30 May 2007

Muktamar dalam Menang!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Malam ni bermula perasmian Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat di PUTIK dan besok akan menyaksikan muktamar penuh pemuda. Beberapa pertandingan akan berlaku kerana tahun ini merupakan tahun pemilihan. Namun, ramai yang berpendapat pimpinan tidak banyak yang berubah.

1, 2, dan 3 Jun pula Muktamar PAS Pusat buat kali ke 53. Aku kira tahun ini agak menarik kerana perwakilan akan datang dengan semangat 2 'pilihan raya'. Pilihan raya memilih pimpinan parti dan merupakan muktamar terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke 12.

Bagi kebanyakan ahli PAS, Muktamar diumpamakan sebagai 'Hari Raya'. Ini kerana ketika inilah hampir semua pimpinan akan berkumpul dari sekecil-kecil cawangan, sehinggalah ke badan perhubungan PAS negeri-negeri. Teman-teman sekampus suatu ketika dulu juga akan dicari dan berjanji untuk bertemu di sini. Pendek kata, meriah muktamar ini bila melihat perkumpulan-perkumpulan kecil yang berkumpul dan bercerita kisah lama dan isu semasa. Mengembalikan nostalgia, merapatkan ukhwah, memperteguh jemaah.

Aku? sejak akhir-akhir ini aku cuba hadirkan diri ke setiap muktamar yang diadakan. Jika di Kelantan, insyaAllah kerana dekat. Jika di KL pun insyaAllah walaupun jauh, tetapi aku punya ramai kenalan dan 'rumah sewa' di sana. Paling suka jika berjumpa dengan sahabat yang sudah berubah dan sudah diamanah jawatan dalam parti. Terasa kerdil diri kerana tidak banyak yang mampu disumbang berbanding yang lain.

Muktamar tentu agak hangat nanti kerana hari ini baru keputusan rayuan Lina Joy diumum dan menyaksikan Lina Joy tewas dalam tuntutannya supaya perkataan Islam pada Mykad dibuang dengan alasan dia sudah tidak lagi Islam. Semoga muktamar ini nanti dapat mendesak dan mengembalikan kekuatan Islam dalam masyarakat Islam khususnya.

Semoga muktamar itu nanti akan melahirkan buah-buah yang baik untuk dibawa pulang. Ok, aku kena siap-siap nak gi muktamar plak. InsyaALlah jumpa lagi! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!!.

Muktamar PAS boleh diikuti dengan melayari di
SINI

28 May 2007

Catatan Mukhayyam DPPNT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tarikh: 25 & 26 Mei 2007
Tempat: Pulau Pasir Segar, Sungai Ular, Hulu Terengganu.
Peserta: AJK DPP Kawasan dan Nuqoba'

Subhanallah! Cantiknya permandangan. Itulah yang terlintas di kepala aku bila ternampak sungai di hadapan. Aku sebelum ini sangkakan Ustaz Wan (Setiausaha DPPNT) hanya bergurau bila mengatakan tapak program kali ini dibuat di sebuah pulau. Aku sebelum itu hanya membayangkan tempat program kami hanya di tepi markas yang berhampiran dengan semak samun atau hutan.

Kami dibawa menaiki bot untuk sampai ke tempat yang dituju. Bukan jauh sangat pun jarak tebing dengan pulau yang dinamakan 'Pasir Segar' itu. Namun arus yang deras agak menakutkan aku yang tidak mahir berenang. Bot terpaksa berhenti agak jauh dari tebing kerana berpasir. Maka mengharung kami air yang hanya separas lutut. Cuak juga mula menjejakkan kaki ke air. Maklumlah air keroh kerana cuaca ketika itu hujan.


Sesampai di tapak, kami terpaksa menyiapkan khemah terlebih dahulu. Dalam hujan lebat, kami baiki khemah yang dilanda ribut dan hujan lebat. Basah lencun (berjeruk) baju dan seluar. Dah niat nak basahkan, jd takder lah aku terfikirkan sangat soal basah tu. Lagipun aku dah spare banyak baju. Aku memang suka berlebihan dalam bab sebegini. Mudah utk buat aktiviti dan tak rimas jika baju yang ada kotor dan sebagainya. Kadang-kadang malu gak sebab selalu bawa beg besar walau ke program yang hanya sehari dua.


Aktiviti petang tu hanyalah siapkan khemah. Lama juga berhujan. Alhamdulilah khemah siap, hujan mulai reda. Memang hujan untuk menjadi satu silibus tarbiyyah rupanya. Selesai taklimat dan pembahagian kumpulan, masing-masing siap untuk solat Maghrib. Lepas Isyak, Majlis Perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu. Maaf cakap laa, isi ucapan Cikgu Pa tak banyak yang aku dapat sebab aku banyak tersengguk-sengguk. Penat agaknya siapkan khemah dan berhujan. Kesian cikgu Pa aku tak dengar ucapan beliau.

Malam tu kami makan nasi lauk ikan kering dengan sayur lemak putik nangka. Memang sedap. Walaupun tak menambah nasi, cukup kenyang. Lama tak makan bertalam sebegitu. Aktiviti malam tu LDK dan mencari Panji (Bendera PAS) dalam pasir. Kumpulan aku gagal menjumpai bendera sehinggalah tamat masa. Kata urusetia ada denda, tapi malam tu tak kena plak. Malam tu tidur yang nyenyak bagi aku. Dalam keadaan penat dan sejuk, cukup membuat aku lena dengan sekali pejam sahaja (memang aku mudah tidur pun)

Jam 4 pagi dikejutkan. Kami kumpulan last untuk aktiviti jungle trekking. Ni yang best ni jalan masuk hutan. Tapi masalahnya aku tak suka malam sebab penglihatan aku agak terbatas. Tanpa bendera, kami dikira telah gagal melaksanakan misi pertama. Cabaran pertama trekking ni adalah merangkak di bawah tali. Asalnya tali tu dibuat di permukaan air, tetapi kami yang last ni kena ketika air dah surut. Maka air dah tiada. Jadi selamatlah kami dari basah di pagi hari yang sejuk.

Program berakhir masuk waktu Subuh. Kami diamanah untuk melaksanakan solat Tahajud dalam perjalanan. Memang awal-awal lagi kami telah dipesan. Cuma dalam kumpulan aku ada seorang budak yang agak degil mahu menghabiskan aktiviti terlebih dahulu. Kesannya, kami terlepas utk melakukannya. Apa pun, berjaga malam tu memang 'qiamullail' pun.

Game yang membosankan selepas Subuh dan Ma'thurat. Main bola sambil tutup mata. Nak je aku bangkang, tapi apa boleh buat kerana urusetia tentu punya alasan tersendiri. Maka meraba lah kami mencari bola. Penonton hanya gelak dan memberi arahan palsu. Huhuhuh.

Lepas sarapan, barulah ada game yg lebih mencabar iaitu selepas bermain bola, kami dibenarkan mandi sungai. Walau air tak jernih, tapi sejuk dan keseronokannya tetap ada. Aku tak berani nak tunjuk skill yang power-power kat situ. Air laju sangat. Kan tak pasal-pasal jd arwah. Huhuhu.

Program last penutup dan Bai'ah dengan Presiden. Walau ucapan Presiden agak biasa, namun harapan dan sandaran kepada pemuda memang terserlah. Semua peserta juga agak bersemangat bilamana lafaz Bai'ah diketuai oleh Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shafawi.


Program di Pasir Segar tamat setakat itu, dan seterusnya kami dijamukan dengan Talapia Masak Tumis (kot??). Tak kisahlah apa nama pun, tetapi sedap tu memang buat aku menambah dan meratah ikan-ikan tu.

Wallahua'lam.

22 May 2007

Sukan PASTI Kawasan Setiu

Meh saksikan sedikit aksi-aksi comel anak-anak PASTI Kawasan Setiu..

Lari Dik! Nanti leh ganti Ruqaya


Apa punya seksa la kalu seluar dah koyak. Terpaksa la pakai guni. Plak tu semua orang tengok aku!. huhuhu malu!

Ustaz Mohd Soud bin Said, Pengarah PASTI Negeri Terengganu.
"Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru PASTI yang begitu tabah berjuang dalam arena pendidikan PASTI yang serba kekurangan...."

Lorr.. ingatkan mak bawak kelah tepi pantai. Rupa-rupanya di padang jerk. Gaji naik pun mak abah kedekut gak ke? Ni rasa nak ajak gi Paris ni.


20 May 2007

Murtad di Terengganu VI


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku hampir-hampir tidak menyambung tulisan aku tentang isu murtad ini. Bukan kerana aku tidak lagi berminat dengan isu ini, tetapi ruang yang ada pada aku untuk mendapatkan maklumat tentang Forkad dan murtad ini amat terhad. Sehinggalah beberapa hari lepas aku secara langsung mengikut seorang petugas Forkad dalam menangani beberapa kes.

Bukan mudah rupanya berdakwah. Ramai yang merasakan dakwah itu hanya menyampaikan walau 'satu ayat'. Sedangkan hakikat sebenar dakwah bukan hanya 'menyampaikan' tanpa perasaan. Tetapi turut merasai, mendampingi, mendengar, membantu dan apa jua perlakuan yang boleh menarik seseorang kepada apa yang hendak dituju. Umpama 'berdakwah' kepada seekor lembu ke padang ragut. Kita boleh menarik tali, menabur rumput di jalanan, tolak dari belakang mahupun mengangkat lembu tersebut. Pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat dakwah. Namun pendekatan yang sesuai dan baik bergantung kepada situasi dan siapa sasaran dakwah. Takkan mahu menarik lembu dengan mengumpan pizza?
(kalu ada sesiapa nak perbetulkan maksud dakwah ni silakan)

Seorang teman bercerita bagaimana seorang pendakyah kristian begitu prihatin dan cuba memahami mad'u (sasaran dakwah) dengan begitu bersungguh. Mereka ini bukan setakat mempunyai kewangan yang kukuh, malah menunjukkan kepribadian yang baik dan mampu membuat sesiapa yang dirapati tertarik. Bayangkan mereka sanggup datang pukul 3 pagi jika mad'u mereka menelefon memberitahu masalah. Kadang-kala bukanlah masalah besar pun yang dikhabarkan, tetapi keprihatinan dan kesungguhan mereka melayan mad'u mereka itu cukup memberi kesan kepada mereka. Adakalanya, mereka ini hanya mahu tempat berkongsi cerita sahaja bagi meluah segala permasalahan yang ada. Menjadi pendengar yang baik merupakan satu cara dakwah!

Kadang-kala aku terfikir betapa seseorang itu begitu mengada-ngada bila bercerita sesuatu. Aku pula kadangkala mudah mengambil jalan pintas memutuskan perbualan. Paling tidak meminta diri dengan cara paling sopan. Atau mungkin tanpa sedar berkali-kali melihat ke arah jam di tangan. Atau yang agak kelakar bilamana buat-buat jawap call walaupun tak berdering!. Bayangkan sekiranya jika kita sedang bermasalah, mahu tempat untuk berkongsi, tiba-tiba orang yang kita percayai dan harapkan itu tidak sudi mendengar. Tentu kecik hati kan? Itu satu sifat yang aku kira sudah mula luntur dalam masyarakat. Kita kurang mahu mendengar masalah sahabat, tetapi suka mendengar gosip.

Itu satu kelebihan mereka. Selain tu, yang aku tahu mereka (pihak gereja) tidak sesekali menunjukkan muka masam atau mudah patah semangat dalam kerja dakyah mereka. Bayangkan ada antara mad'u mereka sudah melebihi 5-6 tahun, namun mereka masih tekun memberi sumbangan dan bantuan baik dari segi material mahupun lain-lain sumbangan. Usaha demi usaha dilakukan supaya akidah muslim saudara kita itu gugur akhirnya. Bayangkan mereka boleh bermuka selamba dan tiada rasa terkilan apabila orang yang didakyah mereka menolak untuk tidak menerima Kristian. Malah diteruskan bantuan seperti biasa.

Inilah yang aku kira kita patut belajar dari mereka. Sebenarnya inilah ajaran Rasulullah yang mengajar kita berterusan dalam membuat kebaikan dan kebajikan. Tapi semakin kita lupa dan jauh dari ajaran Baginda. Kita akan melenting bilamana orang yang menerima sumbangan kita tidak menyokong kita. Kita akan melenting sekiranya beras yang kita beri, tuba yang dibalas. Sedangkan Rasulullah dalam satu kisah telah menunjukkan satu akhlak yang cukup terpuji bilamana memberi makan kepada seorang pengemis yang buta. Sedangkan pengemis itu selalu mencerca Muhammad itu penipu dan bermacam kata nista. Selepas kewafatan baginda barulah si pengemis Badwi itu mengetahui orang yang selalu bersamanya dan memberi makan adalah orang yang selalu dikutuknya.

Dalam kisah itu digambarkan Rasulullah tidak jijik dalam bersama pengemis yang biasanya berbau busuk dan hapak. Malah dikhabarkan baginda s.a.w sendiri menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu. Perkara sebegini diikut oleh para pihak gereja dalam menjalankan dakyah mereka. Tanpa geli, mereka sedia untuk membasuh kudis, bahkan membersihkan dan memandikan golongan sasaran mereka yang kurang upaya. Aku pernah ceritakan seorang ibu begitu terharu bilamana seorang paderi yang menziarahi mereka menyentuh kepala anak mereka yang teruk berkudis. Menitik air mata si ibu kerana ada juga orang lain yang tidak memandang jijik kepada anaknya itu. Bermula di situlah mereka rapat dan menerima sumbangan dari pihak gereja.

Cukup dulu sebagai "mukaddimah" kembali. Sekadar mengembalikan ingatan dan membangkitkan rasa sedar buat diri ini dalam menjalani kehidupan dalam ruang dakwah yang serba luas dan mencabar. Semoga kalian terus memberi sokongan dan dokongan kepada Forkad dalam melaksanakan gerakerja dakwah khususnya dalam menjaga kemurnian akidah. Berat untuk aku lontarkan 'permintaan' ini bilamana aku turut diamanah bersama membantu Forkad. Tetapi apa daya, sokongan kalian memang diharap.

Akaun FORKAD Terengganu- BIMB atas nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INSAN BISTARI TERENGGANU-13017010 075286..Sebarang pertanyaan : Ustaz Wan Sukairi -019-989 4125 (forkad Terengganu)

Gambar: Antara 'bahan' yang diserah oleh mangsa kepada Forkad

p/s: Klik label untuk ikuti artikel sebelum ini berkaitan murtad.

Panduan Pilih Isteri

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Saje copy n paste artikel ni dari TKO. Pada aku menarik untuk direnung sempena musim 'mengawan' yang bakal menjelma. Buat kawan-kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan, aku ucapkan tahniah dan semoga mendapat redha Allah dalam membina keluarga muslim.

------------------------------------------------------------------

"Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan gadis juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis atau sudah tiada dara. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil bergetah jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang boleh tahan dan ada gadis yang tak boleh tahan. Gadis yang boleh tahan biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang tak boleh tahan pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis tak boleh tahan ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.


Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.


Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari

dari Ibnu Abbas r.a.


Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun mata yang belum berisi pengalaman itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:


Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya baik, sopan dan elok apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa Yang bercahaya tidak semestinya emas dan Yang cantik tidaklah semestinya permata. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.


Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).


Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada

bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.


Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.

-Goethe


Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil merisik ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan menyelidik dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.


Cari Yang Duduk Bersama lbubapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.


Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi wanita dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.


Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah lupa masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.


Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.


Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang tak boleh tahan. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama

Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.


Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali


Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.


Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.


Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman



Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.


Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.


Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

-------------------------------------------------------------

p/s: Buat beberapa kawan yang melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei, 1, 2, 3 Jun 2007, aku mohon kemaafan kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kalian. Usah risau, tanpa aku majlis kalian akan tetap berlangsung. InsyaAllah sekiranya ada undangan untuk perkahwinan ke-2, ke-3 dan ke-4, aku akan usahakan untuk datang! ;)

16 May 2007

Kuasa Ekonomi Melayu Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kalu terbaca pada tajuk mesti nampak 'berat' kan? Sesekali aku mahu memberatkan fikiran korang dengan tajuk yang berat, tetapi isi yang santai dan biasa. Lagipun aku bukanlah sekolah sampai tingkat 10 untuk menghurai teori-teori ekonomi yang terlampau tinggi di sini. Cukuplah sekiranya sekadar berkongsi cerita dan rasa. Berkongsi pandangan dan pendengaran.

Korang tahu tak yang Nur Fresh & Frozen Food dah ditutup?. Aku tak tahu bila tarikh sebenar pasaraya ini ditutup. Cuma baru menyedari setelah minggu lepas aku ke sana dengan niat membeli ayam. Aku boleh mengkategorikan diri aku sebagai pembeli ayam yang setia di situ. Walaupun bukan hari-hari, namun seingat aku 97% ayam yang aku makan aku beli dari situ. Bukan ape, harga boleh tahan dan boleh pilih bahagian mana yang nak.

Aku percaya ramai yang tidak menyedari pasaraya ini ditutup. Aku yang ulang-alik setiap hari ke pejabat melalui depan Pejabat Pos Gong Kapas pun tidak menyedari pasaraya itu ditutup sehinggalah aku berada betul-betul depan kedai terbabit. Sedih juga kerana aku tidak lagi dapat membeli ayam kesukaanku yang segar. Juga mungkin tidak dapat lagi jumpa 'awek-awek' di situ. Hehehehe.

Seminggu yang lalu juga aku diamanah untuk mengatur satu pertemuan sebuah NGO dengan peniaga Pasar Borong Darul Iman, Gong Pauh, KT. Fokus utama perjumpaan itu adalah kerana mahu mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh peniaga di situ. Dari pertemuan itu, dan pemerhatian yang aku lakukan di sekitar pasar borong itu, maka dapatlah aku simpulkan bahawa mereka ditindas dan dizalimi.

Bayangkan sebuah pasar borong negeri tidak mempunyai bekalan air yang sewajarnya untuk tandas dan penggunaan peniaga pasar. Air yang ada adalah boreng (paip tiub). Kebetulan pula sekitar itu adalah paya, maka air yang digunakan berbau paya dan kurang jernih. Masalah yang melanda ini telah menyebabkan mereka terpaksa pergi ke tandas luar yang berjarak 100 Meter dari tapak pasar. Manakala kerja harian mereka terpaksa menggunakan air yang di boreng itu. Itulah air untuk membasuh ayam daging dan ikan.

Tempat parking (luar pasar) pula amat menyedihkan. Berlubang dan tiada penyelenggaraan langsung. Begitu juga dengan sistem jalan dan perparitan di dalam kawasan pasar. Tidak terjaga dan amat memualkan. Jika hujan, maka lubang yang ada akan menjadi lopak. Longkang pula akan menjadi pariti apabila melimpah kerana tersumbat sampah dan pasir.

Pasar ini dikatakan dalam proses dipindahkan ke suatu tempat yang baru. Namun sehingga hari ini tiada tanda yang mereka akan dipindahkan dalam masa yang terdekat. Sebagai makluman, pasar baru nanti dikatakan jauh dari tempat sekarang (wakaf Tapai) dan tidak strategik untuk dijadikan pasar borong. Ini kerana lokasinya yang jauh dari Bandar Kuala Terengganu berbanding sekarang hanya pinggir bandar.

Mengikut ilmu congakan, setiap bulan MPKT akan mengutip kira-kira RM7000 dari peniaga di sini. Sekarang ini kira-kira ada 400 peniaga yang keseluruhan adalah melayu kecuali 2 atau 3 orang peniaga mee kuning dan sayur yang terdiri dari bangsa cina. RM 7000 sebulan dikutip oleh MPKT dari lesen berniaga, tetapi dari jumlah itu hanya kira-kira RM1500 sahaja digunakan, itupun bagi tujuan mengutip sampah. Selebihnya masuk ke kantung MPKT. Bukan mahu dipersoalkan ke mana duit itu menghilang, namun kenapa MPKT langsung tidak ambil peduli nasib peniaga di sini?

Seminggu sekali aku juga akan melalui depan Mydin Mall. Dulu hampir hari-hari jika rajin melakukan exercise memanjat Bukit Besar. Aku lihat Mydin ni senantiasa penuh tempat parkingnya. Kalu ada ruang yang kosong pun tidak lama. Sebelah sana pula bangunan Giant sudah hampir siap. Persaingan makin hebat akan berlaku. Aku anggarkan 15 - 20% pengunjung Mydin akan berhijrah ke Giant nanti. Mungkin lebih lagi. Itu dari Mydin. Bagaimana pula pelanggan setia Sabasun? dan kedai runcit yang lain?

Aku cuma berminat melihat kepada permasalahan di Pasar Borong. Di situ kebajikan mereka langsung tidak terjaga. Di tambah pula infrastruktur yang ada tidak dibaiki akan menyebabkan pengunjung biasa akan beralih arah. Cukuplah sekiranya jalan yang elok dan tandas dibaiki. Sekurang-kurangnya pengunjung tidak 'geli' untuk menjejakkan kaki ke pasar borong. Apabila ada pilihan seperti Mydin Mall untuk mereka, sudah tentu mereka tidak teragak-agak untuk bertukar angin dan selera.

Ini nasib biasa Melayu di Malaysia. Selalu menjadi mangsa kepada pembangunan dan kemajuan (kononnya!). Melayu selalu berkorban menyerahkan tempat mereka kepada kerajaan untuk dibangunkan. Melayu juga yang selalu merelakan masjid / surau mereka 'dipindah' demi pembangunan. Melayulah yang sanggup menjadikan tapak rumah mereka sebagai pangsapuri mewah walaupun mereka akhirnya tercampak jauh dari arus pembangunan.

Lihat pula bangsa Cina. Kampung Cina kekal sehingga ke hari ini. Mereka kekal berniaga dan menetap di bandar. Menjaga sejarah kononnya. Kerajaan terlalu berhati-hati dalam menangani permasalahan kaum Cina. Sedangkan bangsa Melayu dirempatkan dan disisihkan. Sedangkan bangsa Melayu yang memimpin negeri ini sejak dulu. Bangsa Melayu juga dulu yang menguasai bandar KT ini. Yang masih tinggal hanyalah rumah-rumah kayu yang menunggu masa untuk dipindahkan bagi dibangunkan kawasan itu.

Maaf kerana tulisan ini agak perkauman. Tapi bukan bermaksud menafikan hak kaum Cina di negara ini. Cuma menyelar sikap pemimpin Melayu yang mengkhianati Melayu dan menyelar sikap bangsa Melayu yang tidak kisah. Seolah-olah Melayu rela diperbuat apa sahaja, selagi mana ada pampasan, maka Melayu akan sambut pembangunan itu. Pembangunan pun bukan untuk orang lain, untuk kemajuan negara ini juga. Melayu sanggup korbankan apa sahaja demi negara ini. Mintalah apa sahaja wahai pimpinan, kami bangsa Melayu akan ikut dan patuh. Asalkan jangan dilondehkan seluar kami. Itu sahaja permintaan kami!

Aku kira tidak terlewat tulisan ini walaupun sebenarnya Cina sudah lama menguasai ekonomi di negeri Terengganu ini. Namun, janganlah sedikit bangsa Melayu yang gigih itu dikhianati dan ditindas sedemikian rupa sehingga menyebabkan bangsa ini lemah dan terus lemah. Fikirlah untuk ummah sekalipun tidak mahu fikirkan soal Melayu. Jangan hanya sibuk memberi seminar dan pakej tertentu, tetapi pada masa yang sama menindas rakyat. Agaknya Melayu perlu terus layu untuk memudahkan pemimpin Parti Melayu terus berkuasa. Tak apa, Melayu sekejap sahaja sedarnya. Maaf, aku tidak maksudkan Melayu mudah lupa.

klik untuk cerita Nur Fresh sebelum ni
Klik untuk cerita Mydin Mall sebelum ni

Sajak: GURU OH GURU

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

10 May 2007

Tazkirah Sempena Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Setiap hari pun hari Ibu. Tapi jujurnya setiap hari kita tak ucap "Selamat hari Ibu" kat ibu kita. Ada yang panggil Mak, ada yang panggil Ibu, Mama, Mami, Ummi, Mum, Mother, Mek, Cek, dan macam-macam lagi la. Apapun panggilan kepada ibu ini, ibu tetap seorang yang terlalu istimewa dalam hidup seorang anak.

sedikit renungan yang dicopy dari Tranungkite.net
--------------------------------------------------------------------------

Tazkirah Sempena Hari Ibu

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Al Ahqaf 15

Di dalam hadith:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah selayaknya mendapat persahabatan yang lebih baik dari saya? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Kemudian ayahmu. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

أخرج السيوطي بسند صحيح عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : .... وأعظم الناس حقا على الرجل أمه

Dikeluarkan oleh Imam as-Sayuthi dengan sanad yang shahih daripada A’isyah رضي الله عنها bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “…. Dan orang yang mempunyai sebesar-besar hak atas seorang (anak) itu ialah ibunya".

Abul Hasan al-Mawardi meriwayatkan sepotong hadits, maksudnya: Sesungguhnya telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai seorang ibu (yg sudah tua), yang saya dukung dibelakangku, saya tidak pernah bermasam muka kepadanya, saya berikan hasil pencarian saya kepadanya. Sudahkah saya membalas budinya? Rasulullah menjawab: Tidak! Walaupun satu tarikan nafas panjangnya. Lelaki itu bertanya lagi: Mengapa demikian? Rasulullah menjawab: Kerana (dahulu) ibumu memeliharamu dengan harapan engkau hidup (panjang umur), manakala engkau memelihara ibumu padahal engkau ingin ia (segera) mati”
----------------------------------------------------------------
Tulisan asal dipetik dari Forum TKO tulisan cikgu Zul

p/s: saje nak update blog n nak promote TKO

06 May 2007

Comot, Hitam atau Oren?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Wah bestnya balik kampung! Memang best pun sebab sampai rumah je dah ada nasi minyak atas meja. Makan dulu laa. Sesambil ceduk nasi, mak dah tanya, "ada meeting ke?" Aku angguk mengiyakan. "Malam ni" tambah aku.

Itulah antara perbualan yang biasa aku perbualkan jika sampai di rumah. Seolah-olah sudah menjadi skrip setiap kali sampai ke rumah. Cuma kadangkala aku jawab ada program di situ dan sini. Usik seorang adik, kalu aku balik ni memang sebab ada program. Kalu tak ada program atau meeting, susah la nak tengok aku balik ke rumah. Aku hanya senyum. Tak mampu nak membalas kerana ada juga kebenarannya.

Akhir-akhir ni kepulangan aku disambut Ciko dan anak-anak. Dulu anak Ciko 4 ekor. Sekarang dah tinggal 3. Kesiannya yang mati tu yang punya bulu macam Ciko. Adik aku panggil Cicak. Kata adik sebab warna dia macam cicak. Ntah la. Maka tinggallah Ciko dengan Comot, Black dan Oren. Aku paling suka Comot sebab montel n bulat je. Bulu pun lebat. Pelik betul tengok dia ni berbanding Black yang kurus je.

Sepanjang 2 hari di rumah, aku banyak menghabiskan masa melayan anak-anak Ciko. Seronok lihat telatah anak kucing ni. Bebas dalam ertikata mereka. Banyak bermain. Berkejaran sambil berguling-guling bergurau senda mengingatkan zaman kanak-kanak dulu. Kami bukan bergurau, tetapi bergaduh adik-beradik. Kalu mula dengan bermain pun akan berakhir dengan pergaduhan. Kata mak, aku ni angin, abang aku api. Maka jika bertemu angin akan memarakkan api. Akulah puncanya kot? Tapi ada juga api padam kerana angin. Kan?

Itu cerita zaman budak-budak. Kenakalan di tahap yang tinggi. Fikiran selalu dibelakangkan. Apa yang aku tahu, lawan tetap lawan. Walaupun aku selalu menjadi abu dan arang sekaligus!. Kadang-kadang arang itu digunakan untuk membuat isyarat SOS kepada mak. Kesannya sama-sama kena pukul (debik). Walau aku kena, aku puas sebab abang aku pun kena. Berbanding kalu kami bergaduh, asyik aku je yang kalah. Hehehhe. Kira taktik jugalah tu.

Bila dah besar ni kalu ingat cerita lama memang terasa kebodohan tu. Maklum je la apa-apa tindakan tiada diplomasi. Semua menggunakan kaedah provokasi. Serang dan menyerang je yang ada. Dah lama zaman budak-budak berlalu. Tapi bila diingat mampu buat tersenyum dan bermonolog kembali..

p/s: klik Ciko untuk melihat gambar anak-anak Ciko.

03 May 2007

Bahayanya mainan media..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Bahaya betul! Itulah yang aku mula-mula terfikir bila baca berita di bawah. Bukan maksud aku bahaya PKR kerana keganasan, tetapi bahaya mainan media yang boleh menyebabkan masyarakat sebenar hilang maklumat yang tepat. Media perdana khususnya BERNAMA seharusnya lebih pro dalam melaksanakan dan melaporkan berita. Jika berita seumpama ini yang diangkat, maka kredibiliti BERNAMA akan terus dipersoal dan diragui.

Aku tak tahu apa kesan berita ini kepada masyarakat umum di luar sana. Apatah lagi masyarakat yang jauhnya dari Ijok beribu batu. Berita yang amat berat sebelah dan penuh konspirasi ini sewajarnya dielakkan. Mustahil jika pemberita BERNAMA tidak tahu cerita sebenar, sedangkan insiden di Ijok jelas kelihatan siapa yang benar dan siapa salah. Slogan GEMPUR oleh pemuda BN sendiri jelas menunjukkan parti itu bersikap GEDEBE dan SAMSENG semasa proses PRK berlangsung.

Media Perdana juga gagal membuktikan sejauh mana SAMSENGnya PKR berbanding BN yang memukul petugas PKR (dibaca PKR dan PAS) sehingga pengsan dan luka yang agak besar dan serius. Takkanlah dengan gambar beberapa petugas PKR berhimpun sambil menunjukkan muka tidak senang kepada petugas BN sudah dikira samseng? Atau muka mulut muncung kerana berteriak turut dilihat budaya ganas? Paling kurang laporlah kepada Pihak Polis kesalahan dan samsengnya PKR. Biarlah Polis menyebelahi BN pun. Sekurang-kurangnya Polis boleh menjadi pihak yang akan dirujuk kelak.

Media Perdana turut menjadi tempat BN dilihat suci dan bersih dari dosa dan noda. Tiada kesamsengan, lemah lembut, berbudi bahasa, ramah tamah, halus bicaranya, santun langkahnya, lunak janjinya dan segala yang terpuji dan kebaikan bersama BN. Ampu lah BN sementara BN memerintah!

-----------------------------------------------------------------------
Setiausaha PM saran PKR bubar parti
02-05-2007 05:19:30 PM

MUAR: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) patut membubarkan parti itu selepas pendekatan kempen secara ganas yang digunakan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok baru-baru ini, ditolak rakyat, kata setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa.

Beliau berkata kempen secara ganas bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam malah bertentangan dengan budaya orang Melayu.

"Orang Melayu tidak dapat menerima budaya samseng dan tindakan ganas pembangkang semasa kempen di Ijok yang jelas telah merendahkan imej pemimpin mereka sendiri.

"Saya sarankan agar Keadilan dibubarkan dan orang Melayu yang menganggotai parti itu kembali sahaja ke pangkuan Umno," katanya kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan Umno bahagian Sekijang di sini.

Osman berkata Umno dan parti komponen Barisan Nasional sentiasa mengamalkan pendekatan mesra, hormat-menghormati serta mengamalkan sikap "mengasuh rakyat, bukan mencari musuh". BERNAMA

02 May 2007

Gambar-gambar dr Ijok

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni saje la nak kongsi beberapa gambar yang sempat di tangkap semasa berada di Ijok. Sebagai kenangan jerk.



Ezam berceramah: Atas bakul air botol pun jadi sebagai pentas.


Dengan bangga 'belon' BN merentangi jalan


Di sinilah Markaz tempat aku bertugas. UPU Bestari Utara.


Hehehe. Sempat curi satu gambar minah umno di depan rumah puteri minah umno. Tak tahulah depa ni dapat berapa sen.


Pelbagai karnival dan program sempena PRK Ijok


Pemandangan yang jarang dilihat di Ijok, tetapi dapat dilihat semasa PRK.


Cuba lihat tarikh projek. Cepat gile!!


Sempat ambik gambar Nurul Izzah semasa dia melawat UPU Bestari Utara.


3 Pemuda MIC yang bertugas merayu undi.


Seorang petugas di Markaz Besar PAS Ijok


Pejabat MB Selangor. Lihatlah betapa bersungguh MB mahu membangunkan Ijok sedangkan ruang pejabat lain masih kosong dan belum digunakan. Tapi kenapa baru sekarang??


Lagi gambar kerja-kerja pembangunan Ijok.

Ustazah Hadhari

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks