31 August 2007

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, lega rasanya bila mendengar berita yang Ayah Chik dah mula OK. Petang tadi telah dikeluarkan dari Wad CCU dan akan ditempatkan di Wad Biasa. Satu petunjuk kesihatannya makin baik. Sebelum dimasukkan ke wad biasa, tadi juga dimaklumkan yang Ayah Chik akan melalui ujian / penukaran darah. Aku tak faham kerja-kerja doktor ni, sepertimana aku tak faham betapa banyak wayar yang disambung ke lengan dan mulut Ayah Chik. Episod ini nampaknya akan berakhir, dan aku akan melihat suatu episod baru yang mungkin lebih menarik.

Aku perasan yang aku makin rapat dengan family Ayah Chik, mula kenal anak sulongnya dan dia sendiri. Sesuatu yang baru dan akan melakar sesuatu yang semakin baik, insyaAllah. Cadangnya, petang esok nak ziarah Ayah Chik. Tengahari mungkin tak sempat kot sebab nak sempurnakan program HIMPIT '07. Maybe pergi selepas asar. Apapun, alhamdulillah.

Selepas dapat berita yang agak baik itu tadi, aku sms kepada adik beradikku yang lain. Satu SMS sinis yang aku terima berbunyi "Mu gi la melawat dia, banyak dosa dengan dia dulu". Aku senyum. Memang aku banyak dosa dengan Ayah Chik...

NOTA: Ayah Chik dalam tulisan aku ni bukan Ayah Chik Tuan Guru, tetapi ayah saudara kepada aku. Harap maaf atas kekeliruan yang timbul.

25 August 2007

Duka Lama Usah Dikenang...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tengahari tadi aku tetap ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang dulunya dikenali sebagai Hospital Kuala Terengganu (HKT). Hari ini menjadikan seminggu aku ulang alik ke sana. Hanya Jumaat lepas aku tidak sempat ke sana. Semuanya bermula bilamana aku dapat berita seorang bapa saudaraku berada di HSNZ. Aku panggil dia Ayah Chik jer. Keadaan beliau agak kurang sihat. Buah pinggangnya dipercayai 'dimasuki kuman'. Aku tak tahu apa istilah orang hospital.

Hari pertama aku gi ziarah, Ayah Chik kelihatan agak uzur. Hari kedua makin uzur. Tapi kaki masih kuat menendang / digerakkan. Maybe dia lenguh. Petang Khamis lepas, Ayah Chik dimasukkan ke Wad CCU tingkat 3. Aku lihat tadi tubuh Ayah Chik makin lemah walaupun dikatakan masih menggerakkan kaki. Dua kali aku masuk ziarah hari ni. Waktu tengahari dan petang. InsyaAllah esok aku pergi lagi. Nak hantar baju anak Ayah Chik yang aku basuh. Anak Sulong dia setia menjaga sejak dia sakit lagi. Dah nak masuk 2 minggu dia di Terengganu.

Aku dapat tahu Ayah Chik sakit minggu lepas lagi. Masa tu aku kat kampung. Mak yang beritahu, tetapi tak sangka menjadi lebih teruk macam sekarang. Sedih sangat melihat Ayah Chik. Aku ingat lagi pada hari pertama aku menziarahi dia. Masa tu mulut dia bebas tanpa alat bantuan pernafasan. Dia sebut nama Awang (suami kepada seorang sepupu) beberapa kali. Kemudia dia laung, "Aku sakit awang!" "Awang, aku sakit!". Hampir menitis air mata aku.

Hari kedua aku ziarah, Ayah Chik dah dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Bila aku mendekati dia, dia seolah-olah bertanya kepada anaknya, siapa aku?. Aku faham gerak mulut dia, tetapi anaknya itu mungkin tidak memahami kerana menyangka mana mungkin Ayah Chik tak kenal aku sebagai anak sedara dia. Aku agak Ayah Chik tak berapa cam aku. Aku agak je. Sebab tu dia tanya pada anaknya siapa aku.

Aku sebenarnya tidak rapat dengan Ayah Chik. Terlalu tidak rapat. Aku tidak tahu di mana puncanya kami tidak rapat. Tapi, seingat aku sejak kecil lagi aku tidak berapa menyukai Ayah Chik. Pada aku, Ayah Chik tidak punya perasaan kasih dan sayang pada kami anak-anak saudaranya. Bukan aku tidak pernah menghulurkan tangan bersalaman, menegur sapa dan lain-lain, semuanya pernah. Cuma perkara itu berlaku pada mulanya sahaja, kemudian menjadi hambar apabila layanan dan tindak balas yang diterima berbeza. Pada aku, Ayah Chik cukup garang. Bengkeng. Tapi bukan kerana sifatnya yang garang itu yang menjauhkan aku, tetapi mungkin ada sedikit salah faham yang lain.

Itu dulu. Sebelum Ayah Chik pergi ke Mekah. Ayah Chik mula berubah kira-kira 3 tahun yang lalu sekembali dari sana. Selepas itu aku mula menegur dan dia mula melayan anak-anak saudara. Apa yang aku masih ingat, ketika Mak dan Ayah aku berada di Mekah 2 tahun sudah, Ayah Chik ada menziarahi aku dan adik-adik. Bertanya khabar dan menawarkan pertolongan. Itulah permulaan aku mula buang kembali perasaan 'benci' pada Ayah Chik. Sebelum ini bukanlah aku tidak hormatkan dia sebagai bapa saudara, asal jumpa mesti aku hulur tangan bersalam dan cium tangan dia, cuma perasaan berbelah bahagi bilamana layanan yang diterima tidak seperti bapa saudara yang lain.

Antara peristiwa yang aku ingat yang cukup 'menakutkan' aku bersama Ayah Chik adalah ketika aku berumur 5 tahun. Waktu itu aku dipaksa tidur tengahari di rumah arwah Tokki. Kebetulan mak aku tiada, maka bagi mengelakkan aku pergi bermain antara zohor dan asar itu, aku dipaksa tidur. Aku dijerkah dan dipaksa untuk tidur. Mulut Ayah Chik tak habis-habis bising marahkan aku supaya tidur. Aku menangis sambil cuba untuk tidur. Ketika itu aku rasa, kalu mak aku ada pun dia akan bela aku. Aku tidak pernah rasa ketakutan seperti itu. Maklum sahaja dalam usia sebegitu kecil dan belum memahami banyak perkara, aku dimarahi seolah-olah membuat salah yang besar. Aku cukup terasa dengan peristiwa itu.

Aku nak ke hospital ziarah Ayah Chik, nanti saja aku sambung lagi...

Demonstrasi Rakyat Setiu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan dari Akhbar Sinar Harian 24 Ogos 2007:

400 hantar memorandum bantah Pejabat Tanah
Kira-kira 400 penduduk di daerah ini berkumpul beramai-ramai bagi meng­hantar memorandum ban­tahan kepada Pejabat Ta­nah dan Daerah Setiu yang dikatakan bertindak mengambil semula lot-lot tanah di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diusahakan peserta terbabit.

Mereka mula berkumpul di hadapan Restoran Tera­pung Puteri pada jam 10 pagi semalam, dengan has­rat untuk menyerahkan sendiri surat yang dina­makan Memorandum Ban­tahan Rakyat itu kepada pihak berwajib.

Selepas itu, kumpulan berkenaan terus berarak menuju ke bangunan Kompleks Pejabat Kerajaan, sebelum memorandum ter­sebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Daerah Setiu, Lizan Che Mat yang bertindak sebagai wakil jabatan.

Sepanjang perhimpunan itu diadakan, mereka di­awasi dengan kawalan ke­tat seramai 60 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah dan 60 anggota Unit Simpanan Perse­ku­tuan (FRU) Infantri serta 9 anggota FRU Water Canon yang bersedia sejak awal pagi di kawasan ber­kenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketua Pemuda Pas Te­rengganu, Azman Safawi Abdul Rani yang menge­tuai kumpulan tersebut ber­kata, pihaknya terpaksa menghantar memorandum berkenaan kerana terlalu kesal dengan sikap Pejabat Tanah yang bertindak me­ngambil semula pem­berian tanah di bawah projek RTB itu.

“Kita kesal kerana se­belum ini lot-lot tanah ter­sebut diberi dan diuruskan sendiri oleh pihak Pen­tadbir Pejabat Tanah, se­baliknya mereka kemudian bertindak ‘merampas’ se­mula tanah-tanah berke­naan.

“Apa yang dikesalkan lot-lot tanah RTB yang diusahakan oleh penduduk di daerah ini membabitkan antara 6,000 hingga 7,000 lot,” katanya ketika ditemui selepas perarakan terse­but.




21 August 2007

Kampung Boy

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ni aku ke Sabasun macam biasa. Beli keperluan dapur dan beberapa keperluan lain yang aku kira perlu. Sabasun ni memang menjadi pilihan aku sebab merupakan antara pemboikot Yahudi yang komited pada aku. Selain memboikot, Sabasun juga merupakan peruncit bumiputera Melayu Islam yang agak berjaya. Suatu masa dahulu, Sabasun boleh dikatakan pernah menduduki ranking no 1 sebagai peruncit utama di Terengganu. (Aku rasa la. Tu pun b4 Mydin Mall dibuka)

Sewaktu aku memilih bawang Holand dan bawang putih, 2 orang remaja lelaki dalam lingkungan 17-20an sedang memilih sayuran di depan aku. Berbisik-bisik antara mereka bertanyakan bunga Kantan. Setelah tidak dijumpai, mereka bertanya kepada pembantu jualan. "Dah abis" Kata pembantu jualan itu. Remaja terbabit bertanya lagi, "Ni daun kesom ke?" Sambil mengangkat setangkai daun kari. Aku senyum dari jauh. "Tu daun kari" Jawab pembantu jualan di situ. Selepas itu aku ke kaunter pembayaran, dan pemuda tadi aku lihat turut sama ke kaunter pembayaran. Di tangan salah seorang dari mereka memegang sebungkus laksa kering. Nak buat laksa penang rupanya. lapar Sedap tuuu..

Keesokannya aku ke kebun Durian seorang kawan yang sudah veteren. Pesara Kerajaan. Kebun hanya 1 ekar 1/2, tetpi penuh dengan buah-buahan. Ada Dokong, Duku, durian, rambutan, Pulasan dan cempedak. Aku sebetulnya tidak dapat membezakan antara Duku dan Dokong. Ada yang mengatakan Duku ni kulit nipis, dan Dokong berkulit tebal. Yang ini bergetah dan macam-macam lagi perbezaan. Dari pemerhatian aku, Dokong ni buahnya melekat pada tangkai. Manakala duku pula sebiji-sebiji. Jika dilihat pada pokok, aku tak nampak perbezaan, tetapi lihat pada buah di atas pokok, InsyaAllah aku dah boleh kenal. Satu lagi bezanya pada kulit. Duku agak licin dan bersih berbanding Dokong yang agak gelap dan kasar warnanya.

Dalam aku duk mengenal perbezaan yang ada pada Duku dan Dokong, aku teringat kepada satu kisah semasa sekolah menengah. Ketika itu aku dan kawan-kawan melalui belakang rumah seorang Tukang Kebun Sekolah. Pok Jat namanya. Pok Jat ada menanam sawi di belakang rumahnya. Kebetulan belakang rumah Pok Jat adalah belakang bilik study kami.

Suatu hari, pulang dari sekolah aku ke kebun Pok Jat. Kebetulan nak gi ambik buah pauh yang berada dalam kawasan sekolah. Sesambil menanti teman yang sedang ambik buah, aku lepak dengan Pok Jat, tetiba dia tanya kami semua pasal sepohon pokok. "Ni pokok gape?" Aku senyum je sebab kenal sangat dengan pokok tu. Macam-macam jawapan yang keluar. Kelakar pun ada. Akhirnya aku menjawab, "pokok bunga kantan". "Pandai mung! Mung cam rane?" Tanya Pok Jat.

"Pokok kantan ni macam pokok kuah jugak. Cuma pokok kuah ni daun dia lurus je tanpa lok (lekuk-lekuk). Tapi daun kantan liuk-liuk. Pokok dia pun biasanya lebih besar" Panjang lebar lak aku explain. Senyum Pok Jat. Ada gok orang kampung sining katanya. Aku senyum. Sedikit bangga. (weh, tak baik bangga diri! Ujub tuuu!!)

Aku sebenarnya malu dikatakan budak kampung. Bukan kerana istilah tu lekeh, atau 'darat', tetapi kerana pada aku, aku tidak layak nak mengaku budak kampung sebab beberapa perkara. Pertamanya, aku tidak pernah menoreh getah. Tak pernah sekalipun! Keduanya, aku tak pernah turun ke sawah padi dan ketiganya, aku tidak pernah ke laut menangkap ikan. Kekampungan aku hanyalah kerana tinggal di kampung dan membesar sebagai orang kampung yang tidak terdedah terlalu banyak kepada anasir luar.

Itu kampung yang dulu. Zaman pantun-pantun. Sekarang mana ada lagi zaman itu semua. Tiada sepakat, tiada tolong menolong, tiada ziarah dan tiada lagi anakmu, anakku jua. Hidup sudah sendiri-sendiri. Sakit demam pun kadang-kala tak berziarah. Anak-anak lagi lah teruk. Anak aku, aku tahu nak jaga. Kamu jaga anakmu sudah la. Ini penyakit masyarakat sekarang. Bukan kerana masyarakat tidak ada yang prihatin, tetapi tekanan hidup dan sebagainya membuat rakyat rimas dan tertekan dengan kehidupan.

Ahh.. Aku rasa nak balik kampung. Nak terjun sungai.kenyit

Bloggers, kehadirannya membawa warkah pembelaan di alam maya - TG Nik Aziz

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan kehadiran dan kewujudan 'bloggres' yang pedas mengkritik kerajaan mutakhir ini untuk membawa warkah pembelaan di alam maya.

Menurutnya, krisis akan timbul apabila manusia yakin bahawa mereka tidak dapat lagi menikmati kebebasan untuk memuja, menyembah dan melaksanakan Islam dengan segala kemerdekaan fikrahnya, dengan tunduk kepada Allah semata-mata.

"Di ketika itu, bagaikan air yang deras mengalir, air itu akan melanda batas-batas buatan yang dicipta, atau air itu boleh menggali lubang dari bawah benteng untuk melepasi segala halangan.

"Demikian juga dengan 'bloggers'.Hakikat wujudnya 'bloggers' berpunca daripada fitrah semulajadi manusia yang cenderung membawa warkah pembelaan di alam maya, melalui kemudahan internet. Mungkin disebabkan berita dan media yang sedia ada terlalu terkongkong,"katanya dalam ucaptama sempena Majlis Makan Malam 20 Tahun Harakah di sebuah hotel dekat sini pada 19 Ogos lalu.

Antaranya ialah Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali; Naib Presiden PAS, Muhamad Sabu dan Ustaz Ahmad Awang; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli;

Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, Dato' Mustafa Ali; Ketua Biro Penerangan DAP, Ronnie Liu; Pengerusi MTRK, Dato' Ibrahim Ali;Pengerusi GMI; Syed Ibrahim Syed Noh; Presiden MTUC, Syed Sharir Syed Mohamood; Eksekutif Koordinator Suaram, S.Arutchelvan; kolumnis Harakah, Rustam A.Sani dan Abdul Shukor Harun dan beberapa wakil NGO lain serta kira-kira 800 tetamu.

Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau tertarik untuk menyentuh tentang bloggers setelah mengikuti kes pengendali lkaman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin dan tulisan bekas Ketua Pengarang News Straits Times Press (NSTP), Dato' Abdul Kadir Jasin,.

Katanya, barangkali terlalu ramai orang yang berkuasa menggunakan demokrasi untuk menggunting, meminda dan mengubahsuai demokrasi untuk membunuh demokrasi.

Justeru bloggers yang setia kepada nilai kebebasan berkarya dalam mepertahankan hak, sudah tentu mencari jalan untuk mengikut lurah naluri, kata Menteri Besar Kelantan itu.

"Bagaikan anak kecil yang dahagakan susu, walaupun anak itu dari bangsa Melayu, atau Inggeris, atau Jepun, atau Siam, dia akan menangis dan meraung. Tanpa perlu diajar ia akan bersuara dalam suara kemanusiaan yang serupa. Suara yang menuntut agar haknya dikembalikan,"katanya.

Dalam konteks media dan bloggers, mereka sedang melaungkan mesej yang satu, yakni kembalikan kebenaran dan hak kepada rakyat yang mengundinya, katanya.

"Banteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tegakkan keadilan. Kembalilah kepada sebab-sebab asal kenapa kita perlu merdeka di tahun 1957 itu. Dan apa peranan Islam dalam mengisi erti kemerdekaan tanah air,"ujarnya.

Jika semua pihak kembali kepada sejarah Nabi Muhammad s.a.w, kehadiran bloggers ini ada asasnya, katanya.

"Sewaktu Nabi Muhammad mengerjakan haji, baginda berkhemah di Mina, baginda bergerak dari khemah ke khemah di malam hari. Menyampaikan mesej-mesej dakwah dan pesanan-pesanan mengenai kebenaran Islam.

"Bukan setakat itu, baginda susuli pula dengan melantik nuqaba' yakni ejen-ejen media yang menjadi proksi kepada wahyu-wahyu kebenaran yang diterima oleh Rasulullah s.a.w,"ujarnya.

Tuan Guru Nik Aziz berpendapat, peranan yang dimainkan oleh sesetengah bloggers hari ini, ada yang menyerupai apa yang dijalankan oleh para nuqaba' yang pernah dilantik oleh Rasulullah s.a.w itu lebih seribu tahun dahulu, katanya.

20 August 2007

XPDC Dakwah: Catatan di Konsert AF di SMK Seri NIlam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Jam 4.30 Petang aku terima call dari seorang kawan. "Amdang, call Sinar Harian! Malam ni pemuda KT nak buat demo bantah konsert di SMK Seri Nilam!". Dalam kepala aku demo, banner, takbir, polis, FRU dan topi merahnya. Aku sebetulnya tak suka demontrasi ni. Kerana ianya melambangkan betapa pihak yang perlu dihadap itu terlalu DEGIL! Ya lah, setelah kita bincang dan beritahu itu dan ini pun belum ambil satu keputusan yang 'wajar dan saksama', maka cara lain yang rakyat perlu tunjuk adalah dengan demonstrasi. Sebab ini akan mendapat perhatian media, mendapat perhatian pihak atasan, dan kadang-kala akan disokong oleh orang ramai yang belum memahami isu yang hendak disampaikan. Juga bukti kita perjuangkan satu isu itu bukan main-main. Kita bersungguh dan komited!.

Aku dah lupa berapa kali aku ikuti demonstrasi. Tapi bilangannya tidak terlalu banyak. Masih cukup jari tangan dan kaki jika aku renung kembali apa isu yang pernah aku juangkan dalam menyertai demonstrasi ini. Semuanya pada aku adalah perhimpunan aman. Berhimpun menyatakan sokongan pada pihak tertentu dan mungkin juga mengecam pihak tertentu. Kami berhimpun dengan aman, tetapi dikejar dan dihambat oleh FRU menjadikan suasana kacau dan bilau. Macam rakyat ni nak perang dilanyak mereka. Apa boleh buat, mereka memikul amanah pemimpin. A kata pimpinan, A yang dibuat. B kata pimpinan, B yang diturut. Ada muka-muka FRU yang aku lihat kesal dalam perbuatan mereka. Ada yang seolah-olah tidak redha. Nak je aku kata, "Carilah kerja lain yang lebih diberkati dari menjadi anjing suruhan!" Maaf, bukan aku samakan FRU dengan anjing, tetapi istilah anjing suruhan adalah bagi menggambarkan betapa setianya pelaksana amanah itu menjalankan suruhan.

Jam 6.30 Petang aku sms seorang kawan untuk turut sama. Jam 6.45 petang terima sms info terkini "Program berbentuk sebaran risalah, bukan demo. Kumpul di Surau Kubang Tangga. SOlat Isyak Berjemaah". Aku forward sms tadi kepada seorang teman yang aku ajak tadi. Dia reply "Ohh.. Kalu gitu ambe gi lewat skit la" Aku dah agak. Kalu program menyebarkan risalah, tenaga biasanya tak ramai diperlukan. Cukuplah beberapa orang yang ada. Jika demonstrasi sudah tentu perlukan kekuatan ahli yang ramai. Baru gah! Bukan gah untuk bertempur, tetapi gah dalam menunjukkan ramai tak setuju dengan sesuatu perbuatan itu.

Oh, aku lupa nak sebut. Sebenarnya pada tarikh 18 Ogos baru ni ada satu Sambutan Minggu Belia. Tempat diadakan di Padang Sek Men Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Terengganu. Pada siangnya diadakan pertandingan pancaragam, malamnya diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan belia. Penutup program pada malam itulah yang aku nak tekankan di sini. Konsert bekas peserta AF. Jika lihat pada kain rentang dan bunting yang dipasang, Dekna, Dafi dan Marsha yang akan menghadiri program ini. Aku secara peribadi tidak mengenali artis-srtis baru ini. Bukan tidak minat muzik, tetapi pada aku kelahiran artis yang ada hari ini umpama sampah masyarakat! Bertambah bukan membangun ummah dan masyarakat, tetapi menjadi racun dan duri perosak dalam masyarakat.

Jam 8.50 malam aku tiba di tapak program. Aku perasan polis agak ramai dan kawalan agak ketat. Di simpang trafik light ada satu banner berbunyi "Kami Penduduk Kampung Membantah Konsert dari Artis AF". Aku senyum. Aku meneruskan perjalanan sehingga sampai depan pintu pagar sekolah. Mencari parking, maka aku lajakkan motor aku ke depan lagi. Orang dah mula memenuhi kawasan. Aku agak terlewat bilamana aku turun dari motor, kelihatan beberapa pemuda sudah mula mengedarkan risalah. Aku mendapatkan seorang pemuda yang menyebarkan risalah bagi mendapatkan satu salinan. Risalah yang cukup umum pada aku. Hanya diletakkan satu Hadith yang agak panjang tentang "LIMA BELAS PERKARA MENDATANGKAN BALA". Risalah itu juga bertanggungjawab bilamana diletakkan nama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu sebagai pihak yang mengeluarkan risalah itu.
Aku bergerak ke depan pintu masuk utama. Setiba di sana, aku lihat beberapa orang polis berpakaian biasa menghalang dan menegur beberapa pemuda yang menyebarkan risalah. Aku kira dalam 15 orang polis yang berpakaian biasa. Mereka juga menakut-nakutkan pemuda tersebut dengan mengambil Video. Aku tak tahu sejauh mana perbincangan mereka, tetapi akhirnya aku lihat pemuda mula bergerak meninggalkan pintu masuk utama. Sambil berundur, mereka terus menyebarkan risalah kepada pengunjung yang baru hadir. Melihat perkara inilah beberapa polis yang ada di situ dengan tegas menahan beberapa pemuda yang ada di situ bagi mendapatkan kad pengenalan. Beberapa pemuda dicatatkan pengenalan diri mereka. Mereka berkeras menghalau pemuda ini dari terus menyebarkan risalah. Terfikir aku, tidak tahukah pihak polis terbabit yang pemuda-pemuda ini juga membantu polis dalam mengurangkan jenayah dan gejala sosial?Dalam melihat suasana itu, aku terpandang sekumpulan pelajar sekolah yang bertudung labuh keluar dari kawasan sekolah. Semua berpakaia putih menandakan mereka datang kerana diarahkan untuk datang. Bersama mereka seorang guru pengiring. Seorang kawan yang bersama aku sempat menegur cikgu terbabit. "Apa boleh buat, arahan suruh mari sini". Rupa-rupanya mereka adalah pelajar SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu. Sebuah sekolah agama yang agak terkenal di sini.Aku tergerak hati melihat suasana di dalam kawasan sekolah. Aku ajak seorang kawan untuk masuk sama. Kebetulan ketika aku masuk, majis penyampaian anugerah dan hadiah kepada belia-belia yang dikatakan berjaya dan menjadi contoh. Banyaklah persatuan itu dan ini menjadi juara dan mendapat anugerah itu dan ini. Aku perhatikan para pelajar yang mengambil bahagian dalam perbarisan di situ langsung tidak memberikan perhatian kepada pentas, kecuali sekumpulan pemuda UMNO yang berada betul-betul di hadapan pentas yang bertepuk dan menyorak mereka yang naik ke pentas. Kebetulan pengiring penerima hadiah adalah perempuan, maka habis mereka diusik oleh pemuda-pemuda UMNO terbabit. Aku kira pengiring itu adalah pelajar-pelajar sekolah memandangkan mereka berpakaian Uniform Persatuan.Kesian aku melihat anak-anak muda ini yang berteriak dan bertempik. Bila Idris Jusoh yang sedang memberikan hadiah seolah tidak senang dengan perbuatan mereka, para pemuda UMNO ini berteriak Gelombang! dan disambut oleh rakan-rakan mereka dengan Biru!. Ketika itu Idris akan senyum kembali. Aku tidak tahu siapa yang cerdik dalam situasi ini. Tetapi adakah Idris akan mengira melaung slogan itu menandakan akhlak mereka adalah baik? berbanding berteriak dan sekadar bertepuk?Selesai Majlis menyampaikan anugerah, Din Adam pula bangun mendekati microfon dan melaung Gelombang Biru beberapa kali. Kelakar bilamana ada pemuda yang dihadapan aku menjawab dengan Hijau! Satu bukti mereka tidak menerima program seumpama ini diadakan. Kemudian, pentas utama diubah. Pentas untuk acara konsert pun bermula. Aku tidak pasti jam berapa ketika itu. Kawan aku hanya minta aku tunggu beberapa ketika bagi diambil gambar penyanyi pertama sebagai bukti memang program ini menganjurkan konsert! Jika sekadar persembahan biasa, kenapa tidak menggunakan pentas yang sama.Kami berjalan keluar bilamana Dekna selesai menyanyi lagu pertama. Aku lupa lagu apa. Cuma yang aku tahu, itu bukan lagu dia sendiri. Dalam perjalanan keluar, aku melihat suasana yang amat tidak sihat. Penonton konsert dengan suatu hal, para pelajar yang terdiri dari lelaki perempuan tadi (mereka ambil bahagian dalam perbarisan) mula bergaul bebas. Duduk berdua, dalam kumpulan, bertepuk tampar dan sebagainya. Pelajar Melayu Islam dan anak Terengganu yang terkenal (kononnya!) dengan adat Timur.
Aku mula bergerak ke arah motor yang diparking. Tetiba aku perasan satu kain rentang yang dikeluarkan pihak sekolah (kementerian pun boleh jadi), tentang "Kempen Pulang Dari Sekolah, Terus Ke Rumah". Dibawah itu juga ditambah "Gunakan sepenuh masa di rumah dengan belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama keluarga". Termenung panjang bila berfikir yang kempen yang baik itu dibuat oleh pihak Kerajaan, konsert maksiat pun pihak kerajaan yang anjurkan dengan anak muda meliar di malam hari. Jika suasana ini berterusan dan dibiarkan, apakah ada jaminan masa depan anak-anak akan terjamin? Ohh.. Tetiba aku ingat filem Idris Jusoh, Masa Depanmu Terjamin.

16 August 2007

MERDEKA!! Best ke Merdeka?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sedutan dari email yang diterima. Aku sebenarnya tak setuju 100% dengan artikel kat bawah. Cuma diletakkan di sini sebagai satu renungan bersama..

------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni KITA dah MERDEKA selama 50 tahun, cuba kita fikir apa yang kita dah capai dan kita rasa apa yang patut kita capai.... Pendek cerita, apa dah jadi kepada kita sekarang yang merdeka atau apa akan jadi kalau kita masih duduk bawah penjajah....

SEKARANG BILA KITA MERDEKA SENDIRI

1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah WAJA, WIRA, MYVi,
KELISA dan KANCIL

2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah RM900 tapi di swasta ialah RM450

3. Harga minyak dan harga barang bila dibandingkan dengan gaji SANGAT TIDAK BERPATUTAN

4. Kita kena kerja 7 hari seminggu, 12 jam sehari. (Pekerja Swasta)

5. Team Bola Sepak kita hanya layak ke SUKAN SEA dan ranking 152.

6. Kita hanya pernah ke Oversea (Pangkor, Redang, Pulau Pinang)

7. Perdana Menteri hanya 5 orang sejak 50 tahun merdeka dan dari satu Barisan sahaja.

8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita terpaksa retire dari satu kerja dan berhijrah ke kerja lain.

9. Kita kena bayar TOL setiap hari dan jumlah Lebuhraya baru bertambah sama seperti gerai pasar malam

10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.



KALAU KITA MASIH DIBAWAH JEPUN

1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah HONDA, TOYOTA , MITSUBISHI, NISSAN, SUZUKI dan ISUZU.
Kita gelak dengan orang yang pakai kereta HYUNDAI dan PEUGEOT.

2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah JUTA2 YEN tapi di swasta ialah YEN JUTA JUTA juga

3. Buat apa nak kisah beli minyak sebab kita ada banyak PENGANGKUTAN AWAM.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)

5. Team Bola Sepak kita pernah main kat WORLD CUP. WORLLLLDDDD! !!! BANGGA WA CAKAP LUUU....

6. Kita sering pegi oversea, around the world dan semua orang bila jumpa kita nak cakap bahasa kebangsaan kita di negara mereka hahahaha bangang betul la mereka tu....

7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi RAJA satu jer, tak pernah tukar2 RAJA pun.

8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita jalan2 makan angin ke negara lain, kalau kita tak pergi makan angin, member2 kutuk sebab mereka semua pergi makan angin.

9. TOL???? ape kemende tu???? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat????

10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.




KALAU KITA MASIH DIBAWAH GREAT BRITAIN

1. KITA MAMPU PAKAI SEMUA KERETA SEBAB SEMUA KERETA MURAH NAK MAMPOSSS!!!! TAK PAYAH REPAIR, ROSAK BELI BARU. ADA JUGAK ORANG NAK AMBIK KERETA ROSAK KITA TU.

2. GAJI DAPAT DUIT POUND STERLING. KITA GELAK KAT EURO DAN US DOLLAR SEBAB MURAH!!!! LOW CLASS!!!!

3. PENGANGKUTAN AWAM BANYAK DAN MINYAK PUN MURAH.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)

5. SEMUA ORANG SUKA NATIONAL TEAM BOLASEPAK KITA. TAK PERNAH MENANG PUN TAPI RAMAI ORANG SUKA PAKAI JERSEY BOLA KITA, SPONSOR KELAB KITA, SOKONG SAMPAI PAGI2 BUTA GAME KELAB2 BODOH KITA. WORLD CUP???? TAK PAYAH CERITA LAAA, DAH BORING LAYAK TAPI TAK MENANG FINAL PUN.

6. PERGI OVERSEA???? AKU NAMPAK ORANG DATANG TEMPAT AKU ADA LAH, AKU PELIK APA SEBAB MEREKA MINAT SANGAT DATANG TEMPAT AKU....

7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi QUEEN satu jer, tak pernah tukar2 QUEEN pun.

8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, KITA PERGI JALAN2 SANA SINI DAN TENGOK BOLA JER. SAMPAI BORING DUDUK RUMAH TAK BUAT APA PUN.

9. TOL???? ape kemende tu???? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat????

10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

11. WOI!!!! Merdeka tu apa???? bila masa Great Britain kena jajah???? Penjajah terakhir kami ialah Tentera ROM lebih kurang 300 Masihi.... aku pun dah lupa kemerdekaan kali ke berapa, dah tak celebrate dah kot....

Fikir2 lah wahai sahabat.... ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN. ...

15 August 2007

Menguji Kelelakian

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku terima email ini suatu masa dahulu lagi. Tetapi tak pernah terfikir mahu kongsi dalam blog ini. (Mesti korang kata: hek eleh amdang, kitorang dah lama dapat laa) Aku tak kisah samada korang pernah baca, pernah dapat ataupun pernah menguji diri korang sendiri. Anggap aje ini perkongsian dengan mereka yang masih tidak tahu jantina mereka. sengihnampakgigi

Ujian ini ringkas, tetapi memerlukan kejujuran anda. Selagi mana anda jujur, selagi itu anda adalah diri anda. Meh kita mulakan. Ikut arahan yang diberikan. Kata Apek "Bertindak mengikut arahan!!"



----------start dari sini---------------------------------



Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....



Mula-mula cuba fikir, anda lelaki ke perempuan? Rasanya semua leh jawab dengan mudah je ni kan... jeng, jeng, jeng...




Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri




Kira jumlah huruf F dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:



"FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS"



Sudah doh?




Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!









OK?
berapa banyak?





TIGA? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!



"FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS"




Salah!!


sebenarnya terdapat 6 huruf F, kira semula..




Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...





Otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".


Keajaiban kejadian atau silap mata?



Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN



Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."


Betul kan..??

------------------------- Tamat Permainan --------------------

dah, dah

gi sambung kerja

10 August 2007

Kempen Selamatkan Malaysia!

Assalamualaikum..

Aku malas menulis. Biar gambar ni jer bercerita. Ni sempena kempen Selamatkan Malaysia yang diadakan baru-baru ini.








08 August 2007

Kisah Seorang Teman

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Saje nak kongsi email seorang kawan nun jauh di seberang laut. Kawan ni pernah sekelas masa form 1 dulu. Tak terlalu rapat, tetapi baik laa. Kebetulan email ni dapat dalam group batch kitorang yang duk sibuk citer masalah anak-anak murid sekarang ni yang agak kurang diajar. Satu kisah yang aku kira cukup jujur dan cukup menyentuh hati. Akhir-akhir ini aku sendiri sudah mula merasai hidup bermasyarakat. Kenal permasalahan, tau baik buruk tindakan. Aku juga sudah kurang bersangka buruk kepada pelaku kesalahan walaupun dia mungkin dilihat bersalah pada mata masyarakat. Penat melayan permasalahan. Tetapi mampu membuat jiwa kuat, rasa syukur yang amat tinggi!

Buat saudara Fendi, maaf kiranya email ini dimasukkan tanpa kebenaran. Nanti aje aku minta izin jika reply email saudara dalam group. Ini ku persembahkan.....

--------------------------------------------------------------------
assalamualaikum w.b.t.

semoga sume kwn sihat, ceria dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNYA. hari ni genap 1 tahun 8 bulan aku berkhidmat di bumi limbang ni..mengajar di sebuah sekolah kurang murid (SKM) jauh di pedalaman... banyak pengalaman berharga yang aku perolehi di sini..yang aku pasti tidak semua berpeluang "merasainya".

Aku ditempatkan disebuah sekolah yang cukup daif....lektrik cuma dari kuasa generator ..tupun utk 8jam sehari..tiada bekalan air bersih..kami bergantung sepenuhnya rahmat dari "langit" (air hujan) dan bila tibanya musim kemarau..kami terpaksa pam air dari sungai (warnanya hanya tuhan yang tahu)...

hanya 2 alternatif untuk sampai ke sekolah..samada guna jalan darat ..sejauh 120km(ulang alik)5 km terpakksa redah jalan berlumpur dan berbatu..ataupun menyabung nyawa menaiki bot selama 1 jam 30 min....dan yang paling peritnya kami semua terpaksa berulang alik kerana tiada quarters di sediakan..setiap hari menaiki motor sejauh 120 km..hanya tuhan yg tahu betapa "letihnya" kami di sini...

namun disebalik semua ini..aku sebenarnya besyukur kepada tuhan kerana memberi aku peluang untuk "menyentuh" kehidupan di sini..peluang untuk aku mendidik "jiwa"..peluang unuk aku merasai pengalaman yang mgkin telah banyak mengubah nilai, pegangan dan prinsip hidupku...menjadi seorang yang lebih "perasa dan sensitif ", tentang "nilai" sebuah kehidupan..

aku berdepan dengan masyarakat yang cukup daif dari segala segi...di sini aku banyak belajar tentang "pengorbanan, keikhlasan, sikap kebertanggungjawaban ,dan segalanya... dan demi tuhan di sini juga acapkali aku mengalirkan air mata..

kalau di bandar..hidangan RMTnya nasi ayam..paling kurangpun nasi lemak..tapi kanak2 di sini hidangan utamanya "maggi"..,paling enakpun ikan sardin..tiada pembekal yang sggup masuk ke sini..akulah yang terpaksa membawa bekalan dari pekan..dengan motor kapcai ..lagak seperti mamat jual karpet..penuh muatan..semua perasaan malu aku dah buang jauh2..biarlah apa orang nk kata pun...

kelmarin aku mengis lg..bdk thun 1 dtg jmpa aku.."cikgu ustaz..saya lapar..bleh sya mnta mkanan ckgu sket?..kamu x mkn ke kt rmah td? indak ckgu..kami nadak usin(wang).. ayahku xdpt menoreh...rmah kami khbsan beras..dah smggu kami cma mkn syur pcuk paku dan midin..pengakuan ikhlas dari budak2 yang xpndai "menipu"...siapa yang dok ngis bila hdapi situasi mcm ni??

tgh hari itu kami kongsi bekal xsbrapa yang aku bawa...seronok tengok bdk makn kepak ayam frozen sampai menjilat jari..trima ksih ckgu..nyaman (sdap sekali) mkanan cikgu..buat kali ke dua air mata aku mengalir pd hari itu...

tahun ni aku dilantik sebagai pk hem (lantikan dalamn)..semua masalah budak aku terpaksa handle..kalu nak di sebut satu2 tentang akhlak,sikap dan displin budak memag tlmpau banyak yg aku kna tangani..ntila jika ada ksmptan aku akan kngsi pglmn, tips dan strategi yang prnah aku buat untuk "ubah" sebahagian budak "nakal" di sini..

blum msuk bab kristianisasi lagi..di sekolah ada 3 penganut kuat methodist, sib (sidang injil borneo) dan katolik...kami selalu "bertukar pandangan" dengan cara yang ckp "mesra"..

stakat ni dulu..aku kna balik..dah msuk mghrib..ila liqa' insyaAllah.. renungi kata paderi ni ( frank tibolt)pengarang buku "touch of success"..
"seorang budak menangis kerana tidak mempunyai kasut untuk di pakai..sehinggalah pada suatu masa dia bertemu dengan seseorang yang langsung tidak mempunyai kaki"
------------------------------------------------------------------------------

Nota:

Aku pernah diberitahu seseorang yang pernah menerima bantuan dari gereja / kristian. "Pihak Kristian langsung tak hirau jika Orang Islam mahu membuat kerja amal / kebajikan dalam membantu orang-orang susah, mahupun orang Asli. Kerana Orang Islam tidak mampu bertahan lama seperti kami. Percayalah, mereka hanya mampu berbuat demikian paling lama pun hanya selama 4 bulan sahaja!"

Ini satu tamparan! Tetapi bila aku berada di lapangan ini, aku terpaksa angguk mengakuinya. Berapa ramai yang berjanji manis mahu membantu Forkad khususnya dalam usaha menyelamatkan akidah saudara seagama, tetapi hanya mampu bertahan beberapa ketika. Ketika isu panas dan hangat, semua mahu ke depan menjadi penyelamat. Bila isu sudah senyap, semua mengundur diri. Sensasi mampu mengamit simpati. Tetapi simpati tidak menunggu sensasi! Wallahua'lam.


05 August 2007

Kisah Durian dan Mentimun

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Cerita durian lak. Balik dari kampung, semalam ada lak member ajak makan durian kat kebun bapa saudara dia. Umah pakcik ni area jalan Manir - Telemong. Orang KT tau la kot jalan ni. Kampung apa, lupa plak. Kebetulan pagi tu meeting Fasi dengan dia, jadi lepas meeting terus berkejar ke rumah pakcik dia tu. Hari Jumaat, terkejar la skit sebab masa tu dah nak masuk zohor. Sesampai, pakcik dia dah 'cekah' (kopek) durian tu. Apa lagi, kami semua serbu makan je laa. Ntah berapa biji makan tak kira. Laju jer sebab kat masjid dah dengar bunyi ngaji Quran sayup-sayup. Pakcik dia kata, "Sini lambat skit solat. Tunggu makmum". Kitorang macam dapat lampu hijau jer. Terus makan.

Rumah pakcik ni tepi jalan. Ada kedai makan. Kedai Makan Kak Yah (dah dibetulkan!) namanya. Kitorang makan durian tu depan kedai je. Bawah pokok rambutan. Rambutan tu kalu ikut pakcik tu no 1 dalam sirinya. Aku tahu makan jer. Yang aku kenal rambutan Rakyat, Gula Batu dan Perak jer. Itupun kadang kala salah juga meneka. sengihnampakgigi Apa nak buat, tahu makan jer.

Khutbah aritu pasal permasalahan anak-anak muda sekarang. Pelbagai masalah diselongkar. Pelbagai pesanan disampaikan. Termasuk cadangan yang aku kira agak membina. Antaranya termasuklah nasihat kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak. Juga ditekan kepada media yang memainkan peranan dalam masyarakat. Apakah mereka sama-sama membantu, atau menambah luka yang ada sahaja.

Selesai Solat Jumaat, kami dijamu makan tengahari. Lauk biasa jer. Takat gulai lemak kuning ikan, tomyam skit, ikan panggang tawar, ikan goreng, ulam-ulaman dan budu. Tak tahu kenapa aritu tak ada segan walaupun makan rumah orang, yang kebetulan ada anak-anak dara lawa. Menambah cam biasa, siap sanggup tunggu lagi tuan rumah ambik budu + durian. Selera sangat makan aritu. Nak jalan pun tak larat. Huhuhuh. Berdosa tul rasa makan bila melampau nih.

Bertolak pulang sambil bonet berisi dengan rambutan dan durian. Dalam perjalanan pulang, aku melalui Tanah Rancangan Berkelompok (RTB) Batu Hampar yang bersebelahan Kampung Peradong. Terkedu bila melihat rumah-rumah di situ diletakkan kain rentang yang berbunyi “Jangan Roboh Rumah Kami”, “Ya Allah Selamatkan Hak Kami”, “Kami Penerima Yang Sah Jangan Usir Kami”, “Ini Milik Kami Jangan Cabuli Hak Kami”, “Jangan Rampas Tanah Kami” dan “Jangan Halau Kami Ini Hak Kami”.

Sebenarnya aku sudah seminggu menerima gambar-gambar rumah ini, tetapi belum punya kesempatan menjenguk sendiri suasana di situ. Kesian rakyat yang umpama mentimun ini bila berdepan dengan kerajaan yang umpama durian. Jika setakat duri durian itu, mungkin tidak apa-apa. Tapi bilamana golok yang patut digunakan mencekah durian pun memotong mentimun, maka tiada lagi harapan rakyat mengadu. Polis sepatutnya menjadi Check n Balance dalam pentadbiran kerajaan ala-durian itu. BPR juga begitu. Tetapi jika mereka bersekongkol dengan durian bagi menindas rakyat, maka hanya Allah jualah tempat mengadu yang terbaik.

Kisah RTB ini bukan hanya di DUN Manir, malah turut melibatkan kesemua tanah RTB lain yang juga dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Terengganu pimpinan PAS sebelum ini. Di Dungun, tanah RTB yang dulu sudah diserahkan kepada rakyat, kini diambil semula dan diserahkan kepada individu lain pula. Tindakan zalim ini memang melampau kerana pejabat tanah yang sama juga meluluskan tanah kepada rakyat. Bezanya adalah itu zaman PAS, sekarang zaman Hadhari. Benarlah jika Idris kata dia mahu mencipta sejarah dia sendiri. Maka, semua jasa-jasa PAS dahulu bahkan jasa-jasa Wan Moktar dahulu pun cuba dimusnahkan!. Memang seorang yang gila kuasa dan nama!. Seorang kawan menggelarkan sifat ini sebagai diktator. Aku angguk je tanda setuju.


Gambar 1: Pemandangan dari Jalanraya

Gambar 2: Rumah ini terpaksa dihentikan pembinaan bilamana kerajaan mengeluarkan arahan mengosongkan tanah. Siapa pula yang harus menanggung kerugian ini?

Gambar 3: Sudah nasib mentimun untuk merayu pada durian. Memang itulah hasrat durian menunjukkan kuasanya. Allah Maha Besar. Semoga Allah menghukum mereka yang zalim

Gambar 4: Rakyat yang perlu dijaga hanyalah kroni. Jika mereka orang kampung biasa, tiada suara, tiada penyokong, durian tidak akan heran. Kezaliman berleluasa bila mentimun tak bersatu. Dalam melawan durian, perlu ada mentimun yang luka. Tapi bersatu itu yang utama! Luka dalam perjuangan adalah biasa. Tanpa luka, perjuangan seolah-olah tiada dan biasa. Semoga luka itu menjadi tanda kita pernah berjuang melawan durian!

04 August 2007

Sepetang Di Kebun Rambutan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kelmarin pulang ke kampung. Menunaikan janji yang seminggu tertangguh. Kesian mak ayah sebab minggu lepas aku tak sempat pulang. Ayah sms bertanyakan samada minggu ini pulang ke kampung atau tak. Aku jawab tak balik. Mak tak puas hati. Mak call aku. Minta usahakan untuk balik sebab nak ajak ke kebun (dusun) kait rambutan. Mak suruh tangguhkan dulu kerja-kerja lain. Aku selalu kalah dengan mak. Tak sampai hati nak lukakan dia. Cepat-cepat aku siapkan kerja dan minta izin pulang dari boss. Kebetulan aku sepatutnya mesyuarat di Setiu petang tu. Call ayah dan beri janji untuk sampai selepas zohor. Alhamdulillah sempat sampai pada masanya.

Lepas selesai makan tengahari di rumah (lama x makan masakan mak!), aku ajak ayah ke kebun. Ayah kata nak tunggu 3.30 petang. Aku maklumkan yang aku akan lewat mesyuarat petang nanti. Ayah senyum. Katanya nak selesaikan Sinetron kat TV3. Aku gelak mendengarnya. Sejak bila pula ayah aku minat TV. Dulu pernah ayah aku minat TV masa cerita drama korea kisah seorang doktor diraja. Dr ape ntah. Hu Jun kalu tak silap. Minat sehinggakan ayah susah nak ke mana-mana jika bertembung dengan waktu siarannya. Nampaknya penyakit lama ayah datang lagi.sengihnampakgigi

Jam 3 mak pula desak ayah supaya cepat selesaikan urusan ke kebun. Alhamdulillah ayah akur. Mak paksa adik-adik supaya ikut sama. Kata mak, nak minta tolong kutip buah yang aku akan kait / panjat. Maka bermulalah suatu perjalanan ke kebun. Sebetulnya kebun ni tanah yang ayah aku beli dari seorang kawan sekampung. Pakcik tu jual tanah ni sebab dia nak gi umrah masa tu. Pakcik ni memang minat berkebun. Dia suka-suka je beli tanah, then tanam apa yang dia rasa nak tanam. Biasanya buah-buahan laa. Lepas tanah tu dah penuh dengan pokok, dia akan jual. Kemudian beli tanah lain pula dan buat perkara yang sama. Katanya berkebun ni hobi dia. Dia puas dapat buat gitu sama macam orang lain main bola. sengihnampakgigi Memang dunia ni macam-macam jenis orang ada. Apa pun bagus juga ada orang sebegitu kerana tanah tak lah kosong tanpa apa-apa manfaat. Mak aku sempat pesan lagi kat pakcik tu, kalu lepas ni nak jual tanah bgtaulah, dia nak beli.

Sampai kebun, aku tersenyum lihat pokok rambutan dah mula berbuah. Sebenarnya itulah kali pertama aku sampai situ. Mak ayah aku pun baru beberapa kali datang situ. Tanah yang sudah siap bertanam dengan pokok. Maka tak perlu sangat nak usahakan. Lagipun masa nak berkebun tak ada. Ayah aku sudah cukup sibuk dengan arnab, kucing dan puyuh-puyuh yang ada kat rumah. Opss.. Ikan satu lagi.

Rambutan banyak, tapi durian belum berbuah. Mungkin satu dua tahun lagi kot. Pokok petai pun ada terselit. Sempatlah aku kait dekat 30 papan. Yang lain belum 'masak'. Separuh belakang van kami isi dengan rambutan. Memang banyak kalu nak makan sendiri. Rezeki jiran-jiran dan sedara mara lah nampaknya.

Mak hulur petai suruh bawak balik. Aku cakap mana la aku makan petai kecuali sambal tumis petai. Nak minta mak masakkan pun aku segan. Lagipun masa tak banyak nak suruh mak masak sebab aku balik betul-betul untuk bantu ayah kait rambutan dan meeting pada petang tu. Terkilan gak sebab tak dapat makan sambal tumis petai mak.laparlapar

Sebaik azan Asar, kami mula bergerak pulang. Sesudah solat, aku capai sebakul rambutan dan masukkan dalam plastik. Buat penyejuk ahli mesyuarat fikirku. Masa tu aku dah agak lewat 30 minit. Huhuhusedih. Aku dalam bab masa ni cukup jaga setakat yang termampu. Kecuali aku dengan orang lain yang susah untuk aku kontrol. Apa nak buat.

Sekurang-kurangnya aritu aku telah berjaya laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Sedih gak sebenarnya dengar suara mak call. Terus terasa bersalah aritu. Aku je anak yang agak besar yang duk dekat. Abang-abang dan adik lain agak jauh. So, apa-apa hal aku la yang nak diharap. Cuma aku je kadang-kadang tak leh diharap sangat. Bukan nak mengelak, tapi bila ada tuntutan lain yang lebih besar, aku kira mak ayah aku memahami. Soalnya tak semua perkara yang kita faham difahami orang lain. Perlu juga dijelaskan dengan maksud yang jelas dan terang. Umpama kita suka seseorang, tak cukup dengan senyum meleret jer. Kena beranikan diri bagitau apa maksud sebenar senyuman tu! sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi

amdang: Baik ada makna!! :)

01 August 2007

Heli bernama Nuri.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku sampaikan hajat seorang kawan untuk disampaikan penulisan beliau tentang Helikopter Nuri. Penulis ni adalah seorang pengamal undang-undang yang meminati kenderaan.
---------------------------------------------------------------------

Peristiwa terhempasnya helicopter Nuri baru-baru ini di Genting Sempah dan juga kelewatan penemuan mangsa-mangsa yang terlibat adalah mat mendukacitakan.

Dalam keadaan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menwar-warkan konsep pertahanan menyeluruh (Hanruh) perkara asas di dalam pertahanan iaitu logistik telah gagal disempurnakan oleh kerajaan Malaysia. Napolean maharaja perancis pernah berkara bahawa tentera berperang dengan perut mereka. Kegagalan Afrikan Korp di dalam perang dunia kedua walaupun dipimpin oleh panglima Erwin Rommel yang masyhur itu ialah kerana kegagalan logistik menyalurkan bekalan daripada tanah besar eropah ke afrika, tempat berlakunya pertempuran.

Kemanakah hala tuju industri pertahanan tempatan dalam memenuhi keperluan asas pertahanan?. Kita biarkan dulu isu peluru berpandu atau alatan canggih, kerana ianya agak sukar untuk kita berdikari. Tetapi bagaimana dengan kasut, pakaian atau beg sandang hatta peluru senjata kecil?. Adakah setelah 50 tahun merdeka kita gagal ataupun tiada kepakaran untuk berdikari dalam hal ini?. Penulis ada terbaca dalam majalah pertahanan tempatan berkenaan isu webbing atau bahasa mudahnya tali pinggang atau pouch atau beg sandang yang ada syarikat tempatan yang berkemampuan membekalkannya kepada ATM, tetapi pihak kementerian pertahanan telah memilih syarikat luar negeri.

Kerajaan Malaysia perlu sedar sekiranya berlaku konflik bersenjata diantara negara Islam dan negara bukan Islam, walau sesekularnya manapun Negara Islam tersebut tiada negara barat akan menyebelahi negara Islam tersebut. Contohnya Turki yang sekular telah menakluki Cyprus pada 1974. semua Negara barat bersatu mengenakan sekatan kepada Turki. Apatah lagi Malaysia sekiranya berkonflik dengan singapura. Satu peluru pun tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia oleh Amerika nanti.

Kalau Malaysia ingin memdapat bantuan luar bagi memajukan industri senjata tempatan ia bukanlah sesukar ketika perang dingin dulu. Pemilihan alatan ketenteraan juga bukan lagi berdasarkan ideologi yang dianuti. Menggunakan senjata Rusia tidak beerti Malaysia sebuah negara komunis. Tambahan pula banyak negara pengeluar senjata yang baru muncul kedalam pasaran dunia. Tawaran usaha sama juga ada yang di tawarkan oleh pengeluar senjata tersebut. Cuma kerajaan Malaysia dan syarikat tempatan janganlah berfikir untung untung cepat tanpa belajar ilmu yang boleh didapati daripada usahasama tersebut. Maklumlah kontrak kerajaan sudah terjamin jadi tiada risiko rugi.

Seperti kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jangan fikir kerja mudah sahaja.kalau tidak diusaha sekarang bila akan kita dapat hasilnya. Memetik kata pujangga “Bersedialah untuk berperang jika kita mahu hidup aman damai”

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks