31 January 2008

Sesatkah PAS?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Malam tadi aku tidur lewat. Balik dari bermain badminton yang kini sudah hampir menjadi aktiviti mingguan sekitar jam 1. Dengan badan berpeluh dan melekit, sukar untuk aku melelapkan mata. Aku ambik kesempatan untuk meninjau-ninjau akhbar yang belum dibaca. Lewatnya baca akhbar. Hehehe.

Aku tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh mStar. Berita berkenaan Kementerian Dalam Negeri yang terletak di bawah Pak Lah telah mengharamkan beberapa buku tentang Islam. Buku-buku itu dikatakan menyeleweng dan boleh menyesatkan. Terus aku tercari-cari sekiranya ada di antara buku tersebut karangan dari pimpinan PAS. Mana tahu buku TG Haji Hadi menyesatkan, atau tulisan TG Nik Aziz yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

Tak ada! Aku teringat buku Hadharah Islamiyah Bukan Islam Hadhari yang pernah ditulis oleh TG Haji Hadi pun tidak pernah diharamkan. Buku-buku lain yang berkaitan Aqidah yang ditulis oleh TG Haji Hadi juga tidak pernah dicatatkan sebagai buku yang boleh menyesatkan.

Begitu juga apa yang dikatakan 'Amanat Haji Hadi' yang akan disebut semula UMNO menjelang pilihanraya nanti. Sehingga kini aku tidak pernah dengar pihak kerajaan mengeluarkan suatu 'pengharaman' terhadap apa yang diucapkan itu melainkan ianya dituturkan oleh orang-orang politik semata.

Minggu lepas aku ada mengikuti suatu ceramah UMNO. Aku duduk di kerusi paling depan sekali dalam ceramah terbabit. Tak ramai yang hadir pun sebenarnya. Aku kira sekitar 30 - 40 orang sahaja. Kebanyakannya yang tua-tua yang terserlah kebiruannya dan beberapa anak muda yang mungkin terikat dengan Wang Ehsan.

Aku tidak terkejut bilamana PAS dilabelkan di dalam tayangan slide yang dipancarkan sebagai Parti Ajaran Sesat. Namun tidak pula dijelaskan di mana kesesatan PAS. Cuma slide itu terus menunjukkan PAS zalim kerana dikatakan melakukan kerosakan di muka bumi dengan merosakkan lampu isyarat dan muka Pak Lah dan Deris Jusoh di kain rentang. Zalimnya PAS. Aku senyum sahaja melihat slide itu. Nampak gayanya isu Batu Buruk terus mereka gunakan untuk menjadikan mereka bersih. Maka kebenaran mengatakan mereka merancang Tragedi Berdarah terbabit memang ada rasionalnya.

Isu Batu Buruk sejuk seketika. Mengikut seorang kawan, kes tersebut akan disebut semula di Mahkamah Kuala Terengganu pada 11 Februari nanti. Aku masih mengharapkan penghakiman itu nanti boleh mendedahkan siapa dalang sebenar insiden yang hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman. Seorang anggota polis yang sempat aku bersembang baru-baru ini turut mengakui ada pihak polis yang mula tidak senang bilamana kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Apa pula agaknya reaksi UMNO dengan Insiden Batu Burok itu?

28 January 2008

Negara Berkebajikan: Kerajaan Untuk Rakyat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Negara berkebajikan? bukan ke dulu PAS perjuangkan Negara Islam?

Itu adalah antara butir-butir perbualan yang mula diperkatakan. Samada diperkatakan mahu mempersenda, mahupun memang berhajat untuk tahu. Secara peribadi, aku belum lagi melihat Manifesto PAS di peringkat pusat itu. Namun, lebih teruk bilamana UMNO dilihat amat takut dengan perkataan Negara Berkebajikan tersebut.

Sebenarnya Negara Berkebajikan yang diperkatakan pada hari ini bukan baru dilaungkan oleh PAS. Sebenarnya ianya adalah bersekali dengan Pelancaran Dokumen Negara Islam yang pernah dilancarkan suatu ketika dahulu (Ramadhan / 12 November 2003). Namun kerana ketika itu PAS dilihat agak kedepan dalam soal pelaksanaan hukum dan perundangan, maka Konsep Negara Islam lebih dekat kepada perundangan Islam berbanding lain-lain isi yang terkandung di dalamnya. Maka tenggelamlah Negara Berkebajikan PAS ketika itu. (Rujuk Dokumen Negara Islam)

Hari ini, isu dan perkataan berkenaan kebajikan cukup sensitif. Yuran percuma misalnya, dilihat suatu anugerah kepada rakyat walaupun hakikatnya adalah penipuan semata. Begitu juga dengan Wang Ehsan dan dana itu dan ini dilihat cukup 'dikejar dan ditunggu' oleh sesetengah golongan. Apatah lagi di Terengganu ini merupakan rakyat ke 2 termiskin dan kedua kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.

Bilamana PAS menyebut Negara Berkebajikan di saat kenaikan harga barang, yuran percuma yang menipu, kenaikan tambang bas sekolah, dan pelbagai kenaikan dan bakal naik, maka PAS dilihat cukup mengetuk pintu hati masyarakat. Bilamana PAS dilihat mula diberi perhatian dan respon masyarakat marhaen terhadap isu kebajikan ini cukup berkesan, maka UMNO/ BN semakin gelisah dan mula gelabah.

Negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!. - Surah Saba, Ayat 15

Aku sempat mengikuti suatu perbincangan berkenaan isu Negara Berkebajikan di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pagi Sabtu yang lalu. Tetamu undangan adalah YB Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman dan seorang lagi adalah seorang Pensyarah universiti tempatan.

Apa yang menarik minat aku adalah bilamana kedua-dua tetamu ini memberi suatu ketakutan rakyatterhadap Negara Berkebajikan. Seolah-olah Negara Berkebajikan ini adalah sesuatu yang sukar dicapai dan tidak mampu dicapai sama sekali. Terkejut juga bilamana pensyarah terbabit yang mengaku pakar di dalam ekonomi melihat kepada kesan ekonomi yang teruk kepada negara jika konsep Negara Berkebajikan ini dilaksanakan.

Shabery Chik dilihat cuba menakut-nakutkan penonton dengan membayangkan bagaimana ketidakadilan bakal berlaku bilamana orang-orang kaya akan dipaksa membayar cukai yang tinggi bagi 'menanggung orang yang susah'. Suatu fitnah yang tidak berasas sama sekali. Dia lupa agaknya konsep BERKAT yang ada di dalam Islam. Keberkatan datang melalui pelbagai cara. Minyak bertambah mungkin, tanah menjadi semakin subur, ternakan membiak dengan banyak dan pelbagai lagi. Semuanya hanya dengan kuasa Allah!. (Mungkin ada yang nakal akan mengatakan, Shabery Chik tu penganut Ajaran Hadhari, dia tak tahu makna berkat.)

Apakebenda Negara Berkebajikan tu?

Jika aku ditanya, aku akan mengatakan Negara Berkebajikan itu adalah kerajaan untuk Rakyat. Bukan kerajaan untuk kroni, family dan anak bini. Setiap pembangunan, tindakan, dan apa jua yang dilakukan akan dibuat berdasarkan keperluan rakyat terbanyak. Bermakna, tiada pembaziran seperti bangunan sekolah yang tidak perlu, pagar-pagar sekolah yang melampau, bilboard yang tidak perlu dan sebagainya. Tiada pembaziran bermakna ada lebihan wang untuk rakyat.

Negara Berkebajikan juga boleh digambarkan sebagai negara yang mendokong semangat untuk membantu dan membela rakyat. Rakyat dibantu dan dibela. Bukan ditipu dan ditindas seperti hari ini. Ambik satu sikap PAS Terengganu semasa memerintah memberikan tanah kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk tapak rumah dan pertanian. Itu adalah sifat berkebajikan yang mesti diterap dan ditanam.

Mungkin aku tidak terlalu tepat dan pandai untuk menghuraikan Negara Berkebajikan ini memandangkan ianya bukan di dalam bidang aku. Namun, suka untuk aku ringkaskan, bilamana rakyat menjadi tuan kepada negara / negeri, sudah tentu ianya menjadi suatu yang lebih bermakna berbanding Yb, Yb dan orang-orang tertentu sahaja mendapat manfaat dari kemajuan dan hasil bumi di negara kita ini. Hidup Rakyat!!

amdang: Aku masih ingat, bagaimana RAKUSNYA UMNO BN merobohkan RUMAH RAKYAT dan MASJID BUJAL...

nota: mungkin pandangan sebegini boleh dinilai oleh kalian KLIK.

25 January 2008

Selamat Hari Lahir Sayang!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Selamat Hari Lahir ke 18 sayang!

Pertamanya abang minta maaf dari sayang kerana tidak dapat berada di sisi pada hari ini. Mungkin ketika catatan ini dibaca, abang sudah berada di Kuantan, Pahang. Bukan sengaja mahu berjauhan, tetapi kerana tuntutan dan tugas, maka perpisahan seketika ini perlu berlaku. Sayang juga pernah sebut "sayangkan isteri..."

Maaf, jika catatan abang ini dilihat tiada privacy. Sengaja mahu beri ke'jelous'an kepada beberapa insan bujang di luar sana. Bukan dengan niat untuk dicemburui, tetapi dengan niat cepat-cepat la kawin!

Thanks sebab jadi awek abang yang paling comel, jadi kawan abang yang sporting, jadi teman yang memahami, jadi isteri pertama (gurau je!!) yang solehah dan paling best, sedia menjadi ibu untuk anak kita.

Semoga dengan bertambah umur ini, bertambah kasih sayang kita keranaNya. Sama-sama juga kita panjat syukur atas segala rezeki dan nikmat yang diberikan sehingga bertahun-tahun lamanya kita hidup di muka bumi ini.

Maaf dipinta kiranya ada kekurangan atas diri abang, atas keterlanjuran kata, sms mahupun perbuatan. InsyaAllah kita jumpa lagi dua minggu dari sekarang. Miss U so much! Abang sayang sayang! ;)

Wassalam.

nota:

1. Seorang kawan bertanya, kenapa blog aku ni tidak tersenarai dalam link Tranungkite.net. Katanya tulisan yang aku hantar kerap je muncul di sana. Aku jawab mudah je. Blog aku ni blog personal, peribadi aku. Biarlah hanya blog-blog politik dan semasa yang lebih serius berada di sana. Mungkin catatan aku ni mengesahkan lagi ini adalah blog peribadi. Tapi ada juga yang aku lihat mengklasifikasikan blog aku ni sebagai politik. Terpulang la.

2. Aku tidak akan update blog ini untuk 2 hari kot. Pada aku lama dah tu 2 hari walaupun pernah aku tidak posting sampai seminggu / dekat-dekat seminggu walaupun tidak ke mana-mana. Kadang kala terasa rindu juga nak menulis, namun keterbatasan masa selalu menghalang.

Wallahua'lam

23 January 2008

Lagi Kisah Ahli UMNO masuk UMNO.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pagi-pagi lagi aku agak terkejut bila baca paper. Penggerak Pondok Nyamuk, 304 keluar PAS. Kalu diikutkan Jabi ni kampung zaujah aku. Walaupun dia tidak lagi menetap di situ, namun aku biasa ke sana kerana ramai sahabat-sahabat lama yang ada di DUN yang agak ketinggalan itu.

Atas sedikit rasa tanggungjawab, aku bersegera (petang dah sebenarnya!!) mendapatkan sedikit kepastian dari orang tempatan di sana. Kebetulan ada seorang kawan merupakan tenaga pengajar di Pondok Matlain Badrain yang turut dikenali dengan Pondok Nyamuk bekerja di sana. (mesti ada yang kata, ramainya kawan mung medan! situ ada, sini ada. Politik beb! kena kawan belaka!)
Kesian Deris terpaksa turun ke Jabi yang sudah lama bergolak. KLIK

Siapa Mohamad Daud yang mengetuai masuk UMNO tu? Mohamad Daud dikenali dengan Ustaz Mad oleh penduduk di sini suatu masa dulu. Dia ni merupakan Bekas Penyelia KEMAS Wilayah Persekutuan. Ketika dia datang ke Pondok Nyamuk suatu ketika dulu, dia mengatakan dia letak jawatan semata-mata mahu bersama-sama dengan PAS. Dia juga ada membina sebuah rumah di kawasan pondok.

Akhirnya terbongkar rahsia bahawa dia ni dipercayai dipecat dari jawatan kerana melakukan penyelewengan dan bukannya letak jawatan untuk bersama PAS. Ada sumber mengatakan sebenarnya dia ni tidak pernah pun mengisi borang PAS dan masih UMNO. Cuma kerana disisihkan UMNO, dia mula merapati PAS. Mungkin sikap PAS yang tidak berburuk sangka menyebabkan dia mudah diterima.

Sebelum tahun 2004, Ustaz Mad (menghormati panggilan seorang sahabat yang masih memanggilnya ustaz) secara rasminya telah dipinggirkan oleh para penduduk Pondok Nyamuk. Ini disebabkan perlakuan 'kurang sihat' yang diamal olehnya yang dikesan oleh para penduduk pondok. Ramai anak muda mengadu menjadi mangsa perbuatan Ustaz Mad tersebut. Sehinggalah dia sendiri terasa terpinggir dengan perbuatannya itu dan mula keluar dari kawasan pondok.

Memang dia masih punya rumah dalam kawasan pondok, tetapi rumah tu sesekali sahaja dijenguk. Orang sekeliling juga sudah tidak ambil peduli dengan dia. Akhirnya dia muncul kembali dengan masuk UMNO. Jika dia dikatakan penggerak Pondok Nyamuk, penduduk tempatan mudah sahaja menafikannya kerana dia sendiri datang selepas pondok itu dibangunkan.

Siapa pula Abdul Manaf Idris yang dikatakan Bekas Ketua Pemuda PAS Besut di dalam Akhbar Utusan? Ingatkah kalian pada Ayah Pin Angkasawan Pertama Negara? Jika ingat, tentu kalian ingat bagaimana Ayah Pin terpaksa naik ke 'Langit' setelah 'Perkampungan Hadharinya' dirobohkan oleh sekumpulan lelaki. Kumpulan lelaki itu turut disebut diketuai oleh bekas pimpinan PAS Besut. Sebenarnya Abdul Manaf ini merupakan sebahagian dari pengikut bekas pimpinan PAS terbabit iaitu Ustaz Abd Latif. Ustaz Latif menjadi bekas pimpinan setelah dipecat keahliannya oleh PAS.
Abdul Manaf sendiri sebenarnya sudah lama mengisi borang UMNO. Mungkin ini kali ke 10 dia masuk UMNO. Biarkan dia.

Lagi 303 yang lain? Mesti panjang tulisan aku jika aku perincikan satu-satu. Sebenarnya jumlah 303 itu lagi boleh dibahagikan kepada dua. Satunya memang mereka merupakan asalnya ahli UMNO dan masih UMNO, dan sebahagian besar lagi merupakan mereka yang tidak tahu apa-apa. Mengikut maklumat yang diterima memang ada nama Orang PAS yang menghantar borang, tetapi individu terbabit tidak tahu apa-apa.

Kenapa ini boleh berlaku? Sebenarnya mereka yang tidak tahu apa-apa ini telah dan pernah mengisi borang permohonan bantuan dari kerajaan dan pihak JKK. Bantuan itu meliputi bantuan Persekolahan, bantuan Wang Ehsan dan pelbagai nama bantuan lagi. Senarai nama mereka inilah dipilih oleh UMNO untuk diisi dengan borang keahlian UMNO sekiranya mereka didapati belum menjadi ahli walaupun mereka itu tidak berniat demikian. Betapa baiknya UMNO.

Orang UMNO ni memang jenis tak reti malu. Dia masuk UMNO, pastu daftar UMNO lagi, pastu daftar lagi, pastu daftar lagi. Itulah realiti yang ada di sana. Seperti kata seorang lagi sahabat, "10 kali dah puak-puak ni masuk UMNO".

Aku sebelum ini juga bimbang dengan satu tulisan di Harakah yang menyebut PAS tidak bimbang dengan mereka yang keluar. Maka, hari ini jika 50 Juta ahli UMNO ngaku PAS dan Masuk UMNO, pastu masuk lagi, masuk lagi pun aku percaya PAS memang tidak akan bimbang. Namun penipuan dan memesongkan fakta seolah-olah ahli PAS yang masuk UMNO itulah sebenarnya jerat mereka.

Dalam keadaan sekarang sebenarnya tiada sebab ahli PAS mahu keluar dari PAS. Ahli PAS tak berebut projek, Ahli PAS tidak berebut jawatan, malah PAS juga tidak terliur dengan wang ehsan yang tidak seberapa ringgit itu. Tidak pernah pula keluar akhbar ada yang mati kerana tidak mendapat Wang Ehsan.

Namun, jika dikatakan ada ahli PAS masuk UMNO kerana dalam PAS tak ada projek, dalam PAS asyik kena bagi derma dan dalam PAS tak boleh buat maksiat, maka aku akan akui bahawa itu merupakan suatu 'KESILAPAN' PAS yang paling besar!

Wallahua'lam

Cerita Salib di Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Suatu ketika dahulu kita pernah dikecohkan dengan bentuk Salib atau cross pada bangunan Perpustakaan Kustem, Terengganu. Kustem kini dikenali dengan Universiti Mengabang Telipot (UMT) oleh penduduk tempatan. Bentuk Salib itu kelihatan jelas jika dilihat dari ruang angkasa. Kecoh juga seketika. Macam-macam cadangan yang timbul bagi 'menyelesaikan' permasalahan ini. Apa tindakan pihak pentadbir? Wallahua'lam.

Terbaru jika dilihat pada wikimapia, Kustem Cross (ini nama diberikan pengunjung wikimapia) sudah tidak lagi kelihatan. Kabus tebal meliputi ruang udara betul-betul menutupi bangunan perpustakaan itu.

Hari ini aku mendapat satu lagi gambar yang agak menarik. Aku tidak tahu samada ianya kebetulan, atau disengajakan. Namun keprihatinan kita dalam masa-masa akan datang dalam melakukan kerja-kerja pembinaan / mengecat sewajarnya diambil kira. Terima kasih kepada saudara Joe yang sudi berkongsi gambar. Aku sebenarnya minta dia sendiri yang mendedahkan hal ini, namun dia sedikit pemalu. (apa dia ingat aku ni tak pemalu ke??)

Kepada sesiapa yang tidak kenal Bangunan JPJ Terengganu ini, bangunan ini sebenarnya bersebelahan sahaja dengan Sabassun HyperRuncit. Pemandangan ini diambil dari Jalan Kemajuan sebaik sahaja keluar dari Jambatan Sultan Mahmud sebelum tiba ke Lampu Isyarat Jalan Bukit Kecil. Pusing-pusing bangunan JPJ tu leh la nampak.

Korang nilai je la. Aku ambik syarat untuk kongsi dengan kalian. Lama pulak rasanya tidak menulis berkaitan Murtad dan seumpamanya di blog ini. Thanks Joe kerana ini mungkin semangat untuk terus menulis bab Murtad tu.

Wallahua'lam

Respon Program Terima Kasih Cikgu Bersama MB

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sebaik sahaja aku menyiarkan tulisan aku di dalam blog berkenaan guru dan ustaz J-Qaf, aku menghubungi seorang kawan dengan telefon. Adapun tujuan aku call dia kerana mahu bertanya khabar kerana sudah lama tiada khabar berita.

Kawan aku ni bukan guru. Tetapi mempunyai ramai kawan yang bekerja sebagai guru. Aku berniat hanya sekadar bertanya khabar dan mahu tahu perkembangan dirinya, namun dia pula yang beria-ria menceritakan kisah yang berlaku di Wisma Darul Iman itu. Apapun, kerana isu itu masih panas diperkatakan oleh guru-guru yang menghadiri program tersebut, maka aku dengar juga. Apatah lagi aku kira elok aku dengar pendapat dari banyak pihak.

"Memang ramai la cikgu-cikgu hok marah. Ce mung bayang Deris boleh buat cikgu ni macam budak-budak tadika. Setara tu dia layan cikgu. Padahal depan dia tu bukan cikgu kecik-kecik je, cikgu-cikgu besar pun ada". Kawan aku tu mulakan cerita. Macam best je nih respon sebegini aku fikir.

"Apa maksud mung Deris layan cikgu macam budak tadika?" Aku sengaja bertanya. Walhal aku sudah ada maklumat berkenaan hal ini sebelum ini.

"Ye la, dia tayang slide Masihkah Kau Ingat dan dia boleh tanya cikgu-cikgu tu "Ingat dok?". Pastu kalu cikgu-cikgu tu senyap atau jawab slow je dia mula la bising suruh jawab kuat skit. Apa dia ingat cikgu-cikgu ni bodoh macam JKK ke?". Kawan aku mula semangat.

"Bakpe pulak bodoh macam JKK? Ada gok geng-geng JKK hok skoloh" Aku cuba mengusik.

"Ye la, cikgu-cikgu tu jenis skoloh. Tahu mana betul mana salah. Ada ke dia tunjuk kerangka Masjid Gemuruh hok tak siap dia kata ni la keje orang PAS. Buat masjid tapi dok siap. Walhal masjid tu berjalan je pembinaan dia masa PAS memerintah. Cuma zaman UMNO je UMNO tak mboh siapkan. Pastu Deris duk royak dia buat banyak masjid. Walhal ada antara masjid tu start buat zaman PAS lagi. Macam Masjid Penarik (Setiu), Masjid Marang (Bandar Marang) tu semuanya zaman PAS start buat. Agaknya saje dia tinggal Masjid Gemuruh tu sutir nak burukkan PAS". Sambung kawan aku. Aku gelak je.

"Pastu mung tahu dok, ari dia panggil tu kan hari kerja. Waktu tengahari plok tu. Cikgu-cikgu sini ngepek abis pasal kena saman parking. Doh ruang parking hok ada mana cukup kat wisma tu. Situ parking untuk staff ngan orang hok mari kadang-kadang ok la. Doh bila dia panggil ramai-ramai gitu serabut la jalan. Cikgu-cikgu ni ingat tak apa la parking bira jalan skit sebab program MB. Bahang saman jugak!" Dia ketawa. Aku tumpang gelak jer.

"Doh apa lagi isi Deris berucap?" Aku terus pancing dia.

"Stail dia tu la. Suruh orang tepuk la, apa la." Aku tiba-tiba teringat laporan dalam BuletinOnline yang menceritakan bagaimana Deris memperbodohkan Man Bakar dan Dr Alias. Dalam hati aku, "Padan la abis puak-puak dia pakat tak mboh doh Deris. Projek dia kaut, pastu orang lain beri hampas!"

Aku terus sambung bersembang bab lain hingga kira sejam. Habis la kredit aku. Huhuhu.

Dok leh lok doh awok-awok Deris ni.. Punooohh!!

Ini Kisah Rogol, bukan kisah culik!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini satu cerita yang aku dapat dari seseorang yang menghantar email kepada aku. Aku harap maklumat yang disampaikan itu betul dan sahih. Jika ada kesalahan atau pembetulan, boleh sahaja tegur aku. Apapun, aku sendiri telah cuba juga mencari kesahihan maklumat ini, dan pada aku ianya boleh dipercayai.

Pengirim email terbabit yang merupakan seorang pelajar IPT (mengikut maklumat yang diberikan kepada aku) meminta aku mengeluarkan maklumat ini untuk umum. Ceritanya pasal kisah pemerkosaan Padang Bola MPKT (sekarang MBKT) yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Terengganu.
Padang Bola MPKT yang terletak berhadapan Menara Yayasan dan Bersebelahan IPD Kuala Terengganu. Terletak di Jalan Sultan Omar

Kini Pemuda UMNO Kuala Terengganu Menjalankan Perniagaan Paintball di sini.


Dulu aku biasa bermain bola di sini (pengirim email)


Promosi yang menarik! RM 10 sahaja untuk 50 Peluru. Tambahan RM 5 untuk 50 peluru lagi. Aku sendiri tak pernah main benda ni. Biasa main senapang buluh jer.


Benarkah padang ini disewa? Jika disewa, kenapa binaan papan tanda ini seperti kekal? (Inilah persoalan pengirim email berkenaan)

Aku segera menghubungi MPKT bertanyakan status padang berkenaan. Aku dimaklumkan padang itu digunakan atas arahan Pejabat MB. Bila ditanya sampai bila Paintball itu akan beroperasi, maka dijawab sehingga penghujung Mac 2008. Kemungkinan disambung bergantung kepada arahan. Tak nampak pula macam disewa. Ruginya MBKT.

Aku call pula pejabat Paintball ni. Katanya di jalan Pusara. Aku bercakap dengan Puan Lisa, katanya syarikatnya bernama Next Gen apa ntah. Maknanya bukan la UMNO yang berniaga di sini, tetapi ada syarikat yang disuruh menggunakan nama UMNO. Atau memang ada tangan-tangan yang ambil kesempatan dengan syarikat berkenaan. Tubuh syarikat untuk bolot projek. Huhuhu.

Apapun, pada aku ini bukan kisah culik lagi. Tapi sudah tahap rogol di depan mata. Dato Bandar MBKT diam sahaja kerana dia pun dilantik oleh orang politik. Cuma dilihat orang ramai sebagai kerjasama antara UMNO dan MBKT, tetapi rupanya ada orang lain yang ambik untung. Ada ke persamaan dengan kes Altantuya?. Orang lain yang buntingkan Altantuya, orang lain yang bom, si Razak Baginda yang dipersalahkan. Politik, oh politik.

22 January 2008

Cikgu dan Ustaz J-Qaf ditipu JPN Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam, 21 Januari 2008 satu majlis Terima Kasih Cikgu Bersama MB Terengganu telah diadakan di Wisma Darul Iman. Program yang bermula jam 2.30 petang itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana Jabatan Pendidikan Negeri bersekongkol dengan UMNO menghasut guru dalam mencari undi menjelang Pilihanraya Umum ke 12.

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Seri Idris menerima salinan Ikrar 2008 Warga Guru Terengganu daripada Pengarah Pendidikan Negeri sempena majlis `Terima Kasih Cikgu'.

Mengikut surat yang dihantar ke sekolah-sekolah, 5 orang guru setiap sekolah hendaklah dihantar ke majlis tersebut. Sekolah yang terlibat termasuklah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri. Dalam majlis itu juga diadakan bacaan ikrar guru-guru yang kononnya mahukan pemerintahan Terengganu kekal di bawah Idris Jusoh.

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Seri Idris menerima resolusi guru J-Qaf daripada Razali sambil disaksikan Dato' Rosli pada majlis di Wisma Darul Iman.

Seminggu lalu (13 Januari) juga telah diadakan himpunan yang hampir serupa, tetapi melibatkan Ustaz-ustazah J-Qaf seluruh Terengganu. Lebih malang lagi himpunan Ustaz-ustazah J-Qaf itu turut diserikan dengan nyanyian penyayi wanita pada kemuncak majlis. Menggaru kepala seorang sahabat bilamana melihat penyanyi wanita berdiri di depan mejanya yang tidak jauh dari pentas. Nak dipusing kepala, takut dikatakan tidak hormat majlis. "Nasib baik lawa" Katanya tersenyum.

Namun secara keseluruhan, rata-rata menolak jika inilah Islam Hadhari yang diperkatakan. Umpama tidak menghormati Imam di Putrajaya yang dihidangkan dengan lagu-lagu asli, begitulah sama Idris melayan para Ustaz-ustazah J-Qaf ini. Di akhir program barulah ustaz-ustazah itu dimaklumkan program dari petang ke malam itu yang di WAJIBkan oleh JPN adalah dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO.

Dato' Razali, AP Kuala Terengganu yang turut berucap dalam majlis J-Qaf itu turut menempelak para guru J-Qaf dengan mengatakan para JKK kampung lebih tahu apa itu Ulul alBab. Jika mahu tahu apa itu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, tanyalah para JKK kampung katanya. Beliau juga meminta hadirin bertepuk tangan apabila para Ustaz-Ustazah yang hadir dilihat lebih suka mendengar dari memberi respon kepada ucapannya itu.

Dalam kedua-dua majlis tersebut, para guru telah dibekalkan dengan buku Ucap Negeri, manakala semalam di wisma turut diedarkan buku Masihkah Kau Ingat yang mengfitnah PAS Terengganu semasa memerintah.

Di sini aku sertakan Ikrar yang jelas cuba membodek Deris oleh JPN Terengganu dan Resolusi Ustaz J-Qaf yang kononnya dibuat oleh mereka, tetapi hakikatnya telah siap sedia sejak awal lagi. "Lain yang dibincangkan, lain pula resolusi yang keluar" Keluh seorang sahabat yang kesal terpaksa datang dari Besut semata-mata mendengar perkara yang sia-sia itu. Dia turut menyatakan sekiranya tahu turut dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO, sudah tentu dia tidak datang.

IKRAR GURU YANG MEMBODEK

BAHAWASANYA KAMI
WARGA GURU TERENGGANU
BERJANJI DAN BERIKRAR
MENJUNJUNG WAWASAN PENDIDIKAN
MAMBINA TAMADUN BANGSA

KAMI WARGA GURU TERENGGANU
AKAN TERUS PERTINGKATKAN ILMU
MEMPERKASAKAN KOMITMEN
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
DARUL IMAN

PADA HARI INI
KAMI WARGA GURU TERENGGANU
BERDIRI TEGUH
DENGAN PENUH KEUTUHAN
MENEGASKAN SETIA KAMI
MENYATAKAN SOKONGAN KAMI
KEPADA KEPIMPINAN NEGERI
DI BAWAH TERAJU
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI HAJI IDRIS JUSOH
MENTERI BESAR TERENGGANU

Ini pula Resolusi Palsu Ustaz J-Qaf;

RESOLUSI GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU


KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU YANG BERHIMPUN PADA HARI INI DENGAN IKHLAS DAN SETIA MUAFAKAT MENJUNJUNG TINGGI AGENDA PENDIDIKAN NEGARA DAN AGENDA PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU UNTUK MELAHIRKAN UMMAH CEMERLANG DAN TERBILANG SELARAS DENGAN HASRAT DAN CITA-CITA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU BERSATU DAN MUAFAKAT MEMATUHI ETIKA DAN MEMELIHARA SERTA MENJAGA NAMA BAIK PROFESION PERGURUAN DAN PENDIDIKAN SEPANJANG MASA.

KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU MENYATAKAN SOKONGAN. KEPATUHAN DAN SETIA AKUR KAMI KEPADA KEPIMPINAN NEGARA DAN KEPIMPINAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

Betapa teruknya mereka cuba meraih sokongan dari penjawat Awam. Bukan sahaja dilihat jelik dan kotor caranya, tetapi langsung tidak beradab dengan Ustaz dan guru yang mulia dalam memberikan ilmu kepada masyarakat.

amdang: Aku harap hanya Guru 25hb sahaja yang boleh ditipu oleh Deris dan konco-konconya.

21 January 2008

Berhimpun Demi Hak!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku dengan ini menyeru dan mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai suatu Himpunan Aman Rakyat bagi menyatakan sikap ke atas kegagalan Kerajaan mengawal Harga Barang khususnya minyak petrol.

Jom! sama-sama membantah penindasan dan kezaliman ini!!




JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
www.jerit.org

PROTES
JANGAN NAIKKAN HARGA PETROL

26 JANUARI 2008 (SABTU),

3PM
Tempat : KLCC

Tempat Berkumpul : Ampang Park & Masjid KLCC ( selepas 2pm)

Semua Rakyat Malaysia Yang PRIHATIN TURUNLAH untuk membantah kenaikkan harga petrol!

Anjuran :

Gabungan Membantah Kenaikan Harga Barang (PROTES)

yang dianggotai oleh part-parti politik dan NGO

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Dr. Mohd. Hatta Ramli (019-339 8659), Arutchelvan ( 019-2537791)


20 January 2008

Alhamdulillah.. Suwandi & Azman boleh dijamin

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Syukur rasanya bilamana mendapat berita Suwandi dan Azman dapat diikat jamin. Takbir kemenangan tiba-tiba memecah suasana 1000 para penyokong Suwandi dan Azman yang sedang berzikir dan bertahmid. Jam ketika itu kira-kira menunjukkan pukul 11.00 pagi. Perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu sayu seketika bilamana takbir kemenangan itu bergema.

Ramai dilihat bersalam-salaman mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Pada aku, kemenangan itu walaupun masih peringkat permulaan, namun ianya berkat kesabaran dan sokongan semua pihak yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kerjasama dalam membantu Suwandi dan Azman.

Secara spontan, diadakan kutipan derma kilat bagi menjamin Suwandi dan Azman yang dikenakan jaminan RM 3000 seorang. Alhamdulillah kutipan dalam jangkamasa yang singkat itu melebihi jumlah RM 6000 yang dikehendaki.

Sebelum itu, jam 10.00 pagi telah diadakan Solat Hajat buat kali ke 3 di perkarangan Mahkamah. Solat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Dato' Abu Bakar Chik telah diikuti doa yang menyentuh hati oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Aku anggarkan separuh yang hadir turut serta menunaikan solat.

Suasana agak hangat seketika bilamana pimpinan BERSIH dan PAS cuba diugut oleh pihak keselamatan dengan ugutan akan ditangkap. Para penyokong segera ke depan dan memastikan semua pimpinan selamat dibawa keluar dari kawasan perhimpunan. Alhamdulillah semuanya terkawal.

Selepas itulah diadakan majlis zikir dan tahmid bagi memastikan perhimpunan adalah baik dan terkawal. Alhamdulillah para penyokong memberikan kerjasama yang baik dan boleh dipuji kerana mampu bersabar walaupun panas dengan cuaca dan situasi yang ada. Ini menunjukkan betapa rakyat semuanya menolak sebarang bentuk keganasan dan kekacauan sekiranya tiada pihak yang melakukan provokasi ataupun memulakan provokasi. Selagi mana lunas undang-undnag diikuti dan dijaga, rakyat umumnya tiada masalah untuk memberi kerjasama.

Kira-kira jam 11.45, para peguam dan pimpinan telah mula keluar dari mahkamah. Sedikit ucapan ringkas dari Hanifa Maidin, Ustaz Dato Abu Bakar Chik dan YB Salahudin mengakhiri perhimpunan sebelum ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Pesan Dr Syed Azman yang bertindak selaku pengerusi majlis, Haji Mohamad Sabu tidak dibenarkan berucap di situ kerana mahu disimpan pada malam ini.

Sebagai makluman, malam ini akan diadakan satu ceramah di Batu Enam. Penceramah terdiri dari Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abu Bakar Chik, Salahudin Ayub dan beberapa pimpinan yang lain.

wallahua'lam.

Gambar-gambar awal pagi dari TKO. Selepas 9.30pagi semakin ramai hingga mencecah 1000 orang aku anggarkan. Gambar setakat itu sahaja kerana kamera aku kehabisan bateri. Huhuhu..

19 January 2008

Hari ini 10 Muharram

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini 10 Muharam. Dinamakan juga hari 'Asyura'. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.

Awal-awal pagi lagi dapat SMS dari zaujah bertanyakan tentang puasa sunat. Setahun sekali sahaja 10 Muharram ni katanya mengingatkan. Aku sebenarnya sudah plan nak keluar sarapan pagi di bandar dengan seorang rakan. Jadi, aku keluar sekadar menemani dia bersarapan sahaja.

Sebenarnya jauh di sudut hati aku mahu melahirkan betapa syukurnya mendapat seorang zaujah yang memahami dan penyayang. Syukur juga kerana dia selalu mengingatkan dan memberi tunjuk ajar kepada aku yang sedia nakal ini. Amalan-amalan harian seperti ma'thurat dan sunat Dhuha mula aku cuba jadikan amalan. Sebelum ini bukan tidak amalkan, tetapi sedikit culas. Hehehe.

Mungkin juga ada yang tertanya-tanya apakah antara peristiwa 10 Muharram ini sehingga menjadi suatu hari yang istimewa. Sebenarnya pada hari ini (tarikh 10 Muharram), telah terjadi banyak peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antara peristiwa yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram adalah;
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Jika masyarakat Melayu kita hari ini, Hari Asyura ini biasanya dikaitkan dengan Bubur Asyura. Dikatakan kisah Bubur Asyura itu dimasak sedemikian rupa kerana mengambil kisah Nabi Nuh mengumpulkan bekalan makanan dan dimasak sekaligus. Gitu la lebih kurang. Semuanya berlaku selepas banjir surut. Wallahua'lam

**Nota: Aku hanya copy n paste. Kesahihan perkara di atas secara 100% adalah tidak dapat dipastikan. Harap ada yang leh kongsi atau perbetulkan.

17 January 2008

Abang, abang ni orang PAS ke UMNO?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Abang, abang ni orang PAS ke UMNO?" Tegur seorang anak jiran. Ketika itu aku baru sahaja pulang dari Pekan Batu 6. Habis waktu kerja, aku terus ke Batu 6. Aku tak sempat ke Sabasun kerana terkejar untuk pulang. Sempat juga beli sebungkus Air Soya di sana. Cuma malas sedikit untuk masuk ke dalam pasar mencari Kuih Bom.

"Abang ni orang Melayu. Tak ada PAS atau UMNO." Aku mula mendekati mereka yang sedang bermain di hadapan rumahku. "Kenapa?"

"Abang jawab la dulu, abang ni orang PAS ke UMNO" Si kecil yang montel itu terus bertanya. Aku kira umurnya sekitar 7-8 tahun. Cuma badannya yang montel membuatkan dia kelihatan agak besar berbanding kawan-kawannya.

Tiba-tiba seorang rakannya mencelah, "Kalu abang orang UMNO, nak bagi surat. Kalu orang PAS tak apa la".

"Kalu begitu, abang orang UMNO la." Aku cuba mengumpan mereka bagi mendapatkan surat yang dimaksudkan.

"Kami dah letak surat di rumah abang." Seorang lagi kawan si montel mencelah. Aku tersenyum kepada mereka sambil bersegera menuju pintu rumah. Aku mencari-cari di dalam rumah kalau ada apa-apa yang boleh diberikan kepada budak-budak itu. Coklat dah abis, gula-gula dah lama tak beli. Air soya hanya sebungkus. Panas pulak tu. Nampaknya tiada apa-apa untuk mereka. Tak ada rezeki.

Aku sememangnya suka dengan budak-budak. Suka layan mereka berbual, suka melayan karenah mereka. Aku boleh sahaja menjadi kuda untuk mereka tunggangi, boleh menjadi hantu untuk mengusik, malah boleh berbuat apa sahaja untuk mereka termasuk cuci kencing dan berak. Sebab itu kadang-kala rindu pada anak-anak sedara yang selalu diusik.

Aku melihat surat yang dimaksudkan. Rupa-rupanya handbill ceramah isu-su semasa. Mesti ceramah UMNO. Aku keluar mendekati anak-anak kecil yang masih bermain. Tiba-tiba seorang dari mereka memberitahu, "Rumah hujung tu kami tak bagi surat ni. Sebab dia orang PAS". Aku senyum. Malas pula aku bertanya siapa lagi yang dapat surat tu.

Aku meninggalkan mereka bermain-main. Meninggalkan mereka dengan teka-teki apakah aku sebenarnya orang PAS atau UMNO. Meninggalkan mereka untuk masuk mandi. Rimas badan seharian kerja!

16 January 2008

Himpunan BERSIH Sokong Suwandi dan Azman

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku baru sahaja menerima SMS dari seorang kawan;
HIMPUNAN AMAN BERSIH:
SELAMATKAN SUWANDI & AZMAN.
20 JANUARI 2008 (AHAD), JAM 8 PAGI
DI MAHKAMAH KUALA TERENGGANU.
PAKAI BAJU BERSIH ATAU BAJU KUNING.
SEBARKAN DAN KERAH SERAMAI MUNGKIN.
Ahad tu hari kerja. Takkan nak pakai Baju BERSIH waktu kerja. Sure semacam je dilihat orang keliling. Kerja kena la pakai smart. Baru Client respek dan percaya dengan kita. Hehehe. Aku ingat pakai tie kuning pun ok kot. Nak buat camana, kemeja kuning tak ada. So, sape nak bagi pinjam kemeja kuning??

Aku Bosan...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Saje sekali lagi bagi iklan percuma kat Sabasun...

item3item4
item5item6
item7item8
item8item9

ermm.. serabut dengan kerja nih.. Ingat petang ni nak pusing-pusing Sabasun. Aku ni kalu g Sabasun satu je yang aku tak pernah lupa nak beli. Susu Soya. Sampai zaujah aku kata "minum soya, tapi tak putih-putih jugak". Hehehhe. Nasib la dia dapat suami yang gelap ni.

Alamak, rindu lak. Nak call zaujah jap..



14 January 2008

Cerita Lawak PRU dari Bandaraya KT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini memang cerita lawak. Aku bahasakan cerita ini lawak dari Bandaraya Warisan Pesisir Air. Mungkin lawak kerana ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia ini. Namun, cerita ini sukar untuk difahami bagi mereka yang tidak mahu memahami. Namun, cerita yang mungkin dilihat lawak ini turut terkandung sedih dan tragis yang mendalam. Inilah cerita yang hendak aku sampaikan...

Nota: Anda tidak akan memahami lawak cerita ini jika tidak habiskan cerita ini sehingga akhir.

Ini kisah sebuah kampung di Bandaraya Kuala Terengganu. Kisah kampung yang diberi nama Kampung Mengabang Tengah. Kampung ini tiadalah terkenal, mahupun glamour seperti kampung-kampung yang lain di sekitar Kuala Terengganu. Kampung ini tiada Keropok Lekor yang sedap, tiada Nasi Dagang RM45 sebungkus, tiada juga projek-projek mega yang seperti Stadium, Airport mahupun Jeti Kapal Layar.

Adapun kini, yang menjadi mercu tanda bagi kampung ini adalah dua buah Gelanggang Futsal yang terletak di simpang utama kampung ini. Pemilik gelanggang berkenaan turut menyediakan kemudahan Cafe untuk makan minum pengunjung, dan turut menyediakan sebuah mini runcit bagi keperluan harian penduduk dan pengunjung di situ.

Ini bukan kisah Futsal, bukan juga kisah pembangunan. Ini cerita soal identiti Kampung Mengabang Tengah. Kampung ini wujud kira-kira 26 tahun yang lalu. Pada 1 Februari 2008 nanti, genaplah usia kampung ini 26 tahun tepat. Kampung Mengabang Tengah ini, memang anak kelahiran Terengganu. Dipercayai dilahirkan oleh bidan kampung yang terkenal di kampung berkenaan. Namun, sehingga hari ini Kampung Mengabang Tengah tidak diketahui anak siapa dan siapa pula yang membelanya sejak kecil.

Hari ini, Kampung Mengabang Tengah sudah dewasa sudah. Umur 26 tahun yang akan datang mungkin tahun 'bergetah' bagi anak dara seperti Kampung Mengabang Tengah ini. Maklum sahaja tanpa keluar dari Kuala Terengganu, Kampung Mengabang Tengah berjaya sehingga ke Menara Gading. Apa susah, Open Universiti kan ada.

Seperti tahun 2004 yang lalu, pada tahun ini, Kampung Mengabang Tengah sudah menanam azam dalam dirinya. "Aku mesti keluar mengundi lagi!!" Kenapa tidak, sekali undi dia akan dibayar sejumlah wang yang cukup besar. Mungkin bagi individu lain, jumlah yang dibayar hanyalah setakat RM 50 - RM 300. Namun, bagi Kampung Mengabang Tengah bayaran yang dijanjikan sehingga mencecah RM 3000. Agaknya sebab namanya yang unik dan mampu membuat petugas pilihanraya keliru dan pengsan terus!

Cerita ini sudah ke penghujung. Masih tidak lawak? Atau anda dalam kepening-peningan? Hehehe. Begini sahajalah. Ambil nombor kad pengenalan ini, 820201115212, dan buat carian semakan daftar pemilih di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Aku harap kalian tidak ketawa terlalu kuat. Kerana ketawa kuat anda itu mampu membuat Rashid si pengerusi SPR marah dan mengamuk. Apa nak buat, dia memang sentiasa betul dan bijak. Ehem.

Maklumat carian anda adalah seperti berikut:

Kad Pengenalan : 820201115212
Nama : KG MENGABANG TENGAH
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 036 / 16 / 09 / 001 - KG MENGABANG TENGAH
Daerah Mengundi : 036 / 16 / 09 - MENGABANG TENGAH
DUN : 036 / 16 - BATU BURUK
Parlimen : 036 - KUALA TERENGGANU
Negeri : TERENGGANU
Status Rekod: DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Cerita ini sekadar untuk ketawa dengan fakta yang hadir setelah carian dilakukan. Namun kesedihan dan tragis apabila pihak yang mengaku jujur dan telus dalam tugasnya langsung tidak mahu mengakui kesalahan dan kesilapan. Sedangkan banyak kesilapan dan kekurangan yang disengajakan dan memang berniat buruk terhadap pembangkang.

Ini hanya sebahagian contoh yang ada. Aku tidak mengatakan contoh ini disengajakan, namun kekesalan dan kecewa bilamana si Rashid langsung tidak pernah bertanggungjawab terhadap tindakan dan sebarang kenyataan yang dikeluarkannnya. Wallahua'lam.

http://amdang81.blogspot.com

Iklan Sabasun

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mungkin ada yang dah perasan dengan iklan di kiri blog aku sejak semalam. Iklan yang aku maksudkan adalah iklan Sabasun HyperRuncit. Buat pengetahuan, iklan berkenaan sengaja aku letakkan tanpa disuruh / dibayar oleh mana-mana pihak terutamanya pihak Sabasun.

Iklan berkenaan sebenarnya diletakkan di sini kerana mahu memberi sokongan kepada pihak Sabasun. Aku secara peribadi tidak mengenali pengurusan Sabasun, namun menyedari Sabasun merupakan milik Bumiputera Melayu yang agak berjaya di sini, maka aku suka untuk memperkenalkan mereka kepada dunia.

Mungkin bagi warga luar Terengganu, Sabasun merupakan suatu nama yang pelik dan langsung tidak pernah didengari. Namun, bagi kebanyakan penduduk Kuala Terengganu khususnya, Sabasun merupakan antara pilihan utama untuk membeli-belah terutamanya sebelum kewujudan Mydin Mall dan Giant.

Mungkin ada yang bertanya, apa pula sumbangan Sabasun kepada umat Islam di Terengganu? Pada aku, persoalan ini mudahnya bilamana kita melihat bagaimana tanggungjawab muslim ditunaikan oleh Sabasun dalam membayar zakat, memberi infaq kepada yang memerlukan di samping memberi peluang kerja kepada masyarakat di sini.

Aku bangga sebenarnya kerana mampu membeli-belah di pasaraya milik Melayu. Kebanggaan itu turut dengan aku perkenalkan kepada kawan-kawan yang datang ke Terengganu. Mungkin tidak terlalu besar untuk dibandingkan dengan Giant dan Mydin Mall, tetapi cukup membuatkan aku rasa 'tidak bersalah' berbelanja di situ.

Secara peribadi dan besar harapan aku sebenarnya supaya masyarakat di luar sana sama-sama menyokong Sabasun. Bukan sahaja patut sokong pada kempen boikot zionis product, malah turut menyokong kepada usahawan muslim ini. Semoga Sabasun terus maju dan terus menjadi pilihan kepada penduduk negeri yang peratus Melayu tertinggi di Dunia ini.

amdang: Kita bukan tiada pilihan, tetapi...

12 January 2008

Jamuan Rakyat bersama TPM - Deris buat Man Bakar dan Dr Latiff macam budak-budak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ditulis oleh SM Noor dipetik dari buletinonline.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/bktpayong1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Foto: Dr Latiff (paling kiri-baju merah) & Man Bakar (kuning) duduk berjauhan sewaktu Najib berucap walaupun telah dipanggil naik kepentas oleh Idris

Marang, 11 Jan – Majlis Jamuan Rakyat yang dijadikan medan perdamaian antara kem ahli Parlimen Marang, Dato’ Abd Rahman Bakar dan Kem Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Latiff, tidak akan mendatangkan apa-apa hasil penyelesaian. Ini adalah kerana perilaku Menteri Besar Terengganu, yang terlalu ‘mimpikan’ penyelesaian krisis tersebut telah memperlakukan Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Exco Pendidikan Negeri Terengganu seperti ‘budak-budak’ yang berkelahi.

Orang ramai yang hadir agak terkejut kerana belum pun habis ucapan alu-aluan, Idris yang terkenal dengan sikap tergopoh-gapah itu, telah memanggil kedua-dua pimpinan UMNO itu naik ke pentas, berdiri sebelah kiri dan kanan beliau, hingga ke akhir ucapannya.

“Yang Berhormat, Dato’ Rahman Bakar, Ketua UMNO Bahagian Marang ! Mari Man, mu mari sini, mari atas ni” Ujar Idris memaksa Man Bakar naik ke pentas didepan khalayak 5,000 orang yanh hadir.

Kemudian Idris memaksa pula Dr’ Latiff naik ke pentas.

“dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Latiff Awang, ADUN Kawasan Bukit Payong, mari deh, naik atas, se(satu) baju kuning, se(satu) baju merah” kata Idris.

Selama lima belas minit , dengan Man Bakar dan Dr. Latiff berdiri disebelahnya, Dato’ Idris berucap menggunakan pancaran skrin bergambar, mengapi-apikan perasaan hadirin supaya membenci PAS, mengungkit peirstiwa pada zaman pemerintahan PAS dari Tahun 1999 – 2004, dengan tema ‘Masihkah Kau Ingat’.

Antara fitnah yang diungkit oleh Idris adalah pemberian tanah kerajaan PAS lalu hanya kepada orang-orang kaya dan menuduh kerajaan PAS menipu rakyat didalam pemberian tanah.

Tindakan Idris yang sering mengulang-ulang ucapan ‘masihkah kau ingat’ dan meminta hadirin menyahut, menjadi ‘anti-klimaks’ akhirnya menjadikan hadirin bosan dan hanya Idris sahaja yang menjerit seorang diri di atas pentas.

The image “http://buletinonline.net/images/pas/deristengokdrlatiff.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

(foto: Idris memerhatikan Dr. Latiff manakala Dr. Latiff merenung jauh)

Sementara itu, JKKK dan Pemimpin UMNO Cawangan didalam DUN Alor Limbat yang terpinggir, telah berkumpul disebuah kedai tidak jauh dari Majlis Jamuan Rakyat berlangsung. Apabila dimaklumkan kepada mereka, perihal Aturcara yang berlangsung di Dataran Bukit Payong, wakil mereka menjawab “ Dok selesai, kohor parok!” “Bukan hok atas tu, hok bawah ni baloh parok lagi”

11 January 2008

Jom! Bersama Menyokong Suwandi dan Azman

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini bukan hasutan, mahupun berniat buruk. Apa yang aku ingin maklumkan ini adalah suatu rasa bersama aku terhadap Suwandi dan Azman dalam berdepan dengan kes yang sedang mereka hadapi ini. InsyaAllah, pada;
14 Januari 2007 @ Isnin,
di Mahkamah Kuala Terengganu,
Jam 8.30 pagi,
sambungan RAYUAN IKAT JAMIN oleh para lawyer Azman dan Suwandi. Rayuan dibuat mengikut prosedur undang-undang memandangkan kes Azman dan Suwandi ini tidak terdapat alasan yang munasabah dan kukuh bagi ditahan di penjara semasa kes sedang berjalan. Manakala, pada;

20 - 31 Januari, 2008
Perbicaraan Azman, Suwandi dan 18 orang
juga di Mahkamah Kuala Terengganu
Jika anda mahu menunjukkan bantahan terhadap ketidakadilan, maka sewajarnya anda bersama kami untuk berhimpun.

Hari ini mereka dizalimi, dan ada insan seperti saudara / saudari yang memberi sokongan kepada mereka. Andai kata suatu hari nanti kita berada di tempat mereka. Bukankah kita juga akan mengharapkan perkara yang sama?

Nota: Jangan sebarkan maklumat ini kepada POLIS. Kerana himpunan ini sudah dijangka dan POLIS sudahpun BERSEDIA.

Penduduk Terengganu Kian Tersepit

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Suka untuk aku kongsi dengan kalian suatu berita dari Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu. Suatu artikel yang aku kira memaparkan betapa rakyat Terengganu kini sebenarnya terhimpit dan semakin menderita. KLIK.

Akhir tahun lalu, sebelum pelancaran ECER di Terengganu, kita didedahkan dengan pendedahan yang cukup menyedihkan rakyat Terengganu. Terengganu dikelaskan sebagai negeri kedua paling kaya di Malaysia, namun rakyat Terengganu merupakan kedua termiskin. Lebih teruk lagi bilamana dilaporkan juga kos sara hidup bagi rakyat Terengganu adalah kedua paling tinggi.

Berbalik kepada artikel berkenaan, aku tidak menafikan hari ini kuasa beli rakyat Terengganu masih tinggi. Ini berikutan ketiadaan kos-kos lain sepertimana yang terpaksa ditanggung oleh penduduk di bandaraya lain. Hari ini, parking kereta masih dalam kadar RM 0.60 - RM 1 sahaja sejam. Tol sudah lama dihapuskan oleh PAS. Cukai itu dan ini masih pada kadar yang biasa. Sebahagiannya dihapuskan di zaman PAS.

Sesuatu yang mungkin tidak disedari adalah harga makanan di sini cukup mahal berbanding negeri lain. Suatu ketika dahulu, Kuantan dikatakan tempat makan yang agak mahal. Seorang kawan yang datang dari Kuantan mengeluh bila makan di Terengganu. Itu belum diambil kira mereka yang datang dari Kelantan yang diketahui umum harga makannya cukup murah. Aku jika berada di Kelantan tidak terasa takut untuk makan. Namun di Terengganu, aku akan kira duit dalam poket sebelum memasuki kedai makan. Sungguh!. Pada aku, berada di Terengganu dan KL seolah tiada beza pada harga makanan. Mungkin harga air sahaja yang murah RM 0.20.

Tidak dapat dinafikan, kos bahan mentah menjadi faktor utama kenapa harga barang makanan mahal. Kelantan terkenal dengan pelbagai produk dari negara jiran seperti beras siam, sayuran, buah-buahan dan ikan turut diperolehi dari sana. Ini banyak membantu penduduk Kelantan dari segi kos hidup. Mungkin sebahagian lain dari dalam negeri sendiri. Kos sara hidup yang rendah di sana memungkinkan kuasa beli mereka tinggi.

(ini berdasarkan satu anugerah kepada KB Mall sempena majlis anugerah "Retail Development" bagi kategori kompleks membeli belah di Malaysia pada tahun lalu. KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.)

Selain bahan mentah, faktor pengurusan dan sewa bangunan turut menjadi faktor penentu kepada harga sesuatu barangan. Kini, di Terengganu sewa premis memang dikatakan sudah mulai meningkat seperti laporan dari Web Terengganu itu, maka kesianlah rakyat yang sederhana hidupnya. Bimbang mereka makin terpinggir dari arus bandaraya yang arusnya deras. Maklum sahaja Bandaraya Air.

Hari ini masih ramai Melayu yang kekal di Bandaraya KT ini, namun nasib mereka mungkin berubah bilamana Idris Jusoh turut menjanjikan "penyusunan semula" penempatan rakyat sepertimana yang terdapat dalam perancangan Bandaraya Kuala Terengganu. Bimbang pula aku teratak kayu yang umpama setinggan ini dikatakan tiada ciri warisan dan mahu dirobohkan. Maklum sahaja warisan pada mereka adalah yang diluluskan oleh Wan Hisham. Mujur sahaja nama bandaraya ini bukan Bandaraya Wan Hisham.

10 Hari Selepas Bandaraya

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku tidak sempat menggosok Baju Melayu ke masjid. Aku harap kedut yang ada hanya sedikit dan tidak menampakkan aku selekeh di Masjid. Semuanya gara-gara perut lapar minta diisi. Jam 12 aku masak nasi dan goreng ikan. Kuah kicap sahaja hari ini. Mujur ada sambal belacan yang paling sedap di dunia. Maka selera aku bertambah. Nasi pun bertambah. Alhamdulillah dengan rezeki dan tubuh yang sihat ini.

Asyik benar berbincang dengan seorang kawan perihal blog. Sehingga lupa makan dan minum. Kerana lapar, aku terkejar memasak nasi. Mujur ikan sudah disiang awal-awal lagi. Rendam air skit dan goreng. Ikan cencaru @ keras ekor @ kerongan pada aku sedap goreng kunyit dengan cili boh je. Kalu mak, suka goreng dengan garam je. Biarkan diluar / peti ais bawah supaya ikan tu rasa mcm buruk skit.

Hari ni khutbah pasal azam baru kot. Aku lupa tajuk. Tetapi banyak berkaitan sempena Tahun Baru 1429 Hijrah ni. Dalam banyak-banyak yang disebut tu, ada dua perkara yang aku betul-betul perasan.

Pertamanya, khatib pesan supaya jangan berpecah-belah. Diterangkan lagi maksud berpecah belah itu dengan bersama-sama kerajaan untuk membangunkan negara. Khatib pesan supaya usah sibuk untuk menukar pimpinan yang amanah kerana itu membuang masa untuk mencapai matlamat dan wawasan. Gitu la lebih kurang ayat khatib tu baca. Ceh, sempat gak dia masuk jarum!. Mujur sahaja suara khatib tu tak berapa jelas. Aku pun biasanya mengantuk. Tak tahu kenapa hari ini tidak mengantuk pula. Agaknya baru sudah mandi. Masih segar.

Terfikir aku di mana amanah pemimpin yang ada sekarang ini. Dengan pelbagai permasalahan sosial, ekonomi, budaya dan pelbagai salah laku, mimbar masjid boleh mengatakan itu amanah? Agaknya pada khatib itu amanah sebab setiap bulan dia dapat elaun. Setiap bulan peruntukan untuk masjid dapat. Agaknya itu sahaja amanah pada teks yang dibaca itu.

Apapun, aku tidak salahkan khatib. Dia manusia bawahan. Orang biasa yang umpama mentimun. Jika nak elaun tanpa sangkut, baca je la. Jika mahu mudah urusan, angguk je la. Imam pun manusia. Ada anak isteri untuk ditanggung. Agaknya itu dalam kepala imam itu.

Keduanya, khutbah juga menyebut perihal Kuala Terengganu yang sudah menjadi bandaraya. Khatib sebut penuh nama bandaraya. Bandaraya Warisan Pesisir Air kata khatib. Namun agak menjelikkan aku bilamana khutbah memaklumkan seolah-olah peluang pekerjaan bertambah serta merta selepas diiktiraf bandaraya. Ayat yang digunakan seolah-olah (hari ini), peluang kerja yang ada cukup banyak. Kerja apa yang tiba-tiba datang jika tidak projek itu dan ini untuk kontraktor. Atau tiba-tiba sahaja pelabur datang dalam masa 10 hari? Hebatnya bandarayaku.

moral: Aku tak tidur semasa khutbah hari ni.

09 January 2008

Selamat Tahun Baru 1429H

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Klik untuk besarkan doa. Sama-sama membacanya sebelum dan sesudah Maghrib ini.

Semoga 1428H yang berlalu penuh indah dan dimuhasabah kembali. Banyak sudah kenangan yang berlalu untuk direnungi dan dihayati. Tahun berlalunya zaman bujangku, tahun berlalunya sebuah episod hitam Batu Burok. Juga tahun terbongkarnya bermacam-macam kezaliman, salahguna kuasa, dan penindasan UMNO / BN.

Jom sama-sama hijrah. Hijrah kepada suatu pemerintahan yang adil dan lebih baik. Jauh dari penyakit rasuah dan kronisme melampau. Tidak semua orang mampu berubah. Namun perubahan itu perlu untuk kebaikan. Perubahan akan membuat kita sedikit kekok. Namun, yakin dan percayalah kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah la yang akan memastikan kita selamat dan terpelihara. Ini bukan janji selamat di dunia sahaja, InsyaAllah selamat juga di akhirat sana.

Azam aku tahun ini? Nanti aku listkan. Aku lapar dan perlu makan dulu. Wassalam

08 January 2008

M for Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sedutan dari filem V for Vendetta. Aku sendiri tidak pernah menonton filem tu. Tapi bila lihat clip movie ni rasa macam menarik plak. Apapun, korang layan la dulu movie ni pastu angguk-angguk je laa.

07 January 2008

Adakah Ini Hasutan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku tidak pelik bilamana dikejutkan seawal jam 8.30 pagi kelmarin berita mengenai tangkapan beberapa individu yang dikatakan sedang menyebarkan risalah sempena menyokong Saudara Suwandi dan Azman. Ketika itu aku masih berteka-teki tentang jumlah yang ditahan. Ada yang mengatakan enam orang dan ada yang mengatakan tujuh.

Akhbar hari ini menyebut Lapan edar risalah hasutan ditahan. Itu petikan dari Utusan Malaysia online. Pada mulanya aku tertanya-tanya apakah risalah yang dikatakan berbaur hasutan itu?. Aku yang turut sempat berada di perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu untuk Solat Hajat langsung tidak menjumpai risalah yang dimaksudkan. Akhirnya aku jumpai isi risalah berkenaan di BuletinOnline.

Aku baca risalah berkenaan beberapa kali bagi mencari maksud "menghasut" yang dimaksudkan. Pada aku, risalah terbabit bersifat menyokong dan bersetuju dengan perhimpunan menyokong Suwandi dan Azman, bukan mengajak orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ini aku kira suatu yang jelas dinyatakan dalam risalah terbabit. Apatah lagi himpunan yang didakan itu aku kira tidak menjadi satu kesalahan mengikut perlembagaan. Apatahlagi, polis langsung tidak melarang perhimpunan yang diadakan di hadapan mahkamah terbabit. Malahan aku kira Polis memberi kerjasama yang baik dalam perhimpunan terbabit.

Polis menyediakan ruang khusus untuk peserta berhimpun. Tidakkah ini menunjukkan perhimpunan itu dibenarkan?

Aku juga hairan bilamana polis menahan mereka atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Setahu aku, risalah atau sebarang sebaran yang tidak berkala tidak terikat dengan akta ini. Bahkan, PRIHATIN yang mengeluarkan risalah berkenaan telah menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan turut memasukkan nama pertubuhan terbabit yang terlibat dalam mengeluarkan risalah sokongan tersebut. Ini jauh berbeza dengan DVD lakonan Dr Chua Soi Lek yang tidak menunjukkan siapa yang menerbitkan DVD panas terbabit.

Aku juga terasa hairan bilamana pihak polis menyatakan kekesalan terhadap remaja terbabit yang ditahan seolah-olah pembangkang mempergunakan mereka. Jika benar remaja terbabit ahli parti pembangkang, aku rasa itu suatu tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Aku difahamkan penyertaan untuk memasuki mana-mana parti politik tiada had umur walaupun umur 21 tahun merupakan umur layak membuang undi. AKu kira remaja terbabit lebih bertanggungjawab dan punya sivik yang tinggi berbanding remaja-remaja Punk Hadhari.

Ini aku lampirkan risalah yang aku ambil dari buletinOnline:

MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DI PERKARANGAN KOMPLEKS MAHKAMAH

KUALA TERENGGANU

PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU dengan ini menyokong Perhimpunan AMAN yang diadakan pada hari ini, 6 Januari 2008 sebagai perpaduan bersama-sama 20 orang rakyat Terengganu yang telah dizalimi, terutamanya kepada saudara Suwandi bin Abdul Ghani (38) dan Muhammad Azman bin Aziz (21);

  1. Suwandi dan Azman telah ditembak oleh seorang anggota Polis berpakaian biasa, Wan Aziz Wan Omar (RF 143706) PADA 8 SEPTEMBER 2007 lalu. Tembakan itu menyebabkan mereka cedera parah dan hampir hilang nyawa. Bagaimanapun, Suwandi dan Azman telah dituduh cuba menyerang polis berkenaan. Sedangkan mereka berdua dalam keadaan tangan kosong semasa kejadian.

  1. Walaupun Mahkamah masih belum memutuskan Saudara Suwandi dan Azman bersalah, namun Peguam Negara, Abdul Gani Patail bertegas tidak membenarkan mereka berdua diikat jamin. Kesannya, kini mereka berdua dipenjarakan sementara menunggu kes mereka dibicarakan yang tidak diketahui bila akan berakhir.

  1. Asas penahanan mereka ialah Seksyen 27 (5) Akta Polis iaitu Perhimpunan Haram. Seksyen ini telah lapuk dan tidak relevan kerana menafikan hak berhimpun secara total dan bertentangan secara prinsipnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang ini bersifat menghalang perhimpunan aman rakyat. Sedangkan Pihak Polis sepatutnya cuma mengawal perhimpunan. Inilah yang ditegaskan oleh SUHAKAM di dalam Laporan Inkuiri Demonstrasi Anti Kenaikan Harga Barang di KLCC.

  1. Memetik kenyataan Peguam Suwandi dan Azman, bahawa pemenjaraan ini adalah suatu pengalaman dan tekanan kepada mereka berdua kerana ditempatkan bersama penjenayah berat, pesakit AIDS dan HIV. Sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Ini akan menjadi satu precedent (kes-kes duluan yang diikuti oleh mahkamah) yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Malaysia. Sekiranya Mahkamah Tinggi tidak membebaskan mereka ketika semakan kehakiman yang akan berlangsung pada hari ini (6 Januari 2008), maka penahanan tanpa bicara (tidak dibenarkan jamin) akan menjadi suatu perkara yang lazim di Malaysia.
  2. Paling mengecewakan, Polis yang melepaskan 4 das tembakan berkenaan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis dan peguam negara. Seolah-olah, tembakan dengan peluru hidup oleh polis terhadap dua orang awam berkenaan adalah betul.

  1. Pada masa yang sama, 31 orang yang menganggotai perhimpunan HINDRAF telah digugurkan pertuduhan cuba membunuh polis dan dibenarkan ikat jamin walaupun pertuduhan yang dikenakan atas mereka lebih berat daripada tuduhan ke atas Azman dan Suwandi. Kenyataan peguan Negara dalam kes HINDRAF yang menyatakan beliau tidak pasti siapakah yang melemparkan batu kepada polis selepas pertuduhan dikenakan ke atas 31 orang yang terbabit adalah memalukan dan mendedahkan kepada umum bahawa pertuduhan boleh dikenakan dan digugurkan atas motif politik dan bukannya atas asas undang-undang. Kerana pertuduhan tidak boleh dikenakan melainkan pihak pendakwa pasti dan mempunyai bukti siapakah yang melakukannya.

  1. Ini adalah suatu kezaliman, kerana menurut Islam bahkan menurut Undang-undang Sivil sekalipun. Iaitu prinsipnya adalah seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah dan pihak yang mendakwalah yang perlu membuktikannya. Inilah juga prinsip yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi dipersendakan oleh Kerajaan BN yang mengamalkan undang-undang rimba.

Untuk itu, PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU mempertegaskan sokongan kami terhadap Saudara Suwandi, Azman dan 18 orang yang lain yang turut didakwa dalam insiden yang sama. Kami menuntut supaya mahkamah berlaku adil tanpa sebarang campurtangan politik dan menimbang untuk membebaskan Suwandi dan Azman kerana mereka tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Penahanan mereka adalah suatu hukuman sebelum mahkamah menjatuhkan hukumannya dan juga merupakan suatu kezaliman. Tujuan perhimpunan ini juga bagi menuntut keadilan agar pihak berkuasa tidak bertindak sewenang-wenangnya ke atas orang awam.


Perhimpunan aman pada hari ini adalah hak sejagat dan dijamin di bawah:


*Perkara 10 -Perlembagaan Persekutuan Negara - Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata,

* Perkara 20 - Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan,

* Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.


Prihatin Rakyat Terengganu / 6 Januari 2008

Gambar-gambar di Mahkamah semalam..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

06 January 2008

Alhamdulillah.. Semuanya selamat..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Semuanya selamat. Aku nyaris-nyaris hilang kepercayaan kepada Pakcik Google (tuan punya blogger.com) bilamana blog aku tidak dapat dibuka. Rupa-rupanya semua kesulitan yang berlaku itu disebabkan masalah Adsense yang aku masukkan dalam blog. Mujur juga aku cepat-cepat bertanya kepada yang arif. Thanks Cikgu Eriyza dan zyzaidi yang memberi tunjuk ajar.

Aku pada mulanya terfikir apakah blog aku di'hack'? Namun aku tidak percaya blog picisan seperti ini diganggu kerana menyiarkan berita-berita yang sedikit sensasi. Lagipun banyak lagi blog lain dan web lain yang seharusnya diganggu. Ini blog personal aku. Hilang blog ni, kat mana la aku nak luah perasaan aku nih. Lagipun, aku baru je bercadang mahu kembali kepada blog aku yang lebih santai.

Terkejut tadi bila menonton TVPAS. Langsung tidak aku sangka TVPAS menyiarkan catatan aku dalam blog ini pasal remaja BAWASIR. Tiba-tiba terasa takut bilamana mendapat sedikit publisiti. Takut kerana terasa diperhatikan, dan perlu lebih bertanggungjawab. Bukan takut diperhatikan oleh Cyber Troopers UMNO mahupun SB, tetapi bimbang kalau-kalau ada yang mahu menjadikan blog ini sebagai rujukan. Berat dan perlu lebih ketelitian dalam menulis.

Aku sempat melihat jumlah pelawat yang menjenguk ke blog aku dalam sehari dua ini. Memang bertambah, dan ini turut menggusarkan aku. Bimbang jika ada yang terlalu mengharap aku update setiap hari dengan berita-berita sensasi. Maaf terlebih dahulu. Namun aku akan usahakan untuk memberi yang terbaik kepada kalian.

Aku dah ngantuk dan perlu untuk tidur. Esok pagi, aku terpaksa siapkan beberapa tugasan untuk dibentang dalam mesyuarat dengan Tuan DO. Jika sempat siap, bolehlah aku mencelah ke Mahkamah untuk mengikuti kes Suwandi dan Azman. Kesian Suwandi dan Azman. Belum bersalah tetapi sudah dihukum.

Selamat Malam dan Assalamualaikum.. Zzzzzzzzzzzz..

03 January 2008

Kempen Gaya Hidup SIhat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sempena Awal Tahun 2008 ini, marilah sama-sama kita berusaha menjadi masyarakat yang lebih sihat dan positif. Untuk itu, sama-sama kita sahut Kempen Gaya Hidup Sihat yang telah dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.





AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Poster-poster ini boleh diperolehi dari SINI

Thanks to nasikerabupetro atas poster-poster ni

Gua tambah lagi koleksi gambar

Salam beb! Arini kasi salam la plak. Hehehe.

Ni gua tambah skit lagi koleksi yang gua dapat dari kawan-kawan gua. Diorang ni bilamana tahu gua masukkan gambar-gambar sebegini dalam alam maya, terus semangat untuk beri pada gua.

Kadang-kadang gua tak nak siarkan gambar-gambar ini, tetapi jika ini tidak didedahkan, bagaimana masyarakat mahu tahu apa isi sebenar yang ada dalam bandaraya KT ini. Biar selepas ini mak ayah perhatikan cara pakaian anak-anak. Boleh diorang sekat awal-awal supaya tidak terlibat dengan geng-geng yang tidak sihat begini.

Ada yang bertanya kepada gua, pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab. Sebab nampak diorang ni main campur-campur je. Ada ala punk skit, gothik skit, skinhead pun ada skit. Maka, gua bagi jawapan PUNK HADHARI!.









Chua Soi Lek dipecat kerana 'kantoi'.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kesian Dr Chua Soi Lek. Tak sampai seminggu DVD 'lakonannya' di pasaran, akhirnya dia terpaksa melepaskan semua jawatan yang ada. Semuanya gara-gara DVD terbabit yang begitu bermaharajalela 'dicetak rompak'. Royalti tak dapat, jawatan dan gelaran terpaksa dibuang.

Pada aku, Chua Soi Lek sedikit silap bilamana 'kejahatan' yang dilakukannya itu dirakam dan tersebar. Itu juga merupakan sebab mengapa dia disuruh melepaskan jawatan. Bayangkan jika DVD terbabit tidak tersebar. Sudah tentu 'kejahatan' itu kekal dan tiada siapa yang akan mendesak Soi Lek melepaskan jawatan. Buktinya, ramai lagi pimpinan BN yang masih berasa 'selesa'.

DVD itu menunjukkan 'lakonan' Chua Soi Lek hanya sekali. Namun kita tidak tahu berapa banyak lagi lakonan yang pernah dia lakonkan, dan berapa ramai pula heroin yang menjadi pasangannya. Namun semua itu tidak kita ketahui kerana setakat ini hanya DVD itu sahaja yang 'dicetak rompak'. Masih adakah lagi DVD yang lain dan melibatkan pemimpin yang lain?

Aku percaya yang Pak Lah dan kabinetnyalah yang mendesak Chua Soi Lek melepaskan semua jawatan yang ada. Bukan kerana salah melakukan seks bebas, tetapi kerana 'kantoi' dirakam. Membuang anggota yang kantoi boleh menjaga nama baik parti dan kabinetnya. Jika tidak, masakan Soi Lek menasihati pimpinan yang lain supaya berhati-hati! Bahasa mudahnya, buat la seperti biasa, tetapi jangan sampai kantoi macam aku sudah la.

DVD terbabit juga menunjukkan politik kotor yang berlaku dalam BN. Budaya jatuh menjatuh secara terancang dan kotor sebenarnya langsung tidak pelik. Terdahulu, Anwar Ibrahim pernah difitnah dengan suatu perancangan yang cukup memalukan. Bezanya, Anwar berjaya membersihkan namanya di mahkamah dan terbukti dia difitnah. Manakala Chua Soi Lek awal-awal lagi mengaku salah.

Tidak dinafikan aktiviti bersosial masyarakat Cina khususnya jauh lebih terbuka berbanding dengan Melayu Islam di sini. Namun, meniduri wanita lain, melanggan pelacur dan mempunyai 'kekasih gelap' merupakan sesuatu yang kurang sihat dalam semua anutan. Bertentangan dengan nilai kekeluargaan, malah menyalahi bagi seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat.

Umpama seorang guru, walaupun tugas guru hanya di sekolah, namun peribadi guru terbabit perlu baik untuk dijadikan contoh di luar mahupun di kawasan sekolah. Itu baru guru yang muridnya hanya beberapa ratus orang.

'Memecat' Soi Lek memang merupakan keputusan terbaik Pak Lah bilamana berdepan situasi sebegini. Namun Pak Lah bukan sahaja mesti membuang pemimpin yang sudah 'kantoi', malah perlu juga membersihkan mana-mana kabinet dan ahli-ahlinya yang memang dikenali turut terlibat dengan skandal sebegini. Inilah yang akan memulihkan imej Pak Lah. Masalahnya, adakah imej Pak Lah sendiri begitu baik?
 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks