28 April 2007

Akhirnya BN Menang lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhirnya BN menang lagi di Ijok, satu pekan kecil di Kuala Selangor. Sebelum ini pun BN telah lama menduduki kerusi Ijok ini. Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, K. Parthiban menerima 5884 undi manakala calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima 4034 undi. Majoriti ialah 1850 dan undi rosak ialah 122.

Tiada apa yang pelik sebenarnya dengan kemenangan ini. Aku sendiri memang menjangka BN akan menang, namun sedikit harapan yang diletakkan pada Tan Sri Khalid membuat aku tidak mahu menyatakan demikian. Bukanlah tiada harapan langsung untuk Tan Sri Khalid menang, namun aku lihat banyak petanda yang menunjukkan BN tetap mendahului PKR dalam tempoh berkempen itu.

Melihat sahaja jentera yang turut membantu BN mampu membuat lemah longlai tubuh mahu melawan. Bayangkan segala macam kementerian dan badan / persatuan turun dan sama-sama menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN. Ini tidak termasuk jentera jentolak dan jengkaut yang siang malam bekerja membangunkan pekan Ijok.

Memang penat. Aku nak rehat. :)


24 April 2007

BERCUTI DI IJOK

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku akan bercuti di Ijok buat beberapa hari. Blog ini akan diam dan sunyi buat seketika. InsyaAllah kalu panjang umur dan masih punya kesempatan aku akan mencoret kata dari sana. Wallahua'lam dan Jumpa lagi!

p/s: HoneyMOON!

Lagi Kekalutan Islam Hadhari.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam baru aku copy n paste artikel "Islam Hadhari = Islam Palsu" tulisan ustaz Nasrudin Hj Hassan ke dalam blog aku. Tetiba terbaca akhbar hari ini Perkampungan Islam Hadhari (sebelum ni Perkampungan Hadhari je kan??) boleh dipengerusikan oleh mereka yang tidak beragama Islam. Alasan yang diberikan hanyalah kerana tidak akan menimbulkan kontroversi.

Memang tidak akan timbul kontroversi pun. Islam Hadhari adalah agama baru. Sesiapa pun boleh bercakap pasal Islam Hadhari asalkan berpandukan Rukun Islam Hadhari yang 10 itu. Ini sudah terang lagi bersuluh bilamana semua yang sedang dilakukan kerajaan pemerintah hari ini menjurus kepada semua prinsip Islam Hadhari itu. Mana-mana rakyat walau apa agama sekalipun sebelum ini MESTI memahami dan menganut fahaman Islam Hadhari ini. Agaknya sebab itu kerajaan tidak kecoh soal murtadnya puluhan ribu umat Islam kerana mereka itu sedang menuju kepada anutan Islam Hadhari!

Agaknya sejauh manalah toleransi yang ada pada kerajaan hari ini dalam melaksanakan sesuatu dasar yang berkaitan dengan agama? Jika konsep Islam Hadhari pun diserahkan kepada Kristian (Hadhari?) @ Hindu (Hadhari?) , maka apakah selepas ini jawatan Pengerusi Masjid Hadhari pun boleh dipengerusikan oleh seorang yang beragama Kristian (Hadhari)? Pada aku, biarlah penganut Islam Hadhari sahaja yang memegang jawatan berkaitan Islam Hadhari. Usah terlalu bertoleransi, kelak agama kalian akan tergadai sedikit demi sedikit. Aku takut jika ada sebilangan kecil penganut Islam Hadhari pun memberontak.

Pada aku, hanya penganut Islam Hadhari sahaja yang memahami Islam Hadhari, jadi kenapa perlu diserah konsep Islam Hadhari kepada penganut Kristian / Hindu / Buddha?. Umpama seorang tukang kayu akan bercerita soal rumah kerana hanya dia yang arif soal rumah. Tukang paip hanya boleh bercerita soal kerja-kerja paip sahaja. Mungkin sesekali tukang paip boleh buat pandai dengan mengajar tukang rumah, namun perlu melihat skop mana yang boleh dicampuri. Umpamanya jika melibatkan bilik air, tentu tukang paip boleh mencadangkan struktur dan apa yang perlu dilakukan untuk memudahkan kerja pemasangan paip kelak. Namun kuasa membina tetap ada pada tukang rumah. Cuma toleransi yang ada akan menambahbaik dan memudahkan urusan pembinaan.

Maaf jika aku turut masuk campur ke dalam urusan agama Islam Hadhari. Bukan niat mahu mencampuri urusan agama lain. Namun, sebagai orang awam aku menyatakan ini bagi pihak 'sahabat-sahabatku' yang berada dalam Islam Hadhari. Kerana aku kenal kebanyakan penganut Islam Hadhari ini senyap sahaja walau apa pun perlakuan yang dikenakan ke atas mereka. Penganut Islam Hadhari adalah penganut agama paling lemah dan paling tiada sensitiviti terhadap agama mereka sendiri!. Lakukanlah apa jua terhadap mereka, maka mereka akan meredhai malah menghalalkan apa jua yang dilakukan terhadap mereka. Pantang mereka cuma satu; jangan kutuk imam mereka. Selain itu, lakukanlah apa sahaja. Percayalah merekalah penganut agama yang paling bertoleransi dan berdiplomasi.

Aku tak tahu apa respon penganut Islam Hadhari terhadap tulisan ini. Cuma kegeramanku bangkit selepas melihat Islam terus dipersenda, sedangkan Islam Hadhari terus mendapat tempat. Bilangan Umat Islam makin berkurang, penganut Islam Hadhari makin bertambah. Percayalah tulisan ini tidak akan merangsang langsung penganut Islam Hadhari. Kerana mereka adalah golongan yang tidak terasa apa-apa...


-------------------------------------------------------------------------------
artikel asal dr Utusan:

Bukan Islam pengerusi perkampungan Islam Hadhari

KUALA LUMPUR 23 April – Ahli Parlimen bukan beragama Islam akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perkampungan Islam Hadhari di peringkat Parlimen yang mereka wakili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, perkara tersebut diputuskan setelah kerajaan meluluskan perbelanjaan sebanyak RM11.25 juta untuk mengadakan perkampungan Islam Hadhari di semua Parlimen.

‘‘Setiap Parlimen akan mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 untuk mewujudkan Majlis Perkampungan itu yang bertujuan memberi penjelasan mengenai konsep Islam Hadhari kepada penduduk.

“Kerajaan tidak nampak perkara ini boleh menimbulkan kontroversi kerana dengan pelantikan itu menjelaskan lagi kepada semua pihak mengenai Islam Hadhari yang begitu menekankan soal sederhana, tidak ekstremis dan boleh diterima oleh semua tanpa sebarang masalah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek sebanyak RM50,000 Perkampungan Hadhari Peringkat Parlimen kepada 199 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Legend di sini, hari ini.

----------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Keras sangat ke? Siapa yang makan cili je akan terasa...



23 April 2007

Islam Hadhari = Islam Palsu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Oleh Ust Nasrudin Haji Hasan At-Tantawi

Kebelakangan ini negara kita agak gempar dengan beberapa isu seperti wang palsu di Batu Talam dan juga doctor palsu yang beroperasi dengan membuka klinik yang tidak berdaftar.

Suatu yang palsu adalah jelas merupakan satu penipuan. Kepalsuan dicipta dengan pelbagai tujuan dan matlamat yang ingin dicapai melalui cara yang salah dan tidak benar. Ia juga adalah usaha memperbodohkan pihak lain dengan menampilkan kepalsuan dan menyembunyikan kebenaran.

Umumnya, suatu yang palsu dicipta seakan sama dengan yang tulen original). Sukar untuk membezakannya kecuali mereka yang pakar dalam bidangnya .

Hanya mereka yang memahami selok belok wang seperti kerani @ pegawai bank yang lebih memahami wang tulen dengan wang palsu. Demikian juga hanya mereka yang memahami selok belok ilmu kedoktoran yang boleh mengenal pasti perbezaan antara doktor tulen dan doktor palsu.

Masyarakat awam sering keliru dan menjadi mangsa penipuan. Doktor palsu disangka doktor tulen dan wang palsu disangka wang tulen . Begitulah dunia kita dewasa kini, terlalu banyak perkara palsu yang mengelirukan.

Demikianlah halnya dengan agama Islam. Di sana terdapat pihak yang memalsukan Islam dan disogok kepada umum kononnya itulah Islam yang sebenarnya.

Terlalu ramai ummat Islam yang terpedaya dengan Islam palsu ini sehingga mereka menyangka bahawa itulah Islam yang sebenar dan mereka tidak teragak – agak mempertahan dan memperjuangkannya.

Melalui sifir umum yang saya sebutkan tadi, hanya mereka yang memahami selok belok Islam dapat mengenal pasti perbezaan antara Islam palsu dengan Islam tulen. Sementara pencipta Islam palsu sememangnya mengetahui kepalsuan tersebut tetapi dibiarkan kepalsuan itu menipu ummah kerana mereka ingin mencapai sesuatu disebalik ummat yang terpedaya.

Kepalsuan Islam Hadhari.

Semenjak negara ini diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Islam Hadhari diperkenalkan . Islam Hadhari lantang diperjuangkan, menghampiri pilihanraya umum 2004 yang lalu.

Mereka mengemukakan 10 prinsip Islam Hadhari [1] kepada masyarakat dan diberikan penjelasan rasmi melalui jabatan dan kementerian Islam Hadhari menjadi slogan wajib bagi kerajaan UMNO & BN memerintah.

Namun malang, prinsip 10 diabaikan begitu sahaja dengan memperlihatkan kepada umum bukan sahaja ketidaksungguhan tetapi keengganan untuk melaksanakannya.

Usahkan rakyat yang masih terpinga – pinga mengenai konsep Islam Hadhari malah penciptanya tidak menunjukkan kemahuan dalam melaksanakannya sebagaimana yang termaktub.

Pada pengamatan saya, ianya tidak akan dilaksanakan sebagaimana yang tersurat. Justeru peluang dan ruang untuk mereka melaksanakannya terbentang luas dihadapan mereka tetapi mereka sengaja mengabaikannya.

Kuasa ditangan mereka dan mandat rakyat bersama mereka. Apalagi yang membuat UMNO & BN tidak melaksanakan Islam ? sedang Allah berfirman :

و أن احكم بينهم بما أنزل الله و لا تتبع أهواءهم

Dan hendaklah kamu berhukum dikalangan mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan jangan kamu mengikut hawa nafsu mereka.

Surah al Maaidah : 49

Bukan sahaja syariat dan perundangan Islam , tetapi perkara yang berkait dengan amal islami yang umum seperti amar makruf dan nahi mungkar ternyata tidak diendahkan.

Maksiat kian menjadi – jadi. Malah kerajaan dengan seluruh kementerian dan agensinya kian galak dengan mungkar yang dilihat semakin membarah dalam negara ini.

Lihat sahaja kepada Kementerian Penerangan dengan seluruh media milik mereka, samaada cetak mahupun elektronik . Hiburan yang melampaui batas norma dan etika syari’e, temubual yang tidak berakhlak dan bermoral, iklan yang menjolok mata , mencampur adukkan antara yang halal dan haram.

Kementerian Pelancungan, sebagai contoh mudah dalam mempromosi Tahun Melawat Malaysia memuatkan dalam panduan melancung iklan seks yang memualkan. Meskipun panduan itu ditarik balik, kita belum mendapat maklumat kerajaan telah “menghapuskan” tempat – tempat maksiat atau sindiket mungkar yang telah diiklankan itu. ( suatu yang mustahil untuk didakwa bahawa kerajaan tidak menyedari dan mengetahui wujudnya industri mungkar dan maksiat )

Ironisnya, kalau kerajaan Islam Hadhari boleh merobohkan surau sebagaimana berlaku di Bandar baru Bangi , Bukit Berembang , Bujal atas alasan yang hanya mereka sahaja mengetahuinya , kenapa tidak mereka berani untuk merobohkan tempat dan pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan dalam negera ini. ( Sedangkan pertumbuhan kelab dan pusat maksiat ini bercanggah dengan prinsip 10 Islam hadhari )

Kementerian Kesenian dan Kebudayaan pula saban tahun menganjurkan hari – hari penganugerahan seni dan muzik tanahair dengan gaya majlis saling tak tumpah dengan majlis penganugerahan award di barat.

Pakaian artis, aksi dan gelagat mereka mencemarkan syariat dan sunnah pula langsung tidak menepati prinsip 10 Islam Hadhari. Tidak ada batas etika dan panduan majlis yang dikeluarkan oleh kementerian agar ianya selari dengan syariat Islam .

Malah kementerian sering melepaskan artis – artis luar ( seperti Inul Daratista, Ratu dll) masuk beraksi dalam negara kita dengan membawa imej yang terlalu asing dengan budaya ketimuran yang diagungkan selama ini bahkan jauh tersasar dari adab dan akhlak Islam.

Islam apakah yang diperkenalkan oleh UMNO & BN ini kalau tidak Islam palsu?

Ada pihak berhujjah, bahawa 10 prinsip itu benar cuma UMNO barangkali tidak berupaya untuk melaksanakannya. Hanya Pak Lah dilihat kononnya serius untuk melaksanakan Islam Hadhari sedang anak buahnya masih tidak memahaminya. Lalu lahirlah suara, ayuh kita bantu Pak Lah !!

Saudara! jangan biarkan jenaka tidak bermoral (lawak bodoh) ini menguasai minda kita.

Tidak munsabah, setelah melalui tempoh sekian lama Islam Hadhari dijadikan slogan wajib bagi pemerintahan kerajaan UMNO dan BN, mereka masih tidak memahaminya. Lebih parah apabila penciptanya ( Pak Lah ) sendiri dilihat tidak mampu untuk menunjuk contoh ke arah melaksanakan Islam Hadhari dengan prinsipnya yang 10 .

Insiden kapal mewah, “sentuhan mesra” Michelle Yeoh di satu majlis makan malam sempena Monsun Cup di Terengganu, menyimpan menteri – menteri cabinet yang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan banyak lagi dan banyak lagi dan banyak lagi...menjadi satu bukti jelas .

Islam Hadhari dengan 10 prinsipnya hanya merupakan perkataan baik yang membawa maksud buruk dalam objektif dan matlamatnya. Sebagaimana yang pernah diungkap oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah :

كلمة حق يراد بها الباطل
Kalimah yang benar namun apa yang dikehendakinya ialah kebathilan.

Bermaksud untuk mengelirukan masyarakat agar mereka memperolehi undi simpati masyarakat muslim sedang mereka sebenarnya tidaklah mahu mendaulatkan Islam dan syariatnya.

Oleh kerana Islam menjadi produk yang laris dewasa kini, akhirnya UMNO yang dulunya terkenal dengan fahaman sekular, kini terpaksa menggunakan Islam sebagai slogan perjuangan mereka guna mengekalkan survival kuasa mereka .

[1] 1. Keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH.
2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemuliharaan alam semulajadi.
10. Kekuatan Pertahanan.

21 April 2007

Tanya sama pokok, apa sebab goyang?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Satu artikel yang dicopy n paste dr seorang kenalan. Sumber asal tak tahu dari mana. So, x dapat la nak bagi kredit skit. Semoga ilmu itu tersebar dan memberi kredit di Akhirat sana..

-------------------------------------------------------------------------

Apabila jiwa raga diletakkan di jalan dakwah ini Lantas bertanyalah diri…

MENGAPA AKU MESTI BERJUANG UNTUK AGAMA ALLAH INI?

Jawab hati….. Terlalu banyak nikmat yang Allah beri Terlalu banyak rahmat yang aku kecapi Terlalu banyak budi yang telah kurasa Terlalu lama kiranya aku dihidupkan di dunia ini Namun…tiada apa yang dapat ku korbankan untuk agama suci ini Kecuali berkorban diri untuk ilahi… Lantas tersentak diri….


MENGAPA AKU MESTI BERJUANG?

Jawab hati… Aku mujahid…mujahidah pilihan Tuhan Diberikan hidayah dan kekuatan Diberikan nur iman nur islam Bangkit meleraikan segala kepincangan Bangkit untuk meruntuhkan tembok kejahilan Lantaran aku adalah pejuang akhir zaman… Mahu tak mahu…pasti dihujani 1001 tribulasi dan dugaan Bertanya lagi diri….


UNTUK APA AKU BERJUANG?

Jawab hati…. Aku berjuang tanda cintakan hati ini Aku berjuang tanda sayangkan ummah ini Aku berjuang tanda kasihkan tanah air ini Tanda kesyukuran pada ilahi Tanda terima kasih yang tidak terperi Lantaran aku masih bernafas hingga ke saat ini Meskipun detik dosa ligat berputar di ulir usia.

--------------------------------------------------------------------------------

p/s: ada hati semua jadi...

Seharian di Matlain Badrain

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ni Mesyuarat Agung Kawasan. Banyak juga kawasan lain yang turut mengadakan mesyuarat agung pada hari ini. Aku hadir ke mesyuarat Agung sebagai perwakilan Pemuda Kawasan buat kali ke dua di Terengganu ini. Alhamdulillah kehadiran perwakilan pada tahun ini agak ramai. Urusetia mengatakan lebih dari yang dijangkakan.

YB Ustaz Nik Mohd Amar, Exco Kelantan datang sebagai perasmi. Ucapan perasmian yang menarik aku kira walaupun ucapan permulaan agak perlahan dan mengantuk mata! (dah terlelap pun sebenarnya). Antara penegasan yang dimuatkan dalam ucapan YB adalah keikhlasan dalam perjuangan bersama Islam. Ikhlas dalam susah dan senang, dalam menang dan kalah.

Dengan memberikan peristiwa perang Uhud yang mana memperlihatkan para sahabat gagal mematuhi perintah Nabi s.a.w lantaran mahukan harta rampasan perang, maka seluruh tentera Islam tewas dalam peperangan tersebut. Keikhlasan selalu diuji. Lebih-lebih lagi bilamana kita merasakan kita yang patut dapat lebih kerana kita 'buat' lebih.

YB turut memberikan contoh satu pasukan bola dalam padang perlu menyedari hakikat kemenangan itu bilamana pasukan itu menang. Soal siapa yang jaringkan gol tidak penting, tetapi semua mesti berperanan untuk menghasilkan gol, dan menjaga gawang dari dibolosi. Setiap orang punya posisi penting yang mesti kita jaga sebagai amanah. Kelebihan kita sebagai penjaga gol perlu dimanfaat bilamana tiada orang lain yang lebih terror dari kita. Walaupun ketika itu kita rasa kita juga boleh tendang sama kuat dengan penyerang yang ada.

Peringatan ujian kemenangan yang lebih sukar perlu sangat untuk diinsafi. Kejayaan membuatkan diri lupa tuntutan sebenar perjuangan. Kemenangan juga membuat diri lebih sukar berkorban jiwa dan raga. Menang juga membuatkan ada insan dengki antara satu sama lain. Menang juga membuat perasaan mahu macam-macam. Pendek kata, sudah tiada beza dengan parti lawan yang selalu dikata macam-macam.

Di sinilah letaknya keikhlasan dalam perjuangan yang didokong selama ini. Keikhlasan mesti tetap disemai dan dibajai sentiasa. Bila keikhlasan menjadi utama, semua penyakit hati dan lupa diri pasti tiada. Kemudahan, kesenangan pasti datang kemudian, tapi biarlah datang sebagai 'memudahkan urusan', bukan sebagai ujian yang tak mampu dihalang.

Kat atas tu sikit je isi yang aku ambik. Selebihnya ulasan aku la. Apa guna jawatan (amanah) jika gagal dan tidak melaksanakan apa yang patut. "Umpama orang Luar Biasa (berjawatan), tetapi jiwa dan tindakan biasa. Berbanding Orang Biasa yang gerakerjanya luar biasa dan senantiasa ke depan dengan kerja."Kata Dato' Deris, bukan kecek sajo! Ni baru ulas ucapan perasmian. Banyak lagi leh ulas ni. :)

p/s: Teringat pertanyaan sorang kawan, "Mung nak jadi Tok Wakil?"...


16 April 2007

Akhirnya Yin ditemui..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhirnya Yin ditemui. Alhamdulillah. Aku sebenarnya langsung tidak tahu bagaimana mahu menolong pasangan ibubapa Yin dalam mencari anak mereka. Beberapa email yang diterima aku simpan tanpa forward kepada yang berkenaan/ kenalan. Bukan tidak mahu menolong, tetapi terasa jauh sekali aku boleh membantu. Sekadar menyatakan rasa simpati dari jauh dan berdoa dalam hati moga Yin dipertemukan semula.

Melihat pelbagai pihak membantu, hati terasa terdetik sama. Tapi bila melihat lokasi yang agak jauh dari tempat kejadian, maka terasa tidak logik untuk aku berdiri di tengah bandaraya Hadhari Terengganu ini sambil memegang poster muka Yin. Mungkin tindakan aku betul, tetapi logik akalku tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Kenapa manusia seperti aku umumnya menggunakan logik akal semata dalam tindakan? Sedangkan burung pipit yang membawa setitik air begitu berusaha memadam api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Walau tahu api yang marak tidak terpadam dengan setitik air, namun mengira sedikit usaha yang dilakukan adalah amal yang baik dan akan menjadi bukti telah membantu nabi Allah itu.

Aku juga sebenarnya pelik bilamana kes kehilangan Yin begitu mendapat liputan meluas. Seluruh negara bercakap soal Yin. Semua pihak turut memberi kerjasama dalam usaha mencari Yin. Sehinggakan ada yang sanggup menawarkan hadiah jika Yin dapat dipulangkan. Pemuda UMNO mencetak baju bergambar Yin, pemuda PAS mengedar risalah/ gambar Yin, Solat Hajat juga diadakan di mana-mana. Seluruh fokus hanya kepada Yin. Aku pun hampir terlupa Pilihan Raya Kecil Machap sudah berlalu.

Walhal bukan hanya Yin seorang yang hilang. Sebelum ini pun ada juga kes kehilangan. Tapi tidak sehebat Yin. Adakah semua ini kejayaan media dalam berperanan mengangkat sesuatu isu, atau berlaku satu manipulasi isu (mengalih perhatian) daripada suatu isu yang penting dan rahsia kepada isu yang umum bersifat kemasyarakatan ini (isu Yin). Aku bukan mahu bersangka buruk, tetapi hanya meluahkan apa yang tersirat di kepala aku. Seorang kawan berkata ayah Yin kenalan Khairy Jamaludin. Aku tak tahu langsung pasal ini. Mungkin juga ya, mungkin juga tidak.

Setelah dijumpai, timbul pula isu adakah Yin diculik, ataupun dijumpai oleh satu pasangan yang dikatakan menyimpan Yin. Kepala Yin yang dicukur menimbulkan persoalan utama bila dia dijumpai. Selepas itu pihak keluarga Yin menyedari kulit kaki Yin menggelupas dan mul amengesyaki sesuatu. Aku tidak salahkan keluarga Yin jika mengadu soal keraguan mereka walaupun sebelum ini mereka berjanji memaafkan sesiapa yang memulangkan anak mereka. Mereka juga berjanji tidak akan mendakwa sesiapa yang menyerahkan Yin. Keselamatan orang lain supaya tidak menjadi mangsa turut perlu difikirkan. Cuma mungkin ada pertimbangan lain yang perlu difikirkan.

Aku berharap kisah ini berakhir dengan baik dan bahagia. Kalau boleh, biarlah keluarga Yin dan keluarga 'angkat' Yin berbaik walaupun apa yang telah berlaku sebelum ini. Sekadar mencelah dan menimbulkan rasa ragu. Wallahua'lam.

Sebelum Mata Terlena...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tetiba rasa nak bermadah pujangga. Tak tahu kenapa, buang tebiat agaknya. Apa-apa pun maafkan kiranya madah pujangga sebelum tidurku ini mengganggu sesiapa yang tidak menyukainya. (Ketika ini aku masih belum mempunyai idea untuk menulis sebarang perenggan pun!)


Malam...

Datang malam
kelam dan suram
kadang ada bulan
kadang punya bintang

datang malam dengan mimpi
diharap mimpi indah
mimpi yang mampu mengubah sesuatu
bukan mimpi yang kekal mimpi
hilang dan lenyap selepas jaga

malam indah dengan bulan
putih bersih cahaya menawan
juga kerlip sang bintang
macam bergantungan di langit hitam
indah dan memberi petunjuk
buat musafir juga pemikir

malam makin larut
mata makin mengantuk
penat sehari suntuk
bakal hilang dengan bantal peluk

Selamat Malam
Aku tidur dulu..
Zzzz....

15 April 2007

Satu Persinggahan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah baru 'terjaga' dari satu siri tidur yang agak panjang. Tidur pukul 7.30 pagi - 9 pagi, Bangun siapkan minit mesyuarat mingguan, dalam bengkak mata meeting dengan beberapa kesalahan pada minit. Sesudah meeting, zohor dan makan, sambung tidur lagi dari jam 3.00 ptg sampai 5.30 ptg. Sudah asar baru ada mood sikit nak jenguk blog ni. Itupun baca komen 'si besam' jerk. Siapa la 'si besam' ni ek. Hehehhe.

Malam tadi mengatur satu aktiviti 'Burung Hantu' buat peserta Kem Perkaderan Pelajar Islam di Wakaf Tengah, Kuala Terengganu. Bahasa mudah, bawa budak-budak ini ke tanah perkuburan sambil tutup mata. Pimpin dan tinggalkan mereka memeluk batu nisan. Setiap orang dapat satu nisan. Dari jam 2.30 pagi hinggalah jam 5 pagi.

Macam-macam reaksi yang dapat dilihat. Ada yang selamba, ada yang takut-takut dan ada yang menangis. Tak kurang yang langsung tidak terasa apa-apa bilamana tidur bertongkatkan nisan. Luaran yang dapat dilihat kebanyakan macam normal (kecuali yang menangis dan lain-lain masalah). Cuma beberapa orang je yang kedengaran berzikir sambil menenangkan diri. Namun, apa perasaan sebenar dalam hati mereka tidak pula dapat dijangka.

Kubur mungkin menakutkan bagi sesetengah orang. Tempat yang sunyi dan sepi. Tiada nilai komersial yang tinggi. Tempat yang tiada 'ong'. Berhantu mungkin. Berpenunggu. Seram dan sejuk bilamana melaluinya. Apa pun label, kita semua akan ke sana. Pergi berteman, tetapi akan ditinggalkan sendirian. Selamat tinggal dunia yang sementara.

Bagi sesetengah makhluk manusia, kubur dipandang sebaliknya. Walau menakutkan, namun punya nilai yang tinggi. Tinggi apabila dapat dipuja dan memberi kekayaan dan kejayaan. Lagi dahsyat cara kematian, dikatakan makin tinggi nilai yang ada. Macam-macam manusia ni.

Apapun, kubur satu persinggahan sahaja. Persinggahan bagi alam hidup ke alam akhirat. Dua nisan sekadar satu tanda seseorang itu telah dikebumikan di situ. Ramai je yang meninggal dunia, tetapi sehingga hari ini tidak dijumpai dan tiada nisan. Tiada kubur tidak bermakna tidak mati. Tiada kubur bukan bermakna tiada azab kubur. Kubur satu alam, tetapi bukan lubang kubur (dalam tanah) itu alam kubur. Sebab itu untuk mendoakan si mati cukup kita berdoa di rumah. Menziarahi kubur satu tazkirah buat diri. Sebagai ingatan kita juga akan ke situ. Wallahua'lam.

Catatan: Buat seorang sahabat nun jauh di Selatan tanah air, Selamat Hari Lahir yang ke 24. Semoga bertambah amal seiring usia. Semoga tazkirah kubur ini membuat diri tidak alpa dan lupa tujuan kita dijadikan sebagai makhlukNya. Semoga hidup ceria sokmo, murah rezeki, dan senantiasa dalam RahmatNya. Juga mohon dipermudah segala urusan dan sabar dan tabah menghadapi segala rintangan dan ujian. Sesungguhnya kita diuji dengan ujian yang mampu kita hadapi. Cuma kesabaran dan masa yang menentukan.

Tulis HM Tuah, 15 April 1983: anda bekerja keras berusaha, tekun sabar & suka bersatu dgn alam. Anda seorg yg peka & traditional. Mampu bekerja sendirian. Selamat Hari Lahir!

09 April 2007

Ini Memang Blog Politik!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini memang blog politik!. Agaknya ada yang tertanya-tanya kenapa aku buat penegasan yang blog aku ni blog politik? Sebenarnya ini adalah jawapan kepada seorang kawan yang mengingatkan kepada aku perihal sudah ada cadangan blog politik mesti didaftarkan oleh seorang menteri. Agaknya menteri ni dah tak ada kerja kot nak dibuat, maka nak suruh daftar blog. Kalu nombor telefon bimbit tu ada la juga logiknya. Sebab company berkaitan berdaftar di Malaysia. Maka boleh la suruh semua pengguna hp daftar. Internet ni dunia tanpa sempadan. Apa relevannya daftar dan siapa yang nak tentukan sesuatu blog tu mesti daftar atau tidak? Apa kayu ukur sesuatu blog itu blog politik atau tidak?

Sebelum pergi lebih jauh, meh nak citer apa itu politik? Politik sebenarnya bukan setakat pangkah A atau B. Bukan juga kempen A atau B. Politik ni sebenarnya sesuatu yang umum tentang skills, cara diplomasi, Public Relation (PR), mahupun apa jua tindakan yang ada tujuan dan tindakan tersendiri. Cuma ada sesetengah yang sempit pemikiran mengatakan politik itu setakat mengundi dan memancing undi. Lebih parah lagi bila mengatakan berpolitik itu bila sokong pembangkang jer. Ni apa punya pemahaman tak tahu laa!

Definisi politik kat atas tu pada aku la. Sebab apa jua tindakan kita sebenarnya adalah tindakan politik. Kita minta maaf jika terkasar bahasa adalah politik. Tak kira la budak yang boleh mengundi, mahupun tidak. Baik dia tu Indonesia punya orang (Orang Indonesia x suka kita panggil diorang Indon!), mahupun bangla. Toleransi adalah politik. Begitu juga dengan tindakan memberi jiran buah tangan atau sebarang juadah. Ini juga politik. Cuma beza yang ada hanyalah politik pilihanraya atau politik harian/umum.

masih tidak faham dengan definisi aku? Kita berpolitik apabila kita membodek bos. Buat-buat rajin depan bos. Itu politik. Kita akan melayan tetamu yang datang ke pejabat mahupun rumah dengan layanan yang baik. Itu pun politik. Melayan bakal mertua yang datang bertandang, lagilah politik! Pendek kata, semua perlakuan kita memang senantiasa berpolitik. Tinggal lagi politik yang kita amalkan itu ikhlas, atau pun ada niat yang terselindung.

Politik memancing undi dalam pilihanraya adalah politik yang paling popular. Sehinggakan diwujudkan perkataan orang politik, ahli politik dan sebagainya. Sedangkan kita yang seharian berpolitik dengan masyarakat dan rakan sekerja tidak pula disebut ahli politik. Agaknya sebab kita tidak berkempen untuk diri kita sendiri dan tiada poster muka kita dalam politik harian kita itu. Kita juga tidak mengharapkan apa-apa undi terhadap apa jua yang kita lakukan samada belanja kawan makan, mahupun bersopan terhadapnya. Cuma mungkin sebagai tanda kita menghargainya sebagai kawan, ataupun memang kadangkala memang ada udang. Itu pun dah menjadi lumrah alam. Wallahua'lam.

http://amdang81.blogspot.com

05 April 2007

Antara Umno dan Gerakan, Siapa Biadap?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apabila Parti Gerakan menggesa Mufti Perak dipecat, wujud tangan-tangan (umat Islam) seolah-olah menunding jari kepada parti itu. Semuanya bermula bilamana Parti Gerakan Wilayah Persekutuan meluluskan satu resolusi dalam konvensyen parti itu pada 1 April 2007 yang menggesa agar Mufti Perak dipecat kerana kononnya beliau terbabit dalam penyebaran SMS berhubung isu murtad pelayar solo, Dato' Azhar Mansor. Alhamdulillah kerana wujud kesedaran yang agak tinggi dalam masyarakat terhadap isu ini.

Aku melihat isu ini umpama seorang ayah menjual anaknya kepada seorang kawan. Dalam masyarakat kita hari ini sudah tidak pelik bilamana si ayah kalah judi, anak dipaksa menjual body. Jika tidak anak, bini pun jadi. Atau boleh jadi apabila si ayah berhutang dengan along. Mungkin juga si ayah terdesak kerana dadah. Maka si anak menjadi mangsa 'kebiadaban' si ayah. Si anak menjadi mangsa keadaan bilamana ayahnya 'terpaksa'.

Namun, belum kedengaran seorang ayah membiarkan seorang anak gadisnya diperkosa di depan matanya dengan rela dan tidak langsung melawan. Seolah-olah anaknya tiada apa-apa. Tanpa dia mendapat apa 'untung' bila anaknya diperkosa. Sungguh biadap pemerkosa itu. Tetapi sungguh celaka si ayah!

Namun, yang paling celaka bilamana seorang ayah memperkosa anaknya sendiri. Binatang!!

Situasi di atas mungkin agak kasar dan jijik. Tapi semua ini sudah menjadi realiti dalam masyarakat. Berbalik kepada isu Gerakan menggesa Mufti Perak dipecat. Pada aku, samalah seperti mahu memperkosa Islam. Siapa mereka untuk masuk campur dalam urusan agama kita. Mufti juga dilantik Sultan yang menjadi Penaung kepada Agama Islam. Biadapnya Gerakan!.

Mana Umno? Diam seribu bahasa. Seolah-olah apa yang berlaku ini tidak menjadi kudis pun kepada mereka. Lebih tepat, seperti bersetuju dengan pendirian Gerakan. Sedangkan Mufti Perak adalah mufti negeri yang dikuasai Umno. Umno seharusnya melindungi dan menjaga mufti yang menjadi simbol agama. Bilamana Umno mendiamkan diri, samalah seperti Umno merelakan Islam diperkosa! Celaka Umno!!

Adakah Umno turut sama memperkosa Islam? Maaf, aku tak nak jawab...

03 April 2007

Mydin: Born in Malaysia, Still Malaysian?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhirnya aku sampai jugak ke Mydin Mall. Bukan saje-saje nak pergi, tapi terpaksa pergi bilamana kena beli barang yang agak banyak. Pada aku, tak ada apa sangat yang beza kalu nak compare ngan pasaraya besar yang lain macam Macro, Tesco, Giant dan yang sewaktu dengannya. Cuma bagi kebanyakan orang Tranung yang tidak biasa dengan pasaraya besar, memang Mydin ni besar giler laa. Bukan bermakna orang Tranung ni 'darat', tapi sebelum ni tidak perlu kepada pasaraya yang besar amat ini. Sekarang perlu ke?

Aku mula sedar kewujudan Mydin di Kuala Terengganu ketika aku berumur 13 Tahun. Masa tu bersekolah di sebuah sekolah berasrama di KT. Mydin masa tu dekat dengan Plaza Perdana. Dekat dengan Bank Simpanan Nasional. Jalan ape, aku tak pasti. Cuma yang pasti belakang tu Jalan Air Jernih. Ingat jalan tu pun sebab ada Klinik Air Jernih.

Masa tu aku suka kalu outing beli satu dua barang kat Mydin. Maklum je la aku duk kampung, mana ada kedai yang jual barang murah cam Mydin tu. Biasa beli mainan (13 tahun tu budak lagi laa.. hehehhe), beli minyak attar, beli kopiah dan kayu sugi gak. Outing pun sebulan sekali jer. Masa tu jugak nak beli ubat gigi, sabun mandi dan sabun basuh Attack (Mak yang syorkan untuk budak lelaki yang lasak, tapi malas basuh baju!).

Beberapa tahun lepas tu, Mydin mula beransur pindah ke tepi Masjid 'Putih'. Masa tu Mydin ni macam sardin. Jalan terpaksa himpit-himpit. Orang kat Mydin ni boleh dikatakan ada sokmo. Ada plak bukan sekadar 2,3 orang, tapi tahap kepenuhan yang tinggi. Kena plak hujung minggu dan hari cuti.

Alamak, ni bukan nak citer sejarah Mydin laa. Tajuk tu aku letak sempena signboard iklan kat eskelator Mydin. Ni la citer yang nak kongsi sebenarnya. Intro terlebih panjang. Tapi tak pe la sebagai nostalgia. Rasanya gitu la ayat yang terletak kat tepi eskelator tu.

"Born in Malaysia, Still Malaysian". Bunyi cam bagus dah. Tapi sedihnya kalu tengok gambar yang ada kat situ. Bukan nak marah, tapi rasanya perlu ada semangat dan roh Malaysia la skit. Untuk makluman, gambar kat situ tunjuk muka-muka beberapa model wanita. Dalam beberapa orang model wanita tu, satu je yang hidung penyek dan kulit sawo matang. Kalu tak silap, selain tu ada muka macam cina, dan ada muka yang berhidung tajam. Kesemua gambar tu tidak ada pun yang menunjukkan wanita bertudung.

Kebetulan beberapa hari sebelum ke Mydin, seorang kawan bertanyakan samada keturunan Mydin ni Muslim ke, Qadiani, atau Bahai. Aku sendiri tak dapat la nak jawab persoalan tu. Itu soal aqidah. Lagipun kebanyakan pengamal ajaran yang 'sesat' ni mesti la diorang tak declare. Lagipun semua tu dah diwartakan sebagai ajaran sesat.

Maaf! Ini bukan tuduhan. Tapi bila melihat gambar-gambar itu membuatkan aku terfikir persoalan kawan tadi. Pertamanya, gambar-gambar itu tidak melambangkan Melayu sebagai kaum terbesar di Malaysia, (kena plak KT ni ramai Melayu!). Kedua, si hidung penyek dan si hidung tajam yang ada pun tidak bertudung, atau sekurang-kurangnya berpakaian lebih sopan.

Agaknya, ini budaya baru Malaysia yang dimaksudkan Mydin. Aku rasa, kalu PAS masih memerintah Terengganu, Mydin tak berani nak gantung gambar terbuka aurat sebegitu. Bukanlah terlalu seksi dan menghairahkan, tapi ni soal budaya timur yang makin terhakis. Ni tak sentuh lagi tentang suruhan agama.

Aku agak lama malam tu kat Mydin, tp aku berlegar di ruang yang hampir sama jer. Maklum lah barang yang nak dibeli tu cuma ada disekitar tu. Cuma secara keseluruhan, aku nampak Mydin ni kurang menggunakan pekerja Melayu Terengganu. Banyak juga orang luar negara yang diimport untuk bekerja di sini. Agaknya peraturan menggunakan pekerja asing di sesuatu premis masih tidak ketat kembali.

Dulu kedai mamak pernah kecoh kerana kerajaan tak benarkan terlalu ramai mamak bekerja di kedai makan. Yang boleh tukang masak dengan tukang tebar roti. Pelayan mesti rakyat tempatan. Apa sudah jadi agaknya dengan peraturan tu. Dah lama tak keluar dari Terengganu. Dah lama tak lepak kedai mamak. Wallahua'lam.

Sakit Kepala

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sakit nih. Bukan nak kongsi sakit, tapi nak kurangkan rasa sakit. Jarang kalu aku sakit, aku duk diam jer. Baring-baring pun jarang. Sebab rasanya leh menambahkan sakit. Tapi kalu masa sihat memang aku suka baring dan bermalas-malasan. Pelik? Ntah laa..

Sakit ni buatkan diri rasa kerdil sangat. Hebat mana pun seseorang tu, bila sakit akan mengaduh juga walau sedikit. Masa ni la Allah akan lebih diingati. Allah akan lebih ditaati.

Bila sihat, langkah panjang. Jalan pun pantas. Tak ingat dah kiri dan kanan. Masa sakit, langkah sopan. Jalan pun tertib. Kepala tidak lagi diangkat. Nikmatnya sakit.

Wallahua'lam..




 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks