28 December 2006

Selamat Tinggal 2006 II

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

2006 yang telah berlalu...

Januari 2006
Mak dan Ayah ke Mekah menunaikan haji. Jadi masa ni la aku ambik alih bisnes mak. Jadi tokey sendiri. Masa ni jugak terasa susah dan penat Mak di rumah. K mak, anakanda akan ingat pesan mak baru-baru ni. Jarang kita berdiskusi begitu. Kena hidup sederhana dan berpada dengan apa yang ada. Mesti jadi anak yang baik!

Februari 2006
Masa ni mak dan ayah dah balik dari Mekah. Masa ni gak plan sesuatu yang agak besar dalam hidup. Masuk bisnes. Mula lepak kat KT dan mula kenal KT walaupun sebelum ini dah lama belajar di KT. Belajar memulakan sesuatu yang baru. Belajar jangan sombong dan bongkak. ikut resmi padi. Betul ke?

Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos 2006
Cepat masa berlalu. Tak banyak yang dapat diingat kembali. Cuma perasan yang masa amatlah pantas. Ogos sambutan Jubli Emas PAS Terengganu. Sempat juga mengikuti perbarisan dan turut menyibuk dalam kerja-kerja pameran. Sejarah tidak boleh dihapuskan. Sejarah juga tidak menipu. Tetapi penipu sejarah memang KEPARAT!

September 2006
Dah dekat dengan Ramadhan. Tapi tiada persiapan yang khusus ke arah itu. Memang mengecewakan. Cuma Usrah bulanan tak pernah tinggal. Cuma Usrah mingguan je yang banyak tertinggal kerana berada di luar kawasan. Dan mula berpuasa. Alhamdulillah permulaan yang baik walaupun tadarrus tak sempat khatam. Ingat lagi Asiah hantar sms tanya dah berapa juzu'. Malu sangat nak jawab. Malu tanda ada iman. Harapnya laa.. :(

Oktober 2006
Puasa dan Raya. Menghabiskan sisa-sisa Ramadhan. Raya yang kurang meriah kerana Abg Dhil tak balik. Amir pun raya kat Sabah. Tahun depan boleh bersama kot. Mungkin dengan jumlah yang lebih besar. Bertambahnya anak-anak buah harapnya. Bertambah ahli keluarga? Tentulah aku akan mulakan. Tetapi, sempat ke sebelum raya tahun depan?

November 2006
Mulakan tugas baru di Kuala Terengganu. Berat mak dan ayah nak melepaskan. Tapi harapnya mereka faham apa yang cuba diperjuangkan ini. Aku turut berat menerima amanah ini. Berat kerana memang sedang kesempitan, dan berat meninggalkan 'kawasan' sekali lagi. Tapi harapnya betul keutamaan yang aku berikan ini. Semoga kekal istiqamah.

Disember 2006
Sibuk dengan kerja. Mula bekerja. Bertambahnya umur ke angka 25 tahun. Lewatnya. Tapi terasa muda. Cepatnya masa berlalu. Teringat janji yang belum ditunaikan. InsyaAllah akan segera dilaksanakan. Pertama juga jumpa adik-adik di kampus. Sudah lama menanam hasrat untuk berjumpa, tetapi ada sahaja halangan dan alasan yang dicipta. Selamat Hari Raya Eidul Adha. Selamat berkorban. Hidup perlu berkorban. Kerana jiwa pejuang itu adalah dengan berkorban dan terkorban.

Januari 2007...
Mesti terus berani. Yakin pada diri. Melangkah ke hadapan jangan undur lagi. Tunaikan janji. Apa azam 2007? Bila dilaksanakan baru aku cakap itulah azam yang terpendam. Tutup Buku lama, buka buku baru. Keluar barisan, masuk bulatan. Selamat jalan 2006, Selamat Jalan umNO!

27 December 2006

Selamat Tinggal 2006 I


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berat untuk memulakan petikan jari. Apatah lagi setelah mouse 'sakit' dan amat menggangu kerja-kerja menaip yang hendak dilakukan. Sekali klik, berpuluh-puluh kali yang ditekan. Kadang-kala merosakkan kerja, kadang-kala mejadi penguji diri. Maklum sajalah kerja yang mudah menjadi lambat dan tertangguh. Ada saja kesilapan yang cukup menggeramkan. Kalu tidak kerana mouse ni dibeli dengan duit, sudah tentu aku campak dan buang!. Nilainya duit.

Berlalu tarikh keramat TSUNAMI, maka semua mula menarik nafas lega. Terengganu yang digembar-gembur dengan BANJIR BESAR kerana pelbagai kejadian pelik dan aneh, maka kini mula melebar senyum. Kejadian kemunculan ikan duri di pantai, gamat putih, ikan lumba-lumba dan pelbagai kejadian yang tidak pernah berlaku memang menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tidak kurang yang amat takut dan gerun dengan pelbagai kejadian yang disifatkan hampir sama dengan petanda TSUNAMI.

Seorang kawan yang tinggal di Seberang Takir (sebuah perkampungan nelayan di Kuala Terengganu) menceritakan bagaimana gelisahnya seorang jirannya apabila pelbagai tanda ini muncul di Terengganu. Jirannya itu berkira-kira mahu pindah ke kawasan yang dikira lebih pedalaman dan jauh dari pantai. Jika di Terengganu, kawasan yang jauh dari pantai tentulah Hulu Terengganu. Tetapi bila difikirkan di Hulu Terengganu terdapat Tasik Kenyir yang luas, maka dia terpaksa berfikir dua kali. Tasik yang menakung air yang beribu-ribu gelen itu mungkin bila-bila masa sahaja pecah dan menelan penduduk sekitarnya. Betapa takutnya manusia kepada kematian.

Seorang kawan pernah bertanya, benarkah ombak begitu besar di Terengganu dan adakah Empangan Kenyir sudah mula retak? Soalan ini ditanyakan ketika berlangsungnya Monsoon Cup. Aku cuma mampu menjawab, sekarang (ketika itu) tiada angin langsung di Terengganu. Masakan ombak boleh kuat dan besar. Pelayar yang bermain kapal pun seolah-olah bermain di dalam tasik yang tenang. Memang ketika itu Terengganu cukup tenang tanpa angin dan hujan. Aku kira penganjur tersilap membuat ramalan cuaca. Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.

Monsoon Cup meninggalkan kenangan manis buat seorang teman yang membuat kerja-kerja pengiklanan. Cuma tahun ini dia mendapat projek bagi penyediaan gerai-gerai pameran bagi negeri Terengganu. Aku kira banyak juga habuan yang diperolehinya. Jika tidak, masakan sudah dua kali dia mengajak aku keluar minum. Rezeki itu kerja Allah, datangnya dari pelbagai sumber yang mahu diberikannya. :)

p/s: Ini baru cerita bulan 12.. masih banyak bulan lagi yang tidak dikongsi.. Nanti aku fikirkan betapa perlu atau tidak pengalaman lain untuk dikongsi..

wallahua'lam

Salam Zulhijjah & Eidul Adha

1. Fadhilat dan Amalan di bulan Zulhijjah

Mengapa bulan Zulhijjah dianggap bulan yang mulia ?

1. Allah bersumpah dengan 10 malam pertama bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr.

2. Sabda Nabi Muhammad SAW:

"Tidak ada hari-hari yang dilakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah berbanding pada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya, dan bukan juga jihad fi sabilillah ? Jawab Nabi saw : bukan juga jihad fisabilillah, melainkan seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya (berjihad fisabilillah) dan dia tidak kembali lagi selepas daripada itu." (al-Bukhari)

3. Bulan ibadah Haji dan juga Qurban.

Justeru, amalan yang amat digalakkan pada bulan ini antaranya ialah:

a. Berpuasa, khasnya pada hari Arafah (9 Zulhijjah, hari Jumaat 29 Disember 2006 /tapi di Malaysia jatuh pada 30 Disember 2006). Di dalam sepotong hadith Sohih riwayat Al-Nasaie dan Abu Daud, beberapa isteri nabi Muhamammad SAW dilaporkan berkata, Rasulullah SAW berpuasa pada 9 Zulhijjah, hari Asyura dan 3 hari pada setiap bulan, ie Isnin pertama dan dua hari Khamis yang lain.

b. Memperbanyakkan zikir tahlil, tahmid dan takbir.

"Tidak ada hari-hari yang lebih mulia di sisi Allah, dan lebih disukai oleh Allah untuk beramal di dalamnya berbanding pada hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah Tahlil, Takbir dan Tahmid di dalamnya." (Riwayat Ahmad, dan Ahmad Syakir mensahihkan isnadnya)

c. Bagi yang mampu, segerakanlah untuk menunaikan Haji. Berdasarkan pengalaman peribadi dan juga pandangan rakan-rakan, menunaikan haji adalah lebih baik dilakukan ketika umur masih muda, badan masih kuat. Janganlah bertangguh dalam menunaikan ibadah haji, sedangkan kita sudah ada kemampuan yang lebih daripada mencukupi.

d. Begitu juga dengan ibadah qurban, ianya amat digalakkan pada bulan ini.

e. Serta amalan-amalan soleh yang lain.

2. Isu Takbir Raya Eidul Adha oleh al-Qaradawi
(http://www.islamonline.net/Arabic/Hajj/FirstTenDayes/Fatwa_ Ruling/articles/02.shtml)

Takbir pada 'Aid al-Adha ada dua jenis : Takbir Mutlak dan Takbir Muqayyad.

Takbir mutlak boleh dilakukan pada awal bulan Zulhijjah hingga pada hari 'Aid (hari raya). Dilakukan takbir itu di jalan-jalan dan di pasar-pasar, di Mina, Apabila mereka (umat Islam) bertemu sesama mereka, mereka bertakbir kepada Allah.

Adapun Takbir Muqayyad, ialah takbir selepas daripada solat-solat fardhu, terutamanya apabila dilakukan secara berjamaah, sepertimana yang disyaratkan oleh kebanyakan fuqaha. Demikian juga di Musolla (tempat menunaikan solat) 'Aid (kebiasaannya di padang-padang atau seumpamanya) , di jalan-jalan menuju ke Musolla, ketika duduk di Musolla, sepatutnya mereka bertakbir dan jangan mereka duduk sahaja dalam keadaan senyap, samaada pada 'Aid al-Ftri ataupun 'Aid al-Adha. Ini kerana hari tersebut sepatutnya dizahirkan padanya syiar-syiar Islam.

Antara syiar yang utama itu ialah Takbir,

"Hiasilah hari-hari raya kamu semua dengan takbir." (Diriwayatkan oleh al-Tobrani di dalam al-Soghir dan al-Ausath, dan di dalam sanadnya ada beberapa perawi yang mungkar).

Sepatutnya setiap muslim menzahirkan syiar ini (takbir) pada hari raya, apabila mereka hendak pergi ke musolla, atau duduk di musolla sementara menunggu waktu solat. Mereka sepatutnya mengangkat suara-suara mereka bertakbir dengan menyebut :

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Laa'ilaha'illallah.. wallahuakbar.. walillahilhamd..

Bentuk takbir ini warid dari Ibn Mas'ud, dan Imam Ahmad mengambil (memilih) bentuk takbir ini. Terdapat juga bentuk takbir yang warid dari Salman :

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar kabiraa..

Adapun selawat dan apa-apa yang selainnya dari zikir-zikir, tidak terdapat dari (petunjuk) Nabi saw, seperti menyebut :

Allahumma Solli 'ala syaidina Muhammad, Wa'ala 'ali syaidina Muhammad..

Adapun selawat kepada Nabi saw suatu yang disyariatkan pada bila-bila waktu, akan tetapi menentukannya dalam bentuk lafaz sebegini, menentukannya pada waktu ini, ianya tidak warid dari Nabi saw, dan tidak juga salah seorang dari sahabat baginda. Demikian juga apa yang diucapkan di dalam takbir hari raya ini (dengan lafaz) :

Lailaha'illallahu wahdah, Sodako-wa'dah, wanasoro-abdah, wahazamal ahzaba wahdah..

Lafaz ini juga tidak warid untuk dikaitkan dengan hari raya. Adapun takbir yang ma'thur yang warid adalah sepertimana bentuk lafaz yang disebut sebelum ini :

Allahuakbar.. Allahuakbar.. La'ilahaillallah.. wallahuakbar.. Allahuakbar.. walillahilhamd.

Maka bagi seorang muslim sepatutnya mengambil berat perkara takbir ini, supaya ia memenuhkan (dengan seruan takbir) takbir pada setiap penjuru musolla, dan bertakbir kepada Allah pada hari-hari sepuluh dalam bulan Zulhijjah kesemuanya. Adapun takbir muqayyad selesai daripada solat, dia mulakan setelah selesai solat fajar pada hari 'Arafah, dan berterusan hingga 23 solat, yakni sehingga hari keempat hari raya. Dimana tamatnya waktu takbir, setelah solat Asar pada hari tersebut.

nota: Takbir terpaksa 'dimelayukan' kerana tiada kemudahan font arabic.. harap dibaca dengan kefahaman yang sebaik mungkin. Wallahua'lam..

copy, paste n edit dari email Ustaz Irfan :)

18 December 2006

Tol Naik, Gaji Naik... Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah jika gaji naik 10% - 40% seperti yang dituntut Cuepacs... namun, kerajaan masih mengatakan akan menimbangkan kenaikan itu... pada masa sama kerajaan mengumumkan kenaikan tol bermula 1 Jan 2007...kenaikan 15% - 60 %... satu angka yang tinggi!... alhamdulillah kenaikan tol ini masih rendah berbanding dengan negara lain... kenaikan yang 'terpaksa' dibuat oleh kerajaan kerana mahu rakyat sama-sama menanggung beban yang ditanggung kerajaan... kita sebagai rakyat seharusnya faham dan akur keputusan kerajaan ini...

Apa yang kerajaan lakukan hari ini amat bertepatan sekali... rakyat sudah tidak mahukan subsidi oleh kerajaan... rakyat tidak mahu lagi bantuan dari kerajaan... hapuskanlah subsidi minyak, kami rakyat sudah bersedia... hapuskanlah subsidi tol... rakyat sedia menanggung bersama kesusahan kerajaan... kami rakyat akan terus menyokong segala dasar kerajaan secara tulus dan membabi buta... bahkan, jika dihapuskan semua subsidi minyak dan tol dan dibekukan gaji kami rakyat pun kami sanggup demi kerajaan yang tercinta... kami rela kenaikan gaji kami dibekukan jika itu untuk kebaikan kerajaan.. kami rela.. kami rela... kerana tanpa kerajaan, siapalah kami rakyat terbanyak ini...

kami percaya tiada yang akan membantah kenaikan tol ini kerana rakyat kesemuanya amat memahami kerajaan hari ini... rakyat sedia berganding bahu dalam hal ini... jika ada pun hanyalah pemimpin pembangkang yang mencari peluang politik dengan mengadakan demonstrasi jalanan... kami percaya pemimpin pembangkang akan berarak sambil mengutuk kerajaan marahkan kenaikan tol... namun, percayalah... mereka sebenarnya tidak mewakili suara kami rakyat terbanyak... kami akan tetap mempertahankan kerajaan yang adil dan saksama ini... biarlah kerajaan dilihat tidak adil atau berat sebelah, tapi bagi kami kerajaanlah segalanya...


yang benar,

Ibnu Abdullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
hehehheheh.. kalu betul laa ada orang yang tulis surat gitu dalam surat khabar, aku tak tahu laa nak kata apa... nak picit hidung ada, nak jentik telinga pun ada... paling lembut pun aku letak dia atas jalan, aku langgar dengan buldozer... biar keluar biji mata (biar nampak realiti apa yang ada) dan biar berkecai otak (agar otak yang tak digunakan itu diberi kepada makhluk lain)...

seorang kawan yang bekerja di KESAS mengeluh apabila dapat tahu kenaikan tol ini... walaupun bukan dia yang membuat keputusan, tetapi bekerja di situ menyebabkan terasa tidak senang... umpama seorang polis mendapat arahan menahan seorang yang tidak bersalah.. umpama seorang imam disuruh membaca teks khutbah bertajuk monsoon cup... umpama seorang guru disuruh mengajar dalam bahasa asing!... tapi apa boleh buat.. cari makan...

seorang kawan yang baru beberapa hari bekerja dengan kerajaan bertanya... adakah pimpinan PAS akan membuat demonstrasi membantah kenaikan tol ini... aku menjawab sudah tentu... kerana pada aku ini isu yang besar setelah kerajaan menaikkan 30 sen seliter bahan api pada awal tahun lalu.... si kawan berkata bagus laa.. itulah harapan dia.... aku mencelah... kerajaan tidak takut kepada pembangkang melakukan demonstrasi / bantahan... yang kerajaan takut adalah rakyat! tapi, kerajaan sudah tidak takut dengan kebangkitan rakyat kerana kerajaan tahu rakyat PENGECUT! LEMBIK! BODOH! dan boleh BLAH!!

aku juga rakyat... aku tak tahu nasib aku jika bekerja makan gaji dengan kerajaan... (macam laa tak kerja ngan kerajaan)... adakah aku akan menjadi sebagian dari rakyat yang LEMBIK dan BAHLUL? yang boleh dibuat apa sahaja.. yang akan menyokong setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan... yang mudah terhutang budi dengan kerajaan...???

kadang-kadang fikiran rakyat kita terlalu LEMBAB... merasakan tindakan atau keputusan kerajaan itu tidak dapat diubah lagi... merasakan demonstrasi tidak mampu berbuat apa2.... merasakan cukup menunggu jika sampai pilihanaraya untuk menerima janji baru yang lebih menarik dr kerajaan.... atau paling kurang tidak lagi mengundi kerajaan hari ini... inilah kesilapan yang pada aku cukup silap... SILAP BESAR!... tsunami tidak datang dengan berlakunya gempa bumi yang kecil... bola tidak akan bergerak laju jika ditendang perlahan... MOMENTUM PERUBAHAN perlu dilakukan segera... bermula semalam lagi seharusnya kita bergerak... lupakan gerakan dalam senyap! lupakan saraf! semua orang perlu bercakap HAL KEZALIMAN KERAJAAN INI bermula semalam... hari ini kita teruskan mengulang... kita tidak akan ditangkap ISA jika hanya bercakap KEZALIMAN KERAJAAN... dan ISA itu BUKTI KEZALIMAN KERAJAAN... (maknanya kalu kena tangkap tu, betul la ZALIM..)

mungkin ada sebagian yang takut ditukar tempat kerja.. takut dihantar jauh-jauh ke ceruk dunia... takut seolah-olah kerajaan BN ni lah segala-galanya... walhal dia tidak melihat realiti yang boleh berlaku... jika semua berani berkata benar, adakah mampu semua pegawai / kakitangan ditukar tempat kerja?? lupakanlah pada BARUA BN yang menyokong setiap tindakan kerajaan... tindakan yang bodoh dan tiada ketamadunan... aku bukan berkata kerana taksub kepada sesuatu parti, tetapi kesian pada mereka yang masih menyokong parti yang ZALIM itu... semoga hadiah TOL ini membuka mata mereka yang masih BEBAL....

Ya Allah, Kau bukalah pintu hati dan penglihatan sahabatku yang masih BUTA dan tidak mahu berfikir... AMIN..

P/s: Kepada sesiapa yang terasa dengan perkataan di atas, silalah bertindak BERUBAH dengan segera... kerana selagi anda terasa, selagi itulah anda bersama golongan yang ZALIM...

13 December 2006

catatan 0: "Maa Laa Yal Zam"

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt...

Maa Laa Yal Zam... bukan sesuatu yang biasa...
wajah baru pada blog aku... aku pun tak tahu kenapa aku 'terpaksa' berbuat sesuatu dengan blog ini... kalu diikut hati, aku lebih sukakan Hitam & Putih yang pada aku bukan sahaja penuh makna yang tersirat, malah penuh dengan misteri yang perlu diterokai (hitam la maksud aku..)

anggap je blog baru ini memulakan langkah baru di tahun baru sempena ulangtahun kelahiran... usia yang makin bertambah, hidup perlu diredah... segala cabaran dan dugaan di hadapan ditempuh sabar dan redha... hidup lebih kemas dan tersusun (blog ni rasa lagi kemas susunan)... dan juga hidup lebih ceria dengan warna yang lebih TERBUKA..

kata seorang kawan, HITAM tu tanda gelap, kelam.. sunyi dan sepi... maknanya aku berada dalam kegelapan.. bercakap seolah2 seorang diri.. seolah-olah aku pengecut.. yang bersembunyi dalam gelap... HITAM juga dikatakan tidak menarik... tiada keceriaan.. ada gak kebenaran walaupun aku tetap sayang pada Hitam & Putih... sebenarnya aku masih berkira-kira untuk menukar kembali kepada rupa lama... tapi bila melihat kekemasan template ini, ada terasa kelainan.. tersusun dan kemas... susuatu yang BARU dalam hidup aku...

susah sebenarnya mahu menamakan blog ni.. sebelum aku menukar template blog ini,seorang adik bertanya, apakah nama yang sesuai untuk diletakkan pada NAMA BLOG.. (ketika tu aku ajar dia register blogger) aku jelaskan pada dia supaya menjadi dirinya sendiri... seeloknya namakan blog dengan nama yang serasi ngan jiwa.. serasi dengan perlakuan.... apa jua yang dilakukan cuba jujur dengan diri... tapi, bila aku DISURUH menukar WARNA BLOG, aku sendiri tercari-cari identiti...x tau mahu menamakan apa.... agaknya sudah sebati HITAM & PUTIH tu dengan aku...

tukar template.. maknanya satu pelajaran yang baru dipelajari... Thanks MUMTAZAH kerana ajar ilmu ini... dia ni gak org pertama yang kenalkan aku dengan dunia blog.. b4 ni aku hanya tahu format HTML, tahu macamana nak buat website yg spastik, tapi x tau macamana untuk di ONLINEKAN... aku harap aku tak terlalu lembab di ajar... kerana aku tahu betapa susahnya mengajar.. susahnya mahu memastikan ilmu itu dihadam.. susahnya mahu murid faham.... pada aku, aku tak mampu menjadi seorang guru yang baik... kadang2 wujud sifat kurang sabar dan cepat marah... satu sifat yang aku sendiri tidak suka.. dan belajar untuk meng'cool'kan diri... sifat yang lahir secara semula jadi.. kata orang, faktor pemakanan turut membantu... kurangkan makan daging..

Thanks gak kepada SODIQAH84 atas nama "maa laa yal zam" ini... buntu berfikir, mencari dan mencari... ingat pada mulanya cukup sekadar KUNING & KELABU, tetapi terasa tidak cukup 'kuat' untuk nama itu berdiri sendiri... perlu mencari sandaran yang kuat dan betul jika sesuatu nama itu simple dan tersirat.. nanti susah untuk explain kat sesape yang tanya...

harap sahabat-sahabat pelawat semua dapat memberi respon kepada perubahan yang insyaAllah ke arah kebaikan ini... semoga hidup lebih ceria dan bermakna...

wallahua'lam...

'Ayat-Ayat CInta'

Assalamualaikum wbt...
dah lama sebenarnya aku x mulakan setiap tulisan aku dengan salam... mungkin kalu basmallah, x perlu untuk aku tulis, tetapi elok juga sebab mengingatkan sesama kita penting mendahulukan sebarang pekerjaan dengan basmallah... insyaAllah lepas ni aku cuba tulis jugak... cuma kadang2 nampak mcm formal jer...

sebenarnya aku dah cukup lama tidak membaca novel... apatah lagi novel jiwang... namun, sebab aku nampak ada kekuatan pada novel itu, maka aku mula membaca 'ayat-ayat cinta'... sebuah novel yang pada aku 'maa laa yal zam' bagi penulis yang lain... menulis kisah cinta dengan sopan.. cinta yang kadang2 pada aku jijik dan kotor, tapi diolah supaya dilihat bersih, suci dan tidak memualkan... sebuah kisah USTAZ ROMANTIK!

USTAZ ROMANTIK? agak pelik bunyinya... tapi secara keseluruhan cerita ni mengisahkan seorang anak muda bernama FAHRI yang study di Mesir... diolah cerita ini menggunakan kata ganti nama AKU menyebabkan diri kita terasa dekat dengan watak yang diceritakan.. berlatarbelakangkan suasana mesir, digambarkan secara dekat budaya hidup orang di sana...

aku x suka ceritakan perjalanan kisah... pada aku, x menarik jika terbaca jalan cerita sebelum membaca.. cukuplah gambaran kasar supaya menarik minat untuk membaca dan mencari... apa yang cukup menarik dalam penulisan ini adalah AMALAN yang dilakukan oleh AKU yang hampir merujuk dan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.. menunjukkan ciri-ciri yang patut dan perlu ada pada setiap muslim... pelbagai situasi dan keadaan yang memerlukan tindakan yang waras dan wajar...

seperti kisah lain, CINTA tetap menjadi TEMA di dalam cerita ini... cinta kepada sahabat, cinta kepada saudara, cinta kepada tetangga, cinta kepada keluarga, cinta kepada isteri, cinta kepada Rasulullah.. dan cinta yang UTAMA.. iaitu cinta kepada ALLAH SWT... secara keseluruhan, agak baik olahan dan gambaran yg diberikan... namun, pada aku kekurangan / kecacatan pada watak yang digambarkan adalah kerana terlalu sempurna! suatu yang pada aku amat sukar utk diterima... aku suka sebut hal ini kerana menyempurnakan watak akan menyebabkan banyak kepincangan yang akan dicari... aku lebih suka watak yang melakukan kesilapan, rasa bersalah, memohon maaf dan sebagainya... menggambarkan sifat semula jadi manusia yang serba lemah dan kekurangan... dengan kata lain, melihat kekurangan sebagai kekuatan! melihat pembetulan sebagai kekuatan...

Jalan cerita keseluruhan amat menarik... plot2 yang diwujudkan simple, tapi memberikan perjalanan yang baik dalam penceritaan... suka apabila dapat tahu cerita ini akan diFILEMKAN, namun aku amat mengharapkan watak HERO ini akan diletakkan dengan seseorang yang sifatnya tidak jelik dan jijik... kadang2 sedih bila melihat pelakon yang hanya PANDAI BERLAKON... tetapi tidak menghayati apa yang dilakonkan... sedangkan hasrat Pengarah, dan pelakon itu sendiri supaya kisahnya dijadikan tauladan dan contoh jika yang baik.. dan dijadikan sempadan jika tidak elok dan tidak senonoh.... tapi, itulah realiti LAKONAN... dunia ORANG YANG MUNAFIK! (munafik di sini adalah apabila dia berlakon, maka di situlah letaknya menafik... munafik dr segi bahasa.. bukan hukum..)

lastly... aku enjoy baca cerita ni... jarang sebenarnya aku baca novel dr satu ayat ke satu ayat.. biasanya aku baca 'speed reading' jer... tapi sebab setiap ayat disusun mempunyai makna dan pengisian yang agak berguna, maka terpaksalah aku merangkak untuk menghabiskan novel itu....

try laa.. baru leh bezakan...

07 December 2006

Murtad di Terengganu siri V

Pertamanya maaf sebab tak sempat nak habiskan 'ayat-ayat cinta'... terlalu byk kerja dan aku merasakan sesuatu yg lebih penting untuk dikongsi.. apa lagi kalu bukan isu MURTAD! bukan maklumat baru, cuma aku baru diberitahu... ini pun maklumat ni aku dapat semasa pengerusi Forkad Terengganu ditemubual oleh seorang siswi KUIM yang sedang buat kajian pasal kes Murtad di Malaysia...

aku ikuti temubual tu secara sekejap-sekejap... cuma hari ni aku beranikan diri bersama ustaz Wan kerana siswi tu datang untuk dapat maklumat... bukan macam sebagai 'pesakit' yg perlu diberi privacy... camana permulaan aku tak tahu... masa tu aku saje offer diri pergi beli pisang goreng.. takut dikatakan tidak menghormati tetamu... nak hidang nasi? mmg tak sesuai kerana pukul 3 adalah waktu org sudah makan tengahari... lagipun aku duk opis.. bukan rumah yg ada serba serbi... kacau air, then hidang pisang goreng...

aku mula ikuti temubual tu bila siswi yang 'manis' tu tanya ustaz wan pasal cara bagaimana modus operandi pihak kristian ni masuk berdakwah... seperti 'dakwaan' email aritu, mmg mereka menggunakan hospital sebagai salah satu cara mereka mencari mangsa... sebenarnya ada diantara KAKITANGAN HOSPITAL yang terlibat dengan menjadi 'tali barut' kepada pihak kristian ini... bukan sahaja di HOSPITAL, malah dipercayai wujud di KUSZA (tidak pasti skrg masih ada lagi atau tidak) dan KUSTEM... satu keluarga besar yang menjadi penggerak utama kepada kegiatan kristian ini adalah sebuah keluarga SEORANG LAWYER yang terkenal di Terengganu.. dan gerakan mereka ini dipercayai bermula dari seawal penubuhan sebuah SEKOLAH SWASTA DI TERENGGANU... sekolah ini menyediakan peluang untuk pelajar lepasan SPM mengulang peperiksaan.. dan juga terdapat kemudahan TADIKA disediakan oleh pihak ini...

seperti dakwaan yang menyebut, mereka akan menziarahi pesakit yang tiada pelawat... 'tali barut' ini hanya memerhatikan sekadar 2 hari tiada pelawat melawat pesakit dan melaporkan kepada pihak 'atasan' mereka... mereka akan datang sekitar 10 orang dengan bercampur lelaki dan perempuan... jumlah seramai itu sudah cukup untuk 'menutup' pandangan pengunjung lain terhadap pesakit jika mereka mengerumuni (betul ke eja ek??? lupa laa.. hehehe) katill pesakit..

SATU KES yg dikesan... seorang ibu mempunyai seorang anak yang dilahirkan mempunyai ketumbuhan di kepala.. keluarga ini terpaksa membawa anak mereka saban hari ke hospital Kuala Terengganu (sudah ditukar kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah... thanks jannatul adnin atas pembetulan maklumat) dan kerap kali juga dalam sebulan ke Hospital Kota Baru, Kelantan... suatu hari, pihak kristian ini datang dan bertanyakan khabar... sesuatu yang cukup menyentuh perasaan si ibu apabila salah seorang dari yang mengunjungi mereka mengusap dan menyentuh kepala si anak yg dalam usia setahun... menitis air mata si ibu melihat perbuatan itu.. bila ditanya, si ibu mengatakan inilah kali pertama kepala anaknya disentuh oleh orang lain.. sebelum ini ramai yg hanya melihat dan memandang dengan geli...

bermula dengan lawatan pertama, hinggalah lawatan2 seterusnya.. mereka ini hanya memperkenalkan diri sebagai 'badan kebajikan' sahaja... segala bil hospital, dan urusan berkaitan keluarga ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak kristian ini... siapa yang tak terasa dihargai bilamana ada pihak membantu disaat yang diperlukan... cukuplah bayangkan berapa tambang ke hospital seminggu 3 kali dan sesekali ke kota bharu... mana ada masa untuk uruskan keluarga dan mencari rezeki sampingan... bantuan tentulah dianggap TUAH dan RAHMAT....

bila Forkad Terengganu mendapat maklumat perihal keluarga ini, maka Forkad Terengganu telah mengunjungi keluarga tersebut... terkejut mereka kerana diberitahu bantuan yang mereka terima selama ini adalah dari pihak kristian... sungguh mereka tidak syak apa2 melainkan bantuan kemanusiaan semata.... cepat-cepat keluarga ini mendedahkan ada lagi 2, 3 keluarga sekitar mereka yang turut mendapat bantuan... ending citer ni aku x pasti... melayang jap fikiran.. tapi rasanya alhamdulillah sbb mereka dapat maklumat yg agak awal dr Forkad Terengganu... lagipun tujuan utama temubual tu mahu tahu modus operandi je...

ni bukan sambungan kisah.. tapi sambungan modus operandi mereka.... bantuan demi bantuan akan dihulur kepada keluarga yang dikatakan 'layak' menerima... biasanya mereka akan mengambil masa kira2 2 bulan untuk memulakan MENYUNTIK JARUM yang PERTAMA... pada masa ini, keluarga / individu yang dibantu akan dihadiahkan dengan SALIB KECIL... kecil je.. dalam 1 inci je... tapi menarik sebab disediakan lubang untuk dijadikan rantai.. dan salib ini memang cantik kerana terdapat 'berlian-berlian' kecil ditatah di atasnya... aku sempat melihat dan memegang salib2 tuuu... sehinggakan aku pun terasa 'tertarik' untuk menyimpan kerana kecil dan cantiknya salib itu... bayangkan jika orang yg memberi kepada kita itu adalah seorang yg kita hargai mereka.. kita percaya kepada mereka... dan aku rasa tidak pelik untuk muda-mudi menjadikannya rantai kerana menarik dan terasa seolah-olah TIDAK SALAH.. Na'uzubilllah!..

dalam jangkamasa ini, mereka tidak akan menunjukkan sebarang perkara / perbuatan yang kita tidak senangi seperti bercakap / dakwah kepada sasaran... mereka hanya datang memberi bantuan dan bertanya khabar... dalam lebih kurang bulan ke 6, mereka akan memulakan JARUM KEDUA dengan mengucap SYUKUR KEPADA ALLAH ATAS RAHMAT DAN BANTUAN... bantuan yg diutus Allah menerusi anak Allah iaitu ISA melalui mereka diharap menghapuskan dosa-dosa ISA dan UMAT.... gitu la lebih kurang ayat yg akan digunakan... jika kita mendengar.. apa nak kisah.. mereka kristian.. punya cara utk bersyukur... walhal masa itu mereka sedang membiasakan kita dengan ANAK TUHAN... membiasakan kita dengan ucapan-ucapan yang kita tak selesa, tetapi sebagai orang MELAYU yang berbudi bahasa, kita tidak akan marah.... kerana budi dan bantuan mereka.... melayu mudah lupa...

step yang ke 3, dalam masa setahun, mereka akan offer kepada sasaran untuk DIBAPTISKAN... inilah peringkat yang akhir... namun tidak dinafikan ramai yang akan menolak... namun dakwah mereka cukup halus.. mereka tidak akan marah / melenting seperti pendakwah kita.. mereka tidak akan pergi meninggalkan sasaran mereka ini.. malah meneruskan bantuan seperti biasa.. kalu orang politik, bila diberi bantuan, tapi tak nak undi dia.. kalu dia tahu.. siap laaa.. next time takde DUIT IHSAN... sbb tu orang kita cukup sayang dengan DUIT kerana kita diajar utk CINTAKAN DUNIA... kerana sayang RM200, ada yang sanggup UNDI parti yang SEKULAR.. kerana RM 200 jugak, ada yang sanggup DIBODOHKAN... diangkut ke sana kemari untuk menunjukkan sokongan kepada PARTI yang memberi WANG IHSAN... malangnya Umat Melayu Islam bila harga diri dan Aqidah boleh dirobek dengan hanya beberapa RM.....

Usaha demi usaha akan diteruskan dari semasa ke semasa... ini bagi memastikan sasaran yang sedia ada akan menerima ajaran kristian dan bersedia dibaptiskan... bantuan tidak akan dikurangkan... malah mereka akan berlagak seperti biasa... para pendakwah kita patut ambik SEMANGAT ini dalam berdakwah... "Ya Allah, Jauhilah aku sifat Putus Asa dan lemah semangat... Amin" dari tahun ke tahun mereka akan cuba dan mencuba...

suka juga untuk dikongsi di sini, bantuan yang mangsa ini dapat sebenarnya cukup banyak... dan pendakwah kristian ini akan dikira mendapat bonus sekiranya mereka berpeluang merapati wanita.... ini kerana wanita biasanya bersama anak-anak... bantuan yang diberikan bagi keluarga yang susah bukan setakat bantuan duit poket.. malah bagi yang anak belajar di IPT / universiti akan diberikan Laptop! mereka akan menanggung hampir keseluruhan keperluan keluarga ini... dan dikatakan bantuan tersebut membolehkan ada keluarga yang tidak perlu bekerja.. hanya goyang kaki sahaja... menarik bagi bangsa yang dikatakan PEMALAS! (sape kata ek? lupa dah..)

sasaran mereka... tentulah seperti yang disebut di atas.. wanita... wanita berkeluarga satu bonus terutamanya ibu tunggal... isteri kedua / yang ditinggalkan suami / yang kebajikannya tidak dijaga... / yang nafkah tidak diberikan suami... dan anak muda samada gadis / remaja yang sangat suka dan mahukan kemewahan... dan terbaru yang dikesan adalah mangsa ALONG!..

terdapat KES seorang Isteri yg dimadukan / bermadu dimana tinggal di rumah yang amat besar.. dianggarkan terdapat 10 bilik tetapi menerima bantuan dr pihak kristian ini kerana kesempitan hidup apabila si suami hanya 'mengurung' isteri di Istana yang besar, tetapi tanpa nafkah kewangan... kalu kita tengok, tentu kita tak terfikir yang dia pun nak mintak bantuan dr org lain.. ye laa.. umah besar.. dan kalu kita jiran pun tentu kita 'kutuk' dia sbb minta dr kita sedangkan rumah dia lagi laa besar dr rumah kita....

ada juga KES dimana ibu tunggal yang amat susah terpaksa menerima bantuan dr pihak kristian lantaran masyarakat tidak sudi membantu... oleh kerana dia ni bukan rakyat terengganu, maka wang zakatnya dinafikan... walhal suami makcik ni orang terengganu.. dan dah kawin dan menetap di Terengganu lebih 10 tahun... kali pertama minta bantuan dr jiran, bg jer.. tak kisah.. kali kedua mintak, bagi lagi.. tapi dah mcm lain jer... kali ketiga mintak, bagi jugak.. tapi dah mula bising la mulut tuuu.. kali ke empat pun bagi jugak... tapi dengan DILEMPAR KE TANAH!.. walaupun terasa seperti ANJING diperlaku begitu, tapi demi anak sanggup dikutip...

bagi KES ALONG (tidak berlesen) ada dua di trg yg beroperasi yg dipercayai MEMBANTU KES MURTAD NI.. satu di sekitar plaza perdana.. satu lagi aku lupa laa.. (sorry!) dengan bunga yang tinggi, ada kes sampai tidak mampu untuk membayar balik pinjaman... sehinggalah ditawarkan UNTUK MURTAD, DIHAPUSKAN HUTANG dan MENERIMA BANTUAN SECARA BULANAN dan PENDAHULUAN SEBANYAK RM20,000.... mcm pucuk dicita, ulam mendatang... tapi, renunglah tekanan yang diterima kesan dari tekanan hidup... ada kes sehinggakan jentera Forkad terpaksa menjelaskan hutang yang agak banyak demi menyelamatkan AKIDAH saudara seagama ini... sedih untuk diterima.. tapi itulah yg berlaku dalam masyarakat kita....

p/s: seperti biasa aku ingatkan.. artikel ini ditulis hanyalah membangkitkan rasa BENARNYA berlaku kes MURTAD di sekitar kita... dan di samping membuka peluang untuk saudara seagama yang berpeluang untuk menyumbang kepada Forkad Terengganu.... kalu tidak mampu, bolehlah sebarkan supaya perjuangan Forkad ini tidak terhenti hanya kerana tiadanya 'tenaga' untuk meneruskan... ingatlah kita tetap bertanggungjawab terhadap AQIDAH UMAT yang sedang PARAH ini... wallahua'lam...

Akaun FORKAD Terengganu- BIMB atas nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INSAN BISTARI TERENGGANU-13017010 075286..Sebarang pertanyaan : Ustaz Wan Sukairi -019-989 4125 (forkad Terengganu)

Ayat-Ayat Cinta

tunggu.......

p/s: aku sedang meneliti "ayat-ayat cinta".. dan insyaAllah aku akan kongsi di sini dalam masa terdekat.. :)

05 December 2006

Adab Musafir: Lembah dan Bukit

Dari Jabir r.a katanya “Adalah kami apabila naik, kami bertakbir dan apabila menurun, kami bertasbih”-riwayat Bukhari.

Dan dari Ibnu Umar r.a katanya “Adalah Nabi SAW dan bala tenteranya apabila mendaki tanah tinggi, mereka bertakbir dan apabila menuruni lembah mereka bertasbih”. - Hadis riwayat Abu Dawud dengan sanad yg sahih.

Dari Ibnu Umar r.a juga, katanya “Adalah Nabi SAW apabila balik dari haji ataupun umrah setiap kali mendaki tanah tinggi atau bonggol, bertakbir 3 kali dan berkata tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa dan tiada sekutu bagiNya, bagiNya pemerintahan dan bagiNya segala pujian, Dia berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, kami kembali kepadanya, kami bertaubat kepadaNya, kami mengabdikan diri kepadaNya, kami sujud kepadaNya, kepada tuhan kami, kami memuji. Benarlah Allah janjiNya menolong hambanya, membinasakan bala tentera ahzab, tentera bersekutu dalam keEsaanNya”.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis-hadis ini menyebut perihal dalam musafir yang mana diajar supaya sentiasa bertakbir dan bertasbih. Perbuatan ini seharusnya kita jadikan amalan kerana ianya dilakukan oleh baginda Nabi SAW dalam musafir. Ini bolehlah dilakukan samada kita berada di darat, laut, mahupun udara. Sentiasa bertakbir dan bertasbih dalam musafir tidak kira apa juga cuaca dan keadaan. Selain memuji Allah, amalan ini juga menunjukkan pergantungan kita kepada Allah dalam sepanjang musafir.

Dan dari Abu Hurairah r.a, Seorang lelaki telah berkata “Ya Rasulullah, saya ingin bermusafir, nasihatilah saya” sabda nabi SAW “Engkau hendaklah bertaqwa kepada Allah dan bertakbir pada setiap tanah tinggi” dan apabila orang itu telah berlalu, maka sabda nabi SAW “Ya Allah ya Tuhanku pendekkanlah baginya yang jauh, dan ringankan baginya musafir”.

Disunatkan berjumpa dengan orang alim sebelum memulakan perjalanan yang jauh bagi mendapatkan sebarang nasihat sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat baginda SAW. Dan perlu dinasihatkan kepada orang yang ingin musafir itu supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah dan turut memberikan nasihat yang lain sesuai dengan tempat yang ingin ditujunya. Jika ada pengalaman yang mungkin boleh dikongsi atau sebagainya.

Dari Abi Musa Asy’ari r.a katanya “Adalah kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW, apabila kami melalui lembah, kami bertahlil dan bertakbir dan apabila kami naik tanah yang tinggi, kami bertakbir dengan kuat. Maka sabda Nabi SAW “Wahai manusia, berlembutlah ke atas diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada tuhan yang pekak, tuhan yang ghaib. Sesungguhnya Dia Amat Mendengar lagi sangat hampir kepadamu”. - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Di sini ditunjukkan mesti senantiasa merendahkan suara dalam bertakbir dan berzikir, kecuali dalam hal yang perlu seperti azan dan dalam peperangan untuk membangkitkan semangat. Hadis ini juga menunjukkan menjadi bid’ah dalam beribadah apabila meninggikan suara dalam berzikir.. Wallahua'lam.

catatan kuliah Pagi Jumaat di Rusila. 1 Dis 2006

04 December 2006

Jupe Mung Dinung!

cerita seorang kawan dari Kelantan... mak dia tak izinkan dia berkahwin dengan gadis dari Terengganu... aku mencelah.. kenapa? ingat semua awek Terengganu ni Puteri Umno Ke? walaupun Umno yang memerintah Terengganu, tetapi rakyat Terengganu tidak menyokong langsung Umno dan BN... Umno menang kerana wujud pengundi PELIK... ni bukan soal politik laa... tapi...

katanya mak dia bukan tak berkenan dengan si gadis, tapi orang Terengganu... orang Terengganu tu maksud dia KESELURUHAN ORANG TERENGGANU... aku jadi minat la nak tau bila dia sebut gitu sbb aku pun org Terengganu... apatah lagi bila aku dengar, apa yang disebut tu macam ada gak betulnya...

tak de la banyak sangat kawan aku tu list kekurangan org Terengganu... cuma mak dia bgtau dia, org Terengganu ni macam tak berapa reti layan tetamu... reason dia, kalu gi jalan rumah orang Terengganu, mesti layan lebih2 kurang je... paling ketara bab makanan... kata dia, ada ke orang mari jauh-jauh, tuan rumah hidang biskut dengan roti dan kuih muih jer... (merujuk kepada tetamu yang datang meminang) paling kurang, biarlah ada nasi putih lauk ayam daging skit... bukan lah tetamu nak demand, tapi biar nampak suka terima tetamu...

lagi satu kes, sorang kawan menjemput seorang tuk guru pondok untuk hadiri majlis perkahwinannya di Terengganu... tak tahu sape makan banyak, lauk tetiba abis awal.. kiranya tuk guru tu sampai dari kelantan... dengan merendah diri, tuan rumah meminta maaf dan memberitahu lauk dah abis... tuk guru terpaksa pulang dan makan di kedai makan sahaja pada hari itu...

bila aku dengar citer gitu, aku teringat suatu peristiwa aku g ke Perak atas urusan bertunang seorang anak saudara pak sedara aku... tuan rumah hanya hidangkan mee celup kepada tetamu yang datang dari Terengganu... pada aku, apa2 yang ada aku bedal je... tapi bila nak beransur, pak sedaraku sebut kepada anak-anak buah yang ada.. "do'oh lalu (agak keterlaluan) hidang mee celup je orang mari dari jauh-jauh"...

teringat satu kisah seorang teman bertunang di johor... kami dan rombongan terpaksa menunggu di tepi jalan dalam jangkamasa yg agak lama kerana tuan rumah belum bersedia menerima tetamu... alasan mereka kerana kami sampai awal.. maka terpaksalah kami mencari tempat untuk berehat seketika...

aku suka hadiri majlis kahwin di kelantan.. aku masih ingat kalu makan berhidang, akan ada ayam percik 1/4 yang diletak atas hidangan... kalu tak percik pun, ayam masak merah... tapi kalu buffet susah skit la nak jumpa... mmg meriah makan, mewah sambutan...

berbalik kepada orang Terengganu kita yang dikatakan tidak mesra kadangkala terpaksa kita akui... dengar sahaja percakapan, tentu ramai yang menyangka kita kasar... MAKANG IKANG, DOK DANG STARANG, HUK ALOH, WEH, NATANG NING, (sekadar contoh je ni) dll perkataan yang sememangnya agak kasar pada pandangan sesetengah orang... bila perkataan yang digunakan kasar, maka kesilapan yg kecil pun akan dipandang berat...

lihat semula bab melayan tetamu... aku susah nak terima hakikat ni kerana aku mmg di ajar untuk melayan tetamu oleh mak dan ayah.. kawan2 yang datang biasanya x pernah miss makan masakan mak aku... terfikir dan tercari-cari jugak kebenaran dakwaan tu, tapi bila dilihat kepada mak yang membesar banyak di Kelantan mungkin menyaingi apa kekurangan yang ada pada ayah.. lelaki seperti biasa kasar dan kurang caring.. mungkin org luar / org Terengganu patut cari yang sesuai.. hehehhe..

si kawan yang tetap mahukan gadis Terengganu menjadi permaisuri hati terpaksa bertegas dengan ibubapanya... meminta si ibu yang selalu mengikuti majlis ilmu di surau supaya menimbang semula... alhamdulillah si ibu dapat menerima kehendak si anak... kepada si gadis di pesan segala kebimbangan yang ada... sembelihlah ayam seekor dua buat jamuan... aku yang dengar terasa agak kelakar... tapi, kalu begitu persepsi dan sikap orang luar terhadap orang Terengganu, maka ramai laa yang akan takut untuk dekat dengan orang Terengganu... moga mereka dipecepatkan jodoh...

p/s: kadang-kadang benda simple pun patut diambil kira.. sebab tu Allah jadikan wanita yang serba CEREWET! :)

03 December 2006

catatan 0 : blog aku..

pertamanya maaf sebab dah beberapa hari blog ni sepi.. tak sangka plak ada gak peminat yang mengintai ke blog aku ni.. walaubagaimanapun, aku ucapkan terima kasih atas sokongan.. skrg ni aku cuba cari satu cara supaya leh REMIND sesape je pasal apa yang berlaku di sini.. pendek kata kalu blog ni di update dan sebagainya..

kalu ada yang perasan, aku dah mula tambah dan 'cantikkan' blog ni ikut citarasa dan keupayaan aku sendiri.. ralit kata org tranung buat keje2 ni.. kadang2 terlajak sampai larut malam... belajar dan belajar.. copy n paste dan terus copy n paste... MENIRU ADALAH SATU CARA BELAJAR.. :)

teringat lagi masa blog ni mula2 dibuka / didaftar.. punya la semangat untuk meng'edit' apa jua yang aku tahu.. semua yang blog orang lain ada, aku akan cuba masukkan ke sini.. kesannya blog jadi 'berat' utk dibuka... kena plak masa tu rumah aku hanya pakai 1515 / 1315 je untuk internet... lambat gile! skrg dah guna streamyx pun terfikir gak betapa tak perlu letak macam2 untk cantikkan blog jika isi utamanya tidak seberapa...

terfikir nak masukkan lagu / radio.. tapi rasanya tak semua sukakan muzik.. baik senyap dan sunyi macam malam hari... kadang2 ni jugak jadi faktor melambabkan web dibuka... nak masukkan waktu solat, rasa elok gak... insyaAllah aku akan cuba masukkan walaupun dulu dah ada... jam... dan apa lagi ek??

aku juga dah start bubuh papan kenyataan untuk iklan... saje tak nak bagi nampak kosong sangat... tapi kalau ada yang betul2 nak iklankan apa2 je tak jadi masalah... cuma perlu tau yang blog aku ni x ramai yang masuk.. sekadar nak maklumkan / iklankan sesuatu yang tak perlu ramai tahu ok la kot.. hehehhe... malas lagi nak fikir bisnes dengan iklan ni.. sebab dalam kepala sekarang ialah nak belajar guna adobe photoshop... bila tgk kawan2 pandai guna jeles gak... aku dah kenal photoshop ni dekat 6 tahun dah.. tapi tak pernah try guna... yang aku pernah try pun Flash 5.. tu pun dah lama sangat tinggal.. suka tengok kawan2 buat poster, website, presentation, movie, dan macam2 lagi la ngan benda2 alah tu semua...