28 February 2008

Sembang-sembang Pilihan raya 2

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Isu Tuan Guru Haji Hadi tak nak bersalam bergambar kepada wartawan menjadi isu untuk menutup isu besar dan memperbodohkan rakyat.

Kita kena bersalam dengan sesiapa sahaja, kalau boleh peluk pinggangnya sekali lagi bagus. Di negara-negara barat 'romen' pun perkara biasa, apa salahnya kita ikut sama sebab kita adalah Islam Hadhari yang maju dan terbilang.

Ini poster yang nak dimuat turun:-

Fail JPG 700 pixel --> Klik Di Sini
Fail PDF 2480 pixel --> Klik Di Sini




Artikel kat atas ni aku copy dari Tranungkite.net. Aku juga turut menerima banyak gambar-gambar seumpama dalam poster ni melalui email dan YM. Memang aku tak dapat nafikan Pak Lah jauh tidak sombong seperti Haji Hadi. Lihat kepada senyumnya yang meleret sampai ke telinga itu. Ini perbuatan secara berdepan dan agak terbuka, apakah budaya ini biasa dalam diri Imam Hadhari ini?

Undi BN bermakna anda sokong dan setuju PM Malaysia berkelakuan begini. Renung-renungkanlah...

27 February 2008

Sembang-sembang Pilihan Raya 1

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Batu Burok Keropok Gote,

Ramai Orang Candat Sotong;
Puteri UmNO Comel Lote,
Datang BULAN Dok Rok Cetong.

Pantun di atas dikirim oleh seorang kawan dari Batu Burok melalui SMS. Aku senyum sendiri membaca SMS tersebut. Ikut pemikiran aku yang nakal ini, pantun ini sedikit nakal. Namun, terpulang bagaimana persepsi anda membacanya.

Perlu ke aku menerangkan maksud pantun tu? Tak payah laa. Banyak kerja lain lagi yang mesti disiapkan. Apapun, teruskan berkempen. Pilihlah pemimpin yang BAik dan BERSIH.

Wassalam

26 February 2008

Gambar Sekitar Penamaan Calon di Setiu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pada hari penamaan calon Ahad lalu, aku telah mengikuti rombongan PAS Dun Jabi. Kebetulan orang rumah aku memang mengundi di Dun Jabi, maka aku rasa tidak salah untuk aku bersama rombongan mereka di hari penamaan calon. Namun, aku tidak pula mengundi di sana. Sengaja aku mengambil cuti separuh hari pada hari tu untuk membolehkan aku bersama-sama dalam rombongan penamaan calon. Sebenarnya inilah pertama kali aku mengikuti penamaan calon. Saja cari pengalaman.

Calon PAS bagi Dun Jabi adalah Dr Azman Ibrahim. Seorang doktor gigi yang membuka klinik di Kubang Kerian. Dr Azman ni kiranya Ketua Pemuda PAS Dun Jabi. Umur dalam 34 tahun. Dulu beliau study kat University Of Baghdad, Iraq dalam bidang Dental Surgery. Aku tak pasti pula samada university ni masih wujud or dah ghaib angkara perang.

Maybe ada yang tertanya-tanya kenapa aku mesti melangkah jauh ke Setiu sedangkan aku tinggal di Bandaraya KT. Mudahnya supaya orang sepejabat tidak nampak kelibat aku di tengah-tengah gelombang kehijauan. :)

Bersiap sebelum berarak

Berdoa sebelum memulakan langkah

Muslimin perkasa menuju ke Pusat Penamaan Calon.

Muslimat tidak lupa ikut dari belakang (berpayung)

Tiba di tempat menunggu yang dikhaskan. Laungan takbir dan selawat silih berganti. Kata-kata semangat turut diucapkan.

Calon-calon bersiap untuk masuk ke pejabat. Dari kanan; Saudara Hassan Hitam berbaju biru (wakil calon kot), Tengku Ahmad (Calon PAS Langkap), Ustaz Pauzi Muda (calon PAS Parlimen Setiu), Sdr Wan Rahim (calon PKR Permaisuri), Dr Azman Ibrahim (calon PAS Jabi), Hj Shamsudin (calon PAS Batu Rakit) dan Ustaz Abu Bakar Chik (bekas YB Batu Rakit 1999-2004 dan calon 2004).

Muslimat sabar menanti. Panas namun bersemangat.

Ustaz Rozali Mohamad (Bekas YB Dun Permaisuri 1999-2004 dan Calon PAS 2004 Permasiuri, berserban) turut hadir

Seorang penyokong yang hadir dengan baju yang menarik.

Bekas YB Jabi 1999-2004, Ustaz Shaharizukarnain (kanan) dan bekas YB Parlimen Setiu 1999-2004, Hj Che Ghani Ambak (tengah) turut hadir memberikan sokongan padu kepada calon.

Kertas pencalonan dipamer untuk bantahan

Alhamdulillah semuanya selamat. Calon-calon dan wakil calon berjalan keluar dari Pusat Penamaan Calon.

Apa yang menarik minat aku adalah betapa indahnya perjuangan di dalam PAS yang tiada kepentingan peribadi. Semua bekas calon bagi PRU-11 dulu (dan bekas YB juga) sanggup hadir dan menyokong penuh keputusan pimpinan parti. Mereka ini bukan sahaja tidak membantah, malahan kebanyakannya mengundur diri bagi memberi laluan kepada sahabat yang lain. Jika parti Melayu yang terkuat di dunia itu pasti kacau bilau jadinya. Wallahua'lam

amdang: Harap kefahaman dan semangat perjuangan ini senantiasa ditanam bagi melahirkan lebih ramai pejuang yang faham tuntutan perjuangan dan tidak memburukkan jemaah dengan mempunyai agenda peribadi. Selamat berjuang!!

25 February 2008

Calon Seberang Takir Budak Ingusan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya aku minta jangan membaca tulisan aku ini sebagai suatu hal yang serius. Baca dalam keadaan rileks aje. Maklum je la hari-hari berdepan dengan keseriusan boleh memenatkan kepala. Pasal poster, pasal bendera, pasal calon, pasal duit upah dan macam-macam lagi laa.

Semenjak dua menjak ini sudah mula berada dalam sedikit tekanan kerana timbunan tugas di pejabat pada siangnya dan melaksanakan tugas sebagai 'Spiderman' pada malam hari. Perubahan jadual dan aktiviti hidup sedikit sebanyak menyebabkan emosi dan kesihatan tubuh sedikit terganggu.

Aku ni kalu stress dengan kerja dan sedikit tension, cepat je rasa lapar. Bila lapar, maka aku akan cepat-cepat cari makanan. Jika lambat makan, maka mudah diserang sakit kepala. Tapi tak ada la serius sangat sebab aku kira tubuh aku agak lasak jika makan lambat sekalipun. Cuma sedikit bermasalah kerana perut aku ni tidak menolak apa jua jenis makanan. Janji halal. Semuanya pada aku sedap. Untung la sape yang dapat suami macam aku nih. Mesti zaujah aku akan gelak kalu baca. Perasan! dia kata. Hehehehhe.

Aku sengaja menggunakan tajuk sebegitu di atas. Sebab sudah lama tidak mencoret kata, jadi mahu la membuang segala keserabutan yang ada dalam kepala ini. Maklum je mata ni duk berselang seli melihat warna hijau dan biru hari-hari.

Ceritanya begini, seorang kawan menghantar msg thru YM kepada aku baru-baru ni. Dia kata jentera UMNO Terengganu kalut semacam je sekarang ni. Dia bagi la aku bukti bahawa calon Seberang Takir iaitu Ahmad Razif Ab Rahman tu sebenarnya adalah seorang budak ingusan. Bukti yang aku maksudkan boleh dilihat di sini. KLIK. Atau ke link ini http://www.umno-terengganu.net/election2008/BIODATA_TERKINI_DUN_N11.pdf.

Lihat pada umur si Ahmad Razif tu. Pada aku itu typing error je. Tapi disebabkan politik, maka ianya boleh menjadi suatu isu. Isu yang kecik itu juga membolehkan aku sedikit idea untuk menulis setelah 2 3 hari sepi blog ini. So, jangan la tension-tension sangat. Jom sama-sama senyum je dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Kalu silap ni masa penamaan calon kan best! Seberang Takir tu memang kubu kuat UMNO. Sementelah pula calon yang lawan UMNO bagi PRU kali ni calon Keadilan yang agak junior. Mungkin UMNO berpeluang menang dengan majoriti besar. Namun, aku tetap mengharapkan ada sedikit persaingan yang agak sengit. Lebih-lebih lagi puak-puak Sapian Ali sudah nekad dengan slogan "Jom ke Laut 8 Mac ini" dengan maksud tidak turun mengundi.

Politik. Macam-macam ada.

23 February 2008

Tawaran BA Kepada Rakyat Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut aku sertakan Tawaran BA Terengganu kepada rakyat Terengganu Darul Iman sempena PRU-12 ini. Tawaran ini telah dibentangkan ketika Ceramah Manifesto pada 20 Februari yang lalu. Aku gagahkan diri juga untuk menyalin kembali kesemua 50 perkara yang dijanjikan oleh BA itu untuk tatapan dan sebaran sahabat-sahabat seperjuangan.

Semoga kerajinan aku menyalin Tawaran BA ini tidak disia-siakan dengan membacanya sahaja tanpa men'forward'kannya kepada sahabat-sahabat dan makcik-pakcik supaya dapat dinilai dan diberi perhatian bagi memastikan BA terus memerintah di Terengganu.


TAWARAN BARISAN ALTERNATIF
KEPADA RAKYAT TERENGGANU

RAKYAT UMUM
  1. Memartabatkan Negeri Terengganu sebagai Darul Iman
  2. Melaksanakan Enakmen-enakmen Syariah sejajar dengan perlembagaan Negeri Terengganu
  3. Menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi Negeri Terengganu melalui Pelan Pembangunan Bersepadu Negeri Terengganu.
  4. Mendesak mahkamah menyelesaikan saman tuntutan royalti petroleum
  5. Menaikkan kadar bantuan kebajikan sehingga melepasi paras kemiskinan
  6. Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dalam semua sektor ekonomi (pertanian, perlombongan, pembalakan, industri dan sektor perkhidmatan)
  7. Menjamin bantuan kebajikan kepada fakir miskin tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
  8. Pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan membatalkan tunggakan
  9. Memajukan sektor pelancongan dengan memastikan tidak membawa faktor-faktor negatif kepada Negeri Terengganu
  10. Menghapuskan sewa meter tempat letak kereta pada hari Jumaat dan Sabtu
  11. Menghapuskan sewa meter air
  12. Mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri berasaskan sumber asli (mineral, perkayuan dan air).
  13. Memastikan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Perbandaran) cekap dan berkesan.
  14. Memperluaskan dan memperkemaskan Institusi Baitulmal dan urusan kewangan Islam
  15. Memperkasakan Tabung Darul Iman untuk kebajikan rakyat Negeri Terengganu
  16. Membuka semula Pusat Perubatan Islam Darul Iman dan Pusat Pemulihan Dadah (KESIHAT)
  17. Mewujudkan syarikat Takaful Kerajaan Negeri dan Takaful Kafalah
  18. Mengawal dan menghadkan pekerja asing dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan
  19. Menyediakan Dana Khas untuk pinjaman perumahan rakyat dan pemberian rumah untuk rakyat termiskin
  20. Pemberian tanah akan diteruskan tanpa diskriminasi. Tanah yang telah diluluskan semasa pemerintahan PAS (1999-2004) dijamin akan diberi / diganti semula
  21. Menjamin setiap keluarga memiliki tapak (tanah) kediaman sendiri. Kelulusan tanah disertai dengan pemberian geran kekal
  22. Memberi elaun Khas kepada Hafiz Quran, guru Quran dan guru agama.


KAKITANGAN AWAM
  1. Perkhidmatan kerajaan yang professional, telus dan mesra rakyat, tanpa tekanan politik - tiada akujanji dan pengintipan. (CCTV dihapuskan)
  2. Bonus, tuntutan dan elaun kerja lebih masa pegawai dan kakitangan kerajaan dijamin
  3. Perkhidmatan Imam dan bilal masjid dijadikan jawatan tetap dan bergaji
  4. Mengaktifkan skim pinjaman Al-Qardul Hassan (rumah, kenderaan dan komputer)
  5. Menjamin keselesaan dan ketenangan kepada semua penjawat awam.

PENIAGA DAN PENJAJA
  1. Mengekalkan Pasar Borong Gong Pauh dengan kemudahan yang mencukupi dan mewujudkan pasar-pasar borong di zon-zon yang sesuai
  2. Menambah kemudahan kewangan kepada peniaga kecil dalam bentuk Al-Qardul Al-Hasan
  3. Mewujudkan tapak pasar tani dan pasar malam kekal dengan segala kemudahannya
  4. Menjadikan pelancongan sebagai Industri Rakyat
  5. Menjamin setiap peniaga kecil dan sederhana mendapat tapak dan premis perniagaan yang bersesuaian

PETANI DAN NELAYAN
  1. Skim Kesejahteraan Masyarakat Nelayan
  2. Mengadakan industri makanan ternakan dan baja
  3. Meningkatkan pendapatan rakyat melalui Program Pertanian Bersepadu (Integrated Farming)
  4. Melaksanakan sepenuhnya program “Terengganu Halal Hub” sebagai pusat pengeluaran dan pemasaran produk halal serantau.
  5. Memperkasakan sektor pertanian dengan memperbaiki rangkaian pengeluaran dan pemasaran
  6. Menjamin hasil pertanian dan industri tani dapat dipasarkan
  7. Menjamin pengeluaran bekalan makanan yang berkesan bagi mengurangkan kenaikan harga barang melalui pembangunan Zon Pengeluaran Makanan.

BELIA , WANITA DAN PELAJAR
  1. Melantik Wanita sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
  2. Memperkenalkan alternatif hiburan menerusi Akademi Hiburan Negeri Terengganu
  3. Tabung Belia Sejahtera untuk pembangunan belia niaga, industri, nelayan, tani dan perkahwinan.
  4. Kakitangan wanita yang menjaga anak sakit diberikan cuti tanpa rekod
  5. Menyediakan bantuan pendidikan melalui biasiswa, pinjaman tanpa faedah dan zakat.
  6. Mewujudkan semula Kolej Ugama Sultan Zainal Abdidin (KUSZA) sebagai Pusat Ilmu Islam Serantau dan menjamin pembangunan dan perkembangan institusi-institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri
  7. Pendidikan akan dijadikan hak bagi setiap rakyat dan memastikan tiada.orang yang dinafikan pendidikan kerana kemiskinan.
  8. Menjamin pembangunan akhlak dan moral generasi muda melalui Pemuafakatan Kerajaan dengan NGO-NGO yang berkaitan

BUKAN ISLAM
  1. Melantik wakil bukan Islam sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
  2. Menjamin kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
  3. Menjamin orang bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama

22 February 2008

Gambar-gambar yang aku nak kongsi

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhirnya kibaran Bulan Gemilang kembali berkibar di Bulatan Batu Enam. Lebih besar dan lebih tinggi. Tahniah. Di sini juga aku kongsikan beberapa gambar yang boleh dikira menarik sepanjang jalan yang aku jumpa sehari dua ni. Kalu kalian ada lagi beberap agambar menarik leh la kongsi-kongsi ikut email aku. Thanks limie & pejuang bt6 sebab sanggup kongsi gambar dan link.
Bulatan Batu Enam 22 Feb (Jumaat). MBKT Roboh, Pemuda BINA.

Pekan Sungai Tong, Setiu. Dun Langkap.

Aku tak familiar nama tempat ni. Tapi dalam DUN Batu Buruk

Jalan ke Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu, Kuala Ibai

Antara sebuah Pondok petugas yang menarik perhatian aku

Perang Bendera di Dun Wakaf Mempelam


20 February 2008

UMNO Seberang Takir Bantah Calon Deris

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Di bawah adalah sedikit gambar yang sempat aku ambik sejurus keluar dari pejabat kelmarin. Diorang ni kumpul mula sekitar jam 4 petang sehingga jam 5.30.

Adapun tujuan Perhimpunan Haram mereka ini adalah bertujuan untuk mengangkat seorang bekas YB yang pernah menjadi calon mereka, iaitu Haji Sapian Ali tetapi telah ditolak oleh Deris Jusoh bagi menjadi calon bagi kali ini kerana memberi peluang kepada Ahmad Razif Abd. Rahman.

Perhimpunan Haram yang aman itu telah mengganggu sedikit kelancaran lalulintas memandangkan ianya dilakukan selepas waktu pejabat. Namun tiada seorang pun polis yang bertugas samada memantau ataupun mengawal suasana. Apa yang kelihatan adalah SB-SB yang senantiasa berkeliaran sambil mengambil gambar.

DUN Seberang Takir satu-satunya DUN yang terunggul di dalam Parlimen Kuala Nerus dan mungkin juga kubu kuat UMNO didalam Negeri Terengganu kerana tidak pernah kalah sepanjang zaman.

DUN ini telah di adun baik oleh bekas YB Tan Sri Ibrahim Fikri di antara strateginya ialah dengan meletakkan dua buah kem (Polis Hutan dan Askar Melayu) yang pengundinya melebihi 2,000 orang.

So, mengikut perkiraan aku, walaupun jentera mereka berbalah atau meruntuhkan pos / markas sekalipun ianya tidak mengganggu kemenangan Dun Seberang Takir tersebut. Maka berbalahlah kalian semua. Hehehhe..






Nota: Majlis diakhiri dengan bacaan doa

Terengganu: Siapa Lawan Siapa


 Berikut adalah senarai calon-calon bagi PRU ke 12 di Terengganu. Senarai ini masih benar sehingga waktu ini dan mungkin berlaku sedikit perubahan berikutan ini hanyalah senarai yang dicadangkan oleh parti masing-masing. Manalah tahu kot-kot ada calon yang layak tetapi 'tertinggal' untuk diletakkan.

Apapun, kita tunggu dan lihat je la ek.

P.033 BESUT :
PAS - Datuk Hj Hussin Awang

BN - Dato’ Dr Abdullah bin Muhammad Zin
N. 01 KUALA BESUT:

PAS - Nik Mohd Zawawi Hj Salleh

BN - Dr A. Rahman bin Mokhtar


N. 02 KOTA PUTERA:

PRK - Belum Umum

BN - Muhammad Pehimi bin Yusof


N.03 JERTIH:

PAS - Mohd Hassan Salleh

BN - Dato’ Seri Idris bin Jusoh


N. 04 HULU BESUT:

PAS - Md. Zin Hassan

BN- Nawi bin Mohamad


P.034 SETIU:

PAS - Mohd Fauzi Muda

BN - Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee
N. 05 JABI:

PAS - Dr Azman Ibrahim

BN - Ramlan bin Ali


N. 06 PERMAISURI:

PKR - Wan Rahim Wan Hamzah

BN - Abd Halim bin Jusoh


N. 07 LANGKAP:

PAS - YM Tg Ahmad Tg Hussin

BN - Asha’ari bin Idris


N. 08 BATU RAKIT:

PAS - Shamsuddin Abdul Wahab

BN - Khazan bin Che Mat


P.035 KUALA NERUS:
PAS - Shurimum Shamsuddin

BN - Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim
N. 09 TEPUH:

PAS - Abu Bakar Abdullah

BN - Muhammad Ramli bin Nuh


N. 10 TELUK PASU:

PAS - Ridhuan Mohd Nor

BN - Datuk Abdul Rahin bin Dato’ Mohd Said


N. 11 SEBERANG TAKIR:

PKR - Belum Umum

BN - Ahmad Razif bin Abd Rahman


N. 12 BUKIT TUNGGAL:

PAS - Dr. Alias Razak

Bn - Tuan Arif Sahibu Fadilah bin Tuan Ahmad


P.036 KUALA TERENGGANU:
PAS - Hj Mohamad Sabu

BN - Dato’ Haji Razali bin Ismail
N. 13 WAKAF MEMPELAM:

PAS - Mohd Abdul Wahid Endut

BN - Othman bin Awang


N. 14 BANDAR:

PKR - Belum Umum

BN - Toh Chin Yaw


N. 15 LADANG:

PAS - YM Datuk Tg Hassan Tg Omar

BN - Dato’ Wan Hisham bin Wan Salleh

N. 16 BATU BURUK :

PAS - Dr Syed Azman Syed Nawawi

BN - Senator Nordiana bt Datuk Shafie


P.037 MARANG:
PAS - Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang

BN - Dato' Dr. Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir
N. 17 ALUR LIMBAT:

PAS - Dato' Mustafa Ali

BN - Alias bin Abdullah


N. 18 BUKIT PAYUNG:

PAS - Mohd Noh Hamzah

BN - Zaidi bin Muda


N. 19 RU RENDANG:

PAS - Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang

BN - Haji Razali bin Idris


N. 20 PENGKALAN BERANGAN:

PAS - Mohamad bin Deraman

BN - Yahaya bin Khatib Mohamad



P.038 HULU TERENGGANU:

PAS - Kamaruzzaman Abdullah

BN - Haji Mohd Nor bin Othman
N. 21 TELEMUNG:

PKR - Belum Umum

BN - Rozi bin Mamat


N. 22 MANIR:

PAS - Dato' Dr Hj Harun Taib

BN - Wan Sagar bin Wan Embong


N. 23 KUALA BERANG:

PAS - Haji Mahyuddin Abdul Rashid

BN - Mohd Zawawi bin Ismail


N. 24 AJIL:

PAS - Mohd Rezeki Hj Alias

BN - Dato’ Rosol bin Wahid


P.039 DUNGUN:
PKR - Shamsul Iskandar Mohd Akin

BN - Matulidi Jusoh
N. 25 BUKIT BESI:

PAS - Nordin Othman

BN - Dato’ Din bin Adam


N. 26 RANTAU ABANG:

PAS - Hj Azman Shapawi Abd Rani

BN - Za’abar bin Dato’ Haji Mohd Adib


N. 27 SURA:

PAS -Hj Wan Hassan Mohd Ramli

BN - Mohd Rosli bin Harun


N. 28 PAKA:

PAS - Hj Saiful Bahri Mamat

BN - Zakaria Ariffin


P.040 KEMAMAN:

PKR - Sdra Faris Musa

BN - Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek
N. 29 KEMASIK:

PAS - Mohd Mahadi Nawi

BN - Radilah bin Abd. Wahab


N. 30 KIJAL:

PAS - Hazli Jusoh

BN - Dato’ Ahmad bin Said


N. 31 CUKAI:

PAS - Hanafiah Mat

BN - Dato’ Mohamed bin Awang Tera


N. 32 AIR PUTIH:

PAS - Ismail Haron

BN - Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar

Sedikit Catatan di Batu Enam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Terengganu panas lagi. Khususnya di Pekan Batu Enam yang merupakan pinggir Bandaraya Kuala Terengganu. Semuanya gara-gara tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membuang bendera PAS yang dipasang di Bulatan Batu Enam.

Mengikut pentadbirannya, Pekan Batu Enam ini terletak dalam Daerah Kuala Terengganu dan ditadbir oleh MBKT, namun dari segi pecahan politiknya berada dalam Parlimen Kuala Nerus. Pekan yang kecil ini merupakan laluan utama ke Pusat Bandar jika melalui Jambatan Sultan Mahmud sekiranya datang dari Kelantan.

Gambar malam sebelum kejadian. Pemuda PAS Batu Enam bertungkus lumus memasang bendera

Kelihatan Penguatkuasa MBKT memanjat staging. Kawasan sudahpun agak clear.

Pekan Batu Enam ini tidak asing bagi aku. Dulu sewaktu di zaman persekolahan aku biasa datang ke pekan ini untuk menikmati Air Batu Cendol Pulut. Sedap. Dulu harganya sekitar RM0.50 sahaja semangkuk. Juga tidak lupa Nasi Ayam Batu Enam yang tersohor serta pelbagai kuih-muih yang dijual di dalam Pasar batu Enam.

Ketua Penguatkuasa, Mohd Azmi sedang ditanya wartawan berkenaan tindakan mereka menurunkan bendera PAS

Pekan Batu Enam ini memang dikenali sebagai kawasan penyokong dan pendokong PAS. Ini tidak dapat dinafikan lagi dengan adanya Masjid Taqwa Batu Enam yang hampir saban malam diadakan Kuliah Maghrib. Seminggu sekali setiap Rabu malam Khamis masjid ini turut diadakan Kuliah Maghrib oleh Tuan Guru Presiden PAS. (siaran langsung kuliah mingguan ini boleh diikuti di www.terengganukini.net)

Seorang Penguatkuasa menurunkan bendera PAS di Bulatan Batu Enam

Kira-kira jam 10.30 pagi, segerombolam manusia berpakaiaan biru gelap datang ke Bulatan Batu Enam. Polis dan Penguatkuasa MBKT bersama jentera mereka. Kerja-kerja menurunkan bendera diturunkan segera oleh penguatkuasa MBKT dengan kawalan Polis. Beberapa penduduk yang prihatin segera menuju Bulatan Batu Enam bagi mendapatkan penjelasan. Namun kerja-kerja menurunkan bendera tetap diteruskan.

Selesai menurunkan bendera, kerja-kerja merombak staging pula dilakukan.

Aku tiba sedikit lewat. Makin ramai yang mengerumuni bulatan tersebut. Ketika itu bendera besar yang tergantung di tiang lampu limpah di tengah bulatan itu sudah diturunkan. Aku sedikit kecewa kerana baru sahaja malam sebelumnya aku berniat untuk mengambil gambar bendera berkenaan. Namun disebabkan kurangnya cahaya dan agak gelap, maka aku tangguhkan hasrat menunggu hari siang sahaja.

Semuanya berjalan dengan agak lancar walaupun terdapat suara-suara keluhan dari para penyokong PAS terutama anak muda yang telah memasang bendera-bendera berkenaan. Rundingan yang cuba dibuat dilihat gagal kerana tiada pimpinan utama di tempat berkenaan ditambah pula kebanyakan gagal mematahkan hujah ketua penguatkuasa, Mohd Azmi yang mengatakan perbincangan telah dibuat beberapa hari sebelum itu.

Pihak Penguatkuasa turut menurunkan bendera di tepi jalan yang membuatkan penyokong PAS marah.

Sekitar jam 12, Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang dalam perjalanan ke Bandar Kuala Terengganu telah singgah bagi mendapatkan kepastian apa kekecohan yang berlaku. Rumah ustaz ni area Kampung Tok Jiring je. Kira-kira sebelah kampung sahaja. Ustaz ABC yang dikenal dengan keberaniannya telah meluru masuk dan mempersoalkan Mohd Azmi atas peruntukan apa mereka bertindak membuang bendera PAS itu. Oleh kerana tergagap-gagap menjawab, maka Ustaz ABC meminta semua penguatkuasa dan pihak polis berundur dan keluar dari kawasan terbabit dengan segera.

Sebahagian poster yang dipasang di Pekan Batu Enam

Melihat kepada kesungguhan Ustaz ABC menghalau penguatkuasa terbabitlah, ramai anak muda yang berada sekitar bulatan berkenaan mula menuju ke hadapan dan mula menakut-nakutkan penguatkuasa terbabit. Namun suasana masih terkawal walaupun terdapat sedikit ketegangan.

Alhamdulillah dengan tindakan berani terbabit, beberapa bendera yang masih tidak dibuang ditinggalkan begitu sahaja. Namun apa yang paling menarik minat aku ketika suasana semalam adalah melihat kepada kesungguhan sokongan dari pelbagai pihak di Pekan Batu Enam. Bayangkan ada peniaga ikan dan daging keluar ke jalan dengan memakai apron, juga makcik-makcik turut meninggalkan gerai jualan semata-mata mahu menunjukkan bantahan.

Wallahua'lam

19 February 2008

Tahniah Pemuda PAS Dungun!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku terima satu call dari seorang forumer TKO kira-kira jam 5.00 petang. Sahabat yang berasal dari Kuala Terengganu itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kerana terdapat sedikit urusan keluarga di sini. Dia yang ketika itu melalui Dungun menelefon aku kerana mahu kepastian bilamana melihat banyak bendera UMNO dan BN patah dan berselerak di tepi jalan.

Aku membiarkan persoalan sahabat itu berlalu kerana mungkin nanti ada maklumat lain dari sahabat-sahabat dari Dungun yang akan melaporkan kepada TKO. Kebetulan pula, ketika itu aku sedang dalam mood kerja yang cukup tinggi. Bukan selalu dapat fokus pada kerja dengan baik. Apatah lagi dalam suasana PRU ini yang memaksa bekerja dengan lebih pantas bagi membolehkan kerja-kerja membantu parti dapat dilakukan sehabis waktu pejabat.

Selepas selesai 'kerja-kerja sesi malam', aku segera menelefon seorang sahabat di Dungun. Semuanya kerana mahu mendengar sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Dungun itu. Aku kira orang yang aku hubungi itu cukup bermaklumat untuk memberikan sedikit ulasan berkaitan apa yang telah disiarkan oleh TV3 malam tadi. Akhirnya aku senyum puas. Suatu kebangaan pula lahir dalam hati aku kepada pemuda Dungun.

Sekadar Hiasan. (Pemuda Batu 6 memasang bendera di Bulatan Batu 6)

Memang Pemuda PAS yang cabut bendera UMNO/BN tu. Itu reaksi awal yang sahabat tadi maklumkan. Aku yang pada mulanya menyangka ianya merupakan suatu provokasi UMNO agak sedikit kecewa. Namun, aku tetap pasti pemuda PAS tidak bertindak tanpa sebab. Mesti ada sesuatu menyebabkan bendera UMNO/ BN itu dicabut.

Beberapa malam sudah, seperti di tempat-tempat lain juga, Pemuda PAS Dungun sudah memulakan operasi memasang bendera di tempat-tempat strategik di sekitar Bandar Dungun. Malangnya, bendera itu selalu tidak kekal lama kerana Majlis Daerah Dungun (MDD) amat cekap dalam menurunkan Bendera PAS. Semua itu sudah tentu kerana mereka mendapat arahan dari pihak UMNO Dungun sendiri yang tidak senang melihat bendera PAS berkibar di Dungun. Apatah lagi YDP MDD juga merupakan seorang 'gedebe' yang kuat menyokong perjuangan parti yang memisahkan agama dan politik itu.

Namun, atas rasa memastikan syiar berkibar, pemuda Dungun terus cekal dan tabah meneruskan usaha memasang bendera di sekitar Bandar Dungun walaupun menerima risiko bendera mereka akan dicabut oleh MDD. Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa hanya bendera PAS yang diganggu, sedangkan bendera BN dibiarkan tanpa sebarang ancaman. Perbincangan dengan MDD bagi memastikan bendera PAS dibenarkan berkibar, namun alasan 'arahan orang atasan' selalu digunakan. Maka, ada lagi bendera PAS menjadi mangsa.

Petang tadi, Deris Jusoh dijadualkan akan merasmikan suatu program belia di Padang Astaka Dungun. Jadi, sebagai suatu rasa protes dan marah dengan tindakan MDD yang selalu mencabut bendera PAS, suatu keputusan tegas dan berani telah diambil Pemuda Dungun bagi memastikan kedatangan Deris Jusoh akan disambut dengan bendera PAS sepanjang jalan ke Astaka. Tempat yang paling strategik dan menarik pemasangan bendera adalah Jambatan Dungun. Maka, malam tadi lebih 500 petugas PAS berkumpul bagi memasang bendera dan berkawal bagi memastikan bendera PAS tidak diganggu.

Pemuda PAS juga telah mengeluarkan peringatan kepada pihak MDD supaya tiada satupun bendera PAS yang akan dicabut dan diganggu. Amaran tindakan balas mencabut semua bendera akan dilakukan sekiranya ada bendera PAS yang diganggu.

Seawal jam 8.00 pagi, beberapa batang bendera PAS telah diusik dan dicabut oleh MDD. Bagi mengotakan janji dan bagi memberikan tekanan kepada MDD yang dilihat mencabar pemuda, maka suatu gerakan besar-besaran telah dilakukan oleh Pemuda PAS Dungun dengan mencabut semua bendera yang ada di sekitar Bandar Dungun tanpa mengira Bendera PAS mahupun UMNO/BN.

Pada aku, tindakan Pemuda PAS Dungun itu suatu tindakan tepat dan cukup berhikmah bila berdepan dengan pihak berkuasa yang berat sebelah itu. Tindakan yang tepat pada masa yang amat sesuai itu sudah tentu tidak akan disenangi oleh musuh-musuh yang selamanya membenci kepada kebenaran dan keadilan.

Sesekali perlu jengilkan mata sekiranya dehem sudah tidak difahami. Tahniah Pemuda PAS Dungun!! Anda memulakan suatu tindakan yang mungkin boleh dijadikan jalan bagi pemuda di tempat-tempat yang lain.

Mungkin ada yang mempersoalkan tiada hikmah tindakan itu bilamana TV3 dan Deris Jusoh melabel PAS dengan pelbagai label buruk di media mereka, maka perlu kita fahami mereka itu golongan yang tidak akan meredhai kita selagi mana kita tidak mengikut mereka.

Tahniah!! Pemuda PAS Dungun.

17 February 2008

Guns and Roses: 200 penyokong Hindraf ditahan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dipetik dari Malaysiakini.com kat bawah sekali ada video suasana peristiwa semalam.

Kempen Ros: 200 penyokong Hindraf ditahan
oleh:
Syed Jaymal Zahiid

hindraf march of roses parliament 160208 tear gasPolis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 penyokong Hindraf yang berhimpun secara aman di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur awal pagi ini.

Ia pada mulanya dirancang untuk diadakan di pintu masuk Parlimen di mana 200 kanak-kanak akan hadir untuk menyerahkan bunga ros kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi supaya menimbangkan 18 tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan tersebut.

Berita mengenai jalan-jalan menuju ke Parlimen ditutup untuk menghalang kumpulan itu ke Parlimen, mendorongkan mereka menukar tempat perhimpunan ke Jalan Raja Laut.

Menurut Penyeleras Hindraf, S Thanenthiran, kira-kira 200 orang telah ditahan. Turut ditahan oleh penganjur kempen Ros Hindraf, S Manickavasagam dan dan blogger B Mahendran.

Wanita dan kanak-kanak adalah antara mereka yang ditahan. Saksi-saksi juga mendakwa, anggota polis bertindak agresif terhadap seorang wanita dan anaknya ketika mereka hendak menangkapnya.

hindraf march of roses parliament 160208 watercannon"Wanita tersebut menangis kuat kerana anggota polis memaksanya meninggalkan anaknya ketika dia ditangkap,” kata Mahendran yang memaklumkan kemudiannya kepada Malaysiakini melalui telefon bimbitnya, mengenai keadaan wanita tersebut.

Ditahan di sekatan jalanraya

Thanenthiran pula berkata, hampir dua pertiga daripada mereka ditahan sebelumnya di sekatan polis yang diadakan di jalan-jalan menuju ke bandaraya.

Mereka sedang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

hindraf march of roses parliament 160208 bannerRamai anggota polis dan anggota anti-rusuhan ditempatkan di Jalan Raja Laut. Empat trak meriam air juga kelihatan di sepanjang jalan menuju ke Parliamen.

Difahamkan, anggota polis telah ditempatkan di kawasan-kawasan utama berhubung perhimpunan tersebut sejak malam tadi. Sekatan jalanraya juga diadakan di pelbagai jalan utama menuju ke ibunegara.

“Jumlah anggota polis tiga kali ganda lebih ramai daripada mereka yang berhimpun, Saya nampak mereka menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai. Mengapa perlu menembak gas pemedih mata sedangkan anggota polis cukup ramai (untuk menyuraikan mereka),” kata seorang pelancong yang kebetulan berada di situ.

Selepas menembak gas pemedih mata dan meriam air, kira-kira 40 anggota polis berpakaian biasa kelihatan mengejar orang ramai yang bertempiaran lari ke kawasan Masjid India.

Penyokong Hindraf yang lari itu kemudiannya kelihatan berjalan dalam kumpulan kecil ke arah Kuil Court Malai Pillayar di Jalan Pudu.

Hantar peguam

Sepuluh orang ditahan ketika mahu berlindung di kuil tersebut. Tiga orang lagi ditahan kemudiannya ketika bergerak ke Pusat Tahanan KL di Jalan Hang Tuah untuk memberi sokongan kepada anggota Hindraf yang ditahan di situ sejak malam tadi.

Pada masa itu, orang ramai sudah bersurai dan kumpulan-kumpulan kecil kelihatan bergerak ke Pulapol untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan di situ.

hindraf march of roses parliament 160208 members arrested in pulapolMenurut A Sivanesan yang merupakan penasihat undang-undang Hindraf, para peguam telah dihantar ke Pulapol untuk memastikan para tahanan mendapatkan khidmat guaman.

Mahendran, yang ditahan berhampiran kawasan Masjid Jamek, sempat menghubungi Malaysiakini melalui telefon bimbitnya dan berkata polis sedang menyoalsiasat para tahanan.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, dalam kenyataan berkata, mengutuk cara pihak polis bertindak mengendalikan perkara tersebut.

hindraf march of roses parliament 160208 arrestKatanya, satu perjuangan yang aman dan tanda kasih sayang serta perjuangan untuk keadilan telah berdepan dengan keganasan pihak berkuasa.

"Saya menggesa semua pencinta keamanan di seluruh dunia supaya mengutuk tindakan ganas terhadap rakyat yang tidak berdosa yang melaksanakan tugas mereka mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 12 Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia,” tambahnya.

Polis telah mengisytiharkan perhimpunan hari ini sebagai haram kerana tidak permit yang dikeluarkan.

-------------------------------------------------------------------------







---------------------------------------------------------------------
Aku sokong HINDRAF ni dalam BERHIMPUN secara AMAN dan MENYUARAKAN SUARA mereka, namun tuntutan yang mereka bangkitkan perlu la diteliti samada melampau mahupun tidak. Melampau tuntutan tidak bermakna PERHIMPUNAN mereka turut menjadi melampau. Apapun, kita ada ruang untuk berbincang dan mendengar masalah. Jadi kenapa Polis mesti senantiasa menjadi PENYAMBUT TETAMU?

Maybe ada yang kata, itu bukan cara untuk pergi BERBINCANG. Datang ramai-ramai bukan caranya berbincang. Memang la bukan satu cara BERBINCANG dengan datang beramai-ramai, namun yang datang ramai-ramai sekadar menunjukkan sokongan kepada wakil yang pergi. Nanti jika yang pergi seorang diri, dikatakan SYOK SENDIRI tanpa ada sokongan dari mana-mana individu yang lain.

Apapun, aku tetap TIDAK SETUJU dengan cara PENYAMBUT TETAMU yang tidak cantik, tidak tersenyum, dan tidak MESRA RAKYAT itu.

Wallahua'lam.

16 February 2008

Hijaukan Alam..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini aku terima suatu pendapat berupa cadangan dari kawan-kawan di Friendster. Khusus sempena PRU 12 ni. Maklumat tu dah aku ubah skit mengikut pandangan dan kefahaman aku.

Alang-alang PRU dan mula menampakkan diri tak lama lagi, maka cadangan untuk MENGHIJAUKAN Friendster tu diterima pakai. Tapi aku kira bukan setakat Frinedster aje, aku dah mula buat pada avatar YM aku juga. Terbayang alangkah HIJAUNYA YM jika sekiranya semua list dalam YM aku tu HIJAU. (YM = Yahoo! Messengger)

Cadangan itu aku dah sahut, dan sebab itu lontarkan pula pada kalian. Tak suka HIJAU? Aku tidak kisah. Ini bukan suatu paksaan.

TAKUT dengan HIJAU? Juga aku tidak kisah kerana setiap orang punya ketakutan masing-masing. Ada takut hantu, takut katak, takut ular, mahupun takut mati.

Pendekkan CERITA, untuk jayakan KEMPEN HIJAU ni, maka dicadangkan begini...

"JUST PUT ‘PAS FLAG’ AS UR PRIMARY PHOTO…
IMPAKNYA, IF OUR FRENS CLICK ‘VIEW FRENS',THEY WILL SEE MANY PAS LOGO on the screen-frens list.. " - ayat yang aku terima untuk kempen nih.

Biaq mata diorang nampak ijau ja. Kalu ikut Doktor Mata yang merawat mata aku dulu, antara cara nak pulihkan mata adalah dengan MELIHAT HIJAU. Aku kira BENDERA HIJAU ni termasuk gak la kot. :)

Maybe ada yang kerja gomen, or mana-mana tempat yang SEDIKIT segan nak letak BENDERA ni kat frenster, atau MALU nak letak, maka aku tiada la mahu memujuk lagi.

CUMA sekadar kongsi RASA dan USAHA. Jika BENDERA BETUL pun takut nak pacak, nak letak LOGO ni pun takut, maka kekal la anda dalam KETAKUTAN.

Ini semua tidak MEMBERI KESAN keputusan PRU nanti? Kalu begitu, kita minta selepas ini PRU dijalankan TANPA BENDERA aja. Biar jalanraya tenang tanpa apa-apa bendera. Ok gak, tak perlu la deposit untuk poster dan bendera.

Ini soal SYIAR dalam perjuangan. JIKA SYIAR ini tidak diangkat, maka sudah tentu kita tidak terasa KEBERSAMAAN dengan PERJUANGAN itu. Syiar dan undi satu hal yang berbeza. Undi anda tetap RAHSIA. Mesti korang tak leh teka apa yang aku pangkah nanti kan?

AKU SUDAH, KORANG bila pula??


Jin Masjid Kristal?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku tak berniat nak masukkan video ni. Tapi sebab ramai gak yang tertanya-tanya. Maybe sekali tengok tak perasan sangat. Cuba perhatikan atau pause pada saat ke 24, 25.. Pastu lihat pada Kubah Masjid Kristal tu.



Wallahua'lam.

Sidang akhbar Bersih dihalang, Tian Chua ditangkap

www.Malaysiakini.com

Polis hari ini bertindak menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan sidang akhbar di depan Istana Negara.

bersih istana negara memo 150208 meetBerikutan itu, polis telah menahan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. Turut ditahan ialah seorang ahli PAS yang dikenali sebagai Jalaluddin Abdul Manap.

Sebelum itu, delegasi pemimpin Bersih telah menyerahkan satu nota bantahan - yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong - berhubung pilihanraya umum yang akan diadakan pada 8 Mac depan.

Anggota polis mengawasi kehadiran mereka dan bertindak sebaik sahaja Bersih memanggil sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 3 petang.

bersih istana negara memo 150208 penipu liar jalaluddin abdul manapTian ditangkap apabila beliau cuba menghalang pihak polis daripada merampas kain rentang Bersih. Manakala Jalaluddin pula ditangkap selepas tidak menghiraukan amaran polis supaya berhenti mengedar risalah yang menggelar pengerusi SPR sebagai 'penipu'.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad kedengaran merayu kepada pihak polis supaya melepaskan Jalaluddin.

‘Ini terlalu kejam. Tolonglah lepaskan orang tua itu. Dia sudah tua dan ada masalah jantung. Saya sedia mengganti tempatnya jika dia dibebaskan," katanya.

Delegasi Bersih dan PAS itu terdiri daripada Dzulkifli, anggota urusetia Bersih, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Naib-naib Presiden PAS, Ahmad Awang dan Mohamad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

bersih istana negara memo 150208 acceptBersih yang diwakili oleh Dzulkifli dan Syed Azman dan PAS yang diwakili oleh Mohamad Sabu dan Hatta Ramli, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada 'pegawai perkhidmatan pelanggan' Istana Negara, Mohd Hasmuni Abd Shukor.

Polis hanya membenarkan empat anggota delegasi itu untuk menyerahkan memorandum kepada Hasmuni di pintu masuk kedua yang terletak berhampiran pintu utama Istana Negara.

Ramai anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di pintu masuk kedua itu.

Penggunaan dakwat celup

bersih istana negara memo 150208 bannerDalam memorandum tersebut, Bersih dan PAS mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja mengenai pembaharuan pilihanraya selepas pilihanraya umum diadakan.

Bersih juga melancarkan kempen mengumpulkan tandatangan di seluruh negara bagi menyokong memorandum tersebut.

Bersih juga menuntut supaya:

* Senarai pemilih dibersihkan dari 'pengundi hantu'.

* Supaya SPR mewajibkan penggunaan dakwat celup ke atas semua pengundi, kerana pada masa ini, pengundi boleh menolak penggunaan dakwat tersebut.

* Memansuhkan undi polis bagi anggota polis dan tentera.

* Akses media yang bebas dan adil bagi semua parti dan calon.

* Tempoh mengundi selama 21 hari.

bersih istana negara memo 150208 masjid negara police stationKetika mengumumkan tarikh pilihanraya umum semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak dapat mengesahkan sama ada penggunaan dakwat celup akan dilaksanakan dalam pilihanraya umum kali ini.

Wujud kebimbangan tentang keberkesanan beberapa langkah yang diperkenalkan untuk mencegah penipuan kerana undang-undang pilihanraya tidak dipinda untuk menguatkuasakannya.

Sementara itu, berlaku kekeliruan di pintu masuk Istana Negara hari ini apabila dua kumpulan delegasi dari Bersih dan PAS terpisah.

Ketika dihubungi, Hatta berkata, berlaku kekeliruan mengenai pintu istana yang mana satu yang hendak digunakan untuk menyerahkan memorandum tersebut, kerana terdapat juga pintu ketiga di Jalan Bellamy.

bersih istana negara memo 150208 repApabila kumpulan kedua tiba, pihak polis enggan membenarkan mereka menghampiri pintu kedua untuk bersama-sama menyerahkan memorandum tersebut.

Delegasi kedua itu termasuk Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Polis bertindak membuat tangkapan apabila anggota Bersih mahu mengadakan sidang akhbar sejurus selepas menyerahkan memorandum tersebut di luar pintu masuk kedua di mana para penyokongnya memegang kain rentang berwarna kuning serta poster pengerusi SPR.

Tiada permit tapi dibenarkan

Timbalan Ketua Polis Brickfields, Penguasa Azri Abd Rahman sebelum itu mengarahkan mereka bersurai tetapi wakil-wakil Bersih meminta supaya dibenarkan bercakap dengan pemberita mengenai penyerahan memorandum tersebut.

‘Tolong bersurai. Adakan sidang akhbar di tempat lain, tetapi bukannya di sini," kata Azri.

Azri memberitahu pemberita kemudiannya bahawa Tian Chua dan Jalaluddin ditahan kerana menghalangkan tugas polis. Mereka berdua dibawa ke balai polis Brickfields untuk disoalsiasat.

Azri menjelaskan, walaupun Bersih tidak memohon permit polis, tetapi mereka dibenarkan juga menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.

bersih istana negara memo 150208 salahuddin ayubMenurutnya seramai 26 pegawai dan 243 anggota polis ditugaskan di situ.

Ditanya mengenai penangkapan Tian Chua, beliau berkata: "Saya tidak tahu sama ada dia (Tian Chua) tetapi saya diberitahu yang dia macam Tian Chua."

Azri seterusnya berkata, sepanjang tempoh kempen pilihanraya umum, sesiapa sahaja boleh memohon permit polis untuk mengadakan ceramah awam selagi mereka mematuhi peraturan berhubung keselamatan awam.

Dalam satu sidang akhbar oleh Bersih di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, Syed Azman mempersoalkan tindakan polis ketika menyuraikan orang ramai di luar Istana Negara.

"Polis bertindak ganas dan agresif ketika menyuraikan kami," katanya.

"Mengapa mereka bertindak sedemikian? Ianya bukan satu perhimpunan atau demonstrasi. Ia hanya penyerahan memorandum dan pihak istana telah menerima memorandum kami itu," tambahnya.
-------------------------------------------------------
Nota: Klip video BERSIH diganggu Polis di hadapan Istana Negara. KLIK.