang Ustaz. Aku sebenarnya tidak pernah tahu pun bahawa tulisan-tulisan nakal aku ini digemarinya. "Akhir-akhir ni jarang update blog" tegurnya.

"Tak sempat". Balas aku berbahasa. Senyum.

Akhir-akhir ini di Kuala Terengganu khususnya dan di mana-mana penyokong PAS dan PR berada, semuanya bercerita soal lembu. Bukan soal tahun ini Tahun Lembu bagi masyarakat cina, tetapi berbicara soal berapa ekor lembu ditumbangkan kerana kemenangan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

"4 ekor lembu. Tapi pukul 2 ana gi dah habis" Cerita seorang sahabat tentang kenduri kesyukuran di Kampung Gong Tok Nasek.

"2 Kerbau, 2 lembu. Itupun tak cukup!" Seorang sahabat membawa balik cerita di Kemaman.

Ada tempat terpaksa menggantikan telur rebus sebagai lauk apabila daging lembu yang disembelih kehabisan.

Mengikut Harakahdaily, YB MAWE (Mohd Abdul Wahid Endut) akan mengadakan jelajah seluruh negara untuk berceramah bagi meraikan kemenangan PAS dan PR ini. Termasuk Sabah dan Sarawak. Agaknya mahu membawa gelombang yang kecil ini ke mana-mana negeri yang lainnya.

Wallahua'lam.

p/s: Sekadar nak mula bicara... ;)

17 January 2009

PAS Menang! Alhamdulillah.. Allahuakbar!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Saat menaip artikel ini, terasa sedikit berkaca mata ini. Betapa terasa kerdilnya bila diberi kemenangan oleh Allah. Saat ini juga ribuan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS masih berarak di jalan raya. Aku? Aku baru sahaja selesai menyertai mereka. Betapa girang dan gembira ditunjukkan masing-masing seumpama baru dimerdekakan!

Ketika masih berkira-kira apakah PAS akan menang dalam Pilihan Raya Kecil ini, seorang pimpinan PAS dengan yakin mengatakan sekiranya jumlah yang keluar mengundi di bawah 84%, maka PAS akan menang. Keyakinan itu berasas nampaknya. Ini kerana PAS cukup bimbang dengan undi-undi 'hantu' yang selalu menafikan kemenangan PAS. Sebab itulah kehadiran polis yang ramai menimbulkan kekhuatiran kepada PAS.

Alhamdulillah. Aku mengantuk, mahu tidur awal. Esok sahaja aku sambung.... Zzzzz...

15 January 2009

Selepas Mengoyak Billboard PAS, Mat Razali Tarik Diri.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tinggal satu hari lagi sebelum pengundian pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pegawai pengurusnya Datuk Mat Razali Kassim menarik diri selepas didakwa berat sebelah oleh PAS.

kuala terengganu parliament by election spr ec announcement  051208 mat razali kassimBeliau, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu (foto), meletakkan jawatan mendadak hari ini selepas PAS menuduhnya meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyokong calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal malam ini, Mat Razali digantikan oleh penolong pegawai pengurus pilihanraya parlimen ini Wan Mustafa Wan Hassan, yang juga setiausaha MBKT.

"SPR bersetuju menerima penarikan diri Mat Razali sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu berkuatkuasa serta-merta," kata Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik.

Tambahnya, selaras dengan peruntukan Seksyen 3(c) dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, suruhanjaya itu melantik penolong Mat Razali sebagai pegawai pilihanraya baru berkuatkuasa serta-merta.

Selain dakwaan PAS, satu laporan polis dibuat oleh ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa dengan mendakwa Mat Razali mengugut kira-kira 590 kakitangan MBKT dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman pagi semalam.

Dalam laporan polisnya petang semalam, pemimpin muda PKR itu mendakwa Mat Razali pernah berucap: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".

"Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," laporan polisnya dipetik.

Hari mengundi Sabtu ini menyaksikan persaingan Wan Ahmad Farid dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Selain mengkritik Mat Razali, pembangkang juga mempertikaikan beberapa amaran kepada pegawai kerajaan agar memihak kepada BN dan janji-janji pembangunan yang melimpah di kawasan parlimen dengan mendakwa ia sejenis rasuah.

sumber: Malaysiakini

Belum menjadi MP, Hj Wahid sudah diberikan tugas.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi, di Kuala Terengganu berlangsungnya satu upacara penyerahan Memorandum Bantahan PPSMI kepada calon PAS Hj Abdul Wahid Endut oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Penyerahan itu memberi suatu makna yang besar dan harapan yang menggunung kepada Hj Abdul Wahid bagi membawa isu tersebut ke Parlimen.

Keduanya, isu Royalti Minyak Terengganu. Sehingga hari ini ianya masih samar-samar. Hari ini mengikut jadual asal akan diadakan suatu Debat Perdana antara dua calon dari PAS dan UMNO. Bagaimanapun, dimaklumkan ianya terpaksa dibatalkan kerana Wan Farid tidak memberi respon kepada MAMPAT yang menganjurkan program tersebut sehingga tengahari tadi.

Isu PPSMI adalah isu nasional. Royalti pula adalah isu rakyat Terengganu. Dengan dua isu ini sahaja sebenarnya sudah cukup untuk Hj Abdul Wahid diberikan peluang untuk melangkah masuk ke Parlimen. Alasannya mudah, Wan Farid sehingga matipun tidak akan memperjuangkan PPSMI jika pimpinan UMNO menolak PPSMI. Isu royalti pula sudah terbukti Wan Farid tidak memperjuangkannya ketika menjadi Timbalan Menteri. Apa lagi yang mahu diharapkan dengan Wan Farid?

"Bantah PPSMI, Tolak BN". "Pulangkan Royalti, Selamatkan Terengganu". Kobarkan merata-rata. Mungkin dilihat agak terlewat memandangkan masa berkempen tinggal sehari sahaja lagi, tetapi kedua-dua isu ini mempunyai skop sokongan yang tersendiri. Isu royalti meliputi keseluruhan pengundi, manakala PPSMI turut meliputi semua pengundi, tetapi lebih hampir dengan institusi pendidikan.

Apapun, Hj Wahid sudah punya tugas sebelum dilantik menjadi MP sebenar. Cuma terpulang kepada pengundi Kuala Terengganu samada mahu memilih calon yang berpura-pura berjuang untuk rakyat dengan pura-pura senyum, atau mahu memberi undi kepada Hj Abdul Wahid yang lebih jelas dan terserlah perjuangannya.

Wallahua'lam.

amdang: Ada juga pensyarah Universiti yang tidak tahu ringkasan PPSMI. So, kenalah sesiapa nak cerita pasal PPSMI ni kena detailkan PPSMI tu. Anda pun tak tahu? Huhuhuhu. Teruknya!!

Pemidang PAS dikoyak MBKT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berita rujukan di sini - Malaysiakini.

Aku antara yang terawal berada di sini. Kebetulan aku dalam perjalanan mahu ke Pejabat Pos, tetiba terpandang petugas MBKT sedang mengait billboard berkenaan. Geram, terus parking motor dan menguit bahu petugas berkenaan dan minta dihentikan perbuatan terbabit. Dengan memberi alasan sudah mendapat kebenaran SPR, aku segera minta berjumpa ketua operasi.

Dalam perjumpaan dengan ketua operasi tersebut, dia mengatakan mendapat arahan SPR dan sudah dimaklumkan kepada Pemantau Pilihan Raya bagi pihak PAS. Apabila mendapat tahu hal itu, maka aku segera minta petugas terbabit terus berhenti dari membuang billboard berkenaan.

Dengan beberapa individu yang datang kemudian, kami sepakat untuk tidak membenarkan operasi terbabit diteruskan. Aku kemudian melilau mencari poster dan banner UMNO untuk minta diturunkan. Dah nasib aku agaknya, di tepi kira-kira 5 meter sahaja dari billboard berkenaan terdapat poster yang biadab dari UMNO (gambar poster yang sedang dibuang oleh MBKT).

Aku segera memanggil ketua operasi tadi dan bertanyakan kenapa poster yang jahat sebegitu tidak dibuang? Dia segera memberi alasan akan turut membuangnya, tetapi selepas selesai billboard PAS. Suatu alasan yang bodoh aku kira. Bayangkan dengan petugas kira-kira 20 orang (2 buah van), yang mengait billboard PAS berkenaan hanyalah 2 orang sahaja. Apa salahnya sekiranya yang lain mencabut poster jahat BN berkenaan. Terus sahaja aku meluahkan rasa kesal aku depan-depan pegawai yang berkenaan. Terdiam dia.

Nada aku, aku cuba kawal seadanya. Kemudian ada penyokong PAS yang berada di situ mula marah-marah kepada pegawai berkenaan. Dia berang dan minta supaya bercakap dengan nada yang elok.

Apabila aku lihat semakin ramai yang mengerumuni kawasan berkenaan, aku kira tak perlu lagi aku berada di situ. Kebetulan juga aku masih ada urusan yang mesti diselesaikan segera. Tidak mahulah gambar-gambar aku diambil wartawan. Nanti apa kata staf-staf pejabat.

Wallahua'lam.

Nota: Pagi ini, aku dimaklumkan gurindam-gurindam rasuah oh rasuah yang berbentuk kain rentang banyak yang sudah dibuang awal pagi tadi. Aku tidak pasti samada polis atau petugas BN yang menjalankan operasi ini. Apapun, nampaknya mereka takut dengan isu rasuah yang dimainkan tersebut.

Wahid - Number One!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Wahid itu nombor Satu. Mat Saleh kata Number One. Kalu masa sekolah dulu-dulu semua rasanya berebut mahu dapat nombor satu. Belajar mahu nombor satu, berlari pun mahu nombor satu. Nombor satu diberikan sebab dapat kumpul markah paling banyak. Nombor satu diberikan sebab berlari paling laju dan terkedepan.

Dalam pilihan raya, pemenang atau yang dapat nombor satu diberikan kepada yang mendapat undi terbanyak. Menang bukan suatu anugerah, tetapi sebenarnya suatu amanah. Jauh bezanya dari perlumbaan lumba lari dan belajar dalam kelas. Tapi, tidak semua yang faham begitu.

Alhamdulillah Hj Wahid Endut memahami apa itu wakil rakyat. Mungkin sebab itu beliau kekal di DUN Wakaf Mempelam. Bukan tiada suara sumbang mengeji dan berkata nista sepanjang bertugas, namun semuanya ditempuhi dengan sabar. Tidak mampu dipuaskan kehendak semua. Namun, sentiasa berusaha memberi khidmat yang baik, sentiasa mengambil tahu hal rakyat adalah suatu kekuatan yang ada buat Hj Wahid. Wajah ceria, sifat mesra dan senyum yang sentiasa terukir mungkin menjadi daya tarikan utama kepada beliau. Penyejuk hati si gundah yang melihatnya.

Dalam sedar dan insaf, Hj Wahid mengakui berat untuk menerima amanah ini. Namun, apabila diamanahkan oleh jemaah, maka ianya mesti diterima dan ditunaikan dengan sebaiknya. Bagi PAS, pemilihan Hj Wahid adalah yang terbaik dan dilihat mampu membawa suatu kemenangan dengan pakej yang ada pada diri beliau.Jika dilihat kepada personaliti calon-calon yang bertanding, Hj Wahid sudah dilihat ke hadapan. Imej yang baik, bersih, mesra, dan mempunyai reputasi dan pengalaman yang boleh dibanggakan merupakan suatu kelebihan besar. Apatah lagi apabila lawan utama dilihat mempunyai rekod yang kurang baik walaupun pernah memegang jawatan setinggi Timbalan Menteri.

Semoga kebenaran dan Islam terus diberi kemenangan. InsyaAllah.

11 January 2009

'Gencatan senjata' PAS-BN demi Palestin - Malaysiakini

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan Malaysiakini

Dua parti utama PAS dan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu diseru mengadakan "gencatan senjata" sehari Khamis depan demi menyedarkan rakyat tentang kekejaman Israel kini.

"Gencatan" itu termasuklah memberhentikan kempen selama 24 jam dan mengadakan solat hajat serta tahlil bagi menunjukkan simpati kepada nasib penduduk Palestin, kata penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir.

"Kita bukan berperang tetapi saya guna analogi 'gencatan senjata' itu bagi kita menangguhkan kempen sekejap selama 24 jam dan guna hari itu untuk menyedarkan rakyat tentang apa yang berlaku di Palestin.

"Mungkin kita boleh buat solat hajat pada Khamis malam Jumaat, buat tahlil dan tak payah kempen pada hari itu. Cuma buat apa yang patut untuk tunjukkan rasa simpati kepada saudara seagama di Palestin," katanya, lapor Bernama.

Mukhriz, yang juga calon ketua Pemuda Umno, berkata demikian semalam selepas pelancaran Tabung Bantuan Palestin kawasan Bukit Payung, di pinggir kawasan pilihanraya kecil itu.

Tambahnya, satu tribunal perang juga perlu diwujudkan segera di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membicarakan pemimpin-pemimpin Israel yang terlibat secara langsung dengan jenayah perang tersebut seperti yang pernah dilakukan terhadap Yugoslavia.

Tindakan itu satu cara terbaik untuk memberi amaran kepada Israel supaya mengelak daripada terus melakukan keganasan kepada rakyat Palestin sehingga mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa terutama kanak-kanak, katanya lagi.

Mukhriz berkata, seramai 10 orang doktor dari Aman Malaysia telah bersedia pada bila-bila masa untuk ke Palestin bagi membantu mangsa kekejaman Israel.

Selain itu, beliau turut kesal apabila ada pihak yang cuba perlekehkan saranan supaya rakyat Malaysia memboikot barangan keluaran Amerika dan Israel kerana ia dikatakan tidak akan menjejaskan kuasa besar ekonomi dunia itu.
---------------------------------------------------------------------

Macam menarik je idea Mukhriz ni. Pada aku kalu yang baik, apa salahnya terima. Lagipun aku percaya ini suatu perkembangan yang menarik dalam politik Malaysia. Nak lebih baik, 'Fatah' serah sahaja kerusi Kuala Terengganu kepada 'Hamas'.

Jangan politikkan...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Antara kelakar dan tidak. Mari sama-sama kita lihat politik yang ada di negara kita ini. Dalam sedar dan tidak perkara ini berlaku kepada semua samada kerajaan mahupun tidak. Apakah ini suatu demokrasi? Itu tidak boleh dipolitikkan, ini tidak boleh dipolitikkan. Apakah garis panduan khusus yang ada bagi menentukan sesuatu perkara itu tidak boleh dipolitikkan atau tidak. Dan apakah pihak lawan akan akur apabila dikatakan jangan dipolitikkan sesuatu isu terbabit?

1. Jangan politikkan harga barang mahal - Datuk Shahrir Samad.

2. Jangan politikkan isu kehadiran Polis di Kuala Terengganu - KP Terengganu, Datuk Mohd Syukri Dahlan.

3. Jangan main lagi isu Royalti - MB Terengganu, Dato Ahmad Said

Sekadar menyebut beberapa contoh dari pihak kerajaan dan polis. Namun, biasanya apa yang dilarang itu adalah yang akan terus dibuat dan dilakukan. Bukan kerana degil atau keras kepala, namun kerana yakin dan percaya ada sesuatu yang mahu disembunyikan disebalik larangan tersebut.

Wallahua'lam.

amdang: Jangan serang peribadi Wan Farid, nanti habis terlondeh semua!!

Buruk sangatkah Wan Farid?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Buruk sangatkah imej dan perlakuan Wan Farid sehinggakan Pak Lah sendiri terpaksa membela Wan Farid dari imej sombong? Sebelum ini Najib juga telah ke depan membela Wan Farid apabila Dr M mengatakan Wan Farid adalah proksi kepada Pak Lah. MB Terengganu, Ahmad Said sendiri mengakui belum berpuas hati dengan imej Wan Farid setakat ini. Apakah Wan Farid adalah "teruk dan teramat buruk" seperti yang dikatakan tersebut?

Secara peribadi aku tidak kenal siapa Wan Farid. Walaupun tahu Wan Farid adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, namun disebabkan tiada apa yang menarik untuk diteliti tentang dirinya menyebabkan tiada perasaan mahu ambil tahu sehinggalah Wan Farid dilihat beria-ria mahu menjadi calon UMNO bagi kerusi P036 Kuala Terengganu.

Ketika itu imej Wan Farid sudah diperkatakan sebagai sombong, elit dan sebagainya. Ditambah dengan mempunyai pertalian dengan Wan Hisham (abang), imej Wan Farid sudah diletakkan sebagai tercalar sebelum dicalonkan lagi. Namun, kerana kedudukan dan sedikit 'keakraban' dengan Pak Lah mungkin menjadi penyebab kepada kerusi terbabit dicaloninya.

Imej Wan Farid bertambah buruk bilamana PAS meletakkan Hj Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Sifat semulajadi peramah dan mudah mesra Hj Wahid telah meletakkan saham Wan Farid merudum lagi. Perbezaan sikap dan kemesraan antara keduanya menyebabkan imej Wan Farid dikatakan terpaksa diperbaiki dan dimolekkan. Maka muncullah pelbagai billboard yang cuba menceritakan Wan Farid adalah comel-comel sahaja layaknya.

Dalam mendengar cakap-cakap awam tentang Wan Farid yang ego, sombong dan elit, aku akhirnya terpaksa akur dan mengakui bahawa cakap-cakap itu ada asas dan kebenarannya. Aku sempat melayari laman web UMNO Kuala Terengganu dan menjumpai gambar-gambar anak bangsawan tersebut. Patutlah dia dikatakan ego, sombong dan elit.

Buruk sangatkah gaya-gaya ini?

Wallahua'lam.

Gaya 1: Tangan sentiasa dalam poket.

Gaya 2: Jika tidak dalam poket, gaya memeluk tubuh


Gaya 3: Tanpa mendengar butir percakapan, gaya sahaja sudah dapat meneka apakah nada yang digunakan.

Gaya 4: Tangan disembunyikan di belakang. Seolah-olah rileks sahaja. Dengar macam acuh tak acuh pula.

Gaya 5: Masih begini sifatnya Wan Farid.

Nota: Ini adalah apa yang aku lihat setelah mendengar suara-suara mempertikai tentang Wan Farid. Pada pengamatan aku, ianya jelas lagi bersuluh. Mungkin juga selepas ini gambar-gambar ini akan tiada lagi di website berkenaan. Manalah tahu...

07 January 2009

Sime Darby batal hasrat ambil alih IJN

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd hari ini mengumumkan yang ia tidak akan meneruskan rancangannya untuk menguasai kepentingan ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan di sini, konglomerat itu menyatakan bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira sentimen awam dan maklum balas yang diterima berhubung cadangan itu.

Tindakan itu dibuat susulan pengumuman kerajaan menangguhkan keputusan untuk membenarkan Sime Darby memulakan rundingan dengan Kementerian Kewangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN.

"Kami merupakan syarikat yang pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat Malaysia dan kami perlu menghormati hasrat rakyat untuk IJN kekal dalam struktur sedia adanya," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan dan presiden kumpulan Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.

"Kami percaya bahawa pelaburan yang berterusan dalam penjagaan kardiovaskular adalah penting kerana ia merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan satu daripada sebab utama kematian di Malaysia," kata Ahmad Zubir.

"Perkongsian dengan IJN akan menjadi gabungan yang memberi manfaat yang besar kepada kami, IJN, mereka yang berkepentingan dan orang ramai dan atas dasar inilah kami menyatakan hasrat kepada kerajaan mengenai kemungkinan perkongsian dengan IJN," katanya.

Menurut Sime Darby, ia menulis kepada kerajaan pada Ogos tahun lepas bagi menyatakan minat untuk menjalin pakatan yang akan memberi faedah bersama dalam melebarkan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare dan IJN.

"Perkongsian sedemikian akan membawa bersama kedudukan IJN sebagai peneraju dalam penjagaan kardiovaskular dan torasik dan kepakaran Sime Darby Healthcare dalam penjagaan kesihatan tinggi swasta," kata Ahmad Zubir.

"Rancangan Sime Darby Healthcare adalah untuk menubuhkan pusat kecemerlangan dalam pelbagai bidang perubatan seperti kanser, jantung dan neurologi di Malaysia dan seberang laut," katanya.

Menurut Ahmad Zubir, bagi projek IJN, Sime Darby sentiasa mengambil kira kebajikan dan kepentingan golongan mereka yang kurang berkemampuan, satu pendekatan sejajar dengan falsafah syarikat terhadap tanggungjawab sosial.

Beliau berkata beliau kekal yakin mengenai prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus meninjau peluang untuk pengembangan dan menjadikan Sime Darby Healthcare sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan standard emas di rantau ini.

IJN mempunyai reputasi sebagai pusat jantung utama dan telah memberi rawatan kepada berjuta pesakit termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai hospital separa kerajaan, ia menyediakan rawatan perubatan kelas pertama di bawah kadar pasaran dengan bayarannya dikawal oleh kerajaan. BERNAMA

06 January 2009

PRK P036: Pakatan berpakat, Barisan terabur.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Penamaan calon yang diadakan semalam benar-benar telah menunjukkan Pakatan Rakyat berada pada satu pakatan yang cukup baik dari segi hubungan dan keakraban. Disebalik isu Hudud dan isu pemilihan calon yang dimainkan UMNO/BN, terbukti ianya langsung tidak dapat mengaburi masyarakat khususnya penyokong dan pengundi Kuala Terengganu. Dianggarkan perarakan calon PAS ke pusat penamaan calon diiringi 30 000 penyokong.

Dalam isu hudud misalnya, Dato' Seri Najib sendiri telah memanggil wakil media dalam suatu perjumpaan tertutup di Putrajaya agar tidak memainkan isu tersebut. Ini kerana bimbang kepada kehilangan pengundi Melayu yang sensitif dengan isu agama. Penerimaan baik oleh Kelab Penyokong PAS terhadap isu tersebut juga adalah positif kepada PAS. Apatah lagi isu hudud dilihat hanya melibatkat penganut Islam.

Bagi isu calon pula, UMNO dilihat cuba mengalihkan isu dalaman pemilihan calon UMNO kepada calon PAS. YB Hj Wahid dikatakan tidak dipersetujui pemilihannya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz ekoran tidak menghadiri majlis pengumuman calon baru-baru ini. Kehadiran Tuan Guru Mursyidul Am PAS ke majlis penamaan calon semalam menafikan segalanya. Pada malam tadi juga Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah berdiri di atas satu pentas ceramah di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.

Berbeza dengan apa yang sedang berlaku kepada BN. Mereka menggembar-gemburkan kehadiran penyokong ke penamaan calon seramai 15000 orang walhal jumlah sebenar adalah jauh lebih sedikit. Nisbah penyokong BN kepada penyokong PR adalah 1:3. Sesetengah pihak pula mendakwa 1:4.

Sebenarnya apa yang sedang dialami BN adalah cukup kronik. Isu utama yang menjadi masalah adalah Wan Farid adalah bukan pilihan. Sesuai jika Dr M mengatakan Wan Farid adalah "Bad Choice". Ini disebut dan diperkatakan semua pihak UMNO. Sehinggakan terpaksa menaikkan kain rentang yang menyokong calon mereka dari bahagian-bahagian tertentu. Inilah sebab utama kenapa perarakan mereka tiada sambutan dari penyokong tempatan.

Isu Wan Farid sebagai Bad Choice adalah suatu yang amat ditakuti oleh kebanyakan penyokong BN. Sehinggakan ada suara-suara yang mengatakan PAS ketiadaan isu, namun BN tetap kalah kerana calon mereka tidak sesuai. Apatah lagi calon PAS seorang yang mudah tersenyum, mesra rakyat dan cukup berpengalaman.

Aku bersetuju jika dikatakan PAS kekurangan isu dalam PRK kali ini. Terutamanya isu tempatan. Dengan peralihan kuasa MB dari Idris kepada Ahmad Said, tidak banyak yang dapat diserang. Apatah lagi Ahmad Said dilihat amat berhati-hati dalam melakukan sesuatu keputusan atau tindakan. Ahmad Said juga dilihat jauh lebih lunak dari Idris apabila banyak menggunakan pendekatan mesra. Bagaimanapun dalam PRK ini, isu nasional semestinya lebih tepat dan amat relevan kerana kerusi yang dipertandingkan adalah kerusi Parlimen.

Berbalik kepada BN, ianya lebih kepada masalah dalaman. Najib dan Ahmad Said sendiri berselisih pendapat. Wang 400 juta yang ditabur Najib baru-baru ini sebagai royalti rupa-rupanya memang bertujuan untuk digunakan dalam PRK ini. Bagaimanapun Ahmad Said dipercayai tidak menurunkan wang berkenaan kepada JKK. Perkara ini telah menyebabkan Najib marah kepada Ahmad Said.

Tidak cukup dengan itu, Najib dikatakan telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Jentera pilihan raya kepada Ahmad Said. Ini berikutan komen-komen Ahmad Said yang dilihat sinis kepada beliau. Mungkin juga kerana kurang keyakinan mengekalkan kemenangan membuatkan Najib tidak berada pada keadaan selesa.

Walau apapun, isu pemilihan Wan Farid adalah suatu isu yang cukup besar dan akan dimanipulasikan PAS. Bukan sahaja soal Wan Farid tidak mesra rakyat, ego dan sebagainya. Namun Wan Farid dilihat langsung tidak pernah berjasa kepada rakyat Kuala Terengganu khususnya sepanjang dilantik senator mahupun ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri. Mungkin hanya Baru Burok sahaja jasanya yang akan dikenang di Kuala Terengganu.

Wallahua'lam.

amdang: Dengar-dengar adik ipar Arwah Dato Razali sendiri menandatangani sebagai penyokong kepada Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon dalam proses penamaan calon semalam. Jika itu bukan sebagai protes kepada pengganti arwah, apa lagi?

04 January 2009

Islam Hadhari menolak UMNO dan BN

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Artikel ini suka untuk aku kongsi dengan kalian. Pertamanya artikel ini meminta pengundi menolak pemimpin UMNO dan BN. Keduanya bagi aku artikel ini mendedahkan Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan itu menyulitkan Islam itu sendiri. Islam itu mudah. Jika Islam yang kita anuti ini diajar dengan mencampur-campur menjelaskan prinsip-prinsip Islam Hadhari, aku percaya bukan kefahaman yang didapati, malah lebih menyusahkan, merumitkan dan tidak mustahil akan menyesatkan.

Wallahua'lam.

------------------------------------------------------------------------------

Gagasan Islam Hadhari menolak politik wang

Oleh ZIN MAHMUD

Prinsip ketiga Islam Hadhari ialah kerajaan adil dan beramanah. Tetapi tentunya dalam usaha membangunkan sebuah kerajaan adil dan beramanah, amalan-amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik, nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita adalah ditolak oleh gagasan Islam Hadhari.

Sememangnya Islam dengan jelas menolak amalan-amalan buruk dalam berpolitik itu. Tetapi apabila dikaitkan dengan Islam Hadhari, iaitu ciri-ciri ketamadunan adalah lebih ketara amalan-amalan itu ditolak kerana ia akan menyemai kerosakan dan akhirnya meruntuhkan peradaban dan jati diri sesebuah negara.

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik, nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita menumbangkan kerajaan-kerajaan besar Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Walaupun sistem pemerintahan moden jauh berbeza daripada apa yang diamalkan oleh masyarakat dahulu, tetapi bahaya yang serupa masih menjadi ancaman bagi umat Islam.

Maknanya kalau dahulu tamadun dan kerajaan Islam jatuh apabila mereka yang berkuasa, daripada khalifah hinggalah kepada pegawai-pegawainya membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keadilan tetapi atas sogokan wang, maka ia menjadi politik wang yang akhirnya menumbangkan kerajaan-kerajaan terdahulu.

Sesungguhnya, baik pada zaman dahulu atau pun sekarang, kekuasaan merupakan amanah yang berat, bukan saja dipikul oleh khalifah tetapi pegawai-pegawainya yang dilantik. Sistem pemerintahan moden hari ini telah memperkenalkan pelbagai kaedah dan peraturan untuk menjadikan kuasa yang dipegang mencerminkannya sebagai amanah rakyat.

Justeru, sistem pemerintahan demokrasi yang meletakkan kuasa di tangan rakyat adalah memenuhi idealisme tamadun yang dikehendaki Islam. Maka, gagasan Islam Hadhari yang meletakkan kerajaan adil dan beramanah sebagai salah satu daripada 10 prinsip akan menuntut supaya politik dengan menggunakan wang secara menyeleweng tidak ada tempat dalam pembinaan tamadun.

Maka, asas kepada politik yang bersih dalam sistem demokrasi terletak pada parti-parti politik. Mereka harus bebas daripada politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik, nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita. Jika tidak, adalah mudah untuk difahami bahawa cita-cita Islam Hadhari tidak akan tercapai kerana salah satu prinsipnya adalah masyarakat berbudaya dan bermoral.

Tetapi adakah aspirasi ini mustahil untuk dicapai kerana ia terlalu ideal? Adakah Islam Hadhari itu terlalu ideal? Dengan melihat bahawa politik wang dan segala amalan-amalan buruk itu tidak dapat dibasmi kerana sifat manusia yang normal dengan mempunyai rasa tamak, mahukan kuasa dengan menggunakan wang serta wanita bagi lelaki.

Dalam hal ini, ada baiknya melihat ajaran Islam dan hubungannya dengan tamadun. Islam merupakan suatu gerakan moral, bermula di Mekah, menjadi negara di Madinah dan akhirnya membina tamadun di Damsyik, Baghdad, Kordova, Kaherah, dan Istanbul.

Dalam hal ini, jika melihat perjalanan sejarah tamadun Islam itu, dapat disaksikan keupayaan manusia untuk bangkit mencapai kecemerlangan hingga membawa kegemilangan kepada umat Islam. Begitu juga dapat disaksikan bagaimana kelemahan manusia yang membawa amalan-amalan buruk dalam politik merupakan sebahagian sifat biasa dan akhirnya meruntuhkan tamadun,

Kebangkitan akhlak yang dirintis oleh Rasulullah s.a.w di Mekah telah membuktikan manusia mampu keluar daripada kedudukan tidak berbudaya dan ia boleh dilaksanakan, walaupun tentunya memerlukan perubahan mental dan seterusnya membangun diri bagi membina tamadun.

Sememangnya dalam perkiraan akhir, sebarang perubahan terletak pada kehendak dan usaha individu bagi menentukan jalan untuk mengelak daripada terjebak ke dalam amalan-amalan buruk dalam berpolitik. Bagaimanapun jika melihat sejarah dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah, tajdid atau pembaharuan perlu dilakukan secara penglibatan masyarakat. Perkara ini pula memerlukan tindakan secara kolektif melalui jemaah. Sama ada jemaah dalam bentuk bilangan yang kecil atau angkatan yang besar. Jika dalam bentuk angkatan yang besar, maka diperlukan jemaah yang kecil di dalamnya untuk menggerakkan pembaharuan.

Sementara mana-mana jemaah bagi sesuatu pembaharuan pula memerlukan kepimpinan dengan pengikut yang berkesan untuk mencapai matlamat politik yang dikehendaki. Jika dapat difahami proses ini, maka akan disedari bahawa idealisme Islam khususnya dalam aspirasi Islam Hadhari dapat dicapai. Sememangnya kepimpinan Rasulullah s.a.w tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, Kemampuan baginda memberi kepimpinan yang unggul telah membawa kejayaan Islam sehingga ke hari ini.

Tetapi Rasulullah s.a.w telah mewariskan ajaran baginda, baik dalam bentuk al-Quran dan Sunnah mahupun pemahaman oleh para pemikir Islam turun temurun sehingga hari ini yang mampu membantu umat Islam, dan manusia keseluruhannya mencapai ketamadunan berbudaya dan bermoral.

Maknanya kejayaan Islam juga bersandarkan kepada keupayaan kepimpinan pewarisnya bukan saja daripada Khalifah Ar-Rasyidin, Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah tetapi juga pemimpin-pemimpin pejuang kemerdekaan dan juga selepas negara mencapai kemerdekaan dan berada dalam zaman pembangunan.

Dalam mendorong para pemimpin supaya melaksanakan pemerintahan yang adil dan amanah, peranan pengikut amat penting. Selain itu rakyat dan masyarakat juga mampu mencorakkan jalan mana yang akan menjadi pilihan pemimpin mereka. Lebih-lebih lagi pada zaman ini apabila pemerintahan dilakukan dalam bentuk demokrasi.

Maka, perjuangan bagi pembersihan dalam amalan berpolitik dapat dilakukan melalui kesedaran umum tentang pentingnya politik bersih daripada perkara-perkara baru. Di peringkat parti, jika ahli-ahli parti berkenaan mempunyai kesedaran tinggi dalam hal ini, mereka bukan saja menghindarkan diri daripada korupsi politik tetapi menolak pemimpin yang berbuat begitu.

Di sinilah terletaknya kepentingan pada kesedaran di kalangan masyarakat bagi menolak politik wang. Tentunya kesedaran memerlukan pendidikan yang berpanjangan dan berterusan. Maka pada keseluruhan, gerakan Islam Hadhari juga pasti merangkumi juga usaha membanteras politik wang dan rasuah.

December 4, 2008.

p/s: Aku sedang membayangkan sekiranya artikel ini dibaca oleh orang-orang tua di kampung-kampung. Sure susah nak faham apa kehendak Islam dan apa kehendak Islam Hadhari.

Kuala Terengganu: Bandaraya Polis Pesisir Air

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku memandu ke pejabat dengan seribu satu rasa. Aku pandang kiri kanan, pandang atas bawah. Terasa semacam di sebuah kota yang cukup asing. Jalan raya yang biasanya tidak terlalu sibuk, kini sudah mula memperlihatkan gerakan yang perlahan dan lambat. Aku membayangkan keadaan akan bertambah teruk bilamana menjelang hari penamaan calon nanti.

Mengikut laporan akhbar, seramai 6000 anggota polis telah ditempatkan di Bandaraya Kuala Terengganu. Angka itu mungkin dimaksudkan kepada anggota polis yang beruniform lengkap. Maklumat dari sumber-sumber lain mengatakan 20 000 anggota polis telah berada di Kuala Terengganu termasuk dengan Special Branchnya sekali.

Di beberapa sudut di tepi jalan ditempatkan kanopi-kanopi yang diberi nama "pondok polis". Aku tidak tahu berapa banyak kanopi-kanopi sebegini diletakkan di bandaraya ini. Sepanjang jalan ke pejabat sahaja aku terpaksa menempuh 4 pondok polis sebegitu rupa.

Dalam sesi ronda-ronda di bandaraya ini, aku mengenalpasti 4 buah kanopi yang layak digelar "Istana Polis" jika kanopi-kanopi tadi dinamakan pondok. Di hadapan Balai Polis Chendering, Padang Bola MBKT, Pantai Batu Burok dan di Pengadang Baru. Dimaklumkan "Istana Polis" ini disewa dengan harga RM 1 juta sebuah dan siap dengan aircond.

Bagi mencukupkan jentera dan anggota, unit Udara Polis juga berkeliaran di langit sana dengan "Pepatung Besi". Mundar-mandirnya seolah-olah bandaraya ini perlu perhatian yang melampau layaknya. Seolah-olah pondok-pondok polis yang bertaburan itu tidak cukup dalam menyampaikan maklumat.

Terfikir pula, apakah Pilihan Raya merupakan suatu perintah darurat sehingga begini ketat kawalan ke atas penduduk bandaraya ini. Sekali pandang, semacam mahu diadakan pemilihan Ketua Polis layaknya.

Aku percaya lambakan pasukan polis ini sengaja diletakkan bagi mewujudkan tekanan kepada pengundi dan juga lawan kepada BN. Apatah lagi Wan Farid masih Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada Polis. Wan Farid juga ada kes merencana Tragedi Berdarah Batu Burok dan sehingga hari ini belum menyahut cabaran bersumpah menafikannya.

Wallahua'lam.

amdang: Siapa nak jalan depan rumah dia diturap dengan TAR baru, pakat-pakatlah gantung bendera BN.

02 January 2009

Ucapan Sulong Hj Wahid selepas Pengumuman Calon

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku suka ucapan Hj Wahid ni. Memang inilah Hj Wahid yang dikenali selama ini. Lembut, tapi penuh penegasan. Slow but steady. InsyaAllah bakal menggegarkan Parlimen nanti.



Wallahua'lam.

p/s: Tu dah start tu bunga-bunga serangan. Siap la Wan Farid lepas ni. Hehehhe.

YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut Pilihan yang tepat!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mungkin bagi kebanyakan orang yang berada di luar Terengganu, pemilihan YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dilihat sebagai suatu keputusan yang silap. Namun, bagi penduduk dan pengundi di Kuala Terengganu ini khususnya, pemilihan yang dibuat tersebut adalah pilihan yang tepat dan mampu memenuhi kehendak ramai.

Tuan Guru Presiden PAS ketika mengumumkan menyebut Hj Wahid sebagai mewakili golongan muda dan tua. Umur 52 tahun ketika ini benar-benar dilihat sebagai umur pertengahan apabila wujud polemik tersendiri terhadap calon muda dan tua. Bagi golongan muda, calon muda menjadi taruhan kerana mahukan calon yang segar, manakala golongan tua mahukan calon lama yang berpengalaman. Hj Wahid memiliki kedua-duanya.

Hj Wahid berkelulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,193 mengalahkan calon BN, Othman Awang. Hj Wahid memperolehi 9,645 manakala Othman mendapat 7,452.

Kerusi Wakaf Mempelam sudah 5 kali ditandingi beliau dan tidak pernah sekalipun tewas. Dalam PRU 12 lalu, majoriti yang diperolehi di Dun ini mengatasi YB Dr. Syed Azman di Dun Batu Burok dan YBM Dato' Tengku Hassan di Dun Ladang. Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dun yang mana satu daripadanya dimenangi BN di Dun Bandar. YB Hj Wahid juga pernah menjadi Exco ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 - 2004.

Walaupun terkenal di Kuala Terengganu atas sifatnya Wakil Rakyat dan YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu, populariti Hj Wahid di peringkat nasional lebih terserlah di Youtube. Rakaman Sidang DUN Terengganu pada penggal lalu menyaksikan bagaimana Hj Wahid mendepani Adun-adun BN termasuk Dato Ahmad Said sendiri yang kini menjadi MB Terengganu.



Mengikut pemerhatian aku pemilihan ini memang tepat walaupun menafikan beberapa nama lain. Namun, inilah strategi dan buah pulas pertama yang PAS berjaya berikan kepada Jentera BN. Ketika mana BN dan SB sudah mula membuat onar dan menabur hasutan sokongan terhadap calon tertentu, pemilihan Hj Wahid telah memberi tamparan yang hebat kepada lawan!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

amdang: Di saat ada yang cuba memperlekeh kepimpinan Ulama', TG Presiden dengan penuh tanggungjawab membuat keputusan yang tepat dan memberikan senyuman kepada semua jentera PAS Terengganu.

01 January 2009

YB Mohd Abdul Wahid Endut Calon PAS Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan dari Roslan SMS

YB Abdul Wahid Endut, calon PAS Kuala Terengganu
ALLAHUAKBAR!!!

Akhirnya calon PAS untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun diisytiharkan. Beliau adalah seorang yang berpengalaman, disenangi oleh pimpinan PAS negeri, ahli-ahli dan pengundi di Kuala Terengganu. Beliau tidak ditonjolkan atau menonjol sebagai calon terkanan sebelum ini tetapi ternyata beliau pilihan yang tepat untuk berhadapan dengan Senator Wan Farid dari Umno/BN.

Beliau yang dimaksudkan adalah ADUN Wakaf Mempelam, bekas EXCO kerajaan negeri Terengganu ketika PAS memerintah iaitu Sdr Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang samada sebagai ADUN atau EXCO selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang. Hubungan beliau dengan rakyat baik dan begitu juga dengan kakitangan kerajaan, media dan ahli-ahli parti. Ada yang mengumpamakan Wahid sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Mustapha Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimemanangi oleh Mustapha ketika PAS melakukan “comeback” di Terengganu pada tahun 1982.

Apa pun ternyata pemilihan Wahid ini menamatkan segala spekulasi dan menurut maklumat yang diterima segala bacaan Umno dan BN tersasar dan kini mereka berhadapan dengan seorang yang berkaliber, tidak kontroversial dan pasti memiliki rekod yang jauh lebih baik dari calon mereka sendiri.

Tahniah YB, tahniah PAS Terengganu mudah-mudahan dengan kerja kuat semua pihak dan bantuan Allah swt, kerusi Kuala Terngganu akan jatuh ke tangan PAS/ Pakatan Rakyat.

Berikut adalah artikel dari NST berkenaan YB Wahid yang pernah terbit pada 15 November lalu:

Know your State Rep: It's about willingness to work with others

KUALA TERENGGANU: No man is an island. This is one of the first lessons that Wakaf Mempelam state assemblyman Abdul Wahid Endut learnt when he got involved in politics about 30 years ago.

The 52-year-old five-term elected representative has managed to survive in politics because he believes in working with others."Early in my first term as an assemblyman, I learned that you need people to help you. You need a good team. "As I'm overseeing a constituency with 99 villages, I set up a network to keep me updated on the latest happenings, like deaths, the welfare of villagers, or a tragedy in my constituency."My wife is also an integral part of my team, helping me with women's affairs," he told the New Straits Times.

Wahid counts himself lucky because he has served with both the government and the opposition.In the opposition, he learnt to be independent as it was difficult, at times, to get help from the Barisan Nasional state government.Things got a lot easier when Pas ruled Terengganu, from 1999 to 2004. "When I was part of the government I got to know the officers and built contacts. Now, even though I am in the opposition, if there is anything I need to know, I know who to contact," the former state entrepreneur development, consumer, youth and small medium enterprises committee chairman said. Good public relations is one of Wahid's strengths.

Compared to some of his political compatriots who are known for name-calling and hitting opponents below the belt, Wahid stands in stark contrast.He receives media representatives warmly, despite the tendency among opposition politicians to distrust the mainstream media.He stays out of the skirmishes between BN and the opposition in the state assembly.Wahid makes it a point to visit all 60 mosques in his constituency to meet constituents and join them in the Friday prayers.But despite spending more then 16 years in the political arena, the former Universiti Pertanian Malaysia fisheries and marine science graduate said there was always something new to learn every day.

"My job gets easier with time as the experience makes me more mature. This is the kind of experience you don't obtain from university. And that (the experience) helps a lot," Wahid enjoys the sense of satisfaction that he gets from helping people."At times we can't contribute much, but it is good to know that we are helping to ease their burden a little."As long as we help without fear or favour. In the end it is not about the colour of the flag (political alliance), but the individual."

Kuala Terengganu: Menang Bonus, Kalah Tiada Apa-Apa.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Siapa calon?" Soalan yang biasa diulang-ulang kembali.Justify Full
"Malam ini Tok Guru (Presiden PAS) umum" Jawab aku.

"Ada harapan ke PAS?" Soalan lagi.

"Ada" Jawapan yang rasanya tidak perlu dijawap pun.

"Agak-agak susah ke nak kalahkan Wan Farid?" Soalan camni pun ada.

"Kita buat kerja je. Nak bagi menang dan kalah tu bukan urusan kita." Jawapan yang mesti buat si penanya sedikit bengang. Biarkanlah dia.

"Kalu si A jadi calon, tentu harapan PAS menang tinggi" Lain macam je bunyi.

"Penyokong PAS undi PAS bukan kerana calon sangat. Tetapi kerana yakin dengan perjuangan. Calon tu sebagai alat sahaja." Betul ke kata-kata aku ni aku bertanya dalam diri.

"Ada ura-ura yang tak suka si B jadi calon". Ni usikan lagi.

"Kalu tak suka kerana si B pelaku maksiat, kaki rasuah, jahat dan sebagainya oklah jika tak suka." Aku membalas. Diam kelihatan termenung.

"Tapi, ramai orang bawah kata ini dan itu tentang dia." Minta kepastian kot.

"Kadang-kala ada yang kata itu dan ini tentang calon, tapi bila undi tetap pilih parti." Aku pula membuat andaian.

"Masalahnya bila orang atas pagar" Nadanya mendatar.

"Hmmm. Apapun aku percaya keputusan pimpinan malam ni sudah yang terbaik. Sama-sama kita tunggu. Aku menenangkan suasana.

"Pada aku, PAS boleh menang. InsyaAllah!" Dia mula bersemangat.

"Ini kerusi BN. PAS kalah tiada apa-apa. Menang itu bonus. Nak melihat mood rakyat yang terkena tsunami politik di Terengganu, hanya pengundi Cina dan India sahaja yang perlu difokuskan. Pengundi Melayu aku rasa tetap sama." Aku cuba menutup bicara dengan suatu andaian.

Aku rasakan andaian aku itu berasas. Walaupun Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri, namun di Terengganu aku tidak melihat suatu gelombang rakyat ke arah menyokong PR. Pengundi Cina dan India, itu sesuatu yang amat asing bagi aku. Namun PR ini akan menjawab semuanya.

"Tiada mood Permatang Pauh?" Soalan yang lazim juga ditanya.

"Agak jauh dari sini. Lebuh raya pun belum siap." Aku jawab apa yang aku nampak.

Aku malas mengulas selagi calon sebenarnya belum diumumkan. Meh sama-sama kita ke Stadium Negeri malam ni!

Gurindam Gaza

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku kongsi dengan kalian satu gurindam seorang sahabat. Beliau namakannya sebagai Gurindam Gaza.

Gurindam Gaza...

Wahai adik... adik tahu tak,
Gaza itu bukan asing,
Ia memanggil diri masing-masing.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza tempat moyang nabi Muhammad berdagang,
Di Genting itu para anbiya' dan mursalin pergi berjuang.

Wahai adik, adik tahu tak..
Gaza kini bermandi darah,
Menentang Zionis haram jadah,
Merampas tanah orang sukati dia jah,
Perjuangan diteruskan menanti sudah,
Kepada Tuhan tangan mengadah,
Agar bantuan turun ke lembah.

Wahai adik, adik tahu tak,
Gaza kini lebur,
Tika malam ini/semalam orang lain leka berhibur,
Dengan hiburan yang takkan dibawa ke kubur,
Hogmanay, tahun baru Masihi, hati terkujur,
Entah ke mana hidup dilabur.

Wahai adik, adik tahu tak,
Ramai kawan tak tahu pun,
Rakan seaqidah ditembak dibom,
Ahh peduli apa, aku selesa harta bertimbun,
Semuanya sponsor yang tanggung,
Atau majikan yang kongsi untung.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mari kita sejenak berfikir,
Janji kita sebelum dilahir,
Apa sumbangan, perlu dizahir,
Mengapa 1 pound infaq kita kikir,
Mengapa berbangga dengan produk Israel.

Wahai adik, adik tahu tak,
Di Mahsyar kelak, untuk mengelap gagap,
Apa kata kita berhenti berhibur sekejap,
Cukup-cukuplah asik berentap,
Dengan firework, hiburan dan kepulan asap.

Wahai adik, adik tahu tak,
Mungkin berat membaca gurindam abang,
Kerana berat kelopak mata memandang,
Penat berhibur malam dan siang,
Jangan lupa kita di dunia ini berdagang,
Jangan terlalu singkat mata memandang,
Elak diri daripada malang,
Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersama Gaza, ikhtiarkan berjuang !!!!

ABUKIFAH
 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks