27 February 2007

Menakutkan!! Apa dah jadi?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Menakutkan!! 886 daripada 887 mengaku bersetubuh!. Aku pasti selepas ini akan ada dikalangan menteri dan orang-orang besar membantah kajian ini. Akan timbullah kenyataan bahawa kenyataan ini tidak tepat, tidak menyeluruh dan pelbagai lagi jawapan yang 'menyedapkan' keadaan. Silap-silap, pihak akhbar pun akan disalahkan kerana menyiarkan berita 'palsu' ini.

Aku berani berkata begini kerana beberapa pernyataan sebelum ini sudah pun dikeluarkan oleh beberapa menteri dan orang-orang besar yang lain. Lihat sahaja isu murtad, isu pelajar tidak tahu rakaat solat di Terengganu, isu 'samurai' dan pelbagai lagi isu yang bilamana didedahkan kepada umum, maka ada dan wujud mulut-mulut yang mahu membela 'golongan bermasalah' ini.

Itu semua tak betul. Akhbar hanya menyedapkan cerita. Orang kita mudah terpengaruh dengan berita negatif. Abaikan berita sebegitu. Rakyat perlu hidup aman. Tidak perlu risau pun apa yang berlaku di sekeliling. Rakyat mesti teruskan kehidupan seperti biasa. Anggap aje apa yang berlaku hanyalah 'setitik nila' dalam lautan susu. Tidak akan menjejaskan susu. Kenapa dibesarkan perkara yang terpencil? Kita mahu membangun, banyak lagi program kemajuan yang perlu kita laksanakan. Jangan cuba mengalih tumpuan kerajaan! - ini antara nada yang sering wujud di negara Islam Hadhari ini. Suara-suara sebegini cuba memadamkan sensitiviti rakyat. Biar rakyat tenang selamanya.

Suara mereka suara menteri. Orang besar berpangkat. Kadang-kadang orang suratkhabar pun hormat (tunduk takut!). Apa yang tidak betul menjadi betul. Batu hitam pun meraka boleh kata putih!. Mereka akan terus persoalkan kebenaran fakta. Memang kajian tidak selamanya tepat. Tapi sekurang-kurangnya menjadi satu asas dalam melihat masalah keseluruhan.

Orang-orang besar ini akan mencari kesalahan orang yang mendedahkan. Bukan mencari penyelesaian kepada masalah yang ada. Apa yang mereka nampak, jangan wujudkan 'masalah' dengan mendedahkan masalah!. Masalah akan menjadi 'kebiasaan' jika semua orang diam dan senyap. Jika semua anggap masalah itu perkara yang biasa dan 'boleh' berlaku, maka tiada lagi masalah!.

Itu perbuatan orang yang keparat!. Apapun, aku mahu tunggu jika ada lagi si celaka yang berani mempersoalkan kajian seumpama ini. Aku akan tunggu!! Cuma aku amat berharap kiranya kali ini aku silap. Aku ingin sekali menunggu munculnya si celaka, namun aku masih mengharapkan semua menyokong dan sama-sama memikirkan cara mengatasi masalah ini.. Wallahua'lam.

-------------------------------------------------------------------------------

Pelajar amal seks bebas


Kajian UKM dedah 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh


KUALA LUMPUR: Kajian mengenai moral remaja perempuan oleh seorang ahli akademik tempatan menghasilkan penemuan yang mengejutkan apabila 886 daripada 887 pelajar perempuan dalam kategori ‘berisiko tinggi’ yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Kajian tiga bulan berakhir Disember 2006 membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima dengan 20 pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah yang dipilih kaunselor sebagai responden.

Mereka terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin serta berlatarbelakangkan keluarga bermasalah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail, berkata Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi Terhadap Remaja Perempuan Berisiko Tinggi Atau Bermasalah, berkata penemuan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.

“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada semua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.

“Keputusan ini amat memeritkan, namun ia realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama.

Difahamkan kajian itu dilakukan hasil inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral remaja di negeri itu berdasarkan pendedahan media.

Hasil kajian itu diharap dapat membantu kerajaan negeri terbabit merangka modul latihan khas terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata kajian juga mendapati pelajar perempuan berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Beliau berkata selain terbabit dalam hubungan seks, kajian mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terbabit dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Katanya, kebanyakan pelajar mempunyai kekurangan dari aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah. – Bernama
--------------------------------------------------------------------------------

p/s: Kalu korang baca paper hari ni jugak ada tajuk "
Malaysia tawar bangunkan modal insan di Aceh".. Aku rasa Malaysia ni syok sendiri je. Seluar sendiri koyak, mahu tawarkan diri jahit seluar orang lain. Kalu ye laa nak tolong pun, jahit la seluar sendiri dulu.. Takpun tampal je dengan apa-apa yang leh tutup ******* yang terdedah tuu.. Kena plak tu Hishamudin yang berkata-kata.. hehehhe alahai, malangnya aku punya pemimpin yang begini..



Tak Cerdiknya Orang UMNO.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kesian dia (bekas ahli Pas). Kononnya nak tunjukkan dia seorang yang sudah insaf dengan menceritakan segala kesalahan yang pernah dilakukan. Alih-alih, polis lak datang soal-siasat. Semuanya gara-gara nak fitnah Pas. Kelakar betul rasanya.

1. Tok Guru ajar lain, tapi faham lain. Kesannya dia gi bakar rumah orang UMNO. Kalu Tok Guru benarkan bakar rumah orang kafir, kenapa rumah-rumah orang cina yang bukan Islam tak pernah pun Pas usik?

2. Dia mengaku yang semangat Pas dia lebih kuat dari Haji Hadi (masa tu). Sebab tu lah dia bakar rumah orang UMNO. Inilah masalahnya bila semangat lebih dari akal. Aku rasa Pas mujur je (beruntung) hilang sorang ahli yang tidak cerdik dan menyusahkan Pas ni.

3. Deris Jusoh lagilah teruknya. Kawan tu nak masuk UMNO, biar la dia masuk. Kenapa la suruh dia ceritakan hal-hal yang mendedahkan dia kepada masalah. Walhal boleh jer kalu orang lain yang ceritakan perkara ni dengan cara yang lebih umum dan selamat (sekiranya benar laa.. walhal banyak rekaan!). Kan tak pasal-pasal sorang ahli UMNO kena masuk lokap. Memang dasar pemimpin yang pentingkan diri!

4. Orang macam ni memang patut masuk UMNO. Pas tak perlu pun 'pemimpin' yang tidak cerdik. Kesian UMNO..

----------------------------------------------------------------------------------------

Bekas ahli Pas dakwa bakar lima rumah

JERTIH: Seorang bekas ahli Pas mendakwa membakar lima rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah Besut berikutan taksub amanat pemimpin parti itu yang mengisytiharkan ahli Umno sebagai kafir.

Bekas Setiausaha Pemuda Pas Kawasan Besut, Mohd Nor Ibrahim, 44, membuat pendedahan itu pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Hutan Nangka, Jalan Kubang Depu, di sini, malam kelmarin.

Mohd Nor yang tidak menyatakan lokasi kediaman ahli JKKK yang dibakarnya kira-kira 20 tahun lalu, menyatakan rasa kesal kerana terlalu taksub Amanat Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) serta meminta maaf kepada tuan punya rumah berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Besar.

Mohd Nor yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Ceram Meliling menjadi Setiausaha Pemuda Pas kawasan selama tiga hari sebelum Pas kawasan itu dibubarkan pada 1997.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, pendedahan bekas ahli Pas itu membuktikan pembangkang punca perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata beliau juga sudah mengarahkan pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut menyiasat dakwaan bekas pemimpin Pas itu termasuk sama ada pemilik kediaman terbabit ada membuat laporan polis 20 tahun lalu.

"Inilah pendedahan pertama perbuatan saya lakukan dulu yang tidak pernah diberitahu kepada sesiapa. Saya rasa semangat Pas saya dulu lebih kuat daripada Haji Hadi.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada keluarga JKKK terbabit kerana untuk taubat saya diterima, saya perlu memohon maaf kepada mereka yang saya aniaya. Kalau hendak membayar ganti rugi saya tidak mampu... tetapi saya sanggup ‘ditampar’,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.

Mohd Nor yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Ceram Meliling menjadi Setiausaha Pemuda Pas kawasan selama tiga hari sebelum Pas kawasan itu dibubarkan pada 1997.

Beliau mendakwa selepas Pas kawasan itu dibubarkan, beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak pernah mengundi Pas dalam dua pilihan raya umum lalu.

"Saya tidak menjadi ahli dan menyokong Umno tetapi saya berusaha supaya calon Pas tidak menang. Sehingga pagi tadi (kelmarin) ramai ahli kawan-kawan datang bertanya kenapa dan apa yang saya peroleh dengan menyertai Umno.

"Saya memilih Umno kerana yakin usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memajukan agama berbanding pemimpin Pas mengajar kita membenci sesama Islam," katanya.

Sementara itu, Idris berkata, pendedahan bekas ahli Pas itu membuktikan pembangkang punca perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

"Saya harap lebih ramai ahli Pas tampil menerangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka kepada masyarakat," katanya sambil menambah, beberapa siri penerangan akan diadkan bagi menyedarkan masyarakat keadaan sebenar.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata beliau sudah mengarahkan pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut menyiasat dakwaan bekas pemimpin Pas itu termasuk sama ada pemilik kediaman terbabit tahun ada membuat laporan polis.

"Kita tetap menyiasat walaupun kes itu sudah lama berlaku dan akan memanggil individu yang membuat dakwaan untuk membantu siasatan," katanya.

---------------------------------------------------------------------------

P/s: Bila orang tak cerdik, nak tunjuk hebat. Inilah jadinya. Kesian aku kat orang UMNO ni..

25 February 2007

Tiada kata 'Islam moderat': Dr Mahathir

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sesekali, aku juga mahu bersetuju dengan Tun Dr M..

------------------------------------------------------------------------------

Tiada kata 'Islam moderat': Dr Mahathir
24-02-2007 06:58:53 PM

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta umat Islam menghapuskan tanggapan songsang apabila mendakwa diri mereka sebagai penganut Islam yang sederhana (moderate Muslim) sedangkan agama Islam itu sememangnya sederhana.

Bekas perdana menteri itu berkata orang Islam juga tidak perlu mempertahankan diri mereka sebagai penganut Islam yang sederhana kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka cuma mengikut separuh daripada ajaran Islam sahaja manakala bahagian-bahagian lain dalam Islam pula dianggap sebagai ekstrem.

"Islam itu sudahpun sederhana... tak perlu kita tunjukkan kononnya kita lebih liberal daripada orang Islam lain. We are not moderate Muslim (Kita bukan umat Islam sederhana), kita ikut ajaran Islam dan ajaran Islam itu sudahpun moderate (sederhana).

"Sebenarnya Islam adalah satu agama yang sederhana jadi kita tidak harus mendakwa diri kita sebagai penganut Islam yang sederhana... kita adalah penganut Islam sahaja," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ke-45 di sini.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim berkata kalau ada pun orang Islam yang ekstrem itu bukan kerana ajaran agama Islam tetapi kurang kefahaman mengenai ajaran Islam dan juga kerana golongan itu diperalatkan.

"Tidak ada yang ekstrem dalam Islam kalau kita ikuti ajaran Islam seperti yang ada dalam Al-Quran," katanya.

Dr Mahathir berkata umat Islam dan negara-negara Islam perlu berusaha mengikis imej negatif hingga timbul tanggapan yang diterima ramai bahawa Islam dan penganutnya adalah ekstrem, daif, miskin, tidak tahu mentadbir negara dan suka meminta pertolongan daripada orang lain.

Katanya kalau tanggapan buruk mengenai umat Islam ini berterusan maka ia akan menjejaskan imej Islam hingga menyebabkan dakwah bagi mengembangkan Islam menjadi sukar kerana "tidak ada sesiapa yang ingin memeluk agama yang penganut agama itu dilihat sebagai tidak berjaya."

"Mereka lebih berminat memeluk agama orang yang berjaya... oleh itu apabila kita menjayakan orang Islam, ia juga menjadi sebahagian daripada usaha kita untuk berdakwah dan tunjukkan pada dunia bahawa orang Islam mempunyai kebolehan sama seperti orang lain bahkan lebih dari yang lain," katanya.

Menurut Dr Mahathir gambaran yang betul dan jelas juga perlu ditonjolkan bahawa Islam bukan satu agama yang menghalang kemajuan.

"Kita perlu beri galakan kepada orang yang ingin berjaya dan bersaing dengan jayanya. Kita hendak tunjukkan Islam tidak menjadi halangan kepada orang Islam yang ingin mencapai kejayaan," katanya.

Dr Mahathir berkata ada juga pihak di negara ini yang mendakwa bahawa orang Melayu mula memeluk Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi iaitu kira-kira 1400 tahun dulu pada ketika kemunculan Islam tetapi hakikatnya mereka hanya memeluk Islam di sekitar 600-700 tahun dahulu.

"Ramai yang baru peluk (agama Islam) tapi keislaman mereka tidak kurang dengan yang lama peluk. Sebaliknya yang baru peluk mungkin lebih kuat keislaman daripada yang sudah lama lahir sebagai Islam," katanya.

Bercakap mengenai Palestin, Dr Mahathir berkata perang dan persengketaan orang Yahudi dengan orang Islam Arab bukan disebabkan oleh agama tapi wilayah orang Islam telah diambil oleh Yahudi.

"Itu yang menjadi sebab utama, bukan kerana orang Yahudi dan orang Islam tidak boleh hidup bersama. Kita tahu dari sejarah bahawa mereka boleh hidup bersama tapi kerana tanah orang Islam diambil ia menyebabkan berlaku perang seperti sekarang," katanya. BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Akhir-akhir ni Tun sudah semakin jujur ku lihat. Banyak kenyataan dan luahan hatinya diluah lebih jujur dan telus walaupun tanpa menangis. Dulu Tun suka menggunakan airmata bagi memastikan 'keikhlasannya'..

23 February 2007

Senyum Sokmo: Tahniah Idris Jusoh!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya, aku minta sesiapa yang mahu membaca artikel ini senyum terlebih dahulu. Kalu tidak mahu senyum pada kawan sebelah pun, senyum la pada monitor pc anda. InsyaAllah senyum itu akan membuat anda lebih ceria dan lebih muda. Tak percaya? Senyumlah!

Akhbar perdana kelmarin dulu menyiarkan berita siapa senyum boleh hadiah. Hadiah ini khusus untuk kakitangan Awam di Terengganu sahaja sempena Minggu Senyum Sokmo. Jadi kalu nak hadiah, kenalah senyum sokmo. Hadiah yang ditawarkan dengar kata agak menarik. Setanding Myvi!. Kenaikan pangkat, wang dan penghargaan. Menarik pada aku idea Minggu Senyum Sokmo ni. Menjadi bukti dengan senyum pun boleh membawa seseorang itu naik pangkat. Hebatnya kuasa senyuman. Tahniah Dato' Seri Idris Jusoh!.

Kalu sebut perkataan senyum sokmo, aku rasa orang luar sudah dapat membayangkan Terengganu. Cuti raya cina baru ni pun, aku tengok banyak T-shirt Senyum Sokmo yang dijual di Kedai Payang. Perkataan senyum sokmo ini sudah menjadi sebati dengan orang Terengganu. Aku tak pasti siapa punya idea mulakan istilah senyum sokmo ni pada baju T tu. Tapi pada aku, itu adalah idea yang bagus. Aku suka idea tu. Sampai sekarang aku tak nampak negeri lain ada satu perkataan yang menjadi trademark sebegini.

Selain menjadi trademark Terengganu, perkataan tu juga telah mendedahkan loghat Terengganu kepada masyarakat luar. Sudah tentulah kita (orang Terengganu) lebih senang menerima gurauan perkataan 'senyum sokmo' berbanding 'makang ikang dalang talang', 'dok dang starang' dan lain-lain perkataan yang terlebih huruf 'G' tu. Sakit juga hati jika sesekali disindir. Aku sendiri kadangkala turut disindir mak bilamana terlebih Terengganu perkataan yang digunakan tu. Mak aku asal Setiu, jadi bahasa di Setiu ni bercampur antara Besut (loghat kelate) dan Terengganu. Kebetulan mak pernah belajar di Kelate.

Senyum sokmo juga pernah digunakan oleh Faizal AF4 yang berasal dari Terengganu sebagai satu icon pada dirinya. Seperti Mawi menggunakan 'world', Faizal lebih selesa dengan senyum sokmo. Mungkin perkataan ini juga membuatkan orang Terengganu sampai gila-gila mengundi Faizal. Diberitakan juga, kerajaan Negeri Terengganu melalui badan belia di sini turut menyumbang prepaid kepada peminat Faizal bagi membolehkan undian Faizal meningkat. Ini hanyalah semata-mata mahu mengangkat Faizal, seterusnya nama Terengganu turut diangkat sama. Sekarang ni banner Zizan Raja Lawak pula menguasai papan tanda dan tepi-tepi jalan. (lupakan dulu Zizan. Aku ada isu lain untuk dia. Tapi, Raja Lawak ni bila habis ek??)

Berbalik kepada Minggu Senyum Sokmo. Pada aku memang bagus jika minggu tu diadakan. Namun yang menjadi kemusykilan aku bilamana turut terdapat hadiah yang agak lumayan dijanjikan oleh kerajaan negeri. Aku bukan setakat tidak percaya dengan hadiah itu (selepas kementerian pun tarik balik peraduan yang dianjurkan), malah masih tertanya-tanya bagaimanakah sistem penghakiman / pemarkahan yang hendak dilakukan. Jika kad pengenalan, pemilihan adalah cabutan bertuah. Tapi menilai senyum ni agak sukar pada aku.

Jika dinilai senyuman berdasarkan keikhlasan, tentu sukar walaupun kita tahu dan dapat mengagak samada senyuman itu ikhlas atau tidak. Jika dinilai melalui lebarnya mulut yang tersenyum, alangkah untungnya yang bermulut luas. Mesti senyumnya sampai ke telinga. Atau senyum ini turut melibatkan keputihan gigi dan tersusunnya gigi bagi dikira pemenang. Bibir merah dengan lipstik ada markah lebih ke? atau yang rongak akan dipotong markah mengikut berapa banyak gigi tanggal? Susahkan. Aku hanya mahu menunggu Deris menyebut apakah formula yang akan digunapakai. Aku cuma takut berita ni sekadar penyedap mulut. Alih-alih terpaksa dibatalkan / ditarik balik.

Atau akhirnya tiada pemenang yang dipilih kerana merasakan tidak relevan. Nak suruh senyum pun nak kena janji hadiah dulu baru nak senyum!. Hadiah yang ditawarkan sebelum ini akan diberikan kepada anak-anak kroni yang baru tamat pengajian. Wang yang dijanjikan pula akan diserahkan kepada UMNO Kawasan tertentu bagi memastikan golongan kurang bernasib baik di situ terbela. UMNO lah yang selalu bernasib baik. Wallahua'lam.

p/s: Aku suka tengok muka Deris Jusoh, senyum sokmo kat mana-mana papan tanda. Tapi kalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri pun aku suka tengok muka dia. Merah, marah, bengis, dan penuh 'kejelikan' jika tersenyum bilamana didedahkan pelbagai penyelewengan dan kemungkaran yang dilakukan UMNO ni. Ingatkan senyum kat luar tu lembut, rupa-rupanya hanya gimik semata. Pantang ditegur, melenting! Tidak mahu menerima hakikat. Apa pun, Tahniah Deris kerana tetap tersenyum walaupun UMNO Terengganu terus merompak dan mengkhianati rakyat Terengganu.

Cerita Pelik Di Malaysia!

Bukti hilang, tertuduh kes dadah tergamam bila dibebaskan
22-02-2007 10:40:42 PM

SHAH ALAM: Pengusaha pusat hiburan, Tua Bit, yang perbicaraan kes dadahnya pada dua tahun lepas kecoh berikutan kehilangan kira-kira 60,000 biji pil khayal yang merupakan bahan bukti utama kes itu, hari ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi di sini, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tua, 63.

Tua yang berdiri di kandang tertuduh memakai kemeja kelabu dan berseluar putih pada mulanya dilihat tergamam dan terpinga-pinga sejurus selepas keputusan dibacakan.

Bagaimanapun selepas peguam belanya, Aminuddin Mohd Ramli memberitahu bahawa dia sudah bebas, barulah Tua kelihatan lega dan gembira. Beberapa anggota keluarganya turut hadir di mahkamah.

Pada April 2005, media melaporkan mengenai kekecohan yang berlaku pada perbicaraan hari ketiga kes Tua apabila kira-kira 60,000 biji pil eramin 5 yang merupakan bahan bukti utama dalam kes itu didapati hilang.

Kehilangan pil eramin itu disedari apabila saksi kelima pendakwaan, ahli kimia dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Zurina Ramli, diarahkan untuk membuka satu daripada tiga kotak mengandungi bahan bukti itu.

Zurina ketika menunjukkan kotak mengandungi pil eramin itu kepada mahkamah memberitahu hanya tujuh daripada 12 meterai di kotak itu berkeadaan baik manakala selebihnya "tidak sempurna".

Difahamkan kira-kira 49,000 biji pil khayal "lesap" daripada kotak tersebut.

Muhamad Ideres yang jelas terkejut dengan pendedahan itu bagaimanapun meneruskan dengan perbicaraan.

Sepanjang perbicaraan yang memanggil 12 saksi memberi keterangan, seramai empat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengendalikan kes itu bermula dengan bekas TPR Datin Nik Sarina Lugman Hashim sebelum diambil alih oleh Muhamad Iskandar Ahmad, Alfred Egin dan Badius Zaman Ahmad.

Tua didakwa mengedar sejumlah 10,000 biji pil dadah jenis Nimetazepam (eramin 5) di alamat D 417, Blok D, Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat dekat sini, pada 7.15 malam, 25 Nov 2002.

Tua juga menghadapi satu lagi tuduhan iaitu mengedar sejumlah 51,750 biji pil mengandungi jenis dadah yang sama di C/12/1E, di Persiaran Puteri Satu, Taman Puteri Bt 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini, kira-kira 9 malam, hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sejurus selepas prosiding mahkamah berakhir, Tua dilihat berlari meninggalkan kawasan mahkamah tanpa sempat ditemuramah pemberita. BERNAMA

p/s: Ini bukanlah kes pertama di negara kita yang melibatkan barang bukti hilang secara tiba-tiba. Kesian polis yang menyiasat kes ini. Penat-penat tangkap dan mendapatkan bukti, tiba-tiba kes ini selesai begini sahaja.. siapalah agaknya yang melarikan bahan bukti itu?? Tentu bukan mereka dan keluarga mereka! (lama tak dengar ayat ni)

20 February 2007

Mat Skodeng: Idea Hodoh Sehodoh Namanya

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mat Skodeng, buruk bunyinya. Hodoh siapa yang mendapat gelaran ini. Perkataan 'skodeng' itu sendiri membawa makna yang tidak elok dalam masyarakat Terengganu. Apatah lagi jika seseorang itu digelar Mat Skodeng. Lebih malang bila lebai berkopiah putih, berjanggut sejemput turut dilabel Mat Skodeng. Jika ditanya bakal mertua apakah kerja yang dilakukan, aku rasa tentu malu nak mengaku kerja sebagai Mat Skodeng! Entah-entah pinangan pun mungkin ditolak!

Bila disebut Mat Skodeng, sudah tentu terbayang di kepala kita apakah kerja yang akan dilakukan oleh mereka ini. Menghendap, ambik gambar dan menangkap 'mangsa' yang bercengkerama. Mungkin ada yang melihat ini kerja mulia. Mulia kerana menangkap pesalah. Namun, mungkin kita tidak perasan pekerjaan ini sebenarnya akan menjadi hina kerana membiarkan maksiat berlaku didepan mata!.

Andai aku menjadi Mat Skodeng, tentu aku tunggu 'mangsa' aku berpeluk cium dulu baru aku keluar untuk ambik gambar dan sergah! Itupun kalu aku rasa mangsa aku berani setakat itu sahaja. Kalu aku merasakan mangsa aku itu akan perbuat sesuatu yang lebih 'berani', tentulah akan ku tunggu sehingga mereka berada pada posisi/ situasi yang terbaik. Ini akan terjadi dan memang pernah pun terjadi. Dah tentu alasan mahu mendapatkan 'bukti kukuh' akan digunakan.

Kenapa tiba-tiba Kerajaan Terengganu mahukan Mat Skodeng? Kerana maksiat di Terengganu sudah makin berleluasa!. 'Ku rela dirogol' dikalangan muda-mudi bawah umur makin menjadi-jadi. Penerapan Modal Insan yang dicanang hanya wujud pada sambutan Awal Muharam dan bulan Ramadhan sahaja. Pada waktu yang lain istilah-istilah itu tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Lihat sahaja sambutan Tahun Baru, sambutan Merdeka dan sebagainya. Lihat juga pesta hiburan yang dibawa masuk oleh Islam Hadhari ke Terengganu pada hari ini. Bandingkan berapa banyak program berunsur maksiat dan melalaikan berbanding program keagamaan yang dijalankan. Agama dihadkan pada masjid dan surau. Itupun setelah dipastikan kuliah dan khutbah itu mesti mengandungi perkataan Islam Hadhari! Imam dan khatib yang tidak membaca teks khutbah Islam Hadhari akan dibekukan elaun dan mungkin digantung perkhidmatannya.

Kenapa mesti nama skodeng? Kenapa tidak diberi nama Skuad Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar! Nama pun sudah ada gahnya. Sudah ada rasa 'tanggungjawabnya'. Lebih jujur bunyinya berbanding skodeng yang menggambarkan semuanya terbuka dan tiada had. Apa di depan mata mahu ditelanjangkan dan yang sulit mahu didedahkan!.

Ini bukan sekadar soal nama. Niat pelaksanaan perlu jelas dan jujur. Anak muda perlu dididik, bukan sekadar dikritik. Perlu juga dibimbing, bukan sekadar menunding. Menegur kesalahan itu perlu, menunjukkan jalan mana harus diikuti itu mesti. Islam bukan agama yang menghukum semata-mata, tetapi juga mendidik. Sebab itu hukuman Syariah antaranya mesti dilaksanakan di tempat umum. Biar masyarakat mengambil ikhtibar. Perkara yang buruk tidak diulangi. Biar timbul rasa gerun. Berfikir sebelum bertindak.

Jika melihat suasana hari ini, kita seolah-olah tidak terasa apa-apa. Mak bapak pun tidak mahu ambik kisah soal anak. Selagi mana anaknya tahu buat maksiat secara sunyi, selagi itu anaknya suci. Kesalahan itu bila perut dah mengembung, dan si jantan dah tak mahu tanggung. Barulah heboh dilaung, anaknya dirosakkan oleh jantan malaun.

Berbalik kepada Mat Skodeng, ubahlah nama. Biar tidak dicerca. Satu langkah yang baik sebenarnya dalam masyarakat dah mula jauh dan hanyut. Walaupun sudah terlambat 3 tahun, namun masih boleh dikira baik kerana Pilihanraya sudah hampir. Paling kurang dapat tunjuk kepada rakyat, UMNO juga bencikan maksiat dan dosa. UMNO juga tidak suka raba-raba. Setakat mengelus lembut bahu anak cina, sekali sekala. Itupun dah lama tak 'kena'. Gian agaknya!

19 February 2007

Cuti-Cuti Malaysia..


bergambar sebelum mandi


Selepas penat berenang (selam dan tenggelam)


nampak bongkokkan? saje tunduk. Jaga 'aurat perut' :)


Dah la tu Nuri, jom balik!

15 February 2007

Gong Xi Fat Choi!


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ni Hao? Sempena Tahun baru cina ni, aku nak ucapkan selamat bercuti bagi yang bercuti. Manakala yang berkerja tu kerja la elok-elok. Jangan sibuk nak gi open house plak. Kepada yang melangsungkan perkahwinan, Selamat Penganti Baru. Kepada yang bersekolah, selamat bercuti juga. Dan semua selamat baik di jalanraya mahupun di mana jua anda berada.

Gong Xi Fat Choi! Xie xie..

p/s: Aku juga akan bercuti beberapa hari. Tapi tak cuti mana gak, cuma buat kerja di luar kawasan. Blog ini akan sunyi dan sepi... (Hahahhaha.. macam ramai je yg masuk sini. kui kui kui)

14 February 2007

Harta Kita Bukan Hak Kita?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Faham tak tajuk tu? Aku pun tak pasti betul atau tidak ayat aku tu. Cuma apa yang aku nak maksudkan di sini hanyalah perbezaan antara Hak dan Milik. Berbeza ke? Perkataan hak dan milik ni biasanya digunakan beriringan. Makna setiap satu hampir sama, tetapi bila digabung menjadi lebih kuat. Ye ke? Sesekali sokonglah statement aku. Hehehe.

Hari ni sebaik sahaja baiki motor yang pancit, aku lepak kat opis. Terkejut gak tukar tiub tayar pun kena caj RM10. Mahal tul!. Aku rasa masa duk KL dulu takde la sampai mahal macam ni. Paling mahal pun seingat aku RM9 jer. Ikut hati, mahu je aku bersoal banyak dengan brother yg repair motor tu. Aku pergi kedai dia sebab ingat nak tolong Melayu. Tapi, kalu gini la cara Melayu cari rezeki, aku rasa sampai bila pun susah nak maju. Customer baru nak kenal dah blah!

So, sesape duk area KT, jangan pergi kedai motor dekat Bulatan Batu Bersurat (Bulatan Ladang). Situ ada dua kedai jika datang dari Kuantan/hospital. Kedai yang first tu OK, yang tak OK kedai no 2 tu. Dua-dua pun Melayu. Kedai 1st tu suruh aku gi kedai no 2 tu sebab masa tu dia ada customer. Dia tak nak aku menunggu lama, so dia cadangkan aku kedai depan. Itulah kisahnya. Bukan bermaksud nak khianat dia, tapi nak suruh berniaga biar jujur. Aku dah tengok jelas-jelas harga dia tampal kat dinding RM9, tiba-tiba mintak RM10. Waktu pagi, aku malas la nak tegang urat. Lagipun aku baru jer duk sini.

Kisah tu sebahagian dari fokus tajuk. Maknanya duit kita tu akhirnya terpaksa kita beri kepada orang lain. Tu satu peristiwa. Peristiwa kedua, sebaik sahaja aku keluarkan duit dari bank, sesampai di rumah petang tadi ada pulak orang datang minta derma. Katanya pelajar Tahfiz dari Johor. Cakap pelat macam bukan orang Malaysia. Ikut hati mahu je tasmi' dia. Hehehehe. Masuk kali ni dah 2 kali kebetulan aku keluarkan duit, ada je orang datang minta sumbangan / derma. Bagusnya aku tak sia-siakan dia kalu dia betul-betul berhajat. Yang kurang bagus, lepas balik dari bank, mana ada duit kecik. Takkan nak bagitau dia "maaf, tak de duit kecik!". Jadi hulur tu dalam separa ikhlas la jugak. Hahhahah. Apapun tetap cuba ikhlaskan sebaik mungkin. Itulah yang aku nak maksudkan "harta kita bukan hak kita".

Pada aku, harta hanyalah milik jer, bukan hak. Milik ni mudah bertukar tangan. Hak tu macam agak mutlak. Susah nak bertukar ganti. So, setiap apa yang ada pada kita Hak Allah yang mutlak. Kita ni pemilik sementara. Jadi perlulah menggunakan apa yang kita ada untuk kebaikan orang lain juga. Sebab kalu kita tak gunakan untuk kebaikan orang lain, mungkin rezeki (harta) kita tu akan diambil Allah melalui cara yang lain macam tayar pancit, accident, duit hilang dan sebagainya. Wallahua'lam.

p/s: Syukurlah dengan apa yang berlaku kerana semua tu adalah Rahmat Ujian (pinjam lagu kesukaan g-bah skit).


Apa Khabar Ganu kite?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

aritu i-farmer..... sekarang sudah pindah ke http://apakhabarganu.blogspot.com/

Harap sama-sama bagi sokongan..

13 February 2007

Myvi: Satu lagi penipuan Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apa lagi la perkara pelik dan ajaib akan berlaku di Malaysia? Selepas ini semua kenaikan gaji dan juga bonus tidak akan disalurkan kepada individu, tetapi kerajaan akan menyalurkannya kepada rumah anak yatim. Aku bangga dengan keprihatinan kerajaan. Aku bangga!

------------------------------------------------------------------------------------------------

'Myvi untuk pemohon MyKad satu idea bodoh'
13-02-2007 01:26:53 PM

PUTRAJAYA: Kerajaan menarik balik semua cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi untuk pemohon MyKad, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Menyifatkan langkah untuk memberikan hadiah bagi permohonan kad pengenalan sebagai "suatu tindakan bodoh", beliau berkata kesemua hadiah termasuk kereta berkenaan akan didermakan kepada rumah anak yatim.

"Nak kena upah. Nak tukar MyKad kena buat cabutan bertuah baru orang ramai nak datang. Itu semua mengarut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini.

"Ia satu tindakan bodoh untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat Malaysia supaya hadir dan menukar MyKad," katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jujur serta ikhlas untuk mendapatkan kad pengenalan mereka, satu dokumen diri yang amat penting.

Ditanya tidakkah kerajaan takut akan dilabel sebagai "penipu" kerana menarik balik cabutan bertuah berkenaan, Radzi berkata: "Kami tidak berbohong. Kami hanya meminta orang ramai melupakannya (cabutan bertuah).

Pada Ogos 2005, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebelum ini Datuk Seri Azmi Khalid mengumumkan cabutan bertuah yang meliputi hadiah bernilai sejumlah RM300,000 dan satu hadiah utama RM50,000 Perodua Myvi kepada 16 juta pemilik MyKad dan pemohon sebelum 30 Nov 2005.

Azmi berkata kerajaan bercadang melaksanakan cabutan bertuah untuk menggalakkan dua juta rakyat Malaysia yang belum memiliki MyKad untuk memohonnya dan tidak menunggu sehingga tarikh tamat pada 31 Dis 2005.

Dua cabutan bertuah dilakukan pada penghujung September dan Oktober 2005 menawarkan sebanyak 80 hadiah bernilai RM100,000 setiap bulan. Hadiah berkenaan termasuk sebuah skuter Suzuki 150cc bernilai RM6,500 setiap satu, televisyen 29inci, kamera digital, komputer peribadi dan telefon bimbit.

Bagaimanapun cabutan bertuah terakhir yang sepatutnya dilakukan pada penghujung November 2005, yang menawarkan 80 hadiah bernilai RM100,000 dan hadiah utama, tidak pernah diadakan sehingga hari ini.

Cabutan bertuah berkenaan dilakukan secara digital dan hadiah dihantar kepada pemenang berdasarkan alamat yang tertera pada MyKad mereka.

Cabutan bertuah itu tidak melibatkan kewangan kerajaan kerana ia ditaja oleh satu konsortium syarikat yang membekalkan perkakasan dan perisian MyKad.

Radzi, yang ditanya sama ada Kabinet tahu berhubung keputusannya untuk menarikbalik cabutan bertuah berkenaan, hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenainya.

Beliau berkata sejumlah 500,000 rakyat Malaysia belum lagi memohon MyKad sehingga hari ini dan kebanyakan mereka terdiri daripada penghuni pusat serenti, hospital bahagia dan warga tua. BERNAMA

-----------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Kebetulan aku buat Kad Pengenalan dalam jangkawaktu ni jugak. Tapi bukan dengan niat nak dapat Myvi, sebab aku terpaksa untuk menukar alamat mengundi di Terengganu. Adalah sikit harapan nak dapat Myvi bila tau ada cabutan bertuah ni. Sekarang semuanya hancur! Aku takkan percaya lagi janji manis kerajaan BN nih! Jangan Percaya!!!

Dulu, kini dan selamanya tidak akan aku percayai BN!

Cumbuan Hari Celaka

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf sekiranya ada yang tidak menyenangi artikel ini. Sebenarnya jika mengikut aku punya pendirian, aku tidak mahu sebut mahupun mengingati valentine day ini. Bukan sahaja menyesatkan, malah merosak dan menghuru-harakan. Tetapi kerana perlu diberi peringatan atau pandangan tentang hal ini, maka aku rasa 'terpaksa' menyebutnya.

(maksud aku, aku tidak mahu mengingatkan orang lain akan tarikh Black 14 (istilah aku) yang mana aku tidak mahu mendapat saham menggalakkan orang lain membuat sambutan sesat ini).

The Star (Melayu) melaporkan wujud virus cumbuan pada hari sambutan itu diadakan. Pada aku, ini hanyalah sebahagian dari kerosakan hari celaka ini. Walaupun ramai yang menafikan membuat sambutan, tapi aku dapat merasakan masih ramai yang turut terpengaruh atau terikut-ikut dengan budaya sesat ini. Lihat sahaja di hotel-hotel, cafe-cafe, pasaraya, dan di pusat pengajian tinggi. Di tepi jalan pun terdapat banner atau bunting perihal sambutan hari celaka ini. Samada sambutan itu secara sedar, berlesen, mahupun tidak usahlah dipersoalkan. Namun sambutan ini yang akan membuatkan anak-anak muda sesat dan berpeleseran harusnya dipandang serius.

Walaupun menyedari kesalahan akan sambutan ini di sisi agama, namun masih ada yang memang bersedia membuat kesalahan / dosa mengamalkannya. Apa tidaknya, gadis / teman wanita akan dihadiahi dengan sekuntum bunga atau sebungkus cokelat dan balasannya sudah tentu satu ciuman di pipi. Itu mungkin pada kadar yang biasa atau 'agak baik'. Tapi disebalik itu sudah tentu juga ramai gadis yang sedia berkorban demi 'kekasih celaka'. Demi menghayati sambutan hari 'celaka' kononnya. Celaka!.

Budaya ini bukan sekadar anak muda harus disalahkan. Tetapi melihat kepada keruntuhan institusi rumahtangga yang menunjukkan si ayah tiada langsung peranan dalam menjaga tingkah laku anak. Siapa kawan si anak. Dengan siapa anak gadis membonceng. Anak siapa si anak angkut. Pukul berapa keluar, pukul berapa balik. Semuanya diserah 100% kepada si anak. Konon mahu memberi anak sedikit kebebasan. Jiwa muda tidak boleh disekat. Kononnya. Celaka juga pada si bapa!. Bila berlaku sesuatu, barulah disalahkan pasangan. "Anak awaklah tu bapaknya / maknya!".

Aku takut sebenarnya bila memikirkan suasana sebegini seolah-olah masyarakat sudah boleh menerima. Jika ditegur, kita yang menegur ini akan terasa membuat satu kesalahan yang besar dan berat. Tak nak ditegur, itu perkara mungkar yang harus kita saling mengingatkan. Kubur masing-masing, tapi kalu dah mati tu, yang memikul mayat si hidup inilah!. Si mati tidak perlu lagi bersusah payah meminta itu dan ini. Semuanya orang lain yang uruskan.

Pejabat agama pun aku rasa akan sibuk menjelangnya sambutan hari celaka ini. Mereka akan mula memantau tempat-tempat yang akan dikunjungi oleh muda-mudi. Semak-samun akan diredah, bangsal kosong akan digeledah. Bilik hotel dan rumah tumpangan juga akan di skodeng!.

Apalah nak jadi dengan bangsa aku?? Mana pergi semua pejuang bangsaku?

p/s: Artikel ni sebenarnya aku taip dalam keadaan cukup beremosi (beberapa kali juga aku terpaksa edit semula). Aku tak tahu kenapa aku geram sangat dengan sambutan hari celaka ni. Cuma pada aku ini sebahagian dari penyesatan yang menular dalam masyarakat kita. Agama hanya pada kad pengenalan sahaja. Itupun buat kad pengenalan sebab nak dapat Myvi! Wallahua'lam.

06 February 2007

Semua Golongan Khawarij Melampau Kecuali Al-Ibadi

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

al-Ibadiah

Mereka ialah pengikut seorang yang bernama Abdullah bin Ibad al-Tamimi. Mazhab ini adalah yang paling ramai pengikut dikalangan Khawarij dan mempunyai pengikut sehingga sekarang di negeri Oman, Zanzibar dan di beberapa daerah di Utara Afrika. Mereka juga dianggap golongan Khawarij yang paling sederhana dan tidak keras seperti golongan-golongan Khawarij yang lain. Abdullah bin Ibad menjalankan kegiatan diakhir pemerintahan Amawiyah iaitu dizaman khalifah Marwan bin Muhammad. Pada peringkat awalnya dia bergerak di Basrah secara rahsia, kemudian dia menyebarkan pengikut-pengikutnya ke daerah yang lain. Diantara ajarannya ialah;

1. Orang-orang kafir dikalangan umat ini terkeluar daripada syirik dan iman, mereka bukan mukmin dan bukan kafir, mereka diterima menjadi saksi dan diharuskan bernikah kahwin dengan mereka haram pada rahsianya dan halal pada zahirnya.
2. Mereka bertelingkah didalam perkara munafik, ada yang berkata munafik itu terkeluar daripada syirik dan iman, ada yang menyatakan munafik itu adalah dosa besar bukannya syirik dan menjadi kafir dengan dosa besar itu, dan ada pula yang berkata: kita serahkan sahaja kepada nama yang diberi oleh Allah iaitu munafik.

Mengikut Allah (didalam al-Quran), orang munafik adalah kafir, disisi kita, melihat kepada zahir sahaja. Allah memberikan petunjuk tanda-tanda munafik didalam, antaranya bermuka-muka didepan orang Islam, didepan kafir, dia mengaku kafir. Apabila Islam menang, golongan munafik mengaku bersama Islam, dan apabila Islam kalah, dia tidak mengaku bersama Islam. Orang munafik juga percaya ‘walak’ kepada orang kafir, mengambil orang kafir menjadi regu didalam membina kekuatan. Orang munafik (jika tidak zahir perkara kufur) sekiranya mati, jenazahnya disembahyangkan. Pemimpin munafik yang terkenal Abdullah bin Ubaiyy, sentiasa duduk di masjid, dialah yang menghebahkan kepada orang ramai kedatangan RasuluLlah ke masjid, tetapi dia jugalah yang membocorkan rahsia orang-orang Islam kepada kafir Quraisy. Dialah yang berkata, ”orang yang mulia akan menghalau orang-orang yang hina” (merujuk bahawa golongannya adalah mulia dan RasuluLlah SAW serta para sahabat adalah hina). Apabila turun ayat al-Quran ini dan diketahui oleh anaknya, Abdullah bin Abdullah bin Ubaiyy, anaknya meminta izin dari RasuluLlah untuk memenggal lehernya, tetapi dilarang oleh RasuluLlah. Apabila Abdullah bin Ubaiyy mati, RasuluLlah menyembahyangkannya dan berdiri diatas kuburnya (sebelum turun ayat yang melarang berbuat demikian dari Allah SWT).

3. Mereka mempunyai perbezaan pendapat dengan kita dalam beberapa perkara hukum feqah, diantaranya mereka menambah hukum berhubung dengan Had (Hudud) dengan diminta taubat, kalau tidak maka dibunuh, seperti Had yang dikenakan kepada pencuri dan sebagainya.

Hukum Hudud adalah wajib dilaksanakan sepakat dikalangan ulama Sunnah dan Syiah. Menafikan hukum Hudud menjadi kafir. Apabila seseorang dihukum dengan Hudud, mengikut ahl-Sunnah wal Jamaah, Allah menhapuskan dosa (tidak perlu melakukan taubat) RasuluLlah pernah menyembahyangkan orang yang dihukum Hudud, bermakna dia tidak menjadi kafir sebagaimana pendapat Khawarij, orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir.

Kemudian berlaku lagi beberapa penyelewengan dikalangan mazhab Ibadiah sehingga terkeluar daripada pendapat pengasasnya, diantara mazhab yang tumbuh dikalangan mereka ialah;

al-Yazidiah

Pengikut seorang yang bernama Yazid bin Abi Abiyah al-Khariji. Dia berasal dari Basrah dan menganut mazhab Khawarij Ibadiah. Kemudian dia berpindah ke Jurr di Parsi lalu membawa ajaran-ajaran yang melampau, diantaranya;

1. Dikalangan umat ini ada dua saksi, salah seorang daripadanya adalah dia sendiri dan yang seorang lagi tidak diketahui siapa dan bilakah dilahirkan.
2. Agama Islam akan dinasahkan dengan kelahiran nabi dari bangsa ‘Ajam yang menganut agama sobiah, membawa kitab suci yang lain daripada al-Quran, oleh itu nabi Muhammad SAW untuk bangsa Arab dan nabi yang baharu itu untu bangsa ‘Ajam.
3. Orang-orang yang dikenakan hukuman Had menjadi kafir musyrikin, dan tiap-tiap dosa besar dan kecil adalah syiirik.

Al-Imam Baghdadi RahimahuLlah berterus terang menyatakan bahawa golongan ini adalah pelampau Khawarij yang jatuh menjadi kafir.

Adapun mazhab Khawarij al-Yazidiah ini adalah kafir dan keluar dari Islam, kerana menyatakan bahawa ada nabi lagi selepas daripada RasuluLlah SAW

Al-Imam Baghdadi RahimahuLlah berterus terang menyatakan bahawa golongan ini adalah pelampau Khawarij yang jatuh menjadi kafir.

al-Hafasiah

Mereka ialah pengikut seorang yang bernama Hafas bin Abi al-Mikdam yang telah membawa beberapa ajaran yang juga menyeleweng, diantaranya;

1. Diantara syirik dan iman itu terdapat satu bahagian yang dinamakan ma’rifatuLlah, maka sesiapa yang mengenalnya dia beriman walaupun dia tidak percaya kepada Rasul, kitab, hari kiamat, syurga dan neraka, atau melakukakan dosa-dosa besar seperti berzina, liwat, mencuri, membunuh, minum arak jika dia bersih daripada syirik.
2. Sesiapa yang jahil berkenaan Allah maka dia menjadi syirik
3. Ali KarramaLlahiwajhah dianggap menyeleweng, dan Abdul Rahman bin Muljim yang membunuhnya dianggap sebagai orang yang berjihad dan mati syahid.
4. Beriman kepada kitab dan Rasul berhubung rapat dengan meng’esakan Allah, maka sesiapa yang kafir kepada perkara-perkara itu maka dia menjadi syirik (bercanggah dengan ajaran yang pertama diatas)

al-Harisiah

Mereka adalah pengikut Haris bin Yazid (Mazid) al-Ibadi. Dia menganut faham seperti Muktazilah yang mengatakan bahawa hamba mempunyai kuasa sebelum membuat sesuatu (didalam perkara Qada’ & Qadar). Selain itu ajarannya juga mengatakan, orang yang disabitkan kesalahan Hudud diminta bertaubat, jika bertaubat dibebaskan dan jika tidak akan dibunuh. Dia mengisytiharkan dirinya sebagai Imam yang ketiga didalam golongan Khawarij selepas Abdullah bin Wahab ar-Rasibi dan Abdullah bin Ibad.

Penulis: Noor SM
Kuliah pada: 02.02.07

Apa Khabar Ganu Kite?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

saje nak kenalkan satu blog baru. Terengganu mari..

http://i-farmer.blogspot.com

Selamat melawat.

05 February 2007

Akhlak Orang Tawaduk (Rendah Diri)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w beserta keluarga dan para sahabat baginda.

Dalam meniti usia yang semakin meningkat kita diajar dengan pelbagai ilmu melalui pengalaman dan ujian dari ALLAH swt. Tanpa disedari kita memperolehi pengajaran dan peringatan yang sama cuma caranya yang berbeza. Kerana apa? kerana setiap ujian yang diberi ALLAH adalah untuk mengingatkan kita bahwa kita ini sebenarnya hamba ALLAH, kehendak kita sama, tujuan kita sama maka itu niat kita juga seharusnya satu iaitu kerana ALLAH.

Sebagai seorang muslim mukmin, seharusnya kita senantiasa menilai diri. Adakah diri kita selari dengan tuntutan agama? Antara akhlak yang patut ada dalam diri kita adalah merendah diri atau juga dikenali dengan tawaduk. Sikap merendah diri sangat terpuji di sisi ALLAH SWT. Ini kerana Allah itu sifatnya Maha Besar dan Angkuh (Maha Gedebe), maka sesuailah sifat kita sebagai hamba ini tawaduk. Tunduk dan patuh kepadaNya.

Jika dilihat atau diamati makna merendah diri itu sendiri bukanlah membawa maksud kita ini merasa merendah diri sehingga menjadikan diri kita terhina dan dipinggirkan di tengah-tengah masyarakat.

Maksud Tawadduk di sini adalah mengambil jalan tengah ya'ni sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara terlalu melebih-lebihkan dirinya yang mengakibatkan sombong dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan dan kehinaan diri.

Tawaduk juga boleh diertikan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada orang yang sememangnya berhak menerimanya.

Sebagai contoh, adalah dianggap kurang patut jika seorang alim memberikan penghormatan kepada tukang jahit kasut secara berlebihan dengan cara menyusunkan kasut atau membawakannya pada suatu majlis. Hal ini jelas tidak pada tempatnya dan sebagai akibatnya perbuatan itu akan menjatuhkan wibawa orang alim.

Sebaliknya cara terbaik untuk menghormatinya adalah dengan mempersilakan ia duduk ditempat yang sama ataupun mempelawanya makan bersama-sama.

Sebaliknya jika didapati seorang lelaki penjual sayur dengan bongkaknya ia enggan menghormati kepada orang yang berilmu atau orang yang lebih tua daripadanya atau kepada sesamanya dengan anggapan bahawa dia dan mereka adalah sama-sama manusia, sesungguhnya orang tersebut telah lupa bahawa ALLAH SWT menciptakan manusia dengan memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lelaki tersebut bererti telah melebihkan dirinya yang terdedah kepada takabur.

Contoh yang tepat dari sikap merendah diri adalah menghormati kepada sesama teman yang satu darjat seperti sama-sama alim atau sebaya umurnya atau bahkan tua darinya, dengan sentiasa mempersilakannya untuk berjalan dihadapan ketika mereka berjalan bersama-sama, atau lebih mendahulukannya ketika makan bersama-sama, atau mempersilakan ia menjadi iman ketika solat berjamaah.

wallahua'lam

dipetik dari ; "penawar hati dan penenang jiwa 2", oleh Abu Mazaaya Al-hafiz, terbitan AL-HIDAYAH

p/s: Perenggan ketiga telah diubahsuai oleh aku mengikut kesesuaian. Wallahua'lam.

Burqini Menggantikan Bikini

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Islam menepati seluruh zaman. Seluruh umat dan bangsa. Tidak timbul Islam itu hanya wujud dan sesuai diamalkan di zaman unta sahaja. Islam juga tidak hanya khusus untuk Bangsa Arab di padang pasir sana. Bila disebut Islam, amalannya bukan sekadar ibadah khusus, malah lengkap seluruh gaya hidup dan ruang lingkup manusia. Kesyumulannya melengkapi dari sekecil-kecil benda di celah gigi sehinggalah kepada mentadbir alam ini.

Selepas membaca berita pasal Burqini (aku rasa Burqa + Bikini), aku terus membuat carian di yahoo. Alhamdulillah terjumpa satu laman web berkenaan Burqini ini. Klik. Terasa syukur sangat kerana wujud insan yang berinisiatif tinggi bagi memperkenalkan pakaian sebegini di kala ramai wanita muda khususnya memilih baju yang menampakkan pusat dan lurah (samada depan atau belakang tak kisah laa. Dua-dua pun tak halal).

Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa pakaian sebegini tidak dimulakan di Malaysia. Adakah orang Malaysia tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian? Kenapa mesti di Australia yang majoriti umat Islamnya kecil berbanding di sini?.

Jawapannya mudah. Di sini, kita tidak perlu kepada Burqini. Kita akan tetap mengamalkan bikini dan berkemban. Di sana Islam dan kufur bagaikan langit dan bumi. Berbeza. Tetapi di sini semuanya sama. Orang Islam di sini tidak segan berbikini. Tidak segan separuh bogel di padang. Orang Islam di sini terbuka fikirannya. Waktu solat, solatlah. Waktu di padang atau berenang apa salahnya berbikini atau berseluar dalam.

Pelik? Tiada apa yang nak dipelikkan. Di sini Islam Hadhari. Buatlah apa sahaja asal niat baik, insyaAllah berpahala. Rasuah? Tidak mengapa kerana ianya sebahagian dari mencari rezeki. Riba' itupun sebahagian dari perniagaan. Bukankah Nabi s.a.w galakkan umatnya berniaga?. Berlakon pun mencari rezeki. Asalkan niat baik berpahala. Pakaian kerana kehendak skrip. Bersukan? Inikan untuk membanggakan nama negara. Tidakkah ini dikira jihad? Mengangkat nama negara di persada dunia. Meninggikan slogan Malaysia Boleh! dan sekarang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!. InsyaAllah semuanya berpahala.

Sebab itu tidak hairan apabila ada yang bangga berenang merentas Selat Inggeris walaupun tidak mengerjakan solat. Tidak kurang juga yang berjam-jam membentang belanjawan negara tanpa ada masa untuk solat Asar. Semuanya kerana Islam Hadhari membenarkan.

Maka tiada lagi fikiran mahu mengubah sesuatu yang tidak sesuai dengan agama kepada mencari yang terbaik demi agama. Yang tinggal hanyalah membenarkan semua keadaan dengan agama. Tak kira keadaan itu baik atau tidak. Itulah realistiknya Islam Hadhari. Anggap sahaja Islam Hadhari sama dengan Bikini!

p/s: Soal pakaian sebegitu mengikut syarak atau tidak, aku rasa eloklah orang lain yang mengulasnya. Pada aku, itu lebih baik dari Islam Berbikini!




04 February 2007

Universiti Beruk?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam, aku mengikuti satu program dengan seorang ustaz. Dalam ucapan yang agak santai dan bersahaja, ustaz mendedahkan yang beliau mampu mengajar beruk memetik kelapa. Mula-mula kata ustaz, ajar beruk tu pusing buah kelapa yang diikat, dan beberapa langkah lagi. Dalam hati aku, ingatkan ustaz ni pandai mengajar orang jer. Rupa-rupanya beruk pun ustaz pandai ajar.

Tiba-tiba, hari ini aku macam nak tergelak baca akhbar. Seorang ADUN Kelantan yang merupakan seorang Dr mencadangkan diwujudkan pusat latihan bagi beruk belajar memetik kelapa. Bahasa mudahnya universiti beruk. Alasannya kerana sudah kekurangan beruk yang pandai memetik kelapa, sedangkan banyak buah kelapa yang tidak dapat dipetik. Tenaga manusia dikatakan sudah tidak mampu memetik buah apabila pokok sudah terlalu tinggi.

Pada aku, bukan soal beruk perlu ke universiti atau tidak. Tapi cara bagaimana buah kelapa itu harus diturunkan itu yang perlu menjadi soal utama. Menggunakan beruk untuk memanjat adalah satu alternatif. Galah juga alternatif walaupun tidak ramai menggunakan cara ini bagi pokok tinggi. Ada juga masih menggunakan tenaga manusia untuk memanjat kelapa. Mungkin tanam semula pokok yang tinggi harus dikaji kebaikannya. Mungkin juga penggunaan teknologi moden harus ada bagi memastikan buah kelapa mudah dipetik. Fokus utama adalah buah kelapa perlu diturunkan. Bukan beruk perlu ke Universiti atau tidak!

Aku tidak pasti apakah pangkat Dr. itu diperoleh kerana menjadi doktor perubatan, atau doktor falsafah. Jika doktor perubatan, adakah dia seorang Dr haiwan atau manusia? Aku melihat isu ini sebagai satu isu yang besar sebenarnya. Bukan setakat universiti of Beruk! Jika begini pemikiran seorang pimpinan dalam menyelesaikan masalah, maka bukan masalah yang akan diselesaikan, tetapi menimbulkan masalah yang lain.

Mungkin bila disebut menubuhkan universiti, maka terbayang di kepala YB Dr ini pembinaan infrastruktur akan membolehkan projek kepada kroni, jawatan-jawatan yang kosong peluang kerja kepada kroni, dan guru-guru beruk akan dipilih di kalangan kroni bagi mengajar beruk. Aku harap bukan ini yang dilihat, tetapi hanyalah mencari penyelesaian menurunkan buah semata.

Aku pernah melihat di dalam sebuah majalah perihal memetik kelapa. Ada suatu tempat membuat para dari buluh / kayu bagi memudahkan mereka memetik kelapa. Mungkin ini kurang selamat. Bila melihat pekerja TNB menggunakan skylift untuk membaiki kerosakan, aku terfikir kenapa tidak digunakan cara yang sama. Sewa kepada yang berminat. Pengusaha ladang yang besar sudah tentu tiada masalah kerana pada aku lebih mudah dan cepat. Ladang kelapa pula tidak seperti ladang getah yang rapat dan beranting. Tidak juga seperti ladang kelapa sawit yang laluannya berbukit. Ladang kelapa biasanya landai dan rata. Jarak antara pokok juga tidak terlalu rapat.

Ini pandangan. Pada aku, cara tradisi itu baik dan harus dikekalkan. Cara moden dan terkini serasi mengikut zaman. Cuma bimbang penubuhkan universiti bakal mengundang beruk cerdik yang tiada peluang pekerjaan. Wallahua'lam.

p/s: Pandangan mata semata-mata. Pandangan hati itu yang paling hakiki. Itupun kalu hati itu bersih...

03 February 2007

Kuliah Tafsir : Surah azZumar 53-59

53. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sebab turun ayat ini ialah :-

1. Riwayat Muhammad bin Ishaq (sirah Ibn Hisyam), bahawa Umar al-Khatab pernah berkata, “ Kami telah bermesyuarat dan berjanji dengan Hisham bin ‘As bin Wail (r.a) dan ‘Ayash bin Abi Rabiah bin Utbah (r.a) ketika hendak berhijrah untuk berjumpa di cerung bani Ghifar. Sesiapa yang terlewat, maka kita akan tinggalkan mereka. Tiba-tiba Hisham tidak muncul kerana tidak tahan dengan halangan dan kami pun berhijrah”. Bila turun ayat ini, aku menyangka ayat ini berkenaan dengan Hisham yang tidak dapat melaksanakan kewajipan berhijrah. Aku menulis surat kepada Hisyam berkenaan ayat ini supaya dia bertaubat. Apabila Hisyam membaca ayat ini, dia berdoa kepada Allah, “Ya Allah ! berilah aku faham apa yang ditulis ini. Lalu aku mencari seekor unta dan berhijrah ke Madinah.

2. Riwayat Said bin Jubir, daripada bn Abbas katanya, “ Ayat ini berkaitan satu golongan musyrikin yang melakukan pembunuhan, penzinaan dan dosa-dosa yang banyak . Wahai Muhammad ! ajaran mu baik tetapi kami ini terlalu jahat. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Mereka pun memeluk Islam dan memperjuangkannya.

3. Menurut riwayat yang lain ayat ini diturunkan kepada satu golongan orang Islam yang melakukan syirik di zaman jahiliyah dan merasakan Allah Taala tidak mengampunkan kesalahan syirik yang dilakukan dizaman sebelum Islam. Lalu Allah menurunkan ayat ini.

4. Menurut riwayat Ibn Abbas “ Ayat ini diturunkan kerana Wahsyi (pembunuh Hamzah dalam peperangan Uhud) dan dia merasakan ianya tak diterima masuk Islam. Dia datang bertemu Nabi dan berkata “ Wahai Muhammad ! Aku datang hendak meminta perlindungan dari mu dan berilah perlindungan kepadaku hingga aku dapat dengar kalam Allah. Sabda Nabi, “ Sesungguhnya aku tidak mahu memberi perlindungan kepadamu. Oleh kerana kamu datang menyerah diri, maka aku memberi perlindungan sehingga kamu mendengar kalam Allah. Kata Wahsyi,” Aku telah melakukan syirik, membunuh dan berzina. Adakah Allah menerima taubat aku? Lalu Rasulullah membaca sepotong ayat Allah. Wahsyi menyatakan, “barangkali aku tidak termasuk dikalangan orang yang diterima taubat. Walaubagaimanapun, aku minta perlindungan engkau. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Sekrang aku masuk Islam selepas ayat ini di baca. Rasulullah bersabda, “ Allah ketawa pembunuh dan yang dibunuh masuk syurga”

54. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

Dan kembalilah kepada tuhan dengan meninggalkan syirik dan ikhlas, tunduk dan patuh kepada Islam secara menyeluruh sebelum datang azab dunia dan azab akhirat. Azab dunia mereka dikalahkan dan dihukum oleh tentera Islam serta bencana dari Allah. Azab akhirat adalah dihumban ke dalam neraka. Mereka tidak ditolong kerana tiada iman. Sabda Rasulullah SAW “ Diantara kebahagiaan ialah Allah memanjangkan umur dalam keadaan amal soleh dan rezeki bertaubat manakala yang celaka ialah beramal dan kagum dengan amalan serta tidak bertaubat.”

55. "Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

Dan ikutlah al-Quran sepenuhnya, meningalkan larangannya sebelum datang azab yang mengejut yang kamu tidak sedari.

56. "(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana Aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta Aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! –

Bila mati mereka menyesal kerana tidak melakukan muhasabah. Sabda Rasulullah SAW ”Tidak duduk dalam majlis, tidak berjalan dan tidak bersandar seseorang dalam keadan tidak ingat kepada Allah melainkan menjadi kekurangan dan penyesalan pada hari Qiamat.” Kita hendaklah bermuhasabah dan berjamaah serta merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith untuk memastikan tidak menyesal pada hari Qiamat nanti. Di atas dunia mereka memperolok-olokan orang yang mengajak kepada jalan Allah.

57. "Atau berkata: ` kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah Aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' –

Diri seseorang berkata pada hari qiamatkalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah Aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' “Mereka yang tidak mendapat hidayah di atas muka bumi adalah kerana mereka mengutamakan keredhaan manusia melebihi keredhaan Allah..

58. "Atau berkata semasa ia melihat azab: ` kalaulah Aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah Aku dari orang-orang Yang mengerjakan kebaikan!"

Menurut riwayat Abu Soleh, “ Seorang alim Bani Israil membaca satu tulisan. Seseorang hamba yang sentiasa beramal soleh, kalau diakhiri hayatnya dengan amal jahat maka dia akan masuk neraka. Seorang hamba yang sentiasa melakukan maksiat kalau diakgiri hayatnya dengan amal soleh maka di amasuk syurga. Lalu syiatan menggodanya supaya melakukan maksiat dan bertaubat selepas itu. Tiba-tiba Allah mematikannya dalam keadaan maksiat. Lalu dia berkata” Alangkah sesalnya aku tidak menghampiri dengan Allah dan aku terikut dengan syitan”

Berkata Qatadah ayat 56, 57 dan 58 adalah golongan yang berlainan.

59. (kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"

Allah menjawab bahawa Aku telah menghantar utuan-utusan Aku tetapi kamu engkar dan menunjuk sombong.

Nota: Kuliah Tafsir di atas adalah siri Kuliah TG Haji Abd Hadi Awang pada setiap Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. Untuk mengikuti siaran secara langsung atau download kuliah bolehlah melayari masjidrusila.

p/s: Kat blog aku pun ada aku link Kuliah Jumaat. Harap sama-sama dapat ambil pengajaran dan ikhtibar. Waallahua'lam.

01 February 2007

Sunat Memerdukan Suara Ketika Membaca Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dari Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda “Allah tidak mengizin bagi sesuatu, apa yang diizinkan kepada Nabi s.a.w mendengar suara yang baik membaca Quran serta dengan kuat (menzahirkan suaranya)”. –Hadith riwayat Bukhari dan Muslin

Hadith ini memberi maksud, Allah s.w.t sangat meredhai akan hambanya yang membaca al-Quran dengan baik. Sehinggakan Allah mengizinkan Nabi s.a.w mendengar bacaan al-Quran itu.

Dari Abu Musa al-As’ari r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya “Sesungguhnya telah dikurniakan kepadamu suara merdu laksana seruling sebagaimana suara merdu laksana seruling keluarga Daud”. –Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Mengikut riwayat Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Musa al-As’ari, “Kalau kamu lihat aku mendengar bacaan mu semalam, alangkah baiknya”.

Hadith ini menyebut Nabi s.a.w memuji sahabat baginda yang bernama Abu Musa al-As’ari yang mempunyai suara yang elok dan pandai membaca al-Quran. Abu Musa ini memang dikenali dikalangan sahabat sebagai seorang yang bijak, alim, dan mempunyai suara yang elok dalam membaca al-Quran.

Sehinggakan Nabi s.a.w meminta untuk diperdengarkan bacaan al-Quran oleh Abu Musa kepada baginda. Nabi mengumpamakan kemerduan suara Abu Musa seperti tiupan seruling yang indah dan turut dikaitkan dengan suara keluarga Nabi Daud a.s yang memang mempunyai suara yang merdu dan indah.

Nabi Daud dikurniakan Allah suara yang merdu dan indah. Kelebihan ini digunakan ketika baginda membacakan kitab Zabur. Sehingga dikatakan bertasbih bersama Nabi Daud burung-burung yang terbang, bukit bukau, pohon kayu dan gunung- ganang sekeliling baginda.

Dari Al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya, aku telah mendengar Nabi s.a.w membaca ketika Solat Isya’ surah At-Tiinni wa zaitun dan aku tidak pernah dengar seorang yang lebih indah suara daripadanya.” – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadith ini menunjukkan Nabi s.a.w memperelokkan bacaan al-Quran di dalam solat dan bacaan surah At-Tiin pada waktu Isya’ menunjukkan Nabi s.a.w tidak memberatkan makmum dengan bacaan yang terlalu panjang.

Bahkan dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w memarahi seorang sahabat, iaitu Abdullah ibn Mas’ud kerana membaca surah yang panjang dalam solat dan tidak meraikan makmum di belakang kerana antara mereka ada orang tua dan mungkin ada yang uzur. Kecuali dengan keizinan makmum dan dilakukan sesekali sahaja (bacaan surah panjang).

Dan diriwayatkan pernah suatu ketika baginda s.a.w mengimami solat, tiba-tiba terdengar tangisan bayi, maka dipendekkan solat. Selesai solat, baginda s.a.w menjelaskan “Aku khuatir, ibu anak itu bimbang akan anaknya”.

Dari Abi Lubabah, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda “Barangsiapa yang tidak mengindahkan suaranya dengan al-Quran, maka mereka bukan dari kalangan kita”.

Nabi menegur kepada sesiapa yang mempunyai suara yang elok, tetapi tidak memperelokkan suaranya ketika membaca al-Quran, maka dikatakan baginda Nabi s.a.w dia bukan dari golongan baginda.

Kerana indahnya al-Quran, maka perlu diperelokkan bacaan. Ini kerana suara yang elok akan mampu menarik orang lain untuk mendekati al-Quran. Terdapat beberapa kisah berkaitan orang bukan Islam untuk mendekati Islam melalui mendengar bacaan Al-Quran. Digalakkan juga kepada muazzin (tukang azan) supaya dipilih dari kalangan orang yang mempunyai suara yang sedap dan baik. Selain menarik orang datang solat, syiar azan juga dapat ditinggikan.

Dari Ibn Mas’ud r.a katanya, telah bersabda kepadaku oleh Nabi s.a.w “Bacakan kepadaku al-Quran”. Maka saya menjawab “Ya Rasulullah, saya bacakan al-Quran kepada Rasulullah? Walhal ianya (al-Quran) diturunkan kepada mu”. Seterusnya bersabda Nabi s.a.w “Sesungguhnya aku ingin mendengar dari orang lain”. Lalu aku membacakan kepada baginda Surah An-Nisa’. Apabila sampai kepada ayat ini iaitu (bermaskud) “Bagaimana apabila datang daripada tiap-tiap umat dengan saksi masing-masing, dan kami bawakan engkau wahai Muhammad menjadi saksi kepada mereka semua”. Lalu baginda bersabda, “Cukup, berhenti sekarang!” aku berpaling, tiba-tiba aku lihat kedua-dua mata baginda berlinang air mata kerana menangis.”

Ayat tersebut menceritakan peristiwa pada Hari Kiamat ketika perbicaraan di Padang Mahsyar. Apabila nabi-nabi dibawa menjadi saksi, bahawa mereka (nabi-nabi) menyampaikan dakwah kepada umat masing-masing. Dan Nabi s.a.w akan bersama dengan umat baginda. Disebut, Muhammad akan menjadi saksi kepada seluruh manusia, termasuk semua nabi-nabi. Di sinilah besarnya kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dan besarnya kedudukan kita sebagai umat Nabi s.a.w.

p/s: Walau betapa besar kedudukan kita sebagai umat Muhammad s.a.w, tetapi jika segala suruhan dan ajaran baginda tidak kita ikuti, maka tiadalah maknanya kedudukan kita itu. Jika kita tidak patuh kepada ajaran, mungkin masih boleh dimaafkan kerana menjadi umat yang tidak patuh, cuma takut-takut kita menjadi umat yang derhaka dengan menentang segala ajaran dan perintahnya. Nau'zubillahi min zaalik. Wallahua’lam.

nota: Kuliah Jumaat 26 Jan 07

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks