30 September 2007

Aku kembali!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya jangan memandai mengatakan aku ditahan polis sebab muka aku keluar akhbar. Jangan sama sekali. Aku tak menghilang pun, cuma terpaksa menahan rindu kepada blog aku kerana beberapa sebab.

Pertamanya aku mengikuti satu program di luar kawasan. Jadi, kawasan yang aku tuju itu tiada kemudahan internet, maka terputuslah aku dengan dunia maya ini. Tapi kalu ada kemudahan internet pun belum tentu punya masa untuk menaip patah-patah kata. Program tidak terlalu padat, namun kesempatan bersama kawan-kawan tak mungkin aku sia-siakan.

Sehabis program terbabit, aku terpaksa mengurus satu program pula. Yang tadi, aku menjadi peserta dan sekarang aku pula yang menjadi urusetia. Seharian juga aku menguruskan program. Dari persiapan tempat, pendaftaran, pengerusi majlis dan mengemaskan kembali peralatan yang digunakan. Alhamdulillah walaupun sedikit penat, namun pertolongan dan kerjasama dari kawan-kawan membuat kerja yang tidak seberapa itu menjadi mudah dan lancar.

Apapun, aku dapat satu pengalaman baru supaya lebih pandai mengatur kata dan bicara. Aku sewaktu di bangku sekolah rendah sebenarnya agak aktif dalam aktiviti yang melibatkan berdiri di hadapan khalayak dan menyampaikan cerita. Seingat aku, sejak dari tadika lagi. Cerita yang aku biasa bawa ketika itu adalah "Singa dan Tikus". Kelakar jika dikenang apa yang pernah dilalui dahulu.

Di sekolah rendah juga aku pernah ikuti pertandingan Bahas dan menang di peringkat daerah. Malangnya aku hanya simpanan dan tidak pernah diturunkan.sengihnampakgigi. Itu ketika aku di darjah Enam. Pertama kalinya aku menyertai pertandingan bahas setelah bertahun-tahun mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. Pernah juga sekali aku menyertai pertandingan nasyid. Sewaktu pemilihan peringkat sekolah, aku menyanyikan lagu "Masih Aku Terasa-Man Bai" di depan guru muzik. Lawaknya ingat zaman dulu-dulu.

Alamak, sikit tersasar. Sebetulnya aku nak ceritakan betapa aku perlu biasakan diri melakukan pengucapan awam. Terutamanya bilamana melibatkan protokol. Semalam bukanlah kali pertama aku lupa memberi aluan dan menyebut nama-nama yang perlu disebut sebelum memulakan kata aluan. Aku kira agak kerap juga berlaku. Namun tetap juga berlaku semalam. Teruknya!! malu

Dulu rasanya pengucapan aku tidak seteruk ini. Walaupun aku pernah terlebih bahasa Terengganu dalam ucapan suatu ketika dulu. Mungkin sebab terlalu lama tidak membiasakan menghadiri program yang memerlukan berbicara, maka aku makin tidak pandai berkata-kata. Huhuhu..

Apapun, elok tidak pandai berkata-kata dari pandai berbohong nista. Sekurang-kurangnya aku tidak menipu orang ramai yang aku menembak orang awam sebabkan aku diserang. Aku juga tidak berbohong berapa bilangan peluru yang dilepaskan. Aku juga tidak akan berbohong berapa jumlah kerugian sebenar hasil kerosakan yang dilakukan polis. ALhamdulillah jika itu yang tersirat di sebalik aku makin tidak pandai berkata-kata.

Keduanya sebab PC aku tidak dapat berfungsi dengan baik. Entah bagaimana Keyboard seolah-olah tidak berfungsi. Sekejap nyala lampu, sekejap rosak. Itulah yang membuatkan aku paling malas untuk menaip.

Wallahua'lam.

Anak Siapa ni ek?

Assalamualaikum.

Kat bawah ni aku hantar satu artikel yang aku copy dari dari blog ApaKhabar GanuKite yang pernah cuba dikaitkan aku dengan blog terbabit. Aku nak urus blog aku pun tak ada masa. Inikan pula susah-susah buat banyak blog. Aku bukan suka lempar batu sembunyi tangan, atau tembak orang serah pistol dan kata aku tembak sebab aku kena serang. Aku bukan jenis begitu! Itu sifat yang bacul. Batu Buruk!.

Apa salahnya mengaku kesalahan. Akui kesilapan dan menyesali perbuatan. Ni aku nak tunjukkan seorang anak exco Terengganu yang dikatakan pelopori kepada Ulul Albab. Terengganu juga dikatakan mencipta rekod baru dengan pelajar tadika khatam Quran meningkat kepada 2010 orang pada tahun ini. Alhamdulillah. Tapi, anak siapa yang khatam quran? anak siapa yang di "Ulul Albab" kan?

Cuba lihat gambar, nilai dan renung apakah ini selari dengan Ajaran Hadhari? Atau hanya layak dikatakan pengikut Ayah Pin??


Hebat dia ni ! Macam-macam posting dengan Minah Salleh tu.... eh...kut bini dia...tapi rasa-rasa kalu bini dok gitu. Weh.... memang berani budok ni. Tapi tahu tak anak siapa? Tahu ke dok ? Kalu tahu khabor le ke kite ! Kalu dak tahu acu kelih gambor kat bawah :


Eh.... gambor hok tu le je.... gambor dia jugok... tapi hebatlah dengan Minah lain pulak..... siap peluk-peluk pulak tu.... ish....ish.... anok siape dia ni.... . Ni mesti bukan calang-calang anak ni, keturunan yang berani peluk Mat Salleh ni. Tahu dok anak siape ni? Dok tahu...nak tahu ke dok ? Kalu Nok acu tengok gambor kat bawah;


Haa...... sebijik tak dengan mamat kat atas tu.... mesti sama punya sebab memang orang yang sama. Memang dia ni jenis hebat, acu tengok gok cara duduk tu, kan gaya pendekar tu. Siapa hah dia ni.... ????? Kita cuba ambik angle besor sikit gambor ni....


Ha..... baru boleh kelih.... acu tengok anak siapa?

Nota aku: Mungkin yang berada di luar Terengganu tidak mengenali siapa ayah kepada pemuda ini. Cuba lihat DI SINI samada anda boleh mengecam ayah pemuda berkenaan atau tidak.

27 September 2007

Poster-poster pilihan raya: Cetak dan sebarkan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Poster-poster pilihan raya: Cetak dan sebarkan

Adalah menjadi tanggungjawab setaip insan (yakni pengunjung laman ini) untuk memberikan kesadaran kepada masyarakat bahawa pemerintahan negara kita telah mengalami zaman yang cukup dasyat. Pelbagai masalah masyarakat telah melanda, baik rakyat marhein mahupun pemimpin atasan semuanya telah mula dirasuk budaya kurang sihat.

Anda wajib memainkan peranan untuk kesedaran ini. Muat turun (download), Cetak dan tampal di tempat-tempat awam.



1. Jawapan Mereka (Sila klik di sini) dalam format PDF



2. Budaya Punk (Sila klik di sini) dalam format PDF



3. Vacuum Kebebasan, Keamanan & Kesejahteraan
(Sila klik di sini) dalam format PDF




4. Inilah yang mereka mahu (sila klik di sini ) dalam format PDF



5. Ini Budaya Mereka (Sila klik di sini) dalam format PDF


Copy dr TKO

Jumpa kawan lama

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apa cerita dengan si pembakar bendera? Dah jumpa ke belum? Polis melaporkan ada sahaja individu yang tampil menyerah diri bila gambar mereka disiarkan di akhbar. Dari 1, 2, 3 dan terus meningkat ke angka belas. Polis kata ada lagi gambar yang akan disiarkan. Aku tertungu-tunggu juga sekiranya ada gambar aku yang sesat masuk dalam akhbar.

Semalam semasa menunggu di bank, seorang teman serumah semasa di Kampus UiTM datang menegur. "Boss, gambar mung masuk paper baru ni" Kuat juga dia tegur dalam bank tu. Masa tu orang tak la ramai sangat, tetapi boleh la didengari sorang dua yang berhampiran. Aku menafikan sahaja. Aku balas "Pandai-pandai la mung reka cerita". Aku senyum jer. Aku kira dia faham makna senyuman aku.

Selesai berurusan, aku melangkah keluar ke sebuah bank yang lain pula. Terdetik juga di hati nak tanya khabar sahabat lama itu. Kerja di mana, buat apa sekarang. Kesal pula tidak ambik nombor telefon. Harap dapat jumpa lagi dia nanti. Cuma sempat mengucap selamat berpuasa dan selamat hari raya sahaja.sengihnampakgigi

25 September 2007

Penggunaan Peluru Hidup Memang Dirancang?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

 Ketika malam berlaku kejadian keganasan polis di Batu Buruk, aku berkira-kira satu kegagalan pihak yang merancang insiden itu adalah penggunaan peluru hidup. Aku kira, bilamana penggunaan peluru hidup, maka peluang untuk pembangkang mendapat manafaat terbuka luas dan amat untung sama sekali. Itu perkiraan aku ketika mana mendapat maklumat dari kawan yang melaporkan dari tapak kejadian.

Tetapi, pada hari ini aku punya pandangan yang agak berbeza setelah lebih 2 minggu kejadian tersebut berlaku. Aku makin yakin dan percaya bahawa penggunaan peluru hidup adalah dirancang dan memang sengaja digunakan!! Aku mempunyai keyakinan sebegini kerana menilai dari beberapa sudut yang mungkin dilihat agak GANAS, namun itulah sebenarnya apa yang dimainkan oleh pelakon utama dan kehendak pengarah yang telah merancang insiden tersebut.

Pertamanya, kenapa pelakon utama yang menembak Suwandi dan Azman tidak terus didakwa? Kenyataan Wan Abdul Aziz diambil, tetapi tiada siasatan susulan selepas 2 minggu berlalu menunjukkan seolah-olah dia tidak bersalah langsung. Menembak yang mempunyai niat membunuh dikatakan mempertahankan diri? Bahkan Dato Ayub juga menyokong kenyataan anak buahnya itu menunjukkan seolah-olah tindakan itu direstui oleh pihak polis.

Sebelum kejadian tembakan dilepaskan, para hadirin yang berhimpun sekadar berhimpun untuk masuk ke tapak ceramah. Sedikit kekocohan berlaku apabila berlaku perang mulut antara polis dan orang awam. Di sini aku melihat tindakan melepaskan tembakan bertujuan 'memanaskan' orang awam yang ada di situ bagi mewujudkan apa yang dinamakan 'rusuhan' itu. Selepas itu barulah berlaku kebangkitan orang ramai yang marah kepada tindakan polis yang melepaskan tembakan itu. Sebab itu aku melihat insiden tembakan itu disengajakan kerana ianya menjadi suis bagi mewujudkan suasana tidak aman itu.

Aku percaya pelakon utama yang melepaskan tembakan itu nanti akan digantung perkhidmatannya dalam polis. Namun aku amat yakin dan percaya imbuhan dan jaminan yang disediakan oleh pihak yang merancang adalah lumayan dan bukan sedikit. Ini tidak pelik kerana UMNO dan BN dilihat selalu menggunakan wang untuk menghalalkan apa jua matlamat mereka. Sebab itu pelakon utama terbabit tidak teragak-agak melepaskan tembakan kerana dia yakin dia akan dilindungi dan mempunyai jaminan dari pihak yang mengarahkan lakonan tersebut.

Aku juga percaya pihak media telah diberi amaran untuk tidak menghebahkan insiden tembakan dilepaskan kerana hebahan tentang tembakan itu akan menggagalkan perancangan. Cukup sekadar hebahan bahawa tembakan untuk mempertahankan diri. Namun, isu tembakan yang sengaja dilepaskan sebagai suis kepada kebangkitan orang ramai, perlu dikecilkan beritanya, sebaliknya apa yang dikatakan kemarahan dan kebangkitan rakyat terhadap perlakuan itu perlu ditekankan sebagai budaya ganas dan bukan satu budaya kita.

Keyakinan penggunaan pistol dan peluru hidup adalah dalam perancangan juga dapat dilihat pada beberapa video yang menunjukkan polis sewenang-wenangnya mengacah dan mengacukan pistol kepada orang awam (gambar boleh dirujuk pada laman BuletinOnline. Aku juga punya video terbabit, tetapi kualiti gambar amat buruk). Ini juga disaksikan sendiri oleh Abang Mat Sabu yang berada di tempat kejadian yang telah menceritakan insiden ini dalam beberapa siri ceramah beliau.

Dato Ayub juga boleh dipertikai kenyataan biadabnya apabila melaporkan pada awalnya satu das, kemudian 2 das dan terakhir adalah 4 das tembakan telah dilepaskan. Aku kira Dato Ayub perlu melepaskan jawatan kerana gagal berfungsi sebagai ketua yang baik. Bukan sahaja sanggup mencemar nama baik polis apabila bersekongkol dengan UMNO / BN, malah seolah-olah tidak tahu apa-apa!! Apakah makan gaji buta atau memang menerima upah dari UMNO??

Apakah pihak polis tiada satu pengurusan dalam penggunaan peluru hidup dan senjata api? Tidakkah setiap anggota polis bertanggungjawab melaporkan kepada unit senjata api tentang senjata apa yang dibawa dan banyak mana peluru yang digunakan? Setahu aku, menyimpan peluru sahaja sudah dikira menjadi satu kesalahan dan boleh ditahan. Bagaimana rakyat mahu selamat dari polis yang ganas jika penggunaan senjata api ini tidak dipantau sebaiknya. Bukankah banyak kes yang melibatkan salahguna kuasa oleh pihak polis?

Aku melihat gandingan lakonan mereka hampir berjaya 100%. Cuma, satu sahaja aku lihat kegagalan lakonan mereka adalah bilamana Suwandi masih hidup dan akan menjadi satu saksi utama dalam kejadian ini. Ini kerana aku yakin, melepaskan 4 das tembakan peluru hidup bukan satu cara mempertahankan diri atau memberi amaran kepada orang awam, sebaliknya memang berniat untuk membunuh! Kenapa tidak hanya satu das tembakan ke udara? Kenapa mesti 4 das tembakan?

Tembakan yang sepatutnya dilepaskan tepat ke jantung Suwandi. Namun, mungkin kerana tersilap memilih pelakon, maka drama ini dilihat ada sedikit kecacatan. Maka, aku cadangkan di sini untuk di masa hadapan, pilih sahaja pelakon polis yang sedia ada dalam Drama Gerak Khas. Dato Yusof Haslam aku kira sanggup bekerjasama dengan polis dalam hal ini. Mungkin boleh dipilih Detektif Lim, atau Siva. Jika mahu yang agak veteran pilih sahaja Sarjan Misai. Tembakan mereka tepat dan tidak pernah dikalahkan oleh musuh. Mereka juga polis yang 'baik-baik'.

amdang: Aku dah lama tidak menonton TV. Agaknya ada lagi ke Drama Gerak Khas ini? Atau mungkin A. Galak telah dinaikkan pangkat?

Demo Aman demi Keamanan & Keadilan

Perarakan Aman Desak Penubuhan Suruhanjaya Diraja!

Tarikh : 26 Sept 2007
Hari : Rabu
Masa : 11 Pagi
Tempat : Bermula di Istana Keadilan ke Jabatan Perdana Menteri
Penyertaan : Pencinta Keamanan & Keadilan

Anjuran : Majlis Peguam Malaysia

Nota : Perarakan ini bagi menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan menyiasat klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Sebelum ini, kerajaan menolak desakan beberapa pihak, termasuk parti-parti pembangkang dan Majlis Peguam, yang mendesak kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk meneliti keadaan dalam badan kehakiman ekoran pendedahan klip video tersebut.

Sumber : Harakahdaily

24 September 2007

Gambar Suwandi selepas pembedahan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sedikit gambar yang aku copy dari BuletinOnline.net. Aku ingat nak berkenalan la dengan puan Siti yang mengirim gambar-gambar ni. Biar dapat 1st hand punya info. Hehehe. Begini punya ganas perlakuan polis, pembakar bendera juga yang mahu didahulukan?? Dakwa segera si penembak itu!!!! marahmarah


Macam tak ada apa-apa jer..


Nampak sikit je kan?


Uik! leh tahan gak luka tu. Ngeri tengok


Uhhh.. apa ni?? Ngerinya. Sampai macam tu sekali??


Leh ke bayangkan betapa derita Suwandi?


dengan wayar yang melilit tubuh...


Salahkah aku mengutuk polis yang menembak Suwandi??


Salahkah aku mengutuk UMNO yang menjadi dalang??

23 September 2007

Misteri pemilik IP 219.93.35.33

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apa yang aku tulis di bawah ini boleh dirujuk pada artikel aku sebelum ini bertajuk "sesekali melihat reaksi pengunjung". Perhatikan IP pengunjung dan nick yang digunakan.

marang kerapu
itu baru tembak kalu sekali lagi tang ddn peluru berpandu baru glamur ni dok baru dua kena dah kecuh satu dunia pejuang islam tak bising macam org pas tengok muka org pas x tak sinar cahaya xxxxxxx
20 Sep 07 08:53
219.93.35.33
johorian
orang johor pun islam tapi tak lah macam org trg hari 2 cite politik bodo mu org lain main politik gok kat trg ni 24 jam keje -keje macam artis popular cari rezeki dulu baru x
20 Sep 07 08:49
219.93.35.33
org kaya to org minyak
bodo mung kalau nak murah pakai minyak nyiur laa.. mung ingat gali minyak pakai air liur ke...
18 Sep 07 22:12
219.93.35.33
org beriman
Fitnah lebih kejam drp membunuh dan satu perbuatan yang hina. jgn buat fitnah bulan posa ni...
18 Sep 07 22:09
219.93.35.33
rockkkkk to org kl
kalau tak dok polis sapa nak jaga ke amanan. harap kat kau nampaknya dunia ni cepatla kiamat. pikir dulu nak kata.kecuali kau tak sekolah
18 Sep 07 15:03
219.93.35.33


Baru-baru ini aku menerima satu email. Email yang aku kira agak mengejutkan aku. Agak mengejutkan pada aku kerana tersasar dari apa yang aku sangkakan selama ini. Sebelum ini, aku berkira-kira kenakalan mereka yang mengunjungi blog aku dan menconteng shoutbox adalah dari kalangan pencacai UMNO yang tidak senang dengan pendedahan aku. Rupa-rupanya aku silap sama sekali. Cyber Troopers yang aku sangkakan sebenarnya adalah mereka yang datang dari dunia lain.

Tentu anda semua berminat mahu mengenali siapa mereka bukan? Hehehe. Aku saje buat suspen. Bila lagi suspen, lagi la menarik untuk tahu kan?

Begini jer, anda copy IP ini 219.93.35.33 dan buka website www.ip2location.com/demo.aspx atau KLIK dan paste IP tadi ke dalam kotak yang disediakan untuk melihat siapa tuan punya IP tersebut. Ini adalah satu contoh untuk melihat siapa yang mengunjungi blog anda. Selamat mencuba!!

Nota: Terima kasih kepada pengirim email yang enggan memperkenalkan diri mengajar aku cara-cara mengesan tuan IP yang hadir ke dalam blog aku. Sebelum ini aku hanya tahu IP siapa yang memasuki blog aku, tetapi langsung tidak tahu siapa yang masuk. Sesiapa yang punya ilmu dan mahu berkongsi dengan aku, email aje jangan malu-malu. InsyaAllah ilmu itu dapat dimanafaatkan.

Mana gambar 319 budak yang masih hilang??

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Terbaca dalam paper versi online tadi 319 budak masih hilang seperti yang disebut oleh KPN, Tan Sri Musa Hassan. KPN juga digambarkan seolah-olah bimbang dengan nasib yang bakal menimpa kanak-kanak yang hilang itu. Apakah mereka akan dapat bertemu semula dengan keluarga, mahupun berakhir dengan kejadian seperti adik Nurin Jazlin.

Prihatinnya KPN dalam hal ini. Namun keprihatinan KPN dilihat kurang menyerlah kerana tidak menyiarkan gambar-gambar mereka yang hilang dalam akhbar. Jika KPN menyiarkan gambar-gambar mereka yang hilang, tentu ramai JKK dan para pencacai UMNO tampil ke depan dan memberitahu lokasi di mana terdapatnya individu yang terdapat dalam gambar terbabit.

Ini dapat dilihat di Terengganu apabila pihak polis menyiarkan gambar-gambar mereka yang dikehendaki memberi maklumat di muka hadapan, maka berbondong-bondong pihak menawarkan hadiah dan memberi kerjasama kepada pihak polis. Ini tidak, asyik-asyik muka Pak Lah dengan Najib aja di muka depan. Sesekali ok gak letak muka orang yang dikehendaki di muka depan. Sekurang-kurangnya dapat masyarakat lebih prihatin terhadap apa yang berlaku sekeliling.

amdang: Tukar muka KPN sengihnampakgigisengihnampakgigi

Rombak PDRM?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Rombak PDRM? Aku agak terkejut bila membaca satu kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Saudara Mahfuz Omar. Bila aku baca sekali lagi, Ohh, rombak bukan bubar. Aku senyum. Kadang-kadang istilah yang ada boleh mengelirukan bila dibaca sekali lalu. Rombak struktur PDRM yang dilihat reput dan sudah usang dan ganti dengan tiang seri yang baru dan baik. Itulah maksud yang sebenarnya terkandung dalam kenyataan saudara Mahfuz.

Rombak dilihat umpama UMNO Roboh masjid. Umpama UMNO roboh chalet di Pulau Redang. Umpama BN robohkan rumah rakyat di Kampung Berembang, umpama BN robohkan rumah-rumah rakyat di tanah-tanah RTB juga. Apapun istilah rombak itu tidak salah langsung. Cuma bagaimana pemahaman orang yang membacanya sahaja.

Aku kira istilah itu betul. Rombak dan akan dibina semula. Dengan ertikata susun semula. Buang yang buruk dan letak yang baik. Tapi wajarkah PDRM dirombak? Aku kira merombak PDRM bukanlah penyelesai masalah utama, namun masih boleh dikira baik dan wajar dilakukan. STruktur utama negara juga aku lihat wajar dirombak. Buang yang mana-mana korups dan tidak berguna. Jika asyik tidur sahaja, bila masa buat kerja? Jika asyik bercuti sahaja, apa faedah wang rakyat membayar gajinya?

Apapun, aku masih bersetuju dengan saudara Mahfuz memulakan tindakan drastik untuk merombak struktur PDRM yang ada pada hari ini. Aku bukan melihat struktur yang ada dari segi politik semata, tetapi turut melihat kepada kesan kepada masyarakat yang ada. Sifat bertanggungjawab KPN terhadap beberapa insiden dan turut melibatkan kegagalan anak buahnya yang memimpin negeri-negeri lain turut boleh dipertikai.

Sebelum ini, bila aku membaca kenyataan Saudara Herman Shamsuden berkenaan "Nurin dibiarkan mati kerana polis bersandiwara di Batu Buruk" terasa agak KASAR tulisan tersebut. Itu ketika mula-mula membaca buat pertama kali. Tetapi bila KPN mahu ibubapa Nurin didakwa atas kesalahan cuai, maka aku kira kenyataan itu tepat dan benar sama sekali. Aku bukan mahu salahkan semua polis atas semua jenayah yang ada, tetapi akibat terlalu mengikut politik UMNO dan BN, maka polis mengabaikan tanggungjawab utama mereka. Carilah sampai dapat pembakar bendera tersebut dan abaikanlah peranan anda yang lain-lain!!

Sungguh aku cukup terkilan dengan polis sekarang ini. Mahu sahaja aku pergi ke balai dan buat laporan polis terhadap kesalahan dan kegagalan polis ini. Tapi siapa aku untuk mengarah polis menyiasat polis? Polis sudah terbukti dalam beberapa kes gagal menyiasat mereka sendiri. Sebab itu rakyat mendesak supaya IPCMC yang kekal dan bebas segera diwujudkan agar peranan polis dapat dikembalikan.

Aku percaya banyak kes kecurian, rompakan dan beberapa kes yang dianggap kecil pada polis walaupun sebenarnya besar pada masyarakat, masyarakat sudah tidak melaporkannya kepada pihak polis. Mereka tahu polis akan terima laporan mereka, namun mereka tidak pasti sejauh mana polis bertindak atas laporan yang diterima. Mungkin mereka berfikir polis akan menjawab, "Hari ini sahaja dah 10 kes curi motor. Dah jadi biasa sangat dah kes curi motor ni. Apapun, pihak kami akan siasat". Laporan polis dibuat sekadar mahu melepaskan tanggungjawab dan mahu claim insuran dan sebagainya mungkin. Soal adakah pihak polis mampu menyelesaikan kes-kes yang membarah sekarang mungkin mereka fikir polis sudah tidak mampu.

Bila kepercayaan terhadap polis sudah luntur dan hilang, maka apa lagi yang rakyat ada? Tidak mustahil rakyat lebih percayakan gangster bagi mengadu hal dan nasib. Mereka sanggup membayar sedikit upah asalkan mereka puas dapat membelasah orang yang mencuri motor mereka. Mungkin juga rakyat suka bertindak sendiri menyiasat dan menjadi hero bagi menyelamatkan sesuatu insiden.

Erkk. Maaf, ini bukan blog mengutuk polis. Harap maaf kepada semua polis-polis di luar sana. Ini masih blog personal aku. Apa yang aku lontarkan ini adalah sebahagian dari jiwa dan rasa aku sebagai anggota masyarakat. Aku ada kenal polis yang baik dan berhemah. Punya pekerti yang mulia. Ada. Sungguh apa yang aku katakan ini. Hampir saban waktu kami akan berjemaah bersama. Bahkan waktu Subuh juga! Cukup senang jika melihat sebegini pegawai polis yang ada. Mesra dengan masyarakat, muka pun jernih. Jika dalam uniform tetap tegas walaupun dalam masjid pun kurang senyum sebenarnya. Tapi sikap beliau menjaga amalan dan menunaikan kewajipan terhadap Allah meyakinkan aku dia juga amanah terhadap kerja dan tugas beliau.

Aku pernah berdepan dengan beliau ketika aku berdemonstrasi suatu ketika dahulu. Kerjasama cukup baik walaupun ada sedikit ketegangan. Namun sikap profesional yang ada menunjukkan dia tetap tegas dalam tugas, namun pada masa yang sama memberi kerjasama dan memastikan apa yang kami lakukan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden. Mudah cerita, tiada sebarang provokasi dan tembak menembak berlaku. Wallahua'lam.

Selamat Hari Lahir Ayah!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini 23 September 2007. Hari lahir ayah aku yang ke 59. Selamat Hari Lahir Ayah! Umur 59 tahun satu umur yang dikira pertengahan. Umur baru pencen, umur baru nak menjejak ke umur 'tua' 60-an. Maybe kalu orang tanya berapa umur, dan kita jawab 50 lebih, orang tu tidak akan dipandang tua sangat. Tapi kalu jawab 60 tu akan dilihat agak tua. Memang 60 tu lebih banyak dari 50! sengihnampakgigi

Kelmarin aku balik kampung jumpa mak ayah. Mak sihat jer. Ayah baru sahaja mengalami kemalangan kecil. Jatuh motor balik dari masjid. Terlanggar kayu pokok mati yang tumbang merentang jalan. Masa tu lepas solat Maghrib. Lepas berbuka, macam biasa ayah ke masjid. Balik tu dalam keadaan ribut dan angin kuat. Tak sangka lak ada kayu jatuh merentang jalan. Mujur juga tak jauh dari rumah. 10 meter je. Lutut berdarah, dan betis dan kaki terkena ekzos motor.

Pagi-pagi, ayah akan lap luka dengan ubat sapu. Kaki yang terkena eksoz tidak luka, cuma mengalami melecur dan kembung. Aku minta izin untuk cucuk sahaja dengan jarum. Biar keluar air dalam tu. Kata ayah, mak suruh tunggu sampai 'matang'. Aku tak tahu lak kena tunggu sampai matang. Tapi petang semalam ayah izinkan aku cucuk dan keluarkan air dalam gelembung kaki dia tu. Alhamdulillah juga ayah tiada sebarang penyakit orang kaya. Tiada kencing manis, tiada darah tinggi, tiada lemah jantung dll. Pendek kata, ayah cukup sihat walaupun kurang bersenam. Mungkin amalan ayah yang makan sederhana membuatkan ayah sihat. Jarang sangat aku lihat ayah menambah nasi jika makan. Mungkin juga itu faktor ayah kekal slim. Hehehe.

Semalam ayah nyatakan rasa gembira bila aku pulang. Kata ayah, kalu aku tidak pulang ke rumah, mak kurang bersungguh untuk memasak. Biasanya berbuka dengan kuih dan makanan ringan tanpa nasi. Bersahur akan kekal makan lauk sama selagi mana tidak habis. Panaskan lauk dan panaskan. Adik aku yang bongsu pun mengadu hal yang sama. Kata mak, takkan nak bazirkan lauk.

Aku senyum bila ayah berkata begitu. Maybe mak tahu selera makan aku. Mak juga tahu apa makanan yang aku suka. Cuma silap aku kerana tidak maklumkan mak yang aku hendak pulang. Sebab mak langsung tak ready nak buat bubur lambuk. Mak tahu kalu dia buat bubur lambuk, aku akan makan sampai licin. Aku berbuka dengan bubur lambuk, balik terawikh aku akan sambung lagi. Sahur pun jika masih ada aku akan tetap setia dengan bubur lambuk. Bukan aku yang suka makan bubur lambuk, tapi bubur lambuk mak yang sedap! lapar

Petang semalam, bila aku kata nak balik awal, mak tanya tak leh tunggu balik pagi esok aje ke? Aku cakap ada sedikit urusan nak diselesaikan. Tapi aku tunggu sampai agak petang. Aku tengok mak masak agak banyak. Jadi aku kira mak nak suruh aku bawa bekal bawak balik berbuka. Kebetulan semalam adalah giliran mak memasak untuk Imam terawikh yang dijemput khas. Jadi, ada la lauk yang agak istimewa. Gulai ayam kampung, sayur air batang keladi dan pisang sira. Aku tak sempat tunggu masakan daging. Maybe mak nak buat sup. Kalu sup, tak sedap buat awal-awal. Sebab makan panas tu lagi sedap.

Sebelum datang semalam, sempat tanya mak apa resepi bubur lambuk. Aku kira aku nak try nanti jika ada masa. Maka turut bekalkan daun 'kesom'. Kata mak, sedap skit untuk aroma. Aku juga berkira-kira mahu menyembelih seekor dua arnab untuk dibawa daging. Tapi terkejut bila melihat sudah tiada arnab dalam kandang. Ayah kata dia jual. Ada budak-budak datang beli. Sebelum ini pernah mencapai dekat 30 ekor kesemuanya. Sekarang tinggal 3 ekor sahaja lagi. Kata ayah, yang 2 ekor tu dia dah niatkan untuk sembelih semasa berbuka puasa PAS cawangan nanti. Seekor tu maybe nak buat main je la.

Selamat Hari Lahir Ayah! love

21 September 2007

Terdesaknya Umno Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam aku menerima satu email dari seorang pegawai kerajaan di Terengganu. Aku tidak kenal, dan dia juga tidak berhasrat memperkenalkan diri dia. Aku tahu, semuanya kerana dia merasakan mahu dirinya selamat dan sudah tentu tidak mahu dilihat menentang walaupun sebenarnya dia menentang dasar kerajaan Hadhari ini. Email yang kurang tersusun itu menceritakan bagaimana terdesaknya UMNO Terengganu menggunakan kuasa dan mengarahkan pegawai-pegawai turun ke majlis penerangan yang mereka anjurkan. Berikut adalah isi email yang aku terima dan aku telah ubah bagi memudahkan pemahaman anda sekalian..

------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Encik amdang, pertamanya tahniah saya ucapkan kerana keberanian encik menjelaskan isu sebenar yang berlaku di Batu Buruk 8 September yang lalu. Sebelum ini saya tidak pernah menyedari kewujudan blog encik amdang sehinggalah tercetusnya peristiwa di Batu buruk itu.

Semalam saya mengikuti satu majlis penerangan yang dinamakan penjelasan Isu Rusuhan 8 Sept 2007. Majlis ini adalah majlis penerangan oleh kerajaan Negeri Terengganu. Di sini saya cuba ceritakan sedikit program semalam. Harap info ini berguna. Mohon tidak disebut sumber ini dari saya. Harap sangat rahsiakan tentang saya.

Program : Majlis Penjelasan Isu Rusuhan 8 Sept. 2007.
Tarikh : 19 Sept 2007.
Tempat : DB WDI, KT
Peserta : Kakitangan kjaan negeri, pusat dan agensi2.
Anggaran : 1500 org. (dewan penuh)
Cara jemput: paksa/diwajibkan.

Ini bukan majlis penjelasan kali pertama, sehari sebelumnya telah berlangsung majlis penerangan kepada JKK dan sehari sebelum itu penerangan kepada pegawai kanan jabatan. YB Rosol dalam ucapannya telah menyebut ucapan terima kasih kepada KPN kerana sibuk selama seminggu ini untuk memberi penjelasan berkenaan isu ini. (kan aku dah kata ada kerjasama UMNO dan polis dalam drama insiden keganasan itu!!!! --tulisan aku ni)

Semasa pendaftaran, peserta diminta menulis nama dan nombor telefon. Setiap peserta diberi risalah dan poster-poster antaranya berbunyi "PAS & pembangkang ganas!", "Kerugian yang ditanggung rakyat RM 1 juta: PAS Ganas - Khianati harta awam" dan beberapa risalah dakyah yang lain termasuk Warta Hadhari bil 6/2007, sekeping VCD "Rusuhan, Kami tak mahu, Kami sayang negeri kami (47:34 minit)"

Selepas mengambil tempat, sebelum majlis bermula peserta ditayangkan dengan VCD Demonstrasi dan serahan memorandum bantahan perampasan tanah RTB di Dungun baru-baru ini. Majlis dimulakan oleh pengerusi kira-kira jam 2.35 petang. Seawal majlis, kami dihidang dengan VCD "PAS Mengganas lagi" dan diulas oleh KPN (ada vcd ucapan KPN utk majlis sebelumnya. saya rasa ucapannya tak byk beza) Penjelasan itu dibuat mengikut beberapa turutan:

Bab 1: Insiden rusuhan
Mulakan dengan permohonan permit ceramah. KPN kata tak pernah tolak beri permit ceramah kepada PAS. Mereka dakwa mereka ada statistik berkenaan permit ceramah yang dikeluarkan kepada PAS. Namun KPN tidak nafikan adanya ceramah yang dibuat tanpa permit dan dakwa KPN lagi ceramah tanpa permit lebih banyak dari yang ada permit. Pada pendapat saya, ceramah PAS yang tiada permit dibuat di kawasan persendirian. Sebab itu tidak perlu kepada permit.

Antara tajuk slide yang dibentangkan adalah:
a) Senario kejadian.
b) Alasan penolakan.
c) Punca insiden.
d) Ancaman terhadap polis.
e) Urutan rusuhan.
f) Penyokong tiba
g) Sekatan jalanraya.
h) Kemusnahan/kerugian
i) Bakar Jalur Gemilang
j) Polis cedera
k)Putus urat jari
l) Antara 27 yg ditangkap
m) Serang
n) Ratusan penyokong


Bab 2: kejadian tembakan guna peluru hidup.
Mengikut KPN penggunaan peluru hidup adalah untuk mempertahan diri setelah diserang sekumpulan orang awam. Jika polis berkenaan memberi keterangan yang salah, anggota terbabit akan ambil tindakan oleh pihak polis.

Namun saya hairan bilamana polis sehingga sekarang masih tidak menahan atau berbuat apa-apa ke atas anggota polis yang melepaskan peluru berkenaan. Seperti kata saudara amdang, pihak polis terbabit perlu dibersihkan terlebih dahulu kerana dia akan dianggap salah oleh masyarakat. Kenapa perlu sibuk mencari puluhan dan mungkin ada lagi selepas ini orang awam yang akan dipaparkan mukanya bagi membantu mencari pembakar bendera. Dakwa sahaja dulu anggota ini. Pada masa yang sama barulah dicari pembakar bendera terbabit. Di sinilah saya lihat satu agenda politik antara UMNO dan polis wujud. Seperti kata saudara, pihak polis sengaja mengelirukan masyarakat dengan isu Jalur Gemilang berbanding isu penggunaan peluru hidup kepada orang awam.

Sessi Soal Jawab

Penyoal pertama dengan 3 soalan:

Soalan 1: Tatacata pohon permit. ada panduan tak, berapa tempoh masa nak lulus.
Soalan 2: Tatacara anggota guna senjata, polis berpakaian preman bawa senjata api.
Soalan 3: Saya lupa soalannya. (apa da pakcik!! - aku gurau je)

Penyoal ini agak cool. Saya rasa dia ikhlas bertanya dan tidak berpihak mana-mana pihak. Memakai baju korporat putih, ada sulaman 50 thn merdeka dan tertulis Integrasi Nasional. Umur dia saya kira sekitar 35 tahun.

Penyoal ke-2: 1 soalan.
Soalan 1: Permohonan ceramah belum lulus, tapi kenapa poster-poster ceramah PAS sudah ditampal di sana sini? kenapa?

Penyoal kedua ini saya anggap seorang yg pro umno kerana soalannya agak provokatif, dan meminta polis bertindak tegas banteras ceramah. (tengok, hanya UMNO je tak suka ceramah PAS. So, dah tentu ada tangan-tangan UMNO yang halang ceramah BERSIH di Batu Buruk! - aku tambah ni) Memakai kot, berusia juga lingkungan 35thn.

Dalam mengulas jawapan, KPN ada berkata yang kelmarin ketika majlis taklimat kpd JKK, ada soalan/permintaan dr JKK supaya dikurangkan ceramah kerana mengganggu anak-anak yang mahu menghadapi PMR. (Tengok la mentaliti orang JKK. Hehehe - aku komen ni)

Satu lagi kata JKK terbabit, kejadian 8 Sept itu berlaku di Kuala Terengganu sahaja, bagaimana sekiranya kejadian itu berlaku di setiap daerah. Apakah polis boleh menanganinya?
(jawapan aku - Kalaulah PAS ni betul-betul ganas dan nak lakukan rusuhan, PAS tak akan serang polis-polis tu. Lebih baik serang pejabat UMNO terus. Paling tidak rampas Wisma Darul Iman. Tapi PAS tidak mengamalkan budaya itu dan amat menghormati undang-undang. Kerana itu PAS menolak tuduhan yang dilemparkan PAS ganas kerana sejarah membuktikan ceramah PAS tidak pernah berlaku kekacauan kecuali dengan kehadiran pihak polis yang mengganggu.)

Jawab KPN, dia akan tetap berikan permit jika patuhi syarat. Ini adalah kerana Malaysia mengamalkan demokrasi, ada hak bersuara dan sebagainya. Pembangkang tidak diberi tempat dalam media arus perdana dan TV, jadi ceramah merupakan medium kepada mereka. Kalu diberi stadium mudahlah. (lebih kurg gitulah dia ucap)

KPN sambung lagi dan bertanya kepada audien adakah audien setuju jika tak diberi permit. Audien senyap je. Adalah 2,3 org kat belakang yg kata setuju. Selebihnya langsung tak berminat nak menjawabnya. Mungkin malu atau tidak setuju larangan ceramah. (Aku rasa ramai orang PAS je yang dijemput dalam majlis semalam tu. Hehehe. Silap la UMNO nak perbodohkan rakyat begitu je - nota aku ni. )


Dato' SUK memulakan ucapan kira-kira jam 3.5o petang. SUK mengingatkan hadirin tentang General Order (perintah Am) dan memberi amaran kepada semua kakitangan awam supaya jangan merosakkan nama baik. Pihak kerajaan tidak akan teragak-agak akan ambil tindakan jika dapat tahu ada yg terlibat. Siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti kakitangan negeri atau persekutuan yg terlibat dalam insiden rusuhan 8 sept. Dato' SUK minta ketua2 jabatan adakan penjelasan/ingatan kpd anak2 buah masing2. (Ugut lagi!!)


Ucapan YB Dato' Rosol 4.10 pm. (Ini Rosol yang tiada wahyu. Hehehe. -aku komen ni)
baca ayat quran: lain syakartum... - sekiranya kamu tidak bersyukur.....
baca hadith: man lam yashkurinnass... -Sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia....
Rosol ni tekankan bukan mudah utk bina negara. 50 tahun bina. Mudah dan boleh runtuh dalam sekelip mata. Turut menyatakan rasa kesal & sedih dengan pembakaran Jalur Gemilang. Saya melihat suatu kebodohan YB Rosol adalah apabila menuduh perbuatan khianat di atas adalah perbuatan PAS dengan membuktikan seluar dalam hijau yang dipakai seorang pemuda.

Kemudian Rosol turut menambah pertanyaan kepada audien tentang adakah wajar seorang yang berserban dan berjubah mengambil batu dan membaling kepada polis? "ssaboh ke dok?". Hadirin tidak berapa mahu menjawab persoalan itu. Rosol terus menyerang dengan mengatakan semua yang menyerah diri kepada polis adalah orang PAS. Salah seorang darinya adalah dari Alor Tuman. Ini "pior PAS" katanya.

Semasa berucap dipaparkan gambar-gambar dan kata-kata di 3 skrin. Rosol juga cuba menunjukkan Dato Mustafa Ali sebagai tidak bertanggungjawab.
Mustaffa Ali kata apa di Suhakam : "I was not there", sedangkan ditunjukkan gambar yg mana Cikgu Pa ada berunding nak masuk ke rumah tempat ceramah. Maksudnya Cikgu PA berbohong katanya. (Cikgu Pa merujuk kepada tempat tembakan dan keganasan polis berlaku. Itu dinyatakan bagi menunjukkan betapa tempat ceramah dan tempat kejadian berlaku adalah agak jauh. Turut menuduh pimpinan PAS tidak bertanggungjawab apabila masuk ke rumah tempat ceramah, sedangkan tidak ambik tahu apa yang berlaku di luar.

Semasa Rosol berucap ditayangkan beberapa slide; antaranya bertajuk :

PAS BAKAR JALUR GEMILANG,
PAS GANAS,
KENAPA PEMBANGKANG BENCI JALUR GEMILANG,
KERANA UMNO MERDEKAKAN TANAH MELAYU,
PAS CUBA LEBONG RAKYAT (yg ni gambor Cikgu PA di tempat ceramah), dll.

Majlis berakhir kira-kira jam 4.25 petang. Sejurus keluar, disediakan kain rentang bagi menandatangani mengutuk pembakaran Jalur Gemilang. Sini dilihat tak ramai bersungguh nak sign. Semua macam terpaksa sahaja.

Itu sahaja laporan saya. Saya kira cukup panjang jika mahu menceritakan semuanya. Semoga Encik amdang dapat berbuat sesuatu atau mendedahkan program yang dilaksanakan itu kepada masyarakat luar. Ini pada saya menunjukkan UMNO Terengganu benar-benar terdesak dan cuba menangguk dengan insiden yang berlaku. Jika dikatakan insiden itu sebuah drama yang dirancang pun, saya amat bersetuju.

-----------------------------------------------------------------------

Email di atas telah diedit dengan pengolahan ayat aku sendiri. Cuma di hujung / akhir email aku dah tak larat nak ubah sangat. Aku banyak gunakan perkataan asal dan susun semula sahaja. Apapun, aku susun tu tak lari sangat maksudnya. Iaitu nak tunjuk UMNO Terengganu berusaha memperdaya rakyat dengan cerita dan drama yang mereka rekacipta.

Penat dah edit. So, aku nak tidur awal. Wassalam.

Khutbah Hadhari kutuk Keganasan Polis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku kira semua khatib di negeri Terengganu hari ini membacakan khutbah yang sama. Khutbah yang aku tidak pasti tajuknya, tetapi memberi maksud menolak keganasan. Turut disebut dengan jelas adalah tarikh 8 September di manamerupakan hari kejadian polis melakukan keganasan dan melepaskan tembakan kepada orang awam.

Walaupun dalam khutbah terbabit tidak disebut dengan jelas tentang polis melepaskan tembakan dan melakukan keganasan, namun aku kira semua rakyat Terengganu yang mendengar khutbah terbabit faham dan mengerti maksud yang hendak disampaikan. Turut disebut adalah bagaimana keganasan yang dicetuskan itu boleh mengundang kemudharatan dan keselamatan negara. Sewajarnya aku kira pihak polis mengambil ikhtibar dari khutbah yang disampaikan itu. Keganasan dan penggunaan peluru hidup ke atas orang awam tidak akan diredhai dan akan tetap ditentang oleh orang awam yang cintakan kedamaian dan keamanan.

Ajaran Islam melarang melakukan keganasan. Melarang lakukan provokasi dan menggalakkan mesyuarah dan perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Di sinilah aku lihat kegagalan pihak polis mengawal anggota mereka dalam menghadapi rakyat yang mahukan jawapan kenapa perhimpunan aman mereka untuk mendengar ceramah diganggu dan tidak diberi permit.

Rakyat percaya semuanya berpunca dari arahan pihak atasan yang tidak mahu rakyat bebas dan terbuka mendengar penerangan dari pihak BERSIH. BERSIH yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihnaraya merupakan gabungan parti yang berdaftar dan sah bersama NGO yang turut sah di sisi undang-undang dinafikan hak untuk memberi penerangan oleh kerajaan UMNO Terengganu. Aku kira di sinilah punca utama kenapa berlaku keganasan oleh pihak polis dan seterusnya keganasan itu ditentang oleh rakyat terbanyak. Wallahua'lam.

Nota: Aku tak tidur masa khutbah tadi! sengihnampakgigi

20 September 2007

Takziah buat Jazimin sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Pertamanya, Al-Faatihah buat arwah adik Nurin Jazlin. Aku sebenarnya tidak begitu mengikuti perkembangan kehilangan adik Nurin Jazlin ini. Maklum sahaja aku di Terengganu, dan kehilangan disyaki di KL. Bila jarak yang ada terlalu jauh, sukar rasanya mahu memberikan pertolongan secara langsung. Namun, sebagai umat Islam, aku turut mendoakan agar Nurin Jazlin segera dipertemukan semula dengan keluarganya.

Dua minggu sudah aku berada di KL. Kesempatan yang ada aku luangkan untuk ke rumah seorang kawan di Sri Rampai. Ketika keluar minum, aku dapat lihat banyak poster arwah di tampal di merata-rata. Sri Rampai dan Wangsa Maju (tempat kejadian) memang tidak jauh. Aku biasa ulang alik dari Sri Rampai ke Wangsa Maju untuk mendapatkan perkhidmatan LRT.

Sedih bilamana dari berita kehilangan, berakhir dengan perjumpaan yang tragis dan ngilu. Bukan setakat sedih kerana arwah sudah tiada, tetapi turut sedih dengan perlakuan binatang yang melakukan durjana ke atas arwah. Sungguh celaka! Kasarkah bahasa aku terhadap binatang itu?

Sebenarnya aku sendiri punya dua orang anak saudara yang agak hampir namanya dengan Nurin Jazlin. Seorang Nurin Nuha dan seorang lagi Nuri Amani. Namun kedua-duanya masih kecil dan belum bersekolah. Tak dapat aku bayangkan bagaimana hati binatang yang melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap arwah. Ah, aku tak dapat bayangkan! Memang bukan perbuatan manusia yang waras. Gila!! Memang gila!!

Ini bukan pertama kali sebenarnya kanak-kanak menjadi mangsa. Apakah ini bala yang menimpa kita semua?. Hilang rasa aman di negara ini. Menakutkan. Cukup takut!! Seorang kawan yang ada di oversea sempat berkata, dia tidak fikir Malaysia tempat selamat untuk dia besarkan anak-anak. Al-Faatihah sekali lagi..

IFTAR JAMA'IE

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Jemputan berbuka puasa sambil menderma. Mengikut ustaz yang menyuruh aku iklankan ini, derma ini adalah dana untuk pembangunan pendidikan. Maknanya, bantuan itu nanti akan disalurkan kepada sekolah-sekolah, pelajar-pelajar dan juga apa jua bentuk bantuan ke arah menjaga kebajikan pendidikan. Mungkin ada yang bertanya, kenapa sibuk buat dan cari bantuan kebajikan pendidikan, bukankah kerajaan dah ada biasiswa dan pinjaman? Kalu aku, dah tentu aku jawab begini, Kerajaan??? Pelajar yang paling cemerlang STAM pun tidak diberikan pinjaman. Apatah lagi biasiswa. Mungkin sebab pelajar terbabit ayahnya bukan orang kerajaan kot. Tapi adakah ayah pelajar terbabit tidak bayar cukai kepada kerajaan??

Zalim. Itu je yang aku leh kata. So, dijemput semua untuk hadir. Semua yang aku maksudkan di sini adalah yang mahukan Islam dimartabat dan didaulat. Bahasa mudahnya adalah pendokong dan penyokong Islam. Kalu datang nak pukul orang, datang nak buat provokasi, datang nak tembak orang, baik tak payah. Ish, tembak lagi. Nasib la kalu duk ulang perkataan tembak pun. Apa nak buat, jadi rakyat yang malang di negara yang 'aman'.

Ok, selamat berbuka puasa. Hari ini aku dapat undangan berbuka di sebuah masjid nun jauh di hujung dunia. Tapi tempat yang subur dengan dakwah, insyaAllah. Wallahua'lam.

NOTA: Mohon maaf andai terluka dengan tulisan. Terluka dengan tulisan tidak berdarah, tetapi parah mungkin. Tapi luka dengan tembakan mungkin parah. Membawa kematian pun mungkin!

19 September 2007

Aman dan Damai dengan Islam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah ceramah di Batu 6 malam tadi berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan dan provokasi. Program 2 Jam bersama Mat Sabu. Aku yang pergi agak lewat, kira-kira kul 10.15 bertolak dari rumah pun masih sempat sampai ketika Mat Sabu baru nak memulakan ucapan. Seorang kawan menghantar SMS yang berbunyi "Jika suasana panas, royak la". Aku senyum. Kawan yang aku kenal bukan kaki mendengar ceramah, tapi cukup komited dengan perjuangan Islam. SMS itu aku tidak balas walaupun pada mulanya terdetik mahu membalas dengan sindiran.

Sesudah Solat Sunat Terawikh 8 rakaat di surau, aku sempat membuka PC sementara menanti kedatangan seorang sahabat yang mahu bersama-sama ke tempat ceramah. Aku memang biasa amalkan 8 rakaat dan witir akan aku sudahkan ketika sahur. Cuma risiko bila aku tak terjaga untuk sahur dan kebarangkalian untuk terlepas witir itu ada. Sambil bancuh Jus Mangga, aku tengok email. Ada satu email menarik yang aku kira aku akan kongsi di sini beberapa hari lagi. Kenapa aku katakan menarik? Kerana ianya melibatkan aku dan blog aku! :)

Jam 10.30 aku dah sampai di Batu 6. Umah aku dengan Batu 6 tak jauh. Tapi aku tidak fikir untuk berjalan kaki sahaja. Orang dah ramai dan masih ada yang masih datang. Lautan manusia yang aku lihat berkopiah, berserban, bertudung, bertelekung kain sembahyang pun ada, tak berkopiah, T-shirt, jeans, kain pelikat, dan ada juga terselit seorang Cina berseluar paras lutut sambil mulut mengunyah sesuatu. Dari jauh kelihatan pentas ceramah. Cukup ramai!. Mat Sabu kelihatan sebesar kepala mancis sahaja dari tempat aku duduk. Kebanyakan hadirin yang hadir duduk dengan beralaskan tikar yang dibawa. Ada juga yang menggunakan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai alas.

Aku berkira-kira mahu mengambil gambar suasana pada malam tadi. Tenang dan cukup hening walaupun lautan manusia yang berkumpul di Padang Bola itu. Tapi hasrat itu aku pendam sahaja kerana orang Terengganu sekarang agak fobia dengan camera. Fobia kerana hadir ceramah ni MERBAHAYA dan mengancam KESELAMATAN NEGARA. Sesiapa yang gambarnya ditangkap dan dimasukkan dalam akhbar, dia akan dilihat sebagai PESALAH. Jika tidak bersalah sekalipun, mereka akan dianggap bersalah. Itu mentaliti yang cuba disemai oleh Media. Siapa yang mengarahkan menyiarkan gambar itu?

Aku tidak berniat mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu pada malam tadi, tapi cukup untuk aku nyatakan suasana ceramah malam tadi cukup AMAN dan TENTERAM. Walaupun bedilan mercun yang sayup-sayup kedengaran, namun ketiadaan PELURU HIDUP dan GAS serta AIR ASID lah yang memastikan ceramah malam tadi berjaya tanpa sebarang insiden. Aku tak tahu jumlah sebenar yang berkumpul pada malam tadi, namun hasil derma yang dikutip berjumlah RM 11 000.00 lebih. Turut didermakan sebentuk cincin perak dan beberapa jumlah wang dalam mata wang asing. RM 11 000 adalah satu jumlah yang cukup besar sebenarnya apatah lagi apabila masing-masing berada di tengah bulan. Namun aku rasa, kehadiran yang ramailah yang menjadi faktor banyaknya kutipan pada malam tadi.

Mat Sabu selesai awal ceramah. Sekitar jam 11.40 aku rasa. Selepas itu semua berjalan keluar dengan baik dan tenang. Aku lihat ada juga beberapa kenderaan polis di tempat ceramah. Mungkin menjalankan tugas merakam apa ucapan Mat Sabu dan juga memastikan keselamatan tempat ceramah. Atau juga mereka datang untuk mengecam beberapa individu yang gambarnya tersiar di akhbar kelmarin. Ada kemungkinan!.

Apa lagi yang mahu aku ulas tentang ceramah PAS. Itulah gambaran yang biasa berlaku dan akan terus berlaku. Orang ramai datang ceramah, penceramah berceramah, kadang-kadang ada sedikit takbir, kutipan derma kepada yang memerlukan atau sempena pelancaran tertentu dan tamat. Kemudian hadirin akan bersurai secara aman. Jika mahu singgah di gerai yang ada pun ada juga berbuat demikian. Terpulang pada individu terbabit, namun jelas dan terang semuanya aman dan selamat. Tenteram dan tiada sebarang provokasi.

Isi ceramah juga tidak pernah menyuruh penyokong PAS bakar bendera, tidak pernah suruh penyokong PAS lakukan huru-hara, tidak pernah suruh pukul anggota polis apatah lagi menembak polis dan meletupkan mereka. Mungkin sedikit yang tidak disenangi dengan ceramah PAS adalah bilamana penyokong disuruh pilih yang baik, buang yang buruk. Undi yang baik, tolak yang lapuk. Pilih pemimpin yang beriman, tolak pemimpin yang bergelumang dosa dan maksiat. Pemimpin yang adil disanjung, pemimpin yang zalim disanggah.

Turut disebut dalam ceramah adalah pilih Islam, tolak Ajaran Hadhari. Sesekali ada juga diselit kisah rasul-rasul dan sahabat. dibacakan hadis dan ayat Quran. Juga diselit lawak yang sedap didengar sebelah pihak, tapi pedas pada sebelah pihak. Itu lumrah. Kita tidak mampu membahagiakan semua orang. Selagi mana kita ikut panduanNya, berjalanlah kita. Yakinlah kita betul dan benar bilamana kita mengikut panduan dari Nya.

Ada yang mengatakan ceramah PAS banyak maki hamun. Kutuk orang itu dan kutuk orang ini. Aku berfikir juga, orang bagaimana harus dipuji, orang bagaimana harus disanjung. Kaki rasuah? Kaki betina? Kaki Judi? Orang yang tembak orang? Orang yang lakukan provokasi? Orang yang halang ceramah? Orang yang benarkan maksiat? Idris Jusoh? Orang yang sesat dengan ajaran Hadhari? Aku bukanlah bersetuju 100% dengan isi ceramah PAS, terutama beberapa individu yang dilihat agak keras. Namun, aku juga tidak menolak ucapan dan ceramah yang dibuat kerana kekerasannya semata. Aku nilai kembali apa yang diperkatakan dengan kebenaran fakta dan hujah. Ada kalanya mereka tepat mengatakan seseorang itu jahat kerana memang bersifat jahat. Apakah kita nak kata seorang perogol itu seorang yang sopan? Atau kita nak puji seorang yang menembak orang awam?

Tembak, tembak, tembak dan tembak. Kenapa itu yang aku ulang? Kalian tak tahukah yang 2 orang pemuda ditembak di Batu Buruk oleh polis dengan peluru hidup? Kedua yang ditembak mahu didakwa cubaan membunuh. Polis yang menembak dibiar bebas tanpa sebarang dakwaan? Mahu dipujikah penembak itu? Salahkah aku mengutuk perbuatan menembak orang awam itu?? Salahkah aku wahai polis-polis sekalian?? Ini tidak, yang ditanya siapa bakar bendera. Ba wau da wau ha!!!

Nota: Agaknya Ba wau da wau ha itu lebih sopan agaknya sengihnampakgigisengihnampakgigi

18 September 2007

UMNO dan POLIS memang baik ke?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini ada lagi muka-muka yang dikehendaki tampil menyerah diri. Bilamana melihat gambar yang disiarkan, aku pasti polis Terengganu buat kerja sambil lewa sahaja dalam kes ini. Ini kerana ada diantara mereka yang terdapat di dalam gambar adalah mereka yang telahpun ditahan sebelum ini. Apabila mereka menyiarkan kembali gambar orang yang pernah mereka tahan, ini menunjukkan seolah-olah gambar ini bukan dari pihak polis. Siapakah tangan lain yang mengarah mereka 'mengeluarkan' gambar-gambar ini?

Gambar mereka yang dikehendaki Polis Terengganu

Lakonan dan skrip UMNO Terengganu semakin berada pada landasan. Kebenaran Dato Mustafa Ali dalam mendedahkan wujudnya tangan yang membuat pengarahan terhadap drama Insiden Batu Buruk ini makin terserlah. Lihat sahaja bagaimana mereka memainkan isu seolah-olah wujud satu huru-hara dan keganasan melampau dalam insiden yang dicetuskan itu. Walhal insiden dan keganasan sebenar yang wujud adalah penggunaan PELURU HIDUP terhadap orang awam. Inilah KEGANASAN sebenar yang wujud dalam drama itu yang mahu dihapuskan UMNO.

Pendedahan gambar-gambar di atas sebenarnya mahu menakut-nakutkan rakyat sahaja. Biar selepas ini rakyat tidak hadir ke ceramah PAS kerana jika ada kejadian yang tidak diingini, maka mereka akan dihadap ke Balai Polis. Gambar-gambar ini juga mahu menakutkan pegawai kerajaan yang turut hadir dalam ceramah PAS. Nanti akan disebut pegawai terbabit menjadi ganas kerana PAS. Walhal Polis dan UMNO lah yang mencetuskan provokasi dan membuat rakyat SEMAKIN BENCI dan TIDAK PERCAYA kepada pihak polis.

SUNGGUH!! Aku tidak bercakap kosong soal hilangnya percaya rakyat kepada polis. Lihat bagaimana KPN sendiri boleh dilihat tidak bersih dari rasuah, wujudnya team A dan B dalam pasukan dan bagaimana Gangsterisme dilihat menguasai badan pertahanan terpenting ini. Itu belum dlihat kepada beberapa layanan polis terhadap tahanan dan masyarakat. Lihat juga pada salahlaku dan hasil yang telah dikeluarkan oleh IPCMC.

Mungkin ada yang bertanya, apa akan jadi jika tiada polis? Tidakkah huru hara? Betul mungkin berlaku huru-hara. Tapi sepatutnya dengan ada polis tidak sehuru-hara sekarang. Maknanya polis patut lebih baik dari apa yang ada pada hari ini. Soal adakah PAS akan gunakan polis jika memerintah, itu sudah tentu!. Tapi perlu diingat, ketika itu polis tidak akan diberi muka untuk melakukan rasuah, keganasan dan penindasan. Siapa untung? Tentulah rakyat dan negara. Negara akan dilihat aman berbanding hari ini yang dilihat sebagai negara yang mempunyai polis yang ganas dan tiada undang-undang. Bayangkan seorang tetamu negara dipukul oleh 4 orang polis berpakaian biasa kerana semata-mata disyaki bersalah pada mata mereka. Memalukan!!

Jika gambar aku yang tersiar di atas, aku tidak akan memunculkan diri ke Balai Polis. Jika polis mahu, kenapa perlu siar dan pamer dalam akhbar? Carilah aku!. Ini menunjukkan berlaku sekali lagi provokasi terhadap rakyat. Arah sahaja kepada kakitangan yang ada bekerja. Aku bukan menafikan polis Malaysia antara yang tercekap, namun BAIK dan CERDIK dua sifat yang berbeza. Betapa ramai yang CERDIK tetapi JAHAT dan tidak mustahil yang kelihatan BODOH itu biasanya BAIK dan menurut perintah. Oh, tidak! Menurut perintah sahaja tidak cukup baik. Kecuali patuh dan sujud pada perintah Allah s.w.t. Jika diturut perintah UMNO dan BN? Aku akan jawab NO!!

Ah, dah dekat Asar. Aku nak jadi CERDIK yang BAIK. Wallahua'lam.

Sesekali melihat reaksi pengunjung :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku copy apa yang berlaku di shoutbox aku. Ada rasa nak senyum gak bila lihat sifat sebenar manusia yang suka lempar batu sembunyi tangan. Mengaku diri sendiri benar dan betul, tetapi tidak mahu bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang diperkatakan. Sendirian, tapi berpura-pura punya ramai penyokong dan pengikut. Kesian. :)

Apapun, aku tidak akan BAN individu terbabit. Malah tidak akan delete pun msg yang ada selagi aku rasa leh diterima. Jangan bimbang, aku ni COOL je orangnya. InsyaAllah. Kita kongsi dan lontar idea yang ada. Kita bincang dengan baik dan hikmah. Wallahua'lam.

Nota: Perhatikan IP dan nick yang digunakan. Aku harap empunya IP ini bukan Imran Makhzan sengihnampakgigi


Name / Email / Message Date / IP
rockkkkk
18 ni jadi batu enam. Tak ada permit pun tetap On Punye.. PAS Terengganu suka penentangan secara ganas. Tak paham bahasa!!! HEHEHE
18 Sep 07 10:12
219.93.35.33
rockkkkk
kau orang gaduh pasal rususan buat apa. baik buat ibadat n cari harta untuk anak cucu kita,
18 Sep 07 09:57
219.93.35.33
layang 2
mudah nya org pas nak mati syahid ingar allah tak tahu hati manusia yang beriman dgn dia senang -senag nak masuk syurga ke neraka
18 Sep 07 09:53
219.93.35.33
rumah batu
penyokong pas bodoh bangang bahlol x x xxxx x mati katak
18 Sep 07 09:47
219.93.35.33
rumah buruk
nak tengok org kl tu yang pandai cakap saja guana kat KL kenapa tak tunjuk handal dengan mat indo cakap tak serupa bikin
18 Sep 07 09:46
219.93.35.33
ORANG KAMPUNG
tok guru pas ajar islam tapi tak ajar iman sebab tu org pas mengemok serupa setan
18 Sep 07 09:44
219.93.35.33
Melayu kini to layanzz
Dok semua org melayu bodoh tapi puak tu...je yang bodoh make otak ikang...
17 Sep 07 14:58
219.93.35.33
mat rempit to Org KL
Assalakum sahabat. Cuba fikir macam orang cerdik pandai sikit kalau PAS menang esok2 polis hok bodo ni kita guna jugak. Dalam bab ni mung tu hok bodoh...
17 Sep 07 14:55
219.93.35.33
Layanzz
LEMAH SUNGGUH ORG MELAYU, GADUH SAMA SENDIRI . SEBAB TU ORNG CINA SUKA KITA GADUH.
17 Sep 07 14:04
219.93.35.33
Layanzz
BULAN POSA NI TAK YAH MENGATAKAN MANAN-MANAN PIHAK . BUAT IBADAT DULU. LEPAS POSA NI BOLEH GADUH BALIK.
17 Sep 07 14:03
219.93.35.33
kopiah hijau to layanzz
ambe setuju dgn demo org PAS TERENGGANU nie jenis tok reti bahasa nak tunjuk hebat dok tempat. Tgk org pas kelate tak dok pun balah dgn polis iru baru perjuangan Islam. Dok rok cetong belako..
17 Sep 07 08:59
219.93.35.33
melayu sejati
assalakum kepada semua terutama perjuang2 pas yang tak pernah mengalah walaupun dibom dgn asap dan pemedih mata. SYABAS. 18 hb nie jadi ko dok di batu enam?
17 Sep 07 08:54
219.93.35.33
Layanzz
PAS Terengganu tak macam PAS Kelantan. PAS Terengganu tak paham bahasa. Orang dah suh besurai nak tunjuk hero.
16 Sep 07 12:05
219.93.35.33
orang kampung
dekat iraq tu mati hari 2 tak ada pun yang sibuk nak tolong suruh mat sabu pergi sana baru tahu syurga ke neraka cakap saja besar hidup dengan hasil x sendiri mau ingat lah
15 Sep 07 02:02
219.93.35.33
MELAYU
kuat sangat ke orang pas mu ingat semua yang sokong pas masuk syurga kawan pun nak sokong pas mudahan -2 syurga macam orangpas mu ingat senang ke mati syahid mati katak tu namanya bodohnya
15 Sep 07 02:00
219.93.35.33
Layanzz
CERAMAH MALAM 14 SEP ESOK JADI TAK KAT RUSILA. AKU TAK SABAR DOH NIH.
13 Sep 07 15:34
219.93.35.33
boy
aku dah lama kenal dunia dah 40 tahun hidup.
12 Sep 07 13:54
219.93.35.33
boy
allahamdulillah.........mcm muka babi ke polis . yang mengata kot mcm muka babi.
12 Sep 07 13:53
219.93.35.33
boy
hoi , sahabat jadi tak demostrasi depan ipk.
12 Sep 07 13:48
219.93.35.33
boy
kalau takdok polis . negara ini mcm di palastin la . bodoh
12 Sep 07 13:46
219.93.35.33
boy
kita tahu tahu sapa yang masuk syurga dulu. entah-entah yang mengataka masuk neraka dulu. imam pun boleh masuk neraka jugak.
12 Sep 07 13:44
219.93.35.33
cucu cicit pas
nak demo semua siapa yang nak maaf fitnah yang dema buat . dema tak tahu cerita sebenarnya kenapa penyokong pas kena tembak ? jangan jadi bodoh ingat semua org yang mati/ sokong pas masuk syurga ke
12 Sep 07 09:30
219.93.35.33
boy
Jangan Marah, aku cakap benda betul. Kalau nak tegakkan Islam, kita sama2 cari jalan menyatukan UMNO dengan PAS. Baru Islam boleh berkembang. jangan sempitkan pemikiran. Asyik nak gaduh je...
11 Sep 07 21:23
219.93.35.33

17 September 2007

Siapa Imran Makhzan?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Setelah seminggu lebih berlalu, barulah ada beberapa individu menegur dan memberi sedikit maklumat pasal Imran Makhzan ini. Ada yang aku dapat melalui TKO, ada melalui SMS dan juga melalui YM. Semua maklumat ini aku langsung tidak tahu kebenarannya. Tetapi aku masukkan maklumat di sini kerana mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang perlu mengenali Imran Makhzan. Fotographer terkenal ni. Paling kurang anda boleh minta khidmat dia untuk ambik gambar kahwin anda senyumkenyitsenyumkenyit

Nama : Imran Makhzan
Umur : Sekitar akhir 30-an. Kalu masuk 40 pun awal la.

Asal : Kelantan Darul Naim

Kerja : Jurukamera NST

Status : Sudah Berkahwin. Isteri juga seorang Jurukamera.

Alamat : Taman Sri Manir, Kg Banggol Tuan Muda
Telefon : 6012-9637860

Jika anda melalui pejabat NST Terengganu, bolehlah intai-intai Imran Makhzan dengan kereta Wira Hijaunya.

Maklumat di atas bukan dengan niat provokasi kepada individu terbabit (Imran Makhzan), tetapi supaya pihak polis CELIK MATA dan menyiasat siapa lagi yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya Si Pembakar Jalur Gemilang yang diupah oleh UMNO dan BN itu. Ambe masih bersangka baik dengan Imran Makhzan yang memasukkan gambar yang ASAL dan bukan Super Impose seperti yang didedahkan beberapa pihak, namun timbul curiga bilamana gambar yang diambil dari jarak dekat dan individu yang diupah UMNO itu tertutup mukanya seolah-olah ada pakatan antara mereka.

Apapun, isu bakar bendera merupakan isu yang agak terpinggir dan sengaja dibesar-besarkan. Isu sebenar yang patut akhbar dedahkan adalah isu penggunaan peluru hidup oleh pihak berkuasa kepada orang awam. Sehingga hari ini kita tidak tahu apakah jenis pistol yang digunakan, dan benarkah polis terbabit benar-benar terancam nyawanya sehingga melepaskan tembakan yang boleh meragut nyawa orang awam? Apakah begitu selamat kita semua jika polis bebas menggunakan peluru hidup? Apakah kisah peluru hidup dan pistol sudah menjadi kecil bilamana C4 dengan bebas dapat digunakan terhadap orang awam?



Sekadar gambar hiasan. Bom dan pistol ini bukan milik aku. sengihnampakgigisengihnampakgigi

Batu Buruk: Agaknya mungkin sebab ini...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi aku melepasi satu sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Mahmud. Seperti biasa mereka yang bermotosikal akan ditahan dan diperiksa kad pengenalan, lesen dan cukai jalan. Mereka yang berkereta dibiar lepas tanpa ditahan. Ini tidak pelik sebenarnya apabila mereka yang bermotosikal sering dilabel negatif seperti Mat Rempit dan pelbagai tanggapan umum kepada penunggang motor. Ini juga dapat dilihat melalui banyak kes mereka yang menunggang motor tetapi tidak mempunyai lesen atau cukai jalan yang sah tempoh.

Aku pernah tinggal di beberapa tempat dan di beberapa buah negeri di Malaysia ini. Terengganu, Perak dan Selangor dan KL. Sepanjang aku tinggal di negeri Perak, Selangor dan KL, aku tidak pernah melihat satu bentuk sekatan jalanraya seperti yang ada di Terengganu hari ini. Apa yang aku maksudkan ini adalah sekatan jalanraya bersama antara polis trafik dan anggota FRU. Ini apa yang aku sebut adalah sekatan jalanraya biasa dan bukan sempena himpunan atau apa jua aktiviti.

Aku pernah berdepan dengan kekotoran polis 'biru' (yang bukan anggota trafik) yang mengadakan sekatan jalanraya. Bayangkan jalan kampung yang tiada garisan dan penjuru dunia pun mereka tetap mengadakan sekatan. Kotor yang aku maksudkan di sini adalah sekatan yang tidak mengikut undang-undang yang sah. Tanpa kon dan tanpa pegawai, mereka melakukan sekatan jalanraya terhadap pengguna motor yang melalui mereka. Tahan menggunakan tangan, dan juga berada pada tempat yang gelap (malam) tanpa memakai baju keselamatan. Aku pernah sekali nyaris terlanggar dan aku cuba disalahkan. Aku tidak mengaku dan sehinggalah kes itu dibawa ke mahkamah.

Berbalik kepada kisah di Terengganu, kisah polis FRU dan trafik melakukan kerjasama dalam sekatan jalanraya dilihat makin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Aku tidak tahu samada memang ada peruntukan undang-undang terhadap FRU untuk memeriksa kad pengenalan atau tidak. FRU ini selain membantu memeriksa kad pengenalan dan lesen, turut digunakan sebagai senjata untuk bertindak terhadap mereka yang cuba lari. Ini aku pernah saksikan bilamana seorang penunggang motor melarikan diri melawan arus jalanraya bila dikejar FRU terbabit. Aku ketika itu baru hampir ke tempat sekatan terkejut apabila melihat aksi tersebut. Cukup merbahaya!! Bukan sahaja kepada penunggang terbabit (yang mungkin salah), tetapi juga kepada nyawa pengguna jalanraya yang lain.

Menurut seorang kawan, ada individu yang percaya dan yakin terdapat '"Mat Rempit" yang bengang dengan beberapa tindakan pihak polis sebelum ini turut campur tangan dalam menentang keganasan polis di Batu Buruk pada malam baru-baru ini. Ini mungkin berdasarkan pemerhatian mereka bilamana yang datang menyerang dan melakukan penentangan terhadap polis adalah mereka yang bermotor dan datang pula tidak bersama mereka yang mahu menghadiri ceramah.

Ada logik dan asas sekiranya kedatangan kumpulan terbabit kerana tidak puas hati terhadap layanan pihak polis selama ini. Jadi mereka menggunakan kekecohan yang ada sebagai satu saluran untuk melepaskan geram terhadap pihak polis. Menyerang balai polis sesuatu yang tidak bijak, jadi mengambil peluang menyerang balas terhadap keganasan polis adalah satu tindakan yang agak selamat dan lebih untung. Ini masih suatu kemungkinan.

Kemungkinan lain yang agak lebih teruk adalah mereka diupah UMNO dan BN bagi melakukan kekecohan dan mereka menggunakan peluang ini melepaskan geram mereka selama ini. Upah dapat, geram dapat dilepaskan. Ini masih boleh dikira ada kemungkinan kerana Wan Farid masih belum menafikan bahawa dia terbabit dalam kegenasan polis itu. Kata orang dulu-dulu, diam tanda setuju.

Apapun kejadian dan kemungkinan yang ada, namun aku suka melihat layanan dan cara pihak polis berdepan dengan masyarakat perlu diperbaiki. Gunakan saluran yang betul dalam mengambil tindakan dan menjaga keamanan. Polis penjaga keselamatan dan dibayar untuk menjaga keselamatan. Jika polis gagal menjaga keselamatan dan mengganas seperti di Batu Buruk dengan menembak orang awam, memukul dan melakukan provokasi yang mencetuskan lagi keganasan, maka pada siapa lagi yang mahu diharap?

16 September 2007

Siapakah ini?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Seorang kawan dengan nada bergurau telah menegur, "Amdang, tengok paper! mung dikehendaki!" Aku yang tidak tahu hujung pangkal terpinga. Tiba-tiba dia menyebut, "9 yang dicari polis bagi membantu siasatan SIAPA BAKAR BENDERA. Hok tu sorang macam muka mung laa". Aku gelak. Hampeh tul!

Aku bersegera lihat paper. Alhamdulillah itu hanyalah khabar angin belaka. Ada ke rupa aku macam kat bawah ni disamakan dengan mereka kat atas tu? Memang betul-betul hampeh! Huhuhu.

Buat polis yang sedang MENCARI si PEMBAKAR BENDERA, dengarlah nasihat aku ning. Usah la dikejar mereka yang susah dan tak tahu duk mana. Call aje NST dan minta sahaja IMRAN MAKHZAN datang ke balai. InsyaAllah selesai. Takkan la nak tunggu aku gi buat report kot. :)

Alamak, dah petang. Arini nak try Bubur Pedas Sarawak. Try aritu rasa macam bubur lambuk jer. Cuma ada banyak rempah la. Aku kata macam bubur lambuk sebab kena bubuh banyak sayur untuk masakan ni. Aku beli 'rempah siap' je ni. adapun rupa asal bubur ni tidak la aku tahu. Ehem, sape nak buka ngan aku arini? sengihnampakgigisengihnampakgigi

15 September 2007

PAS Mengganas?

Seorang kawan yang bekerja di Unit Komunikasi Negeri (UKOM) menyerahkan sekeping CD terbitan UKOM. Aku panggil dia Abg Mat je. Kadang-kadang aku biasa diajak minum sambil dia ceritakan tentang kerajaan negeri. Soal ketidakpuasan hati pegawai ditekan dan dikawal sebegitu rupa. Cuma ada juga mulai lupa penderitaan setelah digula-gulakan dengan lawatan ke sana ke mari.

Tajuk CD yang diberi amat ngeri iaitu PAS GANAS!. CD itu adalah siri penerangan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Polis Diraja Malaysia. (Molek je kerjasama diorang ni.. bila kita kata diorang berpakat tak nak ngaku! Klik untuk lihat kerjasama Polis dan UMNO). Isi CD tersebut merupakan satu fitnah dan satu pandangan berat sebelah terhadap insiden di Batu Buruk. Dalam CD itu turut dimuatkan beberapa peristiwa lalu yang turut melibatkan Batu Enam dan juga di Kg Bujal, Kemaman.

Rakaman video tu menunjukkan seolah-olah yang melakukan keganasan dan huru-hara adalah dimulakan oleh PAS. Namun, sebenarnya ramai yang tidak tahu insiden yang berlaku di atas sebenarnya adalah apa yang dinamakan kemarahan bilamana 2 orang pemuda telah DITEMBAK oleh pihak polis. Bayangkan bilamana hadirin yang datang dari jauh mahu mendengar ceramah, tiba-tiba dihalang polis. Sudahlah ceramah tidak dibenarkan, dihalang pula, dihalau malah DITEMBAK!!!. Inilah sebenarnya kemuncak kesabaran mereka ini bilamana kerjasama dan toleransi tidak ditunjukkan oleh pihak polis.

Mungkin polis berkata PERMIT tidak dikeluarkan dengan beberapa alasan, namun perlu DIFAHAMI bahawa Mahkamah, SUHAKAM, dan Suruhanjaya Siasatan Independen terhadap Aduan dan Salahlaku Polis ataupun IPCMC telah membenarkan sebarang perhimpunan jika ianya dilakukan di TEMPAT PERSENDIRIAN. Maka tidak perlu timbul soal permit atau tidak. PAS selaku tuan rumah pada malam itu memohon permit sebagai satu ADAB dalam memaklumkan kepada polis apa aktiviti yang dilakukan.

Aku kira orang awam yang setia mahu masuk dan menuju tempat ceramah adalah BENAR dan tidak salah kerana MEREKA BERHAK berbuat demikian menurut undang-undang yang sedia ada. Masalah yang timbul bilamana wujud Akta Polis yang selalu disalahgunakan oleh polis. Ini bukan pertama kali kekacauan ditimbulkan oleh pihak polis, namun polis masih degil dan berkeras seolah-olah mereka tetap dilindungi dan sebenarnya MEMANG DILINDUNGI oleh UMNO dan BN yang memperkuda mereka.

Rakyat bangkit melawan polis dalam video yang ditunjukkan sebenarnya adalah selepas ada yang ditembak, ada yang dilanyak, disepak dan turut ditangkap. UMPAMA bila kita dilayan seperti rakyat Palestin oleh Israel, maka perlu kita bangkit seperti rakyat Palestin menentang Israel! Apa ditangan, BALING! Jumpa kayu, PEGANG!!, dapat tangkap tentera Israel, HANCUR!!. Namun alhamdulillah apa yang berlaku tidak sampai kepada membunuh. TETAPI pihak polis yang telah melakukan percubaan MEMBUNUH orang awam yang tidak bersenjata. Penggunaan PELURU HIDUP adalah amat tidak wajar bagi berhadapan dengan orang awam dan perbuatan ini mesti DIKUTUK! Aku kira orang awam masih rasional dalam tindakan mereka. Sebab mereka tahu polis hanyalah suruhan kepada UMNO dan BN! Cuma polis sahaja yang tidak sedar diri dan selalu lupa diri dengan menjadi BESAR KEPALA!.

Sebenarnya CD terbabit bukan setakat rakaman video sahaja, tetapi turut dimuatkan beberapa DAKYAH JAHAT UMNO / BN dalam menipu dan menghasut rakyat membenci PAS yang sudah mula dilihat akan mentadbir semula Terengganu. Ketakutan dan kebimbangan itulah yang membuatkan perancangan dan persiapan rapi dilakukan UMNO dan polis bagi mencipta Insiden ini. Persoalan bagaimana insiden ini dicetuskan bukan lagi pelik bagi polis Malaysia sebenarnya. Banyak kes penangkapan, pembunuhan suspek dan apa jua kes dicipta BUKTI bagi menimbulkan kepercayaan orang ramai. Inilah hebatnya polis Malaysia!!

Aku secara peribadi tidak bersetuju dengan sikap segelintir individu yang telah melakukan kemusnahan harta benda. Tetapi bila difikir secara rasional, aku tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang telah merosakkan kesemuanya?? Mungkin ada yg nakal telah melakukan keganasan itu, namun, siapa yang melakukan provokasi?? Kenyataan TG Presiden PAS tentang kemunculan sekumpulan pemuda yang datang melakukan kemusnahan perlu disiasat dan diselidiki.

Akhirnya, anda bertanyalah pada diri di manakah gambar polis memukul yang mangsa? Di manakah gambar polis melanyak mangsa? Kenapa tidak diselit gambar polis yang MELEPASKAN TEMBAKAN? dan adakah hanya 3 bom pemedih mata dan sekali pancut sahaja semburan air dilakukan?? Jika anda tidak nampak jawapannya, SAH anda berjaya DITIPU oleh UMNO/BN dan Polis yang ditunggangi mereka!

Nota: Polis telah melepaskan 4 atau 5 das tembakan kepada orang awam, tetapi kenapa berita bakar bendera yang digembar-gemburkan? Jika ini bukan MUAFAKAT POLIS dan UMNO, maka apalagi???

14 September 2007

Pecat Imam: Kerana himpunan atau kerana PAS?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Imam dipecat -- Kita ada bukti dia terlibat dalam rusuhan itu – Rosol

Sebelum ini aku kesian dengan Pak Lah yang dilihat mengulas beberapa isu yang berlaku seumpama seorang pengerusi JKK sahaja layaknya. Bayangkan bilamana ditanya isu keganasan polis di Batu Buruk, cepat je Pak Lah menuduh pembangkang yang mulakan. Sepatutnya sebagai seorang pimpinan Utama negara, Pak Lah perlu lebih terbuka dan minta semua pihak bertenang dan minta diadakan siasatan. Tetapi jawapan melulu Pak Lah itu bukan sahaja dilihat Pak Lah begitu bernafsu, malah dilihat cukup tidak selesa dengan kedudukan yang berlaku sekarang.

Hari ini, kesian aku berpaling pula kepada pimpinan UMNO / BN Terengganu. Pihak mahkamah belum pun mengambil apa-apa keputusan dan tindakan, tetapi UMNO terus mahu menghukum. Sepatutnya kenyataan itu dibuat dengan berpandukan kepada keputusan yang akan ada nanti dan bukan mengambil tindakan melulu. Gelojoh mungkin, atau juga sifat ingin menunjuk-nunjuk sudah mula dilaksanakan. Apatah lagi bila DJ menyebut ramai muka baru yang akan bertanding dalam PRU-12 nanti.

Aku turut bersimpati dengan Imam terbabit bilamana dituduh seolah-olah terlalu lapar dengan elaun Imam yang tidak seberapa seperti yang disiarkan dalam akhbar yang lain. Aku berani berkata begini kerana sepanjang yang aku kenal beberapa Imam yang pro kepada PAS langsung tidak lapar dan berkehendak kepada elaun Imam tersebut. Mereka menjalankan kewajipan sebagai menjalankan amanah Allah untuk memimpin masyarakat. Mereka punya pekerjaan lain yang sememangnya sudah mampu meyara hidup.

Jika seorang Imam berada dalam situasi 'himpunan' tersebut digambarkan sebagai contoh tidak elok, kenapa dibiarkan pelaku-pelaku maksiat dan pengamal rasuah menjadi pengerusi-pengerusi masjid? Bagaimana pula DJ boleh dilantik menjadi MB sedangkan DJ seorang yang terkenal dengan sifat korup dan kronisme? Sedangkan Imam itu ditangkap dalam situasi yang berbeza dengan sebilangan mereka yang melakukan kekacauan pada malam itu. Warung Pak Mydin Batu Buruk terletak lebih kurang 0.6 KM dari Permai Inn.

Aku percaya Imam terbabit ditangkap ketika mana Dato Mustafa Ali mahu masuk ke tapak ceramah, dan bukan di depan Permai Inn. Ini kerana ketika itu juga bekas YB Kuala Nerus juga ditangkap. Mereka ditangkap kerana mahu masuk ke kawasan ceramah. Mereka ditangkap kerana mahu mengiringi pimpinan ke tapak ceramah. Itu sahaja! Maka adalah lebih baik Rosol berkata "Imam ini akan dipecat sebab bersama-sama dengan perjuangan Islam PAS dan tidak bersama-sama dengan Islam Hadhari!"

RM5000 untuk IMRAN MAKHZAN!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Umno Terengganu terus berpolitik dalam melindungi POLIS yang melepaskan tembakan. Sehingga kini kita tidak tahu apa tindakan yang dikenakan mahupun apakah tindakan selanjutnya pihak polis terhadap anggota mereka yang melakukan kesalahan menembak 2 orang awam yang tidak bersenjata. Cuma apa yang terdengar adalah anggota polis berkenaan telah diambil keterangan sahaja. Remeh agaknya nyawa orang awam apabila polis berkenaan dibiar bebas tanpa direman atau digantung sementara tugasnya. Selamatnya polis berkenaan dari sebarang tindakan mengesahkan betapa memang ada drama yang terselindung dalam keganasan polis di Batu Buruk Sabtu lalu.

Kenapa takut mengaku salah dan mendedahkan kenapa sebenarnya PELURU HIDUP dilepaskan dalam keadaan orang awam tiada senjata? Ini tidak, akhbar dibodoh dan memperbodohkan masyarakat dengan mempersoal siapa yang membakar bendera. Sedangkan orang yang membakar bendera itu memakai helmet dan sukar untuk dikesan melainkan dengan bantuan IMRAN MAKHZAN. Sedangkan polis yang melepaskan tembakan itu sudah mengaku dan ada di depan mata! Dakwa sahaja dia. Bersalah atau tidak itu perkara yang kedua. Yang pasti jangan biarkan masyarakat terus sangsi dan tidak yakin dengan sebarang tindakan pihak polis yang sudah sedia tercemar.

Aku bukan mahu bersangka buruk dengan Wan Azmi, polis yang melepaskan tembakan itu, cuma aku mahu kredibiliti polis dibersihkan segera. Gantung sementara tugas dan reman seketika Wan Azmi akan memperlihatkan polis bertindak adil dan tiada drama dilakukan. Sekiranya polis membiarkan Wan Azmi bebas, maka ini menunjukkan pihak polis bias dan tidak berlaku adil. Kepincangan ini akan dilihat oleh rakyat sebagai suatu yang menjatuhkan krdibiliti pihak polis. Lebih membimbangkan lagi jika ada rakyat yang hilang keyakinan kepada pihak polis dan mengambil tindakan sendiri terhadap Wan Azmi.

Apapun, kepada IMRAN MAKHZAN, RM5000 dan pakej umrah sudah tersedia di depan mata. Bila lagi anda mahu mendapat peluang yang sebesar ini dalam bulan yang mulia ini. Atau mungkin anda masih berkira-kira untuk menanti ganjaran itu dinaikkan dan mendapat habuan yang lebih banyak. Apapun, selamat berpuasa diucapkan dan anda sudah boleh meninjau-ninjau untuk menukar set sofa dan paling kurang menukar sport rim Proton Wira anda itu.
 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks